Anda di halaman 1dari 30

ETIKA PROFESION KEGURUAN

Maksud Etika
1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa
& Pustaka, 1995)
2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap
masyarakat.
4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan AlQuran dan ketakwaan kepada Allah.
Maksud Etika Profesional
Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan
disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek
yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku
profesion dalam masyarakat.
Skop Etika Profesional
1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang
benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.
2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa
dalam keseluruhan hidupnya.
3. Etika PerguruanBermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru
terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.
Kepentingan Etika Guru
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan.
Kod etika dianggap penting kerana:
1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam
profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru
terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan
jelas tentang tanggungjawab mereka.
3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini
menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat
melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara
lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat
dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana
kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan

secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati
tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai
matlamat pendidikan dan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi.
Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam
menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan
perhubungan atnara ahli dalam organisasi
Tanggungjawab guru
1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada
jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan
jujur.
4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid
mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau
persendirian.
5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.
6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira
bangsa dan agama atau kepercayaan.
7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk
tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.
8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua
murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik,
tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.
9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya
dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani,
intelek, daya cipta dan lain-lain.
10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai
diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.
11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh
membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan
murid, masyarakat atau negara.
13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya
mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.
14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.
15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role
model' kepada muridnya.

16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk
pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau
cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.
17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.
18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian
terhadap muridnya.
19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli
masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.
20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan)
untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.
22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan
namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati
berdasarkan prinsip-prinsip berikut:Niat yang betul
Perlakuan yang baik
Pengerak ke arah kebaikan
Memperkotakan apa yang dikatakan
Berdisiplin dan beradab
Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi
NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.
Nilai-nilai itu adalah:
Amanah
Benar
Bijaksana
Bersyukur
Dedikasi
Ihklas
Penyayang
Akauntabiliti keguruan
1.0 Konsep keguruan
Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika

dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang


memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada
orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga
dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan
bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat
belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai
perkaitan dengan guru.
2.0 Konsep Akauntabiliti
Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan akauntabiliti di huraikan sebagai
bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu.
Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk
memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi
kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut .
Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan
justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang
telah diambil.
3.0 Akauntabiliti keguruan.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan
dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud
berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan.
Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas
merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah,
masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.
Akauntabiliti guru terhadap
3.1 Pelajar
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah
termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah
mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding halhal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap
pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental,
politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar
murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada
mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada muridmuridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran.
Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan
bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid
memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang

yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga
profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di
hormati lagi oleh anak muridnya.
3.2 Diri
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal
oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa
yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak
menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan
perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru
akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap
proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan
pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media
massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap
profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti
berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental
dan fizikal.
3.3 Sekolah
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga
bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah.
Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti
terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas
mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai
guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata
pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.
3.4 Masyarakat dan Negara
Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan
cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun
Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan
masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi
tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas
dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan
persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah
bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi
mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran
yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun
yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk
sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi
warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah

menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi


tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama
di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku
soppan yang diterima oleh masyarakat .
3.5 Profesion Keguruan
Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan
mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran
bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursuskursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini
di lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya
bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar
dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.
4.0 Penutup
Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami
tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati
sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini
kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan
tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi.
Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya
terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat
ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam
bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan
meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat
melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya
guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti
akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap
tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah
dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti
terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di
jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di citacitakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana
perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.

NOTA EDU3108
BAB 1 KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU PROFESION

1) Pengenalan;
- Kamus Dewan (2005) suatu bidang pekerjaan yang memerlukan
pendidikan, kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.
- Profesion juga merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan
fungsi sosial yang penting.
2) Ciri-ciri Profesion;
- Merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang
jelas untuk masyarakat dan negara.
- Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa
memberi perkhidmatan.

- Pekerja mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran


ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu.
- Pakar dalam bidang pekerjaan .
- Mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugas.
- Mementingkan mutu perkhidmatan.
- Berdedikasi dan tidak mementingkan ganjaran dalam menjalankan tugas.
- Pekerja terdiri daripada ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan
kemasukan, mengawal mutu dan penyingkiran ahli.
- Mematuhi kod etika profesion
3) Konsep Profesional;
- Ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu
profesion.
- Ornstein & Levine (1993) -4 atribut dalam suatu profesion:
a) penguasaan ilmu yang mendalam
b) kecekapan dan kepakaran dalam bidang
c) kod etika
d) kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat
untuk beroperasi.
4) Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan;
- Perguruan diertikan sebagai pengajaran (Kamus Dewan,1989)
- Keguruan diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru seperti
peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru (Kamus Dewan,1989).
5) GURU PROFESIONAL VS. NON PROFESIONAL
Guru Profesional;
- Mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Perguruan.
- Mempunyai autonomi menentukan kaedah mengajar dalam bilik darjah.
- Menjadi ahli kesatuan yg menentukan kod etika sebagai panduan dalam
segala aktiviti profesional.

- Guru adalah pakar dalam pendidikan.


- Pekerjaan guru adalah perkhidmatan yang penting kepada indidvidu dan
negara.
Guru Non Profesional;
- Tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Cth: guru sandaran, guru
sementara
- Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak
banyak persaingan.
- Autonomi guru adalah terhad.
- Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru sekiranya
guru tersebut tidak mematuhi kod etika.
- Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli kesatuan
6) Ciri-ciri guru profesional (Abdul Shukor Abdullah,1998);
- Bersikap profesional
- Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
- Berilmu
- Patuh dengan Kod Etika.
- Bermoral
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran
- Prihatin terhadap murid dan ibubapa
- Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid.
- Mempunyai kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
- Memastikan suasana guru mengajar murid belajar dalam bilik darjah.
- Melahirkan persekolahan berwatak supaya murid mempunyai kekuatan
ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
- Taat dan setia terhadap perkhidmatannya.
- Mempertahankan martabat profesionnya.
- Menunjukkan kesetiaan terhadap kerajaan, bebas pendirian & tidak
berbelah bahagi.
7) 10 Tret Guru yang Berkesan (McEwan,2002);

- Dorongan oleh misi dan passionate


- Positif dan benar
- Guru sebagai pemimpin
- With-it-ness
- Gaya
- Kepakaran dalam motivasi
- Keberkesanan pengajaran
- Pembelajaran kandungan
- Pintar
- Celik minda
8) Model Guru Profesional -Mohamad Sani,1998) ;
Sahsiah
Bertaqwa
Berakhlak
Berperibadi mulia
Komitmen
Bersopan
Positif
Berkepimpinan
Budaya ilmu
Ketrampilan
Merancang & mengurus p & p
Memilih strategi
Kemahiran teknologi
Kemahiran generik
Kemahiran kaunseling
Menilai p & p
Ilmu
Isi kandungan
Pedagogi

Bahan
Kaedah
Teknologi
9) Seorang guru diberi autoriti dalam aspek-aspek berikut:
- Kaedah mengajar
- Kawalan sosial di sekolah
- Kawalan disiplin murid
- Hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid
- GERKO
- Pembimbing kepada murid
10) Refleksi
- Anda telah mengetahui bahawa terdapat beberapa ciri non profesional
dalam profesion keguruan. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah
yang boleh diambil untuk meningkatkan profesional keguruan?
- Gunakan alat pemikiran SWOT (Strength, weakness, opportunity, threat)
bagi membantu guru melaksanakan pengajaran yang berkesan dan juga
menyeronokkan.
BAB 2 KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI KEGURUAN
1.Konsep Etika
- sistem tingkah laku kumpulan manusia / organisasi.
- nilai moral yang baik / buruk
- masyarakat menganalisis, menilai, sama ada mengikut peraturan yang
telah ditetapkan.
- guru perlu menjaga kod etika demi status, akhlak dan maruah.
2) Kod Etika Keguruan

Tanggungjawab terhadap pelajar


- mengutamakan kebajikan dan dan keselamatan pelajar
- bersikap adil terhadap pelajar
- merahsiakan maklumat ikhtisas
- membimbing /mengajar pelajar tanpa sebarang bayaran
- menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku
- memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas
Tanggungjawab terhadap ibu bapa
- Menghormati tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
- Mewujudkan hubungan yang mesra dan kerjasama.
- Mengganggap semua maklumat yang diberi ibu bapa sulit.
- Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak
mereka.
- Mengelakkan daripada menggunakan/dipengaruhi oleh kedudukan
sosial/ekonomi ibu bapa.
Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
- Tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan pelajar, masyarakat
atau negara
- Memupuk sikap dan nilai supaya menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab
- Menghormati masyarakat tempat berkhidmat
- Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu
bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
- Berpegang pada tingkah laku yang sopan dan diterima masyarakat.
Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
- Mengelakkan diri daripada membuat kenyataan yang boleh
mencemarkan nama baik rakan sejawat dihadapan pelajar atau ibu bapa.
- Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
sebagai guru.
- Berusaha menunaikan tanggungjawab.
- Sentiasa membantu rakan yang baru dalam profesion perguruan.
- Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion

perguruan.
- Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
3) Akauntabiliti Guru;
Konsep
- Tanggungjawab kepada seseorang/sesuatu
- Tanggungjawab kepada profesion perguruan
- Leslie Kaplan & William Owings (2001), akauntabiliti guru sebagai;
kualiti guru
kualiti pengajaran.

Akauntabiliti terhadap diri / perlakuan


- Berilmu pengetahuan dan berkemahiran menyampaikan maklumat.
- Kemahiran interpersonal.
- Membentuk soalan penilaian.
- Pengurusan bilik darjah
- Memotivasikan pelajar
- Pengurusan disiplin
Akauntabiliti terhadap murid-murid dan ibu bapa
- Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
- Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid.
- Bersikap adil dengan setiap murid.
- Membimbing murid-murid tanpa mengenakan sebarang bayaran.
- Memberi contoh yang terbaik kepada murid-murid.
Akauntabiliti terhadap profesion
- Melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
- Menjadi suri teladan yang baik kepada murid-murid.
- Membantu rakan sejawat
- Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang mencemarkan profesion
perguruan.

Akauntabiliti terhadap bangsa dan negara


- Menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat FPN dan RN.
- Memupuk nilai murni yang sesuai dengan masyarakat berbilang kaum.
- Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
- Mengeratkan persefahaman dengan ikhlas dalam kalangan ibu bapa
- Memberi sumbangan sukarela kepada negara.
4) Integriti Guru
- Integriti bermaksud wholeness atau completeness- kesempurnaan
- Nillsen 2004, bermaksud keikhlasan dan kejujuran
- Institut Integriti Malaysia- kualiti yg wujud secara keseluruhan dan padu
kepada individu dan organisasi
- Berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari
- Integriti guru bermaksud guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa
yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.
- Guru harus mengamalkan Kod Etika Profesion dan Piagam Pelanggan
demi mewujudkan budaya kerja organisasi yang bersistem.
- Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan
mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar
- Guru yang melaksanakan tugas dengan ikhlas mampu merancang p&p
yang terbaik
5) Refleksi Kendiri
- Berdasarkan pengalaman anda di sekolah, imbas kembali salah seorang
guru yang anda sanjung sebagai guru yang berintegriti.
- Senaraikan ciri-ciri guru pilihan anda yang dapat menyokong pandangan
anda bahawa guru berkenaan berintegriti.

BAB 3 ISU ETIKA GURU


Maksud etika :
-cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan adab tertib dalam

pergaulan
Maksud Etika Guru :
- Suatu sistem yang diatur sebagaipanduan untuk diikuti oleh guru supaya
guru saling menghormati, mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap
profesionnya serta boleh menguruskan kehidupan dengan baik
Etika perlu dalam profesion perguruan :
- Supaya segala tindakan guru dilihat telah menjaga kepentingan
masyarakat yang berhubung dengan mereka
- Supaya tingkah laku guru sesuai dengan adat kebiasaan yang berlaku
dan tidak bertentangan dengan hak asasi umum.
- Guru dikawal oleh etika perguruan.
Fokus Etika Guru :
- Kesantunan guru
- Kepedulian guru
- Penampilan guru
- Berniaga di sekolah
- Pengurusan masa
- Kerjaya sambilan
- Kerjaya sambilan
- Pengurusan kewangan
1.0 ISU KESANTUNAN GURU
- Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku
dalam masyarakat.
- Fokus kesantunan guru ialah :
a) Perlakuan dalam percakapan
- Kawalan suara
- Memonopoli sidang perbualan
- Cakap banyak
- Puji diri secara langsung dan tidak
b) Tatacara berkomunikasi
- Ikut norma budaya setempat, bukan tatacara kita sahaja.

2.0 ISU KEPEDULIAN GURU


- Definisi ; perwakilan komposit perasaan, pemikiran, dan perhatian yang
diberikan kepada sesuatu isu/tugas
- Perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberikan guru terhadap isu atau
tugasnya.
- Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru
terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya.
- Kepedulian merupakan kuasa yang akan menggerakkan suatu proses
perubahan (Havelock 1995)
- Guru perlu :
a) Sedar atas perubahan
b) Minat pada perubahan
c) Mengenali pembawa perubahan
d) Mengurus perubahan
e) Menilai kesan perubahan
f) Bekerjasama dengan rakan
g) Membuat penambahbaikan
- Kepedulian dari segi penyempurnaan diri
: urus hal kehidupan seharian
: jangan sampai masalah kehidupan mengganggu tugas
- Kepedulian terhadp tugas pengajaran
: ambil peduli tentang bahan, kaedah dan beban PNP
: bimbang terhadap perasaan murid terhadap guru
- Kepedulian terhadap impak pengajaran
: yakin terhadap kebolehan pelajar
: guru lebih fokus kepada keperluan pelajar dan penambahbaikan
Cadangan :
- Membuat refleksi terhadap kepedulian harian dan sedia menerima
maklum balas daripada guru lain, mentor atau penyelia tentang masalah
dihadapi.

BAB 4 PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU


Teori Keprihatinan (Fuller 1969)
- Peringkat Keprihatinan Diri
- Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas
- Peringkat Impak
Prihatin Diri :
- Apakah pelajar suka saya?
- Bolehkah saya mengajar apabila diselia?
- Apakah yang dikatakan oleh guru lain tentang saya.
- Apakah BBM saya sesuai dengan murid?
Peringkat Impak :
- Bagaimana cara saya memotivasikan murid saya?
- Apakah cara saya mewujudkan rasa kejayaan dalam kalangan pelajar
saya?
- Adakah pelajar saya mempunyai disiplin yang tinggi?
Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru
- Peringkat novis
- Peringkat novis lanjutan
- Peringkat cekap
- Peringkat mahir
- Peringkat pakar
Cabaran Guru Permulaan
- Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative
- Belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak sekolah
- Masalah penyesuaian diri dengan reality sekolah dan bilik darjah.
- Mula mengaplikasikan kaedah mengajar
- Memahami fakta, konsep dan perkara asas pengajaran
- Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru
- Kurang berupaya menangani tugas harian guru
Guru Cekap :
- Ada kecekapan pada tahap minimum

- Guru mula kenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dengan
merujuk situasi khusus.
- Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah PNP.
Guru Mahir
- Terbaik dalam bidang
- Menjadi teladan profesionalisme
- Terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum
Guru Pakar
- Menyerlahkan diri secara profesionalisme
- Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik
darjah.
- Dianggap sebagai bidang yang berautoriti bercakap dalam bidang
profesionalnya.

Konsep Sekolah dan Guru Berkesan


Konsep sekolah berkesan diperkenalkan dengan matlamat membawa
sistem pendidikan kearah kecemerlangan seiring dengan slogan membawa
sistem pendidikan ke taraf dunia.
Guru Cekap
Menjadi guru cekap :
- Kecekapan profesionalisme
- Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip
- Keutuhan peribadi
- Kecekapan menggunakan teknologi maklumat
Ciri-ciri guru cekap :
1) Ciri peribadi bermatlamat, fikiran positif, yakin dan sabar
2) Ciri mengajar gaya tersendiri, kepakaran, bermotivasi
3) Ciri intelektual suka membaca, mempunyai mental-life yang segar,

mempunyai kesungguhan kendiri dan minda sihat dan terbuka.


Prinsip Guru Cekap :
- Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap dan kurang silap
- Guru mengajar murid belajar : mengajar, membuat persediaan dan beri
murid semangat belajar bersungguh-sungguh
- Berkongsi visi yang sama
- Bakti disemai bukti dituai
- Penambahbaikan berterusan
- Mencegah masalah lebih utama dari menyelesaikan masalah : guru perlu
proaktif
Ciri guru berkesan :
- Profesional
- Mempamer kekuatan teori
- Kaya ilmu
- Bertindak atas landasan etika kerja
- Morality yang teguh
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran
- Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
- Menilai kekuatan dan kelemahan murid sekolah
- Melengkapkan diri dengan kemahiran sejajar dengan tuntutan semasa
- Menampilkan watak terpuji, berimej, peribadi mulia, berwawasan
- Taat setia terhadap perkhidmatannya, memartabatkan profesionnya
- Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas berpendirian
- Professional dengan PNP di sekolah
- Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai
ilmu, berpesonaliti sihat dan serba boleh.
Guru Mahir
- Orang yang memiliki kemampuan dan keahlian khusus dalam bidang
keguruan sehingga ia mampu melakukan tugas dan fungsi sebagai guru
dengan kemampuan maksima
- Orang yang terdidik dan terlatih dengan baik.
Guru Berintelek

- Guru perlulah menanamkan sifat ingin tahu, yang akan mendorong diri
mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering
berubah-ubah (up to date)
Guru mahir perlulah :
- Mahir berkomunikasi. Guru yang mahir berkomunikasi dengananak
muridnya akan mghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik
- Dapat memberikan motivasi yang berkesan
- Murid menerima motivasi secara berhemah dan berhikmah.
- Meningkatkan kebolehan penggunaan ICT, mengekalkan guru berkualiti
dengan cara sentiasa aplikasi ICT dalam PNP dan tahu kemahiran aplikasi
computer.
Kesimpulan :
Kemahiran guru yang perlu ada :
- Kemahiran penyampaian
- Kemahiran penilaian
- Kemahiran merangsang
- Kemahiran pengurusan bilik darjah
Guru Pakar
Definisi Guru Pakar :
- Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan
kepakaran tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam PNP.
Sahsiah guru pakar :
- Sahsiah terpuji
- Berketrampilan
- Berpegang eguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam
- Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar
- role model kepada warga pendidikan
Pengetahuan guru pakar :
- Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran
- Menjadi pakar rujuk PNP
- Bijak mengurus masa, bahan dan sumber

- Mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar


Hasil kerja :
- Meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome)
- Memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya menyampaikan idea
dan mesej yang berkesan.
Potensi :
- Berwawasan, proaktif, responsive, inovatif dalam rangka menjalankan
tugas sebagai pendidik.
Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara
- Berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang
pengkhususan dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu
pendidikan Negara.

Guru Permulaan
1) Guru yang baru memulakan perkhidmatan selepas tamat kursus
perguruan di IPG atau university
2) Sosialisasi didefinisikan sebagai proses saling mempengaruhi antara
individu dalam konteks sosial sekolah selepas penempatan baru.
3) Guru baru sering berhadapan dengan masalah sosialisasi.

Fokus isu :
- Guru baru sering menghadapi masalah :
: guru besar dan guru
: mempelajari peranan sebagai guru di luar bidang tugas mengajar
: masalah pembelajaran dan disiplin murid
Ciri-ciri kelemahan sosialisasi guru permulaan :
- Kurang mahir urus Koku
- Kurang mahir urus aktiviti sukan

- Tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah


- Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah
- Kurang teori dan amalan latihan
- Tidak cukup kemahiran guna pusat sumber
- Kurang kemahiran sosial
BAB 5 PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH
1) Peranan Guru
Pengamal Ilmu dan Kemahiran
Pembimbing
Pengamal Reflektif
Penyelidik
Agen Sosial
Agen Perubahan
Pengganti Ibu Bapa
Pembentuk Tingkah Laku
Pengurus Pembelajaran
2) Pengamal Ilmu dan Kemahiran
- Pengamal pengetahuan kandungan pedagogi.
- Menstruktur pengajaran dengan mengintegrasikan unsur kemahiran dan
nilai.
- Mempunyai peranan memindahkan ilmu dan meninggikan adab murid.
- Mempraktikkan budaya ilmu membaca, berfikir, membuat penyelidikan
& mencari idea baru.
3) Pembimbing
- Menyemai minat dan motivasi terhadap mata pelajaran.
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid.
- Menanamkan minat dan sikap yang sihat pada alam persekolahan &
amalan seharian.
- Mengenal pasti & membantu murid yang mengalami masalah spt

pelajaran, sosioemosi & kesihatan.


4) Pengamal Reflektif
- Membantu guru permulaan menstruktur pemikiran bagi menguasai aspek
kandungan pengetahuan.
- Meningkatkan tahap profesional guru.
- Menambahbaik aktiviti P&P.
- Jika diterapkan kepada murid membolehkan mereka memperoleh
kemahiran berfikir kritis & kreatif.
5) Penyelidik
- Dapat meningkatkan kualiti P&P.
- Menjalankan pelbagai jenis penyelidikan yang berkaitan amalan P&P.
- Menggunakan BBM dan mengkaji keberkesanannya melalui kajian
penyelidikan tindakan.
- Guru boleh menjaalankan penyelidikan biasa menggunakan kaedah kes,
soal selidik, pemerhatian & temubual.
6) Agen Sosial
- Guru agen sosialisasi.
- Guru bukan sahaja menyampaikan pengetahuan tetapi perlu menupuk
sahsiah, sikap dan nilai selaras dengan kehendak budaya masyarakat.
- Guru berperanan sebagai pembudayaan masyarakat.
7) Agen Perubahan
- Masalah sosial masyarakat satu cabaran besar kepada tanggungjawab
guru.
- Guru berperanan mengawal kepincangan ini.
- Oleh itu guru perlu membina kesepaduan ilmu, kemahiran dan nilai
kepada murid.
- Menerapkan nilai kepimpinan demokratik.

- Peranan guru sebagai agen perubahan meliputi


- Menggunakan strategi pemusatan murid
- Mengawal sikap penyayang
- Bersikap proaktif
- Bersedia menghadapi perubahan
8) Pengganti Ibu BapA
- Guru perlu mendapat kefahaman sosiobudaya anak muridnya.
- Guru hendak peka dengan emosi, keperluan dan perubahan sikap &
tingkah laku murid.
- Murid perlu diberi dorongan dan bimbingan tanpa batasan pilih kasih,
prejudis atau diskriminasi.
9) Pembentuk Tingkah Laku
- Guru menyampaikan nilai moral, nilai agama, nilai terminal & nilai
instrumental bagi membentuk tingkah laku murid.
- Bilik darjah yang efektif menekankan pembentuk tingkah laku
(kesungguhan, kerajinan, ketekunan, persahabatan, toleransi dan
kesabaran).
10) Pengurus Pembelajaran
- Meningkatkan keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik
dan sosial.
- Mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial pelajar.
- Memudahkan guru mendapat sokongan dan kerjasama yang baik
daripada pelajar.
- Pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan diskriminasi.
- Memupuk nilai persahabatan, kerjasama, toleransi dalam kalangan
pelajar.
- Mengurus pelbagai rutin bilik darjah dan rutin aktiviti murid.
- Menguruskan persediaan mengajar teratur dan sistematik seperti RHP,
BBM dan membuat rujukan pada bahan lain yang terkini.

- Mengurus perancangan penilaian termasuk prosedur dan BBM.


BAB 7 STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKAN
VISI DAN MISI KPM
1) Visi KPM : SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
- Unggul bermaksud kehebatan yang patut ada di sekolah sama ada dari
aspek kecemerlangan akademik dan kokurikulum mahupun siasah,
prasarana dan persekitaran sekolah tersebut.
- Misi KPM: Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
- Pendidikan berkualiti ialah pendidikan yang mampu membina masyarakat
yang progresif, berdaya tahan, mampu berdepan dengan perubahanperubahan di peringkat global tetapi pada waktu yg sama mendukung
identiti negara berlandaskan Rukun Negara
2) carta organisasi(http://www.moe.gov.my/?id=143)
- KPM didokong oleh 31 Bahagian, 2 Bahagian Berkanun dan 16 Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN)
- Pengetua akan dibantu oleh 3 Penolong Kanan iaitu PK 1bertanggungjawab terhadap kurikulum dan pentadbiran
- PK2 bertanggungjawab dlm HEM
- PK3 menguruskan hal-hal kokurikulum
4) Tugas Dan Tanggungjawab Guru;
- Menyebarkan ilmu
- Pengamal dan pelaksana ilmu
- Pengamal TMK
- Role model
- Penerap nilai
- Educare/educere
- Pakar rujuk

- Pemimpin
- Mentor
- Penyelidik
- Agen sosialisasi
- Agen perubahan
- Pembina Negara Bangsa
5) Jangkaan Guru;
- Merupakan harapan dan keinginan guru yg sangat kuat untuk
memperoleh sesuatu ganjaran atau hasil setelah melakukan sesuatu
tugasan
4 bentuk jangkaan:
- jangkaan terhadap pelajar- e.g penentuan hasil pembelajaran
- Jangkaan terhadap pentadbir atau pengurus sekolah-e.g pihak pentadbir
dapat memimpin dengan penuh amanah, berintegriti dan bersungguhsungguh
- Jangkaaan terhadap ibu bapa dan komuniti e.g merancang strategi bg
membina jambatan yg menghubungkan ibu bapa dan komuniti dengan
pihak sekolah
- Jangkaan terhadap diri sendiri e.g meletakkan jangkaan bahawa guru
berpeluang yg luas dalam laluan kerjaya di samping insentif dari sudut
kebajikan
BAB 8 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU:PEMBELAJARAN
SEPANJANG HAYAT
PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU
1) Pembelajaran Sepanjang Hayat
- Seorang guru harus meneruskan pendidikannya sepanjang hayat kerana
pendidikan sendiri mengalami pelbagai perubahan.

- Senaraikan perubahan-perubahan yang dimaksudkan di atas.


2) Cara guru dapat memenuhi tuntutan Pembelajaran Sepanjang Hayat
- Bengkel
- Seminar
- kursus-kursus pendek
- budaya membaca
- penyelidikan
- lawatan ke sekolah
- penandaarasan
- projek-projek komuniti
- aktif dlm persatuan akademik
3) Pembelajaran Sepanjang Hayat bermaksud motivasi kendiri ke arah
pencarian dan peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan keperluan
personal atau profesional.
4) Pembelajaran Peribadi
- Guru ialah contoh dan rol model paling dekat dengan murid, maka belajar
bagaimana belajar ( learn how to learn ) perlu dipaparkan melalui
perlakuan dan tindakan guru sendiri.
5) Senaraikan kaedah atau bentuk pembelajaran peribadi / kendiri yang
anda tahu
Sebagai contoh
- Program secara on-line merupakan perkembangan baru dalam ICT dan
guru boleh mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan
pembelajaran secara on-line.
- Antara contoh ialah VirTEC (Virtual Teacher Education Center)yang dibina
dan menjadi satu landasan untuk merangsang gurudalam perkembangan
professional guru Bahasa Inggeris (Mohamed Amin Embi,
6) Budaya Membaca;

- Guru perlu mengamalkan budaya membaca bagi memastikan mereka


sentiasa kemaskini dengan ilmu pengetahuan.
- Guru di Malaysia patut menggilap imej guru melalui pembacaan bagi
memastikan guru tidak terpinggir daripada kelompok profesional yang lain.
7) Mengapa dan bagaimana?
Budaya Menyelidik
Kajian Tindakan
- Bentuk kajian paling popular dalam kalangan guru Kem. Pelajaran
Malaysia.
- Suatu pusingan (spiral) yang terdiri daripada perancangan, tindakan,
penilaian terhadap tindakan.
- Fokus kepada kajian yang spesifik ttg satu aspek pengajaran yang guru
perhatikan.
- Membentuk budaya reflektif, bersikap terbuka dan mampu menambah
baik amalan kendiri.
8) Amalan Reflektif;
Antaranya amalan refleksi melalui :
- Penulisan reflektif/jurnal
- Portfolio pengajaran
- Penyelidikann tindakan,
- Perkembangan professional on-line
- Aktiviti Pusat Kegiatan Guru
- As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or
we wouldnt be teaching because education is a constant process of
change. Every single time you teach something to someone, it is
ingested, something is done with it,and new human being emerges (Leo
Buscaglia).
9) Kolaborasi dan Musyawarah
- Kolaborasi bermaksud bekerja dengan orang lain dlm projek bersama
yang mempunyai matlamat yang sama hendak dicapai.

- Musyawarah bermaksud rundingan yang berlangsung dan mencapai kata


sepakat terhadap sesuatu tindakan yang diambil
10) Mengapa guru perlu berkolaborasi?
Elemen-elemen kolaborasi:
- Hubungan kerja berasaskan kepercayaan guru.
- Bekerja bersama-sama secara sukarela.
- Peningkatan kemahiran seabagi usaha berterusan.Berkolaborasi sebagai
usaha berterusan tanpa menyekat individu.
- Penghargaan terhadap mereka yang terlibat
11) Latihan dlm Perkhidmatan ( Kursus Dalam Perkhidmatan KDP)
Fokus kepada:
- Peningkatan ilmu
- Kemahiran guru dalam pengurusan
- Pembestarian sekolah
- Teknologi maklumat dan komunikasi
- Pengurusan kokurikulum
- Transformasi kurikulum
- Pentaksiran dan penilaian
- Pedagogi terkini
12) Pembelajaran Autentik
- Bermaksud pembelajaran berasaskan aktiviti dalam suasana sebenar
yang membolehkan seseorang pelajar menumpukan pada pengetahuan
dan kemahiran seperti kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan
masalah.
13) Akses Maklumat daripada Pelbagai Sumber
- Program Adobe
- Program ERIC

- E-Pembelajaran
- E-Perpustakaan
- E-Buku
- E-Jurnal
Soalan Refleksi
- Sebagai guru permulaan, buktikan bahawa anda telah melengkapkan diri
untuk menghadapi cabaran-cabaran masa kini dalam profession keguruan.

Anda mungkin juga menyukai