Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Pada era globalisasi dan modenisasi ini, negara di dunia ini sedang membangun dan
menuju ke arah kemuncak dunia. Persaingan antara negara dengan negara lain menjadi
semakin canggih. Tidak dapat dinafikan bahawa negara-negara ini telah menumpu perhatian
terhadap bidang perdagangan yang menjadi punca pendapatan negara.
Perdagangan sinonim dengan tamadun dan kehidupan manusia. Perkembangan
tamadun manusia berjalan seiring dengan kemajuan dan inovasi perdagangan. Perdagangan
akan menjadi pelengkap kepada kehendak manusia di semua sudut kehidupan, Untuk menjadi
negara yang maju, faktor kejayaan negara di dunia dalam menjalankan perdagangan hendaklah
dititikberatkan. Tanpa mengambil kira faktor-faktor ini, mustahil sesebuah negara boleh
bertanding dengan negara-negara lain yang maju dalam bidang perdagangan.
Umum mengetahui bahawa setiap negara di dunia amat mementingkan perkembangan
tamadun kemanusiaan dan kebendaan untuk memastikan negara mereka berkembang dengan
pesat dan mencapai keseimbangan dan kemajuan dalam semua aspek.
Sebenarnya, tamadun kemanusiaan mementingkan nilai, penghormatan terhadap hakhak asasi dan kemuliaan manusia. Nilai ini tidak akan wujud melainkan sebuah kelompok
masyarakat

itu

memahami

hakikat

kejadian

manusia

secara

menyeluruh.

Tamadun

kemanusiaan juga merujuk kepada sesuatu yang bukan benda yang tidak dapat dipegang tetapi
dapat dilihat dan dirasa. Contohnya, pengetahuan, falsafah, kepercayaan, sistem keluarga,
nilai, undang-undang, akhlak dan sebagainya. Masyarakat yang berbudaya tinggi pasti
mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral. Pembinaan sifat ini berkaitan dengan
kepercayaan yang diterima. Kepercayaan ini merujuk kepada kehidupan sebagai manusia
beragama
Bagi tamadun kebendaan, ia berkaitan dengan peralatan atau bangunan yang
dihasilkan oleh masyarakat yang boleh dilihat dan disentuh serta dinilai dari segi fizikalnya.
Peralatan dianggap sebagai cermin paras pencapaian peradaban atau tamadun bagi sesebuah
masyarakat. Peralatan atau bangunan yang dihasilkan itu adalah berasaskan sumber alam
sekeliling. Ia dihasilkan bersesuaian dengan kehendak hidup. Ia juga menggambarkan tahap
pencapaian teknologi, kemahiran dan ilmu pengetahuan.

Kedua-dua tamadun ini saling berlengkapan antara satu sama lain di sesebuah negara
untuk memastikan perkembangan negara dijalankan secara keseluruhan. Dengan itu, barulah
sesebuah negara itu akan mencapai kemajuan dan rakyat hidup aman damai.
RUMUSAN
Kesimpulannya, perdagangan adalah penting kepada semua negara di dunia ini. Ia
bukan sahaja dapat menambahkan pendapatan negara dan hasil kerajaan, maka juga dapat
memupuk persefahaman dan kerjasama antarabangsa. Selain itu, sesebuah negara boleh
mendapat pertukaran asing dan mengurangkan kadar pengangguran pekerja. Tambahan pula,
kekurangan bahan mentah dan kepakaran yang dianggap penting dalam bidang perdagangan
juga dapat diatasi. Akhirnya, imbangan pembayaran negara dapat ditingkatkan.
Untuk menjadi negara yang maju, faktor kejayaan negara dalam menjalankan
perdagangan amat dititikberatkan. Faktor seperti kemudahan pergudangan, pengangkutan,
pelabuhan, peranan komunikasi atau perhubungan, pengiklanan, aktiviti eksport dan import,
perkhidmatan insurans dan peranan bank perdagangan adalah penting untuk memastikan
perdagangan dijalankan dengan berjaya. Tanpa mengambil kira faktor-faktor ini, mustahil
sesebuah negara boleh bertanding dengan negara lain yang maju dalam bidang perdagangan.
Tamadun kemanusiaan sesebuah negara biasanya merangkumi hierarki sosial
masyarakat, kepercayaan dan pandangan semesta, pemikiran masyarakat, nilai-nilai dan
konsep keluarga, ajaran agama, falsafah dan sebagainya. Jika tamadun kemanusiaan tidak
diberi perhatian, maka identiti tersendiri dalam sesebuah negara akan hilang. Ajaran agama,
falsafah, sistem pemikiran dan nilai-nilai murni sesebuah negara akan dilupakan. Akhirnya,
masyarakat tidak dapat membina kehidupan manusia yang sempurna dan teratur.
Bagi tamadun kebendaan, ia biasanya merangkumi seni bina, seni lukis, seni ukiran,
kaligrafi, seni pahat, seni halus, bidang muzik, penciptaan sesebuah negara dan sebagainya.
Tanpa tamadun kebendaan, masyarakat tidak mempunyai kelengkapan kemudahan dan
fizikal, penciptaan teknologi serta kemahiran yang boleh membawa keselesaan kepada
kehidupan mereka. Jika peralatan atau bangunan tidak dihasilkan, mustahil sesebuah negara
dapat membangunkan tamadun mereka. Kehendak hidup masyarakat juga tidak dapat
dipenuhi.
Jika sesebuah negara tidak memberi perhatian kepada perkembangan kedua-dua
tamadun, maka negara itu tidak mampu bertanding dengan negara-negara lain yang

menitikberatkan perkembangan tamadun kemanusiaan dan kebendaan. Akhirnya, negara itu


dianggap ketinggalan dalam zaman dan lama-kelamaan negara itu akan mengalami
keruntuhan. Justeru, untuk memastikan sesebuah negara terus aman dan daulat, pemimpin
dan masyarakat sesebuah negara hendaklah menitikberakkan perkembangan kedua-dua
tamadun itu supaya mereka terus menuju ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan
terbilang.

Anda mungkin juga menyukai