Ramadhan Panduan membantu manusia berusaha mendekati syurga Oleh: Aqif Azizan Co-Founder, Write to Wealth
Hakcipta Terpelihara Write to Wealth | Aqif Azizan
Pengalaman bertemu dengan
kertas ilmu di Serdang. Pada 16hb Jun 2014, saya teman isteri (yang sedang sarat mengandung 8 bulan) mengambil final exam di UPM (Universiti Putra Malaysia). Exam selesai pukul 1.30 petang. Kami terus bergerak ke masjid UPM untuk menunaikan solat fardhu Zohor secara berjemaah. Selepas selesai solat, saya ternampak satu helai kertas yang sangat cantik dan bermakna. Dalam kertas itu, dikongsikan 10 tip berubah dalam masa 40 hari. Ia dikongsikan oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA). Cuma, saya tukarkan tajuknya supaya mesra-bulanramadhan. Hehe. Hakcipta Terpelihara Write to Wealth | Aqif Azizan
Selamat menjamu 10 tip ini.
Hakcipta Terpelihara Write to Wealth | Aqif Azizan
1) Niat berubah kerana Allah.
Ini adalah kunci supaya dipermudahkan sepanjang perjalanan untuk kita berubah. Niat ibarat kunci kepada sesuatu kenderaan.
Hakcipta Terpelihara Write to Wealth | Aqif Azizan
2) Pasang matlamat yang
mencabar jiwa
Asalkan ia munasabah dan tidak menyusahkan diri
atau orang lain. Contohnya? Tutup aurat, cakap benda yang baik-baik sepanjang bulan puasa, solat subuh berjemaah di masjid konsisten.
Hakcipta Terpelihara Write to Wealth | Aqif Azizan
3) Buat solat taubat
Banyakkan istighfar dan berdoa supaya Allah terima taubat kita. Semua manusia adalah si pendosa. Bak kata Tuan Hilal Asyraf, "Untuk si pendosa, harapan selalu ada."
Hakcipta Terpelihara Write to Wealth | Aqif Azizan
4) Buang perkara negatif
terhadap diri. Buang skrip-skrip negatif dalam diri. Sebagai contoh, "Aku tidak mampu," "Aku tidak layak." "Aku tidak kuat." ... Dan sewaktu dengannya.
Hakcipta Terpelihara Write to Wealth | Aqif Azizan
5) Buang perasaan negatif
terhadap perkara sekeliling. Contoh, "Kalau aku mahu berubah, mesti ramai yang kutuk aku." "Kalau aku mahu berubah, nanti tiada siapa mahu kawan dengan aku." "Kalau aku berubah nanti, mesti ramai yang unfriend dengan aku (Negatif versi moden)." Kita mencari redha Allah, bukan redha manusia.
Hakcipta Terpelihara Write to Wealth | Aqif Azizan
6) Persiapkan diri dengan
perisai. Gagahkan diri supaya, + Kalis maki. + Kalis caci. + Kalis dbenci. Kuatkan diri dan sabar dengan tanggapan orang lain.
Hakcipta Terpelihara Write to Wealth | Aqif Azizan
7) Buat sedikit demi sedikit.
Jika sebelum ini tidak pernah solat, mulakan sedikit dengan solat 1 waktu. Jika sebelum ini solat lambat, mulakan dengan sedikit dengan solat awal waktu. Buat sedikit lebih baik daripada tidak buat langsung.
Hakcipta Terpelihara Write to Wealth | Aqif Azizan
8) Tekad! Buang alasan jauhjauh.
Biasa dengar ayat, "Belum sampai seru?" Setiap kali mahu cipta alasan untuk beribadat, ingat pesan ini, "Kematian tidak menunggu kita."
Hakcipta Terpelihara Write to Wealth | Aqif Azizan
9) Cari sahabat dan persekitaran
yang baik. Boleh sertai Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA). Pergi majlis-majlis ilmu. Kalau susah sangat, tonton kuliah agama di Youtube.
Hakcipta Terpelihara Write to Wealth | Aqif Azizan
10) Cabar diri untuk buat
sepanjang Ramadhan. Cabar diri untuk lakukan selama sebulan berturutturut. Dengan izin Allah, keperibadian kita akan berubah 10x ganda lebih baik. Insya Allah, Insya Allah.
Hakcipta Terpelihara Write to Wealth | Aqif Azizan
Pakej video Bagaimana
tingkatkan rezeki 3x ganda lebih baik pada bulan Ramadhan ini Belajar formula yang terbukti berkesan & boleh digunakan lebih daripada 100 kali.
Hakcipta Terpelihara Write to Wealth | Aqif Azizan
Kod kupon diskaun 70% (Harga asal RM100)
TERHAD! Langkah #1: Pergi ke laman web: http://www.writetowealth.my/magnetrezeki Langkah #2 GUNA KOD KUPON: PUASA70 Semoga ebook ini memberikan manfaat kepada tuan puan. Selamat menjalani ibadah puasa. - Aqif Azizan.
Hakcipta Terpelihara Write to Wealth | Aqif Azizan
Siapa Aqif Azizan?
Penulis sepenuh masa, dan pengasas beberapa buah syarikat. Antaranya Write to Wealth Alliance Sdn Bhd. Juga membantu pemilik bisnes di Malaysia dan luar negara untuk dapat ramai pelanggan. Menerusi servis konsultan pemasaran dan penulis iklan. Hubungi beliau menerusi: aqifazizan@gmail.com PS: Beliau suka makan nasi goreng daging.
Hakcipta Terpelihara Write to Wealth | Aqif Azizan