Anda di halaman 1dari 2

AMALAN BERJIMAT CERMAT

AMALAN BERJIMAT CERMAT AMAT DIGALAKKAN DALAM KEHIDUPAN


Pada era globalisasi ini, amalan berjimat cermat amat digalakkan dalam
kehidupan. Isu ini sering diperkatakan. Amalan ini sering menjadi buah mulut dalam
kalangan masyarakat. Dari segi istilah, amalan berjimat cermat adalah berbelanja secara
berhekmah dengan berhati-hati dan bukan secara boros. Biasanya segenap lapisan
masyarakat perlu berjimat cermat untuk memastikan mereka tidak kesusahan di
kemudian hari. Amalan berjimat cermat diamalkan dalam masyarakat, namun sikap
segelintir masyarakat yang bersikap hangat-hangat tahi ayam dalam berjimat
menyebabkan amalan ini terhenti di tengah jalan. Namun, bagaimanakah cara-cara
untuk memupuk amalan berjimat cermat dalam masyarakat?
Jika ditelusuri secara mendalam, kepentingan amalan berjimat cermat dalam
kehidupan ialah membantu seseorang ketika susah seperti orang mengantuk
disorongkan bantal. Hal ini kerana, melalui membantu seseorang ketika susah akan
mengurangkan masyarakat yang miskin dan berpendapatan rendah di negara kita.
Selain itu, melalui membantu seseorang ketika susah dapat meningkatkan
taraf kehidupan seseorang masyarakat. Natijahnya, masyarakat yang susah dapat
meringankan beban yang mereka hadapi. Tamsilnya, wang sudah di simpan di bank
dapat dikeluarkan bagi menghadapi saat-saat getir dalam hidup. Sudah terang lagi
bersuluh, bahawa berjimat dapat menjadi tangan ghaib yang membantu kita pada saat
tiada yang boleh membantu.
Jika dikaji sekali lagi, amalan menjimatkan wang boleh dijadikan sebagai
tabung simpanan wang kita untuk masa depan. Hal ini kerana, wang simpanan itu boleh
dijadikan bekalan kita apabila menghadapi kesusahan pada hari muka. Hal ini
bertepatan dengan pepatah lama iaitu sediakan payung sebelum hujan. Natijahnya, kita
tidak akan menhadapi kesulitan wang pada masa akan datang. Misalnya, kita pelru
menabung wang kita dengan membuka akaun simpanan bank atau menyimpannya di
rumah sahaja. Jadi jelaslah bahawa amalan berjimat cermat boleh memberi jaminan
untuk masa depan kita nanti.
Jika dikaji seterusnya, amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat
dapat melahirkan pengguna yang bijak kerana dapat mengelakkan pembaziran dalam
membelanjakan wang. Dalam hal ini, seorang pengguna yang bijak akan lebih
berwaspada dan lebih peka ketika membeli barang. Bahkan juga, seorang pengguna
yang bijak juga akan membeli barangan keperluan kehidupan seharian sahaja dan tidak
membazirkan wang dengan membeli barang yang tidak memberi apa-apa faedah.
Sebagai tamsilny, ketika membeli atau memilih barang yang hendak dibeli, kita perlu
mengetahui isi kandungan dan sum ber barang tersebut sebelum membelinya.
Masyarakat juga dapat hidup dengan lebih kondusif.Oleh itu, ternyatalah benar bahawa
dengan mengamalkan amalan berjimat cermat dapat melahirkan pengguna yang bijak.
Jika ditelusuri secara mendalam, amalan berjimat cermat adalah amalan murni
dan seharusnya amalan ini dipraktikkan sejak azali lagi khusunya sewaktu kecil lagi. Jika
diperhatikan amalan menabung ini dapat menjadikan masyarakat berjimat cermat.
Dengan amalan menabung ini, seseorang itu dapat membeli barang yang mereka hajati.
Biarpun lambat namun barang yang dihajati itu tetap akan dapat dimiliki. Dengan
amalan menabung ini, sedikit sebanyak ia dapat menjamin masa hadapan kerana seperti
kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Menurut kata Dato
Dr. Fadzillah Kamsah, amalan menabung ini perlu diajar kepada anak-anak dari kecil lagi
supaya amalan menabung ini dapat memberi faedah dan manfaat pada masa hadapan.

Sebagai ibu bapa lagi lebai lagi berjanggut, amalan berjimat cermat juga dapat
memupuk amalan menabung. Dengan menabung kita dapat mengumpul wang untuk
masa hadapan anak-anak. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Ibu bapa
haruslah mengamalkan amalan menabung ini untuk menjamin pendidikan anak-anak.
Seringkali, dikaitkan isu kewangan dalam negara kita yang kian menjadi racun dalam
masyarakat. Sebanyak 1440 kes perceraian dalam masyarakat kita ini berpunca daripada
kemerosotan kewangan. Bagi pasangan suami isteri yang baru berkahwin mereka akan
menhadapi masalah ini dan akhirnya sebagai penyelesaian mereka akan bercerai. Jadi
sebagai langkah penyelesaian amalan menabung haruslah dipraktikkan sejak dari dulu
lagi untuk menjamin kebahagiaan keluaraga di masa hadapan. Dengan itu, anak-anak
boleh menikmati kemewahan dan keselesaan hidup.
Jika ditelusuri secara mendalam, amalan berjimat cermat adalah amalan yang
paling bagus dan seharusnya amalan ini dipraktikkan oleh semua orang. Jika
diperhatikan amalan menabung ini dapat menjadikan masyarakat berjimat cermat.
Dengan amalan menabung ini, seseorang itu dapat membeli barang-barang yang mereka
inginkan. Biarpun lambat tetapi barang yang mereka hajati itu dapat dibeli.
Akhirul kalam, kita haruslah pandai dalam berjimat cermat. Hal ini kerana,
amalan berjimat cermat itu amat penting untuk menjamin kewangan kita pada masa
hadapan. Oleh itu, kita haruslah mempraktikkan amalan ini sejak dari azali lagi. Bak kata
pepatah, bersusah dahulu, bersenang-senang kemudian. Bukan itu sahaja, kita juga
haruslah memainkan peranan penting dalam mengamalkan amalan berjimat cermat dan
kita juga perlu menunjukkan teladan yang baik supaya generasi akan datang dapat
mencontohi sikap ini. Amalan ini harus ditanam dalam diri masing-masing sejak dari kecil
lagi oleh ibu bapa bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya sebelum nasi
menjadi bubur.

Anda mungkin juga menyukai