Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

Terapi hidro merupakan program rekreasi renang bagi murid-murid Program Pendidikan Khas
Pembalajaran (PPKP) yang memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani
aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Program yang dirancang biasanya
merupakan program awalan atau permulaan renang. Murid diajar berenang dan bermain air di dalam
kolam yang cetek. Kawasan yang paling dalam di kolam tersebut berukuran 1 meter.

DEFINISI TERAPI HIDRO


Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta
mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang,
pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang
menghadkan

pergerakan.

Imbangan dalam air bukanlah masalah utama. Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya
penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya. Ini
disebabkan oleh rangsangan air secara semulajadi.
Walaubagaimanapun, murid-murid PPKP mungkin mengalami sedikit rasa takut dengan air. Di
sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan
dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui hidroterapi juga, ianya dapat
memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi,
meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat
dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air.
Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan
oleh murid-murid PPKP ini. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan di air berbanding
di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaran bergantung pada prosedur pengajaran yang jelas,
sokongan dan garis panduan yang diberi. Walaubagaimanapun, garis panduan adalah sama untuk semua,
hanya penyesuaian dan modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluanyang unik ini.
OBJEKTIF TERAPI HIDRO
i.

Memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah pembelajaran ketika berada

ii.

di dalam kolam atau air.


Dapat membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka

iii.

Membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama

iv.

seperti murid-murid normal.


Aktiviti renang juga merupakan salah satu latihan latihan terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid-

v.
vi.
vii.
viii.

murid Pendidikan Khas


Menanam keyakinan dan keberanian dalam diri mereka untuk berada dalam air
Memberi pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat sekitar ketika melakukan aktiviti air.
Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi
Dapat membantu murid membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi ketika bermain aktiviti
air.

KEPENTINGAN TERAPI HIDRO


Menghilangkan tekanan
Keupayaan berkomunikasi
Simulasi sistem otak
Bina keyakinan diri
Kreativiti
Kawalan diri
Latihan Social skill
Merangsang pertuturan
Melatih sikap bekerjasama
Meningkatkan kesabaran
Pengamatan
Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain
Latihan daya kepimpinan
Manipulasi tangan dan jari-jemari
Daya konsentrasi
Pembentukan body image
Peningkatan self-esteem

SPESIFIKASI ALATAN
BIL.

ALATAN

NAMA ALATAN

1.
Bola bewarna

2.
Gelung

3.
Pelampung panjang

PERANCANGAN AKTIVITI
Kelas
: 1
Masa
: 30 minit
Mata Muridan : Pendidikan Jasmani
Tajuk
: Berenang dalam kolam
Objektif
: Di akhir pengajaran murid dapat :
i. Membuat regangan sebelum melakukan aktiviti
ii. Bermain di tepi air.
iii.
Membuat apungan ketika berada dalam kolam
Penerapan Nilai : Tekun, sabar, berdisiplin.
Aktiviti
:
(i)

(ii)

Pendahuluan
Memanaskan badan dan meregangkan otot.
Mengenakan jaket keselamatan.
Isi Muridan
Bermain-main di tepi air.
Murid masuk ke dalam kolam dengan bantuan guru dengan cara yang betul.
Guru membantu murid mengadakan aktiviti-aktiviti ampungan.
Melakukan aktiviti berjalan di dalam kolam dengan bantuan guru.
Aktiviti renang dengan bantuan guru.
4

(iii)

Impak

Aktiviti renang bebas dengan pemerhatian guru.


Murid keluar daripada kolam dengan menggunakan kaedah tertentu.
Penutup
Aktiviti kelonggaran dan regangan tangan dan kaki.
Mengemaskan dan membersihkan diri.
:

Anda mungkin juga menyukai