Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

Jerebu adalah satu fenomena yang berlaku apabila debu, asap dan lain lain zarah
mencemar kejelasan langit. Menurut kamus dewan edisi ke - 4 jerebu adalah kabut yang
bercampur debu yang terapung di udara sehingga mengakibatkan pemandangan alam sekitar
menjadi kabur dan kotor. Jerebu terjadi apabila zarah, debu dan asap berkumpul tinggi pada hari
yang kering dan ia berkumpul pada aras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan.
Jerebu juga boleh terjadi hasil daripada tindakbalas kimia yang kompleks seperti gas sulfur
dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukar kepada titisan seni asid sulfukrik. Reaksi
ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan yang tinggi dan keheningan
udara.
Sejak tahun 1991, jerebu telah menjadi masalah yang meruncing di Asia Tenggara.
Sebagai tindakbalas keadaan jerebu yang melanda Asia Tenggara pada tahun 1997, Negara
Negara ASEAN bersetuju dengan pelanTindakan Jerebu Serantau (1997). Pada tahun 2002 pula,
semua Negara ASEAN telah menandatangani perjanjian pencemaran Jerebu Rentas Sempadan
( ASEAN Agreement on Transboundry Haze Pollution). Namun masalah jerebu masih tidak
dapat diselesaikan hingga kini.

a) Indeks Pencemar Udara


Indeks Pencemar Udara (IPU) adalah salah satu cara untuk mengetahui tahap jerebu atau
status kualiti udara di kawasan kawasan tertentu. Ia dikira berdasarkan kepada
kepekatan purata 5 pencemar udara iaitu sulfur dioksida (SO2), Nitrogen Dioksida (NO2),
Karbon Monoksida CO, habuk halus berdiameter 10 mikrometer (PM10) dan ozon di
permukaan bumi (O3). Kepekatan bagi setiap pencemar udara dicerap melalui 52 stesen
pengawasan kualiti udara automatic di seluruh Malaysia.

IPU

STATUS

0-50

BAIK

51-100

101-200

SEDERHANA

TIDAK SIHAT

KESAN TERHADAP
KESIHATAN
Pencemaran tahap rendah tanpa

PANDUAN
KESIHATAN
Tiada sekatan untuk

kesan buruk kepada kesihatan

sebarang aktiviti

Pencemaran tahap sederhana

luar .
Tiada sekatan untuk

yang tidak menimbulkan kesan

aktiviti luar

buruk terhadap kesihatan


Boleh memburukkan kesihatan

Terdapat sekatan

individu yang berisiko tinggi

untuk aktiviti luar

seperti yang mempunyai

bagi individu yang

komplikasi jantung dan peparu

berisiko tinggi.
Orang awam perlu
mengurangkan

201-300

SANGAT

Boleh memburukkan lagi

aktiviti luar.
Warga emas dan

TIDAK SIHAT

individu berisiko tinggi yang

individu berisiko

mempunyai komplikasi jantung

tinggi dinasihatkan

dan peparu. Kesihatan orang

berada dalam

awam boleh terjejas.

bangunan dan
mengurangkan
aktiviti fizikal. Bagi
yang mempunyai
komplikasi
kesihatan
dinasihatkan
berjumpa doctor
untuk mendapatkan

300

BERBAHAYA

Berbahaya kepada orang yang

nasihat.
Warga emas dan

berisiko tinggi dan kesihatan

individu yang

awam

berisiko tinggi
adalah dilarang
untuk melakukan
aktiviti luar. Orang
awam dinasihatkan
untuk mengelakkan
daripada aktiviti

500

DARURAT

Berbahaya kepada orang yang

luar
Orang ramai

berisiko tinggi dan kesihatan

dinasihatkan untuk

awam

mengikuti arahan
daripada Majlis
Keselamatan Negara
dan sentiasa
mengikuti

pengumuman di
media massa.

Punca- punca jerebu


Terdapat dua punca utama kejadian jerebu iaitu aktiviti manusia dan kesan
semulajadi. Kesan daripada aktiviti manusia adalah disebabkan oleh pembakaran bahan
api, asap kenderaan, asap kilang dan pembakaran terbuka melalui pembakaran hutan
( aktiviti pertanian) dan pembakaran sampah. Sementara kejadian semulajadi adalah
melalui letusan gunung berapi dan pembakaran hutan melalui kejadian petir.
Pembakaran terbuka terutama pembakaran hutan adalah penyumbang utama
masalah jerebu yang melanda Negara. Pembakaran hutan yang berlaku adalah
disebabkan oleh aktiviti pertanian dimana sesetengah petani mengambil jalan mudah
dengan membakar sisa pertanian secara terbuka. Disamping itu, dengan membakar
hutan, ladang dan sisa pertanian, secara tidak langsung dapat menyuburkan tanah. Antara
aktiviti pertanian yang sering menyumbang kepada masalah jerebu adalah penanaman
kelapa sawit dan pembakaran jerami padi. Pensyarah Jabatan Sains Kejuruteraan,
Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr
Marzuki Ismail berkata, kebakaran akan mewujudkan beberapa jenis gas iaitu karbon
dioksida, monoksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang boleh menjejaskan
kesihatan manusia.

Pembakaran di ladang pertanian


pembakaran hutan
Selain daripada pembakaran hutan akibat daripada aktiviti manusia, factor cuaca turut
penyumbang kepada pembakaran hutan. Pemanasan global , cuaca yang kering dan
factor angin turut mempengaruhi aktiviti pembakaran hutan. Hasil pembakaran ini akan
menghasilkan gas karbon monoksida yang sangat bahaya jika dihidu dalam tempoh yang
lama.

Punca lain masalah jerebu ialah pembakaran bahan api seperti minyak dan arang.
Bahan api ini adalah bahan organic yang mempunyai unsure karbon. Oleh itu
pembakarannya kurang lengkap dan menghasilkan gas karbon monoksida. Arang pula
akan menghasilkan sulfur monoksida.

Asap kilang

dan asap kenderaan juga antara

penyumbang

kepada masalah jerebu. Terdapat lebih

daripada 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya Malaysia dan kenderaan yang tidak
dilengkapi pengubah mangkin telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua
tan sodium dioksida kan setiap hari. Oleh itu peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya
akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan meningkat dan berlegar legar di
atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Ini

menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu. Asap yang dikeluarkan dari
kilang pula tanpa ditapis mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang akan
mengakibat udara berjerebu. Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal ini akan
memburukkan masalah jerebu.

Pelepasan asap hitam dari kilang


KemerosotanAtmosfera,hairulkamalwahid,nurilmu publication,2006,kl

Gambar satelit menunjukkan pergerakan asap jerebu tebal dari wilayah Riau di
Sumatera Tengah dibawa angin barat daya merentasi Semenanjung dan Singapura.

Bagi bayi, jerebu mudah menyebabkan iritasi kepada hidung, tekak, saluran penafasan, kulit dan
mata serta ruam kulit. Bayi akan mula bersin, berair hidung dan batuk. Pada tahap jerebu yang
kritikal, partikel halus pada jerebu boleh memasuki bahagian dalam paru-paru bayi.
Menurut Dr Jasmine Mohd, seorang pakar O & G di Thompson Medical Centre, Singapura,
terdapat juga kajian yang menunjukkan kaitan antara pendedahan kepada pencemaran udara
dengan kematian akibat kegagalan sistem pernafasan dalam beberapa bulan pertama bayi.
Hasil kajian juga menunjukkan pencemaran udara menyebabkan berat bayi yang rendah ketika
lahir serta memungkinkan kelahiran pra-matang dan kecacatan ketika lahir. Namun kajian
selajutnya diperlukan bagi menyokong kajian ini.

: http://my.theasianparent.com/lindungi-anak-anak-daripada-kesan-jerebu/#ixzz2hPxfFp3T

Anda mungkin juga menyukai