Anda di halaman 1dari 32

PENDIDIKAN MATEMATIK

Maksud dan Peranan


Matematik

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN


MATEMATIK

Kanak-kanak Yang Ingin Tahu


Bangun Aiman. Kita akan balik kampung hari ni. Lusa
dah raya, kata ibu Aiman. Aiman menyapu matanya
lantas bertanya Pukul berapa sekarang, ibu ? 6.30
pagi., jawab ibunya.
Kebiasaannya keluarga Aiman dan keluarga bapa
saudaranya akan pulang bersama-sama . Semasa
dalam kereta, Aiman memerhati papan-papan tanda
sepanjang jalan.Apa maknanya itu, ayah ? Apa
kegunaannya ? Apa maksud Alor Setar 123km ?
Macamana kita tahu berapa kita perlu bayar tol ?
Kenapa kereta perlu ada nombor?. Apabila mereka
menghampiri kampung, Aiman bertanya lagi, Ayah,
macamana pakcik sampai lebih awal daripada kita ?
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN
MATEMATIK

Fikirkan:
1. Senaraikan sebutan dan simbol matematik
yang digunakan dalam cerita tersebut.
2. Senaraikan simbol matematik yang ditemui
oleh Aiman.
3. Ceritakan tindakan anda langkah demi
langkah apabila anda membeli baju di pasar
raya
4. Bagaimana anda membuat keputusan
membeli baju?
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN
MATEMATIK

MAKSUD DAN PENGERTIAN MATEMATIK


Ramai yang menganggap Matematik
adalah suatu subjek yang dikaitkan
dengan nombor dan pengiraan sahaja
Matematik mengandungi makna yang
lebih dalam dan memainkan peranan
yang besar dalam kehidupan kita
Sebagai guru Matematik, anda perlu
menganggap dan menghargai
Matematik sebagai subjek yang kaya
dengan idea dan kreativiti
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN
MATEMATIK

Berikut adalah beberapa pengertian


bagi Matematik :
Matematik adalah pengkajian
tentang corak/pola.
Matematik adalah pengkajian
tentang perhubungan / perkaitan.
Matematik adalah suatu bahasa
Matematik adalah suatu kajian seni
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN
MATEMATIK

Matematik adalah berkaitan dengan


aritmetik, algebra, trigonometri,
kalkulus dan sebagainya.
Matematik adalah satu cara berfikir.
Matematik adalah alat / rekreasi
dalam kehidupan harian.

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN


MATEMATIK

Matematik adalah pengkajian tentang corak atau pola

Pola / Corak adalah suatu perkara yang


berulang.
Susunan dan bentuk nombor dapat
dianalisis dan digabungkan dengan
pelbagai cara mengikut pola.
Apabila ahli matematik cuba mengkaji
masalah dalam dunia ini dan memberi
ramalan yang mungkin dapat diuji, dia
akan melihat pola nombor yang menarik
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN
MATEMATIK

Contohnya: 1+3 = 4 atau 22


1+3+5 = 9 atau 32
Kajian adalah penting kerana ia
membolehkan kita membuat generalisasi
kiraan walau berapa panjang persamaan itu.
Jadi dengan apa sahaja bilangan nombor, kita
akan dapat membuktikan hubungan itu.
Contoh lain: 1, 4, 9, 16, 25,
Kajian pola juga terdapat dalam bidang Seni,
Muzik, tekstil dan sebagainya

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN


MATEMATIK

Matematik adalah pengkajian tentang perhubungan / perkaitan

Perhubungan adalah suatu yang ada


kaitan disebabkan sesuatu perkara.
Kedua-dua perkara ini penting untuk
memberi kita keyakinan dalam
menentukan / menjangkakan perkara
seterusnya yang akan berlaku /
muncul.
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN
MATEMATIK

Contohnya:
Perhatikan fungsi kuadratik berikut :
Jika berapakah nilai f jika x = 2 ?
Apakah hubungan antara x dan f ?
Sesetengah perhubungan angkubahangkubah/anu boleh juga ditunjukkan
dalam bentuk jadual atau graf. Cuba
anda berikan dua contoh lain yang
menunjukkan perhubungan antara
angkubah-angkubah.
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN
MATEMATIK

10

Matematik adalah suatu bahasa

Satu daripada keistimewaankeistimewaan yang terdapat dalam


Matematik ialah Matematik
mempunyai bahasa atau simbol
beserta operasinya sendiri.
Bahasa Matematik yang dicipta oleh
pakar-pakar Matematik dari zaman
ke zaman telah menjadi lambang dan
hukum yang universal sehingga ke
hari ini
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN
MATEMATIK

11

Simbol dan ungkapan Matematik


yang dicipta, memudahkan
kefahaman dan proses pemikiran
manusia, menjadikan operasi
Matematik lebih ringkas, cepat dan
tepat
Di dalam bahasa Matematik,
tatabahasa terdiri daripada hukumhukum, teorem-teorem dan rumusrumus Matematik yang
menghubungkan simbol-simbolnya.
Contoh :
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN
MATEMATIK

12

Matematik adalah suatu kajian seni

Terdapat unsur-unsur Matematik


dalam pelbagai bentuk seni
Tajuk seperti Simetri, Susunan dan
Kekerapan dikaji oleh ahli matematik
dan juga ahli seni
Idea, konsep dan media kreatif dalam
bidang matematik ada perkaitan yang
rapat dengan puisi dan kesusteraan.
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN
MATEMATIK

13

Contoh unsur matematik dalam seni


muzik:
Muzik menggunakan angka untuk
membezakan tinggi dan rendah nada
suara. Do, re, mi dilambangkan
dengan 1,2, 3
Contoh unsur matematik dalam seni
bina:
banyak bentuk yang terdapat
disekeliling kita adalah berasaskan
bentuk geometri.
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN
MATEMATIK

14

Contoh unsur matematik dalam seni


lukis:
langkah permulaan bagi kerja
gubahan dan reka bentuk lukisan
memerlukan bentuk-bentuk geometri
paling asas (segitiga dan segiempat)
Contoh unsur matematik dalam seni
budaya:
Dalam permainan tradisional congkak,
bilangan buah dalam setiap lubang
mestilah sama dingan bilangan lubang
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN
MATEMATIK

15

Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik, algebra,


trigonometri dan sebagainya

Matematik merupakan suatu perkara


yang berkaitan pengiraan.
Aritmetik, algebra, trigonometri dsb
merupakan cabang ilmu pengetahuan
dalam bidang matematik yang
berkaitan pengiraan.
Ini menunjukkan terdapat pelbagai
teknik atau kaedah dalam Matematik
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN
MATEMATIK

16

Matematik adalah satu cara berfikir

Berfikir secara Matematik adalah satu


cara berfikir yang menggunakan
konsep, kemahiran dan kaedah
Matematik dalam menyelesaikan
masalah yang timbul.
Terdapat ramai orang yang apabila
menghadapi sesuatu masalah, akan
berusaha untuk mendalami dan
menganalisis keadaan atau punca
masalah sebelum menggunakan
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN
MATEMATIK

17

Contoh berfikir secara matematik :


menggunakan rajah atau jadual untuk
mengumpul maklumat
menggunakan analogi untuk mencari
punca masalah
Berfikir secara logik (penaakulan
secara Induktif dan Penaakulan secara
Deduktif).

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN


MATEMATIK

18

Penaakulan secara Deduktif bermula


dengan sesuatu perkara yang umum
membawa kepada sesuatu keputusan
yang lebih terperinci.
Penaakulan secara Induktif sebaliknya
bergerak daripada pemerhatian yang
teliti kepada teori atau generalisasi.

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN


MATEMATIK

19

Matematik adalah alat/rekreasi dalam kehidupan

asas matematik digunakan dalam


kehidupan seharian meliputi aktiviti
atau bidang pekerjaan seperti
pertukaran wang, membaca carta,
mengira diskaun, mengukur jarak,
masa dan sebagainya.
pengetahuan matematik juga
diaplikasi untuk menyelesaikan
masalah praktikal mahu pun masalah
berbentuk abstrak.
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN
MATEMATIK

20

PERANAN MATEMATIK
Kehidupan kita berkait rapat dengan
matematik.
Matematik memainkan peranan
penting dalam menjamin
kesejahteraan individu.
Segala aktiviti yang kita lakukan
seperti pergi bercuti, membeli
makanan, merancang kerja-kerja
seharian dan sebagainya memerlukan
kemahiran matematik asas.
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN
MATEMATIK

21

Matematik melatih akal kita supaya


berfikir secara rasional dan logik.
Sebagai contoh, kita tidak akan
berupaya menyelaras perbelanjaan
atau kewangan kita secara sistematik
tanpa pengetahuan matematik..

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN


MATEMATIK

22

Matematik juga meningkatkan


keupayaan dan tahap kebijaksanaan
kita dalam menangani soalan
berbentuk Penyelesaian Masalah.
Sebagai contoh, seseorang yang telah
diberi latihan yang mantap dalam
matematik, mampu melaksanakan
kerja-kerja yang kompleks dengan
berkesan..

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN


MATEMATIK

23

matematik juga memainkan peranan


yang penting dalam perkembangan
informasi dan teknologi komunikasi
(ICT).
Sebagai contoh, penciptaan sistem
nombor binari menyumbang kepada
prosedur pengiraan dalam komputer.

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN


MATEMATIK

24

Kepentingan dan
keperluan Matematik
kepada individu
1. Matematik diperlukan dalam pelbagai
bidang kerjaya
Matematik memenuhi keperluan
individu untuk menjadi perancang,
pengurus dan pengguna yang mahir,
cekap, rasional dan bertanggungjawab
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN
MATEMATIK

25

Matematik merupakan bidang


asas akademik yang dapat
digunakan sebagai alat untuk
pengkhususan dalam sesuatu
bidang seperti pertanian, sains
dan kejuruteraan
Matematik telah menjadi
kelayakan asas untuk
permohonan masuk ke pelbagai
bidang kerjaya seperti bidang
vokasional dan perniagaan
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN
MATEMATIK

26

2. Matematik diperlukan untuk


memahami ideal negara dan
peranan diri
Untuk memahami dan menerima
idea dan ideal demokratik,
seseorang individu harus
mempunyai pemikiran dan sikap
politik yang terbuka serta kritis
Rakyat yang bertanggungjawab
harus bersifat objektif dan
analitik terhadap fakta dan isu
serta dapat menilai keputusan
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN
MATEMATIK

27

Pendekataan ini banyak digunakan


dalam matematik untuk
menganalisis dan pemyelesaikan
masalah
Individu harus berupaya
mempertimbangkan ketepatan atau
kesahan setiap perkara yang dibuat

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN


MATEMATIK

28

Kepentingan dan
keperluan Matematik
kepada masyarakat
1. Memajukan ekonomi masyarakat
Matematik diperlukan untuk pekerjaan
dan kerjaya, sebagai alat penyelesaian
kepada masalah kewangan,
memudahkan kerja, menjimatkan masa
dan tenaga
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN
MATEMATIK

29

2. Memajukan pembangunan sosial


masyarakat
Matematik digunakan untuk perbezaan
masa, jarak dan saiz
Masa bukan sahaja dapat menentukan
waktu dan ketika tetapi masa juga
dapat menentukan usia (pendekatan
yang digunakan oleh ahli falak, ahli kaji
cuaca dan ahli sains)
Matematik dapat memudahkan kerja
pentadbiran. Dalam sesebuah
masyarakat yang besar, kawasan akan
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN
MATEMATIK

30

Matematik dapat melancarkan aktiviti


sosial (ukuran dan sukatan menjadi
aktiviti sosial yang penting). Sebagai
contoh, jika kita menghadapi masalah
kesihatan, sukatan kepada ubat atau
penawar haruslah diambil dengan tepat
untuk mengelakkan kemalangan.

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN


MATEMATIK

31

Kepentingan dan
keperluan Matematik
kepada negara

Melalui matematik, sesebuah negara


dapat mengetahui kadar naik-turun
ekonomi, pelaburan dan pertukaran
wang asing serta imbangan
perdagangan dalam sesebuah negara
Matematik amat penting untuk
mengetahui aktiviti jual beli dalam
amalan perdagangan. Contohnya untuk
mengetahui naik turun harga barang,
kemahiran membaca jadual dan graf
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN
MATEMATIK

32

Anda mungkin juga menyukai