Anda di halaman 1dari 23

ISU POLITIK DUNIA SEMASA

CABARAN PENDEMOKRASIAN
DI NEGARA-NEGARA TIMUR
TENGAH

Kebangkitan rakyat

Campurtangan kuasa asing

Cabaran pendemokrasian di negara negara di


Timur Tengah

Persaingan kuasa

Ketidakstabilan politik

KEBANGKITAN RAKYAT
Kezaliman dan tekanan yang di lakukan oleh pemerintah ke

atas rakyat sesebuah negara akhirnya tercetusnya


kebangkitan rakyat untuk menyuarakan kebebasan dari
sistem zalim yang mencengkam hidup mereka sehingga ada
yang mencecah hampir setengah abad.
Buktinya,bermula dengan kebangkitan rakyat di Tunisia
mencetus revolusi untuk menjatuhkan pemerintahnya,lalu
merebak ke Mesir kemudian Libya ,dan berlarutan hingga
ke negara-negara arab yang lain. Kebanyakannya
mempunyai satu tujuan yang serupa, iaitu menuntut kepada
sebuah pimpinan yang adil dan saksama

Pemerintahan yang sedia ada kebanyakannya sudah tidak

boleh di terima oleh generasi kini dan akan datang.


Pada suatu masa dahulu pemerintahannya adalah berkaliber
dan projek atau agenda yang di bawa meraih sokongan
daripada rakyat tetapi kini tidak lagi sesuai untuk masyarakat
pada era kini yang mana setiap individu mengimpikan satu
pemerintahan yang lebih baik dari sebelum ini.
Faktor kebangkitan rakyat mencetus revolusi untuk
menentang tampuk pemerintahan yang ada, dan
mengimpikan satu anjakan paradigma yang bakal berlaku di
negara mereka.

CAMPUR TANGAN KUASA ASING


kebanyakan negara-negara barat menginginkan satu

perubahan yang mesti di lakukan di timur tengah di


sebabkan perancangan mereka agar dapat
mempromosikan agenda atau ideologi mereka sama ada
dari segi budaya, pemikiran, corak hidup di timur
tengah seiring dengan zaman globalisasi kini di mana
penyampaian ideologi mereka amat mudah disebarkan
melalui kemudahan-kemudahan yang sedia ada. Pada
pengakhirannya ideologi barat seperti sekularisme,
libralisme, dan sebagainya dapat di serap oleh kesemua
penduduk di negara timur tengah yang majoritinya
terdiri daripada umat islam.

sesungguhnya pelbagai cara telah dan sedang digunakan

oleh Barat untuk membentuk arah perubahan ini. Yang


terpenting ada lima cara iaitu:
Pertama, memanfaatkan para politikus boneka mereka.
Kedua, memberi bantuan ekonomi (hutang).
Ketiga, melakukan campurtangan ketenteraan.
Keempat,mempropagandakan Islam moderat.
Kelima, mengendalikan media massa bagi mempengaruhi
pandangan umum (public opinion)

Barat kerap memanfaatkan ahli-ahli politik lokal untuk melayani

kepentingannya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dari pelbagai


campurtangan politik negara-negara Barat di kebanyakan
negaradi Timur Tengah.
Campurtangan politik ini tidak akan berjalan kecuali kerana
adanya peranan aktif para politikus lokal ini yang menjadi
tangan-tangan Barat.
Timur-timur tengah menjadi imprealis barat.
Contoh;
Di Tunisia, arah perubahan dikendalikan oleh Eropah (Britaindan
Perancis), jauh dari pengaruh Amerika, kerana Tunisia sejak
sekian lama memang berada di bawah pengaruh Eropah.

Sementara di Mesir, Amerikalah yang memegang kendali

perubahan melalui militer Mesir, kerana tidak ada pengaruh


Eropah yang efektif di sana.
Manakala di Libya dan Yemen, kekuatan Amerika dan Eropah

hadir secara bersama meskipun kekuatan Eropah lebih nyata


berbanding Amerika.
Di Syria, keadaannya lebih rumit di mana Amerika berkali-kali

menegaskan bahawa ia tidak akan melakukan campurtangan. Ini


kerana kedudukan Syria yang sentral dan amat signifikan bagi
kepentingan Amerika di TimurTengah seperti kepentingan
Amerika di Israel dan Iraq.

PERSAINGAN KUASA
Kes yang jelas ialah protes di Bahrain yang

melibatkan warga majoriti Syiah menentang rejim pimpinan


Raja Hamad bin Isa al-Khalifah beraliran Sunni.
Kedua-dua pihak yang berseberangan memberikan laporan

dan analisis yang jelas bertentangan, dengan masing-masing


menegaskan perspektif berbeza; media Saudi mempertahankan
kerajaan Bahrain dan
menegatifkan warga Syiah manakala media Iran menyokong
penuh aspirasi rakyat Bahrain dan menolak kekerasan kerajaan
dan campur tangan asing (Saudi dan sekutu) di negara itu.

Persaingan naratif ini juga dapat menjelaskan politik di

Timur Tengah melibatkan kuasa-kuasa terbabit.

KETIDAKSTABILAN POLITIK

Berakhirnya enam bulan pertama 2013 menyaksikan politik dunia

penuh dengan percaturan, perbalahan, perdebatan dan persaingan


kuasa atas nama demokrasi.
Agenda kerajaan bertembung dengan agenda rakyat, lantas

membangkitkan rasa tidak puas hati yang menyebabkan bantahan


jalanan.
Secara umumnya, bantahan jalanan mampu menumbangkan rejim

politik secara revolusi, namun dilihat sebagai tidak stabil dan


menjejaskan keadaan politik dan sosioekonomi negara.

IKTIBAR KEJADIAN DI MESIR


Presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi daripada

golongan Islamis Ikhwanul Muslimin.Pihak anti-Morsi


secara agresif melancarkan demonstrasi besarbesaran yang membawa kepada rampasan kuasa tentera. I
a mengulangi kejadian 2011 yang membawa kepada
kejatuhan Presiden Hosni Mubarak.
Walaupun rejim Mubarak sudah tumbang, elemen rejim

lama itu masih lagi menguasai polis, tentera, kehakiman


dan media.

Keadaan sistem politik dan ekonomi Mesir yang tidak

stabil menyebabkan kedudukan Morsi tergugat dan


dituduh cuba membawa agenda Islamisasi serta gagal
membawa kemakmuran ekonomi Mesir.

IKTIBAR KEJADIAN DI TURKI


Turki juga pada Mei dan Jun 2013 menyaksikan

bantahan besar-besaran di Dataran Taksim sebagai


menentang kerajaan Parti Keadilan dan Pembangunan
(AKP)pimpinan Perdana Menteri, Recip Tayyip
Erdogan.
Bantahan bermula apabila Taman Gezi di Istanbul ingin

dibangunkan sebuah monumen peringatan Kesultanan


Uthmaniyah dan sebuah masjid

Golongan sekularis dan liberal menentang perancangan

itu kerana dilihat sebagai usaha mengislamisasikan Turki


dan menafikan agenda sekularisme yang menjadi jati diri
penduduk Turki sejak pemerintahan Mustafa
Kemal Ataturk.
Pihak media antarabangsa melihat kejadian itu sebagai
cubaan rakyat menggulingkan kerajaan Erdogan. Namun,
keadaan kini semakin reda dengan tindakan kerajaan
membawa permasalahan tersebut ke mahkamah dan
tindakan Erdogan bertemu pemimpin penunjuk perasaan.

RUMUSAN
Tuntasnya,cabaran pendemokarasian di negara-negara

timur tengah ada berpunca dari dalam dan luar


negara,iaitu seperti ketidakstbilan politik, kebangkitan
rakyat, campurtangan kuasa asing dan persaingan kuasa.

TERIMA KASIH

SOALAN

1.Apakah cabaran-cabaran pendemokrasian di negaranegara timur tengah


A. Kebangkitan rakyat
B. Pendidikan
C. Ketidakstabilan politik
D. Campurtangan kuasa asing
E. Persainagan kuasa

2.Apakah yang dibuat oleh rakyat kesan daripada


kezaliman dan tekanan yang dilakukan oleh
pemerintah?
A. Menyuarakan kebebasan dari sistem zalim yang
mencengkam hidup mereka.
B. Memulakan peperangan dengan pemerintah.
C. Berdiam diri dan tidak melakukan sebarang tindakan.

3.Melalui cara apakah negara-negara barat dapat


melakukan perubahan di timur tengah,cara tersebut
ialah:
A. Memberi bantuan ekonomi.
B. Mempropagandakan islam moderat.
C. Melakukan campurtangan ketenteraan.
D. Memanfaatkan para politikus boneka.
E. Tidak mengendalikan media massa untuk
mempengaruhi pandangan umum.

4.Apakah yang terjadi terhadap pemerintah kesan daripada


kebangkitan rakyat?

Anda mungkin juga menyukai