Anda di halaman 1dari 3

SEJARAH PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN EKONOMI

MALAYSIA
Pertanian merupakan asas dan asal ekonomi hampir keseluruhan negara di
dunia ini. Akan tetapi, akibat perubahan masa struktur ekonomi ini telah berubah
dengan memasukkan sektor perindustrian dan sektor-sektor yang lain. Perubahan
struktur ini boleh berlaku sama ada dengan cara sengaja atau secara sendiri (Zulkifli
1992:3-4). Perubahan ini dikatakan secara sengaja apabila melalui proses yang
dirancang oleh kerajaan bagi pencapaian sesuatu matlamat. Sebaliknya, perubahan
juga boleh berlaku tanpa dirancang tetapi berubah mengikut peredaran masa, suasana
sosioekonomi, sosiopolitik, dan kualiti dan kuantiti sumber semasa yang ada (Zulkifli
1992:4)
Perubahan ini kerap difahamkan sebagai kemajuan dan pembaikan ekonomi
sesebuah negara. Di kebanyakan negara maju sekarang, kekuatan ekonominya banyak
mendapat sumbangan daripada sektor perindustrian.
SEJARAH PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN EKONOMI MALAYSIA
Jika diamati daripada fakta sejarah, kegiatan ekonomi di Tanah Melayu dalam
bentuk pertanian bercucuk tanam dan penternakan telah bermula sejak dari zaman
logam (iaitu 2500 tahun dahulu) lagi. Oleh itu beberapa peringkat perkembangan dapat
dikenal pasti yang secara umumnya boleh dibahagikan kepada beberapa era iaitu era
pra penjajahan, era penjajah, era kemerdekaan dan era baru kini.
ERA PRAPENJAJAHAN
Bercucuk tanam dan penternakan merupakan satu kegiatan sara diri yang
menandakan bermulanya kehidupan yang saling berhubung dan bergantungan antara
satu sama lain yang dijelmakan melalui perdagangan. Antara barang yang
diperdagangkan ialah bijih timah, emas, manik, besi, daging dan banyak lagi. Oleh
sebab proses tersebut berlaku, beberapa pusat perdagangan menjadi tumpuan
pedagang luar seperti di Guar Kepah dan Pengkalan Bujang, Jederam Hilir (Selangor)
dan Kuala Selinsing (Perak).
Apabila beberapa buah kerajaan Melayu tua seperti kerajaan Kedah Tua
ditubuhkan kegiatan ekonomi bertambah rancak sehingga menjadi pelabuhan
antarabangsa dengan kapal-kapal dari India, China, dan Asia Barat singgah untuk
berlabuh.
Pembukaan Melaka oleh Parameswara telah membuka lembaran baru dalam
sejarah politik dan ekonomi semenanjung Malaysia. Para sejarawan bahawa
parameswara mula berkerajaan di Melaka pada kira-kira penghujung abad ke-14(Zainal

Abidin, et. Al 1988:33). Dari segi pertanian, penanaman padi dan tanaman lain
termasuklah kelapa, pisang dan buah-buahan dijalankan secara tradisional dan secara
kecil-kecilan. Kegiatan ekonomi umumnya didapati melalui gotong-royong , buruh
keluarga dan sebahagiannya melalui tenaga kerahan. Pembesar negeri atau golongan
bangsawan biasanya memungut cukai hasil pertanian dan barang dagangan sebagai
hasil negara.(Zainal Abidin A. Wahid, et. al 1988:54)
ERA PENJAJAHAN
Antara barang-barang yang diminati di Eropah adalah emas, rempah, kain sutera dan
the. Pedagang dari Mesir dan Arab membeli barang-barang dari Melaka untuk dijual di
Eropah. Keinginan kuasa Eropah untuk meninjau secara lebih dekat dan seterusnya
menguasai kekayaan tersebut timbul apabila melihat kemakmuran dan kepesatan
ekonomi di samping kedudukan strategik iaitu di tengah-tengah jalan laut timur barat .
penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu berlanjutan selama 446 tahun, bermula pada
tahun 1511 sehingga 31 Ogos 1957 yan melibatkan negara Portugis, Belanda, Inggeris
dan Jepun.
Portugis dan Belanda menjajah Tanah Melayu selama 313 tahun. Namun begitu
penjajahan mereka di negara kita kurang memberi kesan kepada ekonomi negara
kecuali penerusan aktiviti yang telah sedia ada, kerana tidak bertindak untuk
mengeksploitasi sumber secara besar-besaran. Pada tahun 1824, Perjanjian InggerisBelanda telah membuka era penjajahan British di Tanah Melayu. Bermula pada saat itu
berlaku perubahan besar dalam ekonomi hasil daripada campur tangan British ke atas
hal ehwal ekonomi, politik dan sosial Tanah Melayu dan sekali gus mengubah struktur
ekonomi dan politik Tanah Melayu. Tanah Melayu dikuasai oleh Inggeris tidak melalui
kekerasan atau peperangan tetapi melalui sistem diplomasi melalui sistem penasihat.
Kuasa pemerintah terlucut sedikit demi sedikit daripada raja yang memerintah.
Sistem Torrens diperkenalkan oleh pihak British bagi membolehkan penguasaan Tanah
pertanian, ia akan lebih memudahkan pengeksploitasian sumber kekayaan negara ini.
Akibatnya, penduduk tempatan kehilangan Tanah, kerana sebelum ini mereka bebas
menjalankan kegiatan pertanian dengan membuka mana-mana Tanah yang belum
diteroka. Dengan sistem ini, Inggeris telah berjaya mewujudkan sistem perladangan
bagi tanaman getahnya.
Sektor perlombongan beralih tangan kepada pemodal-pemodal Inggeris apabila mereka
mempunyai keupayaan modal. Aktiviti perlombongan di Tanah Melayu dikuasai oleh
pembesar-pembesar Melayu pada awalnya seperti Long Jaafar dan Ngah Ibrahim di
Larut dan Hilir Perak. Namun lama-kelamaan penguasaan mereka menjadi minoriti.
Para pemodal Inggeris, melalui agensi telah menguasai lebih 65 peratus daripada
jumlah keluaran timah dan lebih daripada 75 peratus kawasan perladangan getah di

negara ini pada tahun 1930-an. (lihat Ishak Shaari dan Jomo K.S.,1990:8), dan
peratusan ini meningkat sehingga negara merdeka.
ERA KEMERDEKAAN
Era ini meliputi periode transisi, periode kemerdekaan dan periode selepas beberapa
tahun kemerdekaan. Rancangan ekonomi yang pertama (RPE 1) atau juga dikenali
sebagai Rancangan Malaya ekonomi yang meliputi tahun 1956-60 buat kali pertama
diperkenalkan oleh kerajaan. Pada tahun 1956 lembaga kemajuan Tanah persekutuan
(FELDA) ditubuhkan bertujuan untuk mengatasi masalah petani yang kekurangan
Tanah di samping meningkatkan pendapatan dan kehidupan keluarga petani. RPE2
dilancarkan pada tahun 1991. Namun kedua-dua RPE masih memberi tumpuan kepada
sektor pertanian yang merupakan tunjang ekonomi Malaysia pada ketika itu.
ERA BARU KINI
Lepas lebih kurang satu dekad ekonomi Malaysia mengalami suatu perubahan yang
mendadak iaitu berlaku peristiwa hitam 13 Mei 1969. Rusuhan kaum yang berlaku
dipercayai ekoran daripada wujudnya ketidakseimbangan dalam pelbagai aspek
khususnya ekonomi antara kaum bumiputera dan bukan kaum bumiputera.

Anda mungkin juga menyukai