Anda di halaman 1dari 88

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Bab 1 Bimbingan Dan Kaunseling


DEFINISI BIMBINGAN
1. Perbuatan membimbing, memberi petunjuk, mengajar sehingga selesai
sesuatu kerja atau tugas.(DBP)
2. Suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia
mereka. (Suradi Salim, 1996)
3. Suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di
sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan
bakat yang ada dengan sepenuhnya.(Suradi Salim, 1996)
4. Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong.
5. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur dan mengandungi
maklumat sesuai bagi menentukan matlamat seseorang tercapai.
6. Lazimnya

bimbingan

melibatkan

perkara-perkara

yang

menentukan

perkembangan seseorang itu.


7. Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih
boleh dikawal.
8. Perjalar atau individu yang ingin mengikuti bimbingan perlu hadir secara
sukarela.
9. Proses

bimbingan

perlu

dilaksanakan

fasilitator/guru pembimbing dan para pelajar.

secara

kolaboratif

di

antara

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

DEFINISI KAUNSELING
PERGERTIAN KAUNSELING
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris counselling yang
boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam
pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang
terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung,
terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga
semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.
Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti
rundingcara sesama mereka.

Kaunseling merupakan kebolehan seseorang

menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup
di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan
profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan
di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan,
perkahwinan dan keluarga.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif
daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh
dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan
sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga kembang
daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini
berdasarkan kepada kepercayaan:
Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna
kepada kehidupan masing-masing.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia
bertanggungjawab

terhadap

arah

kehidupan

masing-masing.

Kaunseling

merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang
meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan
itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan
menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan
yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan
situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat
dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk
masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka
antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan
pada klien.
Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan
masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar apa
kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang
boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya
langsung.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk
meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah
baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya
serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong
klien

itu

mengesan

halangan-halangan

dan

mengenal

pasti

bakat

atau

kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.


Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien
dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan
antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan
menyebabkan klien berubah.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

TUJUAN KAUNSELING
Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat yang
berbeza tentang kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua jenis
tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir.
Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin dicapai dalam masa yang
singkat. Tujuan proses terus melibatkan klien di dalam proses kaunseling sehingga
kaunselor dan klien bersetuju bahawa klien tidak lagi memerlukan perkhidmatan
lanjut. Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal sangatlah penting kerana
sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya,
maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan kaunseling
tersebut.
Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam
jangka masa yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan
yang akan dialami oleh klien hasil daripada perkhidmatan kaunseling. Di antara
konsep yang diutamakan ialah kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang
berfungsi sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri.

Tujuan terakhir merupakan

persoalan yang dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang
mempunyai masalah sahaja, bahkan merupakan tujuan setiap manusia yang ingin
hidup dengan lebih bermakna, berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Lima tujuan kaunseling iaitu:


1. Menolong mengubah tingkah laku klien.
2. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama
mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan raguragu tentang dirinya.
3. Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien
diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana,
tahu

bagaimana

dan

mengapa

keputusan

tertentu

mesti

dibuat,

apakah

kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat
keputusan tersebut.
4.Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya.

Ramai orang

menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini


mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri
yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien
meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan
dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat.
Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan individu.
5. Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti
kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan
pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif
kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai,
membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang
dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses membuat
keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa
mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

yang banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu
hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam
perkembangan proses kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin
diubahsuai dari semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap
sebagai suatu tindakan yang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian
bersama oleh klien dan kaunselor mengikut keperluan klien.
Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong seorang
klien:

Memahami diri dan situasinya;


Mengenal pasti keperluannya;
Menerima realiti hidupnya;
Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya;
Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya;
Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.

Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya


sehingga menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai
dalam masa yang singkat. Ia merupakan tujuan hidup setiap insan yang inginkan
kesejahteraan hidup di dunia.

Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan

bahawa setiap klien dan kaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang
lebih khusus yang ingin dicapai dalam masa yang singkat.
Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan
situasi yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana,
mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina
tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini,
tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di
dunia ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu yang
berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan,
kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendiri kerana tidak memahami
diri dan situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap
hidup.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah


tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan
seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.

Diharapkan

klien

dapat

belajar

mengendalikan

hidupnya

sendiri

daripada

pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling,


klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai
pemandu yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien
dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti
keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor
tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai klien tidak
lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri
tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.

PRINSIP KAUNSELING
Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan
kaunseling. Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti berikut:
1. Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara
sukarela dengan kehendak hati klien sendiri.
Klien ingin mengubah dan berusaha mendapatkan pertolongan kaunselor untuk
mengubah tingkah lakunya.
2. Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien.

Ini

termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan berautonomi.


3. Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam
kaunseling. Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh
nilai dan falsafah kaunselor.
4. Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan melalui
temu bual.Bukan semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi kaunseling
selalunya melibatkan temu bual.
5. Aktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti
mendengar merupakan kaunseling.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

6. Kaunselor memahamikliennya.
7. Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara
kaunselor dan klien. Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti
dirahsiakan.
8. Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan klien
yang mempunyai masalah psikologi.
KAUNSELING HARUS BERASASKAN PRINSIP-PRINSIP BERIKUT:
1. Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri.
2. Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih
tinggi
3. Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya
kebenaran tentang dirinya sendiri.
4. Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan
keperluan kaunselor
Secara amnya, prinsip-prinsip kaunseling dapat diuruskan seperti berikut:
1. Kaunseling diberi kepada individu-individu normal yang sedang menghadapi
masalah atau kerunsingan.
2. Kaunseling merupakan interaksi dan perhubungan di antara kaunselor dan klien
berdasarkan kemesraan dan kepercayaan.Kepercayaan adalah faktor penting
kerahsiaan dalam kaunseling.
3. Dalam sesi kaunseling,kaunselor menolong klien membuat keputusan dengan
mempercepatkan proses membuat keputusan itu. Kaunselor tidak membuat pilihan
atau keputusan untuk klien. Hal ini akan menimbulkan perkembangan kebolehan
klien

untuk

membuat

pilihan

atau

keputusan

tanpa

bergantung

pada

kaunselor.Kaunselor menolong klien supaya klien dapat melihat segala faktor dalam
sesuatu situasi, mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri, serta menjelaskan
fikiran yang kabur dan tidak rasional.
4. Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan.
Kaunseling dilakukan dengan cara persetujuan bersama di antara individu yang

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

terlibat.Orang yang dipaksa untuk menerima khidmat kaunseling akan memberontak


dan kurang percaya pada orang lain.
5. Kaunselor haruslah sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai
kemampuan bagi kesejahteraan diri sendiri.
6. Kaunseling hendaklah berdasarkan perlakuan, menyedari kehormatan dan harga
diri seseorang.
7. Kaunselor percaya bahawa seseorang individu itu haruslah mempunyai peluang
yang maksimum untuk memilih matlamat hidupnya masing-masing dan cara untuk
mencapai matlamat itu.
8. Kaunseling mestilah berdasarkan etika kaunseling yang baik.

DEFINISI PSIKOTERAPI
Secara tradisinya, psikoterapi (atau terapi) berfokus kepada masalah serius yang
dikaitkan dengan intrapsikik, isu yang bersifat dalaman dan peribadi. Ia banyak
menangani recovery of adequancy (Casey, 1996). Oleh itu, psikoterapi terutama
sekali terapi yang bersifat analitikal menekankan bahawa peristiwa lepas lebih
daripada peristiwa sekarang, celik akal lebih daripada perubahan c,peranan ahli
terapi sebagai pakar. Tambahan pula, psikoterapi dilihat sebagai melibatkan satu
perhubungan yang lebih lama iaitu sebanyak (20-40 sesi) atau selama enam bulan
hingga dua tahun. Psikoterapi juga berfokus kepada perubahan yang rekonstruktif
jika dibandingkan dengan perhubungan yang lebih bersifat jangka masa pendek (8
hingga 12 sesi) dan jangka masa kurang daripada 6 bulan.
Psikoterapi juga dilihat sebagai perkhidmatan yang lebih bersifat inpatient.
Bagaimanapun, dewasa ini, perbezaan di antara psikoterapi dan kaunseling agak
sukar ditentukan. Terdapat teori kaunseling yang dirujuk sebagai ahli terapi dan
boleh digunakan dalam seting kaunseling dan terapi.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

PERBEZAAN ANTARA BIMBINGAN, KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI.


Brown dan Pate (1983) menjelaskan agak sukar untuk membezakan antara
psikoterapi dengan kaunseling. Terdapat banyak persamaan di antara keduaduanya. Kedua-dua kaunseling dan psikoterapi adalah proses memberi bantuan
yang bertujuan untuk kebajikan. Kedua-duanya banyak menggunakan teknik dan
kaedah yang sama dan pendekatan utama. Psikoterapi telah diubahsuai ke dalam
tugas-tugas kaunselor.
Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara di antara psikoterapi dan
kaunseling. Brown dan Pate (1983) menjelaskan antara perkara yang membezakan
antara kaunseling dan psikoterapi ialah matlamat dan kaedah. Dari segi objektif,
kaunseling bertujuan untuk mempertingkatkan kebajikan individu dan juga
perkembangan

psikologikal.

Individu

dilihat

sebagai

menjelaskan

proses

perkembangan dan perubahan dan berhadapan dengan peringkat dan dugaan


dalam kehidupan.
Kaunseling membantu individu untuk melalui proses perkembangan dengan berjaya
dan menemui kebahagian. Kaunseling adalah satu proses yang bersifat fasilitatif dan
promotional bertujuan menyuburkan kebolehan individu dan menggalakkan individu
untuk bersifat tidak bergantung dan mermpunyai arah dalam kehidupan. Kaunseling
adalah lebih bersifat orientasi pertumbuhan lebih dari orientasi masalah.
Sementara itu, tujuan psikoterapi lebih bersifat khusus daripada objektif umum.
Psikoterapi wujud kerana amelioration psikopatologi. Ianya berorientasikan masalah
dan klien menghadapi kesukaran masalah dan klien menghadapi kesukaran yang
lari dari perkembangan psikologikal yang biasa. Masalah yang dihadapi adalah
bersifat debilitaing dan menghalang kejayaan kehidupan. Psikoterapi memerlukan
lebih daripada sumber-sumber individu untuk menyelesaikan kecelaruan neurotik.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Tyler (1961) menjelaskan psikoterapi sebagai memberi fokus kepada perubahan


personaliti sementara kaunseling memberi fokus membantu individu untuk
menggunakan kekuatan yang ada untuk berdaya tindak menjadikan kehidupan lebih
baik.
Corsini (1995) berpendapat bahawa perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi
ialah terdapat persamaan secara kualitatif tetapi berbeza secara kuantitatif. Ahli
terapi lebih banyak mendengar, kurang memberi nasihat dan penerangan.
Seterusnya ahli terapi berhadapan dengan klien yang menghadapi masalah yang
lebih berat dari klien dalam kaunseling.
BPS Division of Clinical Psychology (1979) menjelaskan kedua-dua kaunseling dan
psikoterapi menggunakan kerangka teoritikal yang sama dan menekankan
keperluan memberi penekanan kepada klien sebagai individu. Kedua-duanya
mendengar secara sistematik dan mendengar apa yang dikomunikasikan. Ia juga
membentuk keupayaan membantu diri dan bertanggungjawab.
Ramai ahli psikologi seperti Truax dan Carkhuff (1967) dan Corey (1991)
menggunakan istilah kaunseling dan psikoterapi secara silih berganti.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Bab 2 Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling


DEFINISI KAUNSELING INDIVIDU
Gibson dan Mitchell (2003) mendefinisikan kaunseling individu sebagai satu
perhubungan satu dengan satu iaitu antara kaunselor terlatih dan berfokus kepada
beberapa aspek penyesuaian klien, perkembangan dan keperluan membuat
keputusan. Prosess ini melibatkan satu perhubungan dan ciri komunikasi di mana
klien boleh membentuk pemahaman menerokai kemungkinan-kemungkinan dan
memulakan perubahan.
Kecekapan

kaunselor

memungkinan

perubahan

positif

berlaku.

Kemahiran

kaunselor dan pengetahuan menyediakan satu rangka kerja dan arah yang
memaksimakan potensi klien ke arah hasil yang positif.
Rogers (dlm Capuzzi dan Gross, 1991) pula mendapati terdapat beberapa asas
kepada pembentukan hubungan antara seorang klien dengan kaunselor dalam
kaunseling individu iaitu terdapat dua orang yang mengalami hubungan psikologikal.
Pihak pertama ialah klien yang berada dalam keadaan tidak tenteram, risau yang
menghadapi sesuatu gangguan atau kesukaran psikologikal.
Pihak kedua ialah kaunselor yang tenang dalam hubungan itu. Kaunselor mengalami
pengalaman empati dan faham-memahami terhadap situasi klien dan berbincang
mengenai pengalaman dengan klien. Komunikasi yang dilakukan oleh kaunselor
dengan klien melalui sifat empati, faham-memahami dan penerimaan positif tanpa
syarat sekurang-kurangnya telah mencapai sesuatu keberkesanan kaunseling.
Zuraidah Abdul Rahman (dlm Sapora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman, 2002)
mentakrifkan kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di
mana

seorang

klien

mendapatkan

bantuan

daripada

seorang

kaunselor.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen,
saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan serta
perasaan klien. Manakala itu, Shertzer dan Stone (1986) menegaskan kaunseling
individu sebagai proses interaksi yang memudahkan pemahaman bermakna
mengenai diri dan alam sekitarnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat
dan nilai-nilai tingkah laku masa hadapan klien.
Kamaruzaman Jamal (dlm Abdul Halim Othman, 1999) mendefinisikan kaunseling
individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong
yang lain itu menyelesaikan satu konflik, atau pertentangan yang belum
diselesaikan. Sementara itu, Muhd Mansur Abdullah (1993) mendapati kaunseling
individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, hubungan bersemuka antara dua
manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya
menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali
dirinya, membuat perubahan, menukar sikap, membuat keputusan dan pemilihan
bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.
Secara rumusannya, kaunseling individu merupakan satu pertemuan seorang
kaunselor dengan seorang klien untuk mengadakan satu proses perhubungan atau
interaksi profesional dan memusatkan tumpuan kepada aspek-aspek penyesuaian
dan perkembangan diri klien dan diikuti dengan pembuat keputusan terbaik dari
alternatif-alternatif yang diperlukan. Kaunseling individu mewujudkan interaksi dan
komunikasi di mana klien akan berpeluang membina kesedaran dan pemahaman
melalui penerokaan kendiri serta penjelasan ke atas beberapa matlamat dan
alternatif

penyelesaian.

Tujuan

akhir

kaunseling

individu

diberikan

ialah

mengharapkan klien dapat memenuhi keperluan diri dan persekitarannya dan pada
masa yang sama melalui perubahan yang dilakukan.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

CIRI-CIRI KAUNSELING INDIVIDU


Bagi memahami bidang kaunseling secara keseluruhan, pengetahuan tentang ciriciri kaunseling individu itu sendiri haruslah difahami.
(a) Kaunselor sebaiknya menghormati kejujuran klien yang datang meminta
pertolongan.Klien berjumpa dengan kaunselor untuk menceritakan persoalan
bukanlah perkara yang mudah dan dianggap remeh. Kemungkinan sebelum itu,
klien berkonflik dengan dirinya untuk membuat keputusan untuk meminta bantuan
atau sebaliknya.
(b) Menjadi tugas kaunselor untuk memberi kefahaman kepada klien tentang
matlamat serta limitasi kaunseling supaya tidak timbul salah tanggapan atau
persepsi yang meleset.
(c)Kaunselor harus menyedari keupayaan dan tanggungjawabnya dengan
mengundurkan diri jika tidak berupaya menangani keperluan klien dengan
mencadangkan perkhidmatan profesional lain yang lebih dominan dan signifikan
dengan konflik yang dialami oleh klien.
(d) Kaunselor harus sentiasa menyedari limitasi dan menghormati etika untuk
menyakinkan klien bahawa segala maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan di
samping klien bebas memberi maklumat serta memilih alternatif yang difikirkan
dapat membantu kaunselor untuk membantunya.
(e) Jika didapati keadaan klien mengancam kebajikan atau keselamatan diri dan
orang lain, maka adalah menjadi tanggungjawab kaunselor melaporkan kepada
pihak tertentu atau dirujuk kepada pihak pihak yang berkaitan dengan
mencadangkan perkhidmatan lain dan profesional lain yang lebih berpengalaman.
(f) Kaunselor perlu menyakinkan klien bahawa segala maklumat yang diberikan
adalah rahsia. Bagaimanapun, jika didapati keadaan klien mengancam kebajikan

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

atau kesihatan diri sendiri atau orang lain, maka adalah menjadi tanggungjawab
kaunselor melaporkan hal itu kepada pihak-pihak yang tertentu atau dirujuk kepada
perkhidmatan yang sesuai.
(g) Sebagai seorang yang profesional, kaunselor berhak meminta pandangan dan
nasihat daripada professional lain dengan tujuan menjelajah beberapa kemungkinan
memberi pertolongan yang berkesan kepada kliennya.

Stewart et al (1978) mengatakan terdapat beberapa elemen yang perlu diberi


perhatian dalam kaunseling individu. Elemen-elemen tersebut adalah seperti berikut;
(a) Kerahsiaan
Dialog perbincangan dalam kaunseling tidak boleh melampaui batas. Bilik
kaunseling hendaklah jauh daripada gangguan kebisingan dan gangguan orang lain
seperti bunyi telefon dan gangguan suara bising. Ini bertujuan untuk melindungi
rahsia klien kerana perbincangan antara kaunselor dengan klien adalah sulit.
(b) Wujud status yang sama antara kaunselor dengan klien.
Kaunselor hendaklah peka kepada perkara yang mungkin mencetus persepsi
perbezaan status antara kaunselor dengan klien. Contohnya, duduk di kerusi yang
lebih tinggi daripada klien atau duduk di belakang meja yang besar.
(c) Kaunseling yang dilakukan tidak terburu-buru
Seringkali dalam kaunseling, dalam masa setengah jam yang pertama, kaunselor
tidak akan dapat menangkap apa persoalan sebenar yang diceritakan oleh klien.
Oleh itu, kaunselor hendaklah sabar untuk memberi masa kepada klien
menyesuaikan diri dan masuk kepada perbincangan sebenar tanpa tergesa-gesa.
(d) Bilik kaunseling yang bersesuaian
Kaunseing dilakukan dalam bilik yang bersesuaian. Bilik kaunseling sebolehbolehnya tidak digunakan untuk tujuan lain. Ini penting untuk menyakinkan klien
tentang kaunseling yang diberikan dan imej profesion kaunseling itu.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

(e) Suasana perbincangan adalah menenangkan


Perbincangan antara kaunselor dengan klien sentiasa berlaku dalam keadaan yang
menenangkan. Perbincangan yang boleh menimbulkan perasaan segan klien
perlulah dielakkan berlaku. Kaunselor juga hendaklah merancang dan mengawal
masa kaunseling.
American Counseling Association (dlm Smith, 2001) menjelaskan ciri-ciri kaunseling
individu sebagai;
Kaunseling berkaitan dengan kesejahteraan, perkembangan peribadi, kerjaya dan
persoalan patologikal
Kaunseling dilaksanakan oleh individu yang boleh berfungsi dengan baik dan juga
mereka yang mempunyai masalah yang lebih serius
Kaunseling adalah berdasarkan teori
Kaunseling adalah satu proses yang bersifat perkembangan atau intervensi.

JENIS-JENIS KAUNSELING INDIVIDU


i) Kaunseling akademik
- Menyediakan kaunseling dalam usaha membantu klien memilih mata pelajaran
yang sejajar dengan minat, keupayaan dan pencapaian mereka. Selain daripada itu,
kaunseling akademik juga menyampaikan makluamat mengenai peluang-peluang
melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tingggi dalam negara ataupun
luar negara.

ii) Kaunseling kerjaya


- Kaunseling kerjaya membantu klien mendapatkan maklumat kerjaya yang sejajar
dengan minat, bakat, keupayaan dan pencapaian akademik. Menurut Holland dalam
Gibson & Mitchell (1981), individu akan memberi persekitaran kerja yang berkaitan
dengan minat mereka, kesesuaian pekerjaan dengan minat pekerja yang akan
memberi kepuasan yang lebih.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Oleh

itu,

asas

kaunseling

kerjaya

adalah

bagi

kaunselor

kerjaya

ialah

mengidentifikasikan kerjaya yang sesuai dengan minat kerjaya. Kaunseling kerjaya


juga menolong klien menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya serta mendedahkan
kepada klien secara meluas jenis-jenis kerjaya di sektor awam dan sektor swasta.
Kaunseling kerjaya juga boleh memberi ingatan dan kesedaran kepada klien
bahawa perancangan kerjaya adalah perlu.
iii) Kaunseling pemulihan- (Stone, 2002) menyenaraikan 3 sebab mengapa perlunya
kaunseling pemulihan iaitu ;
-Kaunselor pemulihan mengandaikan kes-kes klien mempunyai masalah fizikal
seperti kecelaruan tingkah laku atau kecacatan.
-Kaunselor pemulihan bertanggungjawab menyediakan klien dengan maklumat
pendidikan dan rawatan pemulihan. Kejayaan kaunselor pemulihan selalu diukur
dengan kejayaan mereka untuk membantu klien mendapatkan pekerjaan.
-Klien telah mengharapkan kaunselor pemulihan menyediakan perkhidmatan yang
luas terutamanya berkaitan dengan kecacatan dan ketidakupayaan memperoleh
pekerjaan. Klien mempunyai harapan dan jangkaan yang tinggi terhadap kaunselor.
iv) Kaunseling peribadi
- Kaunseling peribadi merupakan kaunseling yang meneroka pertumbuhan kendiri
klien, membantu klien memahami pelbagai keperluan dan masalah yang berkaitan.
Tujuan kaunseling individu adalah untuk membantu klien memperolehi kefahaman
sendiri, iaitu membantu klien memperolehi maklumat dan mebentuk sikap celik akal
an nilai yang sejajar dengan kehendak masyarakat.
- Kaunseling individu juga menolong klien berkomunikasi dengan lebih berkesan
dan membina perhubungan yang baik dengan anggota-anggota lain. Dalam proses
kaunseling individu juga akan membantu klian untuk membuat keputusan yang
waras dan bijaksana.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

PERBEZAAN DI ANTARA KAUNSELING INDIVIDU DENGAN KAUNSELING


KELOMPOK.
Kedua-dua jenis kaunseling individu dan kelompok mempunyai matlamat yang sama
tetapi cara penggendalian yang berbeza. Di antaranya ialah seperti berikut;
(a).Dalam kaunseling individu , proses terapuitik terhad antara kaunselor dan klien
sahaja manakala dalam kaunseling kelompok ia melibatkan lebih daripada seorang
individu atau kelompok tertentu.
(b).Peserta-peserta dalam kaunseling kelompok berpeluang memberi dan menerima
pertolongan di antara satu sama lain sementara dalam kaunseling individu
pertolongan diberikan oleh kaunselor sahaja.
(c).Dalam kaunseling kelompok kaunselor boleh bertindak sebagai pemimpin dan
boleh diambil alih oleh ahli-ahli kelompok manakala dalam kaunseling individu fungsi
kaunselor tidak berubah.
(d).Suasana selesa dan mempercayai mudah dibentuk dalam kaunseling individu,
namun dalam kaunseling kelompok agak sukar kerana ahlinya terlalu ramai dan
berbagai ragam.
(e).Dalam kaunseling individu klien mendapat respons daripada kaunselor, tetapi
bagi kaunseling kelompok peserta mendapat perhatian daripada ahli-ahli dan juga
daripada kaunselor.
(f).Peserta-peserta dalam kaunseling kelompok mudah berasa terancam dan kurang
selamat manakala dalam kaunseling individu kaunselor hanya memberi tumpuan
kepada seorang individu sahaja ini akan memberikan perasaan selamat kepadanya.
(g).Dalam kaunseling kelompok perkongsian pengalaman berlaku di antara ahli-ahli
dan kaunselor manakala dalam kaunseling individu pengalaman dikongsi di antara
kaunselor dengan seorang klien sahaja.
Secara keseluruhannya, terdapat perbezaan yang jelas antara kaunseling individu
dengan kaunseling kelompok. Hubungan terapuitik dalam kaunseling individu terhad
kepada kaunselor dengan seorang klien sahaja manakala hubungan terapuitik

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

berlaku antara kaunselor dengan beberapa orang individu dalam kaunseling


kelompok.
Dalam kaunseling individu, proses pertolongan hanya diterima daripada kaunselor
sahaja. Dalam kaunseling kelompok, proses pertolongan boleh datang daripada
kaunselor serta ahli-ahli lain. Ahli-ahli kelompok akan memberi dan menerima
pertolongan antara satu sama lain. Dalam kaunseling individu, fungsi kaunselor
adalah tetap, iaitu membantu klien memahami diri dan menyelesai masalah. Dalam
kaunseling kelompok, fungsi kaunselor boleh berubah dari ketua kelompok kepada
ahli.
Suasana yang tenang, mesra dan rasa kepercayaan lebih mudah terbentuk dalam
kaunseling individu kerana hanya terdapat seorang klien dengan seorang kaunselor.
Sebaliknya, dalam kaunseling kelompok, suasana tenang, mesra dan kepercayaan
sukar dibentuk kerana ramai ahli yang terlibat. Dalam kaunseling individu, respons
hanya terdapat daripada kaunselor dan tumpuan perhatian kaunselor diberi
sepenuhnya kepada seorang klien sahaja. Oleh itu, perasaan selamat juga lebih
mudah terbina. Sementara itu, dalam kaunseling kelompok, terdapat respons
daripada kaunselor dan ahli-ahli lain dan ini menyebabkan perhatian dan layanan
kaunselor juga terbahagi kepada ahli-ahli yang ramai tersebut. Keadaan ini
membuatkan peserta lebih mudah merasa terancam dan kurang selamat kerana
mereka terpaksa berkongsi dengan ramai orang. Tumpuan kaunselor tidak dapat
diberikan sepenuhnya kepada setiap ahli.
Dalam kaunseling individu, klien kurang berpeluang untuk mempelajari kemahiran
perhubungan jika dibandingkan dengan ahli-ahli dalam kaunseling kelompok. Klien
dalam kaunseling individu kurang berpeluang mempelajari cara memerhati dan
memahami tingkahlaku orang lain memandangkan terdapat hanya dua orang sahaja
dalam perhubungan kaunseling individu.
Dalam kaunseling kelompok, ahli-ahlinya lebih berpeluang mempelajari kemahirankemahiran asas seperti bagaimana memberi perhatian, berempati, meneroka,
mendengar secara aktif dan meminta penjelasan. Ahli-ahli dalam kaunseling
kelompok juga dapat mempelajari perhubungan antara individu dan membantu

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

mereka bersosialisasi. Ahli-ahli juga dapat mempelajari cara memerhati dan


memahami tingkah laku individu-individu lain.

Bab

Peranan

Guru

Biasa

Sebagai

Guru

Pembimbing
PERANAN GURU KAUNSELING DI SEKOLAH
Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) telah menggariskan prinsip-prinsip
bimbingan dan kaunseling yang sesuai digunakan di Malaysia seperti berikut: Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan. Ia juga merupakan
proses yang dirancang dan berterusan.
Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua penuntut. Setiap penuntut
mempunyai peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar
belakangnya dan tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan.
Penuntut mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila perlu.
Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan
penuntut bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehannya.
Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong penuntut memahami
dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya
dan menolong memilih dan merancang hidupnya dengan berkesan.
Bimbingan dan kaunseling adalah berorientasikan masa depan dan
sekarang.
Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahankelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya,
Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman.
Bimbingan dan kaunseling adalah pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal
penuntut. Ini bermakna kesepaduan di antara perasaan, sikap, akal dan
rohani.
Bimbingan dan kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika
kaunseling yang baik. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara
kebajikan supaya ia tidak dianiaya oleh yang menolongnya.
Namun menurut tugasan yang terbaru tugas Kaunselor dihadkan kepada lapan
bidang seperti yang tertera di bawah iaitu Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling,Pengurusan
dan
Pentadbiran,Akademik,Kerjaya,Psikososial
dan
kesejahteraan mental,Kaunseling keibubapaan,Pembangunan diri, serta Pendidikan
pencegahan dadah/rokok/inhalan dan HIV/AIDS

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


Bidang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menghendaki kaunselor
mengadakan sesi dengan pelajar .Antara corak perkhidmatan yang diberikan ialah
Sesi Kaunseling Individu iaitu sesi yang melibatkan hanya kaunselor dan klien
sahaja.Tujuannya adalah untuk membincangkan permasalahan individu serta
membantu klien mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
klien. Kaunseling individu lebih kepada perkara yang bersifat peribadi dan
kerahsiaan.Oleh itu sebagai kaunselor adalah menjadi tanggungjawab baginya
utnuk menjaga rahsia berkaitan cerita atau permasalahan klien yang
diperbincangkan.
Bagi Sesi Kaunseling Kelompok pula ia melibatkan kaunseling yang melibatkan
sejumlah pelajar yang mempunyai masalah yang sama atau hampir sama.Semasa
sesi berlangsung kaunselor boleh memilih sama ada bertindak sebagai fasilitator
iaitu membimbing kumpulan terbabit untuk mencapai matlamat yang hendak dicapai
di penghujung sesi tersebut atau sebagai ahli dalam kumpulan tersebut.Semasa
permulaan sesi kaunselor perlu menerangkan tentang kerahsiaan yang perlu dijaga
oleh setiap ahli kelompok.
Seterusnya ialah Sesi Bimbingan Individu .Dalam hal ini kadang-kadang terdapat
pelajar yang datang bertemu kaunselor hanyalah untuk mendapatkan bimbingan
terutama ingin mengetahui cara belajar yang bereksan.Dalam hal ini ,kaunselor
perlu menjalankan sesi bimbingan iaitu memberi tunjuk ajar secara terus kepada
pelajar.
Demikian pula halnya dengan Sesi Bimbingan Kelompok iaitu beberapa orang
pelajar yang datang bertemu kaunselor hanya untuk mendapatkan sedikit bimbingan
dan pandangan bagaimana cara untuk mereka mengulangkaji sebagai contohnya
sekumpulan peajar yang ingin meminta pandangan dan berbincang tentang
bagaimana mereka hendak memulakan belajar dalam kumpulan.
Konsultasi pula melibatkan kaunselor dengan pihak luar.Ini berlaku apabila
kaunselor mendapati ia kurang berkemahiran dalam sesuatu bidang yang diutarakan
oleh klien.Maka,ia perlu mendapatkan nasihat pakar atau kaunselor lain atau pun
merujuk kes berkenaan terus kepada pihak lain yang dipercayai mempunyai
kepakaran dan dipercayai boleh membantu klien tersebut.Merujuk klien yang
mempunyai kemurungan yang serius merupakan suatu bentuk konsultansi yang
boleh dilakukan oleh kaunselor.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Pengurusan dan Pentadbiran


Seseorang kaunselor pada asasnya terlibat dalam pengurusan dan
pentadbiran.Uusan pentadbiran yang dimaksudkan adalah urusan dan pentadbiran
yang berkaitan dengan bidang Bimbingan dan Kaunseling serta hubungannya
dengan pihak pentadbir sekolah ataupun agensi luar.
Perkara yang termasuk dalam pengurusan antaranya ialah mengurus dan menyelia
sistem fail.Dalam urusan ini kaunselor bertanggungjawab terhadap pengurusan
segala jenis fail yang telah diwujudkan.Segala jenis fail hendaklah mempunyai nama
dan siri nombor.Fail mestilah dalam keadaan yang terurus dan teratur bertujuan agar
senang dicari bila fail itu dikehendaki.
Membuat sebaran berkenaan perkara yang berkaitan dengan bidang kaunseling.Ini
bermaksud
kaunselor
perlu
membuat
sebaran
seperti
mengedarkan
buletin,paparan ,poster,buku skrap berkenaan maklumat kerjaya,maklumat
pendidikan dan latihan,maklumat dadah,bahaya rokok dan kesihatan dan jadual
waktu perkhidmatan kepada para pelajar.Ini semua bertujuan untuk memaklumatkan
pelajar agar mereka tahu akan kepentingan dan tugas Unit Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah.
Kaunselor juga dikehendaki menyediakan dan menyelenggara kertas kerja p dan
menyediakan laporan program.Penyediaan kertas kerja program dan laporan
program adalah menjadi suatu tanggungjawab kaunselor.Sebagai kaunselor yang
juga merangkap Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah,maka adalah
menjadi kewajipan baginya untuk menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti pada
tiap kali aktiviti di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling dijalankan.
Keceriaan bilik kaunseling begitu penting kerana bilik kaunseling perlulah selesa
dan kondusif bagi menjamin suasana sesi kaunseling yang berlangsung adalah
teraputik.Suasana yang teraputik hasil dari keindahan dan keceriaan bilik kaunseling
sebenarnya
mempengaruhi
klien
yang
datang
untuk
mendapatkan
perkhidmatan.Suasana yang kondusif dipercayai akan mempercepatkan lagi proses
rawatan yang diberikan oleh kaunselor kepada kliennya.
Laporan dan rekod sesi perlu disediakan sebaik dan secepat mungkin agar
kaunselor tidak tertinggal fakta-fakta penting semasa sesi berjalan.Penyediaan
laporan sesi amat penting sebagai rujukan kepada kaunselor untuk sesi yang
berikutnya.Namun begitu adalah perlu diingat bahawa segala laporan sesi adalah
SULIT dan adalah menjadi suatu kesalahan jika ia terdedah atau diketahui oleh
orang lain.Namun begitu bagi kes-kes yang melibatkan jenayah atau kes-kes yang

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

terlalu berat ia boleh didedahkan dengan tujuan menyelamatkan klien atau orang
yang ingin dicederakan oleh klien.
Penyediaan borang-borang perkhidmatan murid bagi kemudahan kaunselor
menjalankan urusan pentadbiran.Kaunselor perlu menyediakan borang-borang
tertentu bagi mengurus dan melancarkan lagi pengurusan Bimbingan dan
kaunseling(Rujuk lampiran untuk borang yang disediakan).Borang yang disediakan
mempunyai fungsi dan peranan tertentu.
Akademik
Seterusnya kaunselor bertanggungjawab untk membantu pelajar untuk mengetahui
dan memahami kemahiran belajar yang meliputi kemahiran membaca dan
mengambil nota,pengurusan masa,pengurusan diri,kemahiran mendengar,
kemahiran
mengingat,mengulangkaji,menjawab
soalan
peperiksaan
dan
menghadapi peperiksaan.
Mengumpul maklumat berkenaan peluang melanjutkan diri seleps Penilaian
Menengah Rendah,Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia.Pengumpulan maklumat ini adalah perlu agar para pelajar mendapat
maklumat tentang ke mana hala tuju mereka selepas melepasi tahap-tahap
tertentu.Syarat-syarat untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam
atau swasta,tempat pengajian lain bagi pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat
ke institusi pengajian tinggi sebagai alternatif bagi mereka yang tidak layak dan lainlain peluang untuk pelajar melanjutkan pelajaran.Ini semuanya menjadi
tanggungjawab kaunselor.
Tugas kaunselor seterusnya dalam bidang akademik tertumpu kepada Pemilihan
mata pelajaran elektif.Sebagaimana yang semua maklumi bahawa apabila pelajar
tamat PMR ,SPM atau STPM ,para pelajar terlibat dengan pemilihan mata pelajaran
elektif.Untuk memilih mata pelajaran yang bersesuaian dengan minat dan tahap
pencapaian para pelajar maka kaunselor menjadi tempat rujukan untuk
mendapatkan maklumat tentang pemilihan mata pelajaran tersebut.Pada
kebiasannnya pelajar akan bertemu kaunselor untuk mendapatkan gambaran
tentang minat mereka dan mata pelajaran yang bersesuaian dengan minat dan
pencapaian mereka sebelum mereka bertindak untuk mengambil keputusan.
Kaunselor juga berperanan dalam meningkatkan motivasi pelajar untuk terus belajar
dan berjaya dalam pelajaran.Tugas ini memang amat mencabar.Oleh itu kaunselor
amat memerlukan kerjasama dari rakan guru yang lain. Kursus-kursus kesedaran
diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran rasa kebertanggungjawapan pelajar
terhadap kejayaan mereka sendiri.Sebagai usaha untuk meningkatkan lagi
kemahiran pelajar maka mereka akan didedahkan dengan beberapa ujian personaliti
yang bertujuan untuk mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri.Kemahiran lain

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

yang diajar kepada pelajar adalah mengurus diri,membina matlamat diri,mengenal


pasti sumber belajar dan kemahiran belajar sokongan.
Kemahiran belajar seperti kemahiran membaca,membuat rujukan ,pengurusan
masa,mencatat nota,memberikan konsentrasi,mendengar,mengingat,mengulang
kaji,kumpulan belajar,dan teknik menjawab soalan peperiksaan serta peluang untuk
menyambung pelajaran ataupun latihan.
Pengumpulan maklumat pelajaran dan latihan iaitu peluang pelajar bagi
melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi/institusi, latihan kemahiran Institusi
pengajian tinggi awam dan swasta,Institusi latihan kemahiran awam dan
swasta.Pengumpulan bahan ini amat perlu utnuk kegunaan kaunselor bagi
menerangkan peluang yang bakal diperolehi oleh pelajar selepas tamat
persekolahan menengah.Selain daripada itu kaunselor juga bertanggungjawab untuk
menerangkan pembiayaan pendidikan iaitu sama ada biasiswa atau pinjaman serta
penajaan oleh syarikat atau badan berkanun tertentu yang boleh diperolehi pelajar
sekiranya mereka berjaya dengan keputusan yang cemerlang.
Kerjaya
Bidang kerjaya pula memerlukan kaunselor untuk membantu murid dalam membuat
pemilihan cita-cita terhadap kerjaya pilihan secara pendedahan melalui
pengumpulan maklumat kerjaya yang dilakukan oleh murid .Beberapa pertandingan
yang diadakan di peringkat sekolah,daerah,negeri dan kebangsaan berkaitan
kerjaya turut diadakan bagi membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat
berkaitan kerjaya pilihan.Antara pertandingan yang melibatkan kerjaya adalah
Eksplorsai Alam Kerjaya,kain rentang kerjaya, dan poster kerjaya.Dengan dibimbing
oleh kaunselor maka para pelajar akan berusaha untuk mendapatkan bahan bagi
kegunaan mereka.
Psikososial dan kesejahteraan mental
Kaunselor bertanggung jawab untuk membantu pelajar bagi meningkatkan self
esteem ,kerohanian,pengurusan tekanan, kemahiran komunikasi,kemahiran asertif
yang boleh dilakukan melalui bimbingan kerjaya,penyertaan pelajar dalam kem bina
insan, kem motivasi,perkhemahan ibadah dan kaunseling keluarga.Semua aktiviti
yang dilakukan bertujuan untuk meningkatkan psikososial pelajar serta
meningkatkan tahap kesejahteraan mental pelajar agar para pelajar dapat
menyeimbangkan antara tuntutan kehidupan dan tuntutan untuk meneruskan
pembelajaran di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi kelak.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Kaunseling keibubapaan
Tugasan ini memerlukan kaunselor untuk membantu ibu bapa dan keluarga dalam
menyelesaikan masalah ponteng,kenakalan anak melalui lawatan ke rumah serta
bimbingan individu.Melalui kaunseling keibubapaan ini kaunselor akan dapat
mengetahui latar belakang keluarga kliennya serta dapat menyelidiki masalah klien
dengan lebih dekat dan menyeluruh.Ini akan membantu kaunselor mendapatkan
pandangan dan membantu ibu bapa untuk menyelesaikan masalah yang
bersangkutan dengan anak mereka yang bermasalah.
Tugas membantu pelajar yang bermasalah bukanlah suatu tugas yang mudah
kerana kebanyakan pelajar yang bermasalah datang dari keluarga yang
bermasalah.Oleh itu,kaunselor perlu berhati-hati ketika menjalankan kaunseling
keibubapaan agar ia tidak menyentuh isu-isu yang terlalu sensitif hingga boleh
menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan ibu bapa.Justeru itu,tugas sebagai
kaunseling keibubapaan merupakan suatu tugas yang sangat mencabar kerana
kaunselor bukan sahaja berhadapan dengan pelajar tetapi ibu bapa dan seluruh ahli
keluarga yang bermasalah.
Pembangunan diri
Membantu dan membimbing murid dalam menyelesaikan masalah diri sendiri
dengan
cara
dan
kaedah
sendiri
mengikut
panduan
yang
telah
diperbincangkan.Dalam hal ini ,para pelajar dibantu serta dibimbing bagaimana
untuk menyelasaikan masalah diri sama ada yang berpunca dari diri sendiri atau pun
persekitaran.Dalam hal memberi bantuan dan bimbingan ini, kaedah tertentu yang
difikirkan perlu akan diberikan kepada pelajar agar ia dapat membebaskan dirinya
daripada belenggu maslah yang dihadapinya.Kaedah yang diberikan tersebut pada
dasarnya adalah mengikut kehendak dan keperluan pelajar yang memerlukannya
kerana segala tindakan yang bakal dilakukan adalah tanggungjawab pelajar sendiri.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Pendidikan pencegahan dadah/rokok/inhalan dan HIV/AIDS


Membantu murid agar berupaya berkata tidak serta mengenal dan menjauhi kepada
rokok dan dadah.Dalam hal ini,pelajar akan diberikan info berkaitan dengan
dadah,rokok,inhalan dan HIV AIDS.Maklumat yang diberikan akan menggambarkan
perkara yang buruk jika pelajar mendekatinya.Kaunselor juga akan memberikan
maklumat kepada pelajar mengenai kegiatan dadah di Malaysia serta akibat buruk
daripada mengedar ataupun menghisap dadah.
Kaunselor akan menjadi orang perantara dengan agensi luar yang berkaitan
dengan aktiviti pencegahan dadah,rokok,inhalan dan HIV AIDS.Melalui kerjasama
dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) pelajar akan didedahkan dengan
bahaya pengambilan dadah dan pengujian air kencing boleh dilakukan oleh AADK.
Perkongsian maklumat dengan badan pencegahan dadah yang lain seperti
PEMADAM ,Kementerian Kesihatan dan lain-lain agensi yang berkaitan adalah di
bawah tanggungjawab kaunselor.
Kaunselor juga boleh melibatkan pelajar dengan program-program anjuran Pejabat
Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri serta Kementerian dengan
mengambil bahagiann dalam acara-acara yang dipertandingkan di setiap peringkat
seperti pertandingan melukis poster,melukis kain rentang dan lain-lain

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENANGANI


MASALAH DISIPLIN PELAJAR DI SEKOLAH.
Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan
ilmu pengetahuan berkenaan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu
menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan

fungsi sebenar

bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. American School Counselor


Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab profesional kaunselor
sekolah seperti berikut.
1. Menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia
sosial dan psikologi di tempat dia berada.Ia juga membawa maksud seseorang
kaunselor berperanan membantu pelajar agar pelajar mampu mengenali siapa
dirinya yang sebenar serta dapat membuat hubungan yang bermakna dengan
dunia sekelilngnya dari sudut sosialisasi dan psikologi di mana ia berada.Tugas
kaunselor yang terpenting ialah membantu klien mencari dan memahami
sikap,minat ,bakat serta kebolehan yang ada pada diri klien untuk berkembang
dengan baik,memahami serta peluang-peluang yang dimiliki oleh klien hasil
daripada perbincangannya dengan kaunselor untuk proses ke arah mencapai
kesempurnaan kendiri serta hubungan antara kesemua unsur yang telah
dinyatakan semata-mata untuk mencari keseimbangan kendiri sebagaimana
yang diingini selaras dengan tuntutan agama dan masyarakat.
2. Menolong pelajar untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat,minat, sikap,
kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri. Kaunselor juga
berperanan untuk membantu pelajar agar dapat membuat persediaan yang
bersesuaian dengan minat dan bakat serta kebolehan yang dipunyai.Ini penting
agar segala tidakan yang bakal dilakukan oleh murid adalah selaras dengan apa
yang diingininya agar ia berpeluang untuk mencapai matlamat hidupnya miaitu
ke arah penyempurnaan kendiri.Contoh jika kita ambil dari sudut minat dan citacita seseorang pelajar yang inginkan dan mempunyai kecenderungan ke arah
menjadi seorang saintis,maka kaunselor berperanan untuk memberikan

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

panduan dan beberapa cadangan yang bersesuaian dengan minat dan


memberikan panduan tentang mata pelajaran yang pentng yang wajib dikuasai
oleh

seseorang

pelajar

jika

pelajar

tersebut

ingin

mencapai

cita-

citanya.Maka,kaunselor harus berperanan untuk membantu dan membimbing


murid ke arah penyempurnaan kendiri berdasarkan apa yang diingini oleh
pelajar.
3. Menolong pelajar mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan
membuat keputusan sendiri. Dalam perkara ini,seseorang kaunselor perlu
membimbing pelajar untuk mencapai ke arah berani berdikari dengan
mengambil risiko dan sanggup bertanggungjawab terhadapa apa yang
difikirkannya dan apa sahaja keputusan yang bakal diambilnya.Perkara ii akan
menjadikan seseorang pelajar itu tidak akan teragak-agak dalam membuat
keputusan yang peting dalam hidupnya sendiri.
4. Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang
perseorangan dan memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan
bertujuan untuk membantu supaya lebih memahami lagi tentang pelajar.
Seseorang kaunselor berperanan membantu bukan sahaj pelajar tetapi
melibatkan keseluruhan organisasi sekolah untuk mereka memahami akan
keperluan terhadap keperluan persendirian dan hak-hak yang dipunyai oleh
seseorang pelajar untuk dihormati.Ini merupakan suatu perkara penting agar
pihak sekolah terutamanya pentadbir dan guru-guru serta kakitangan sekolah
yang lain mengetahui bahawa para pelajar mempunyai hak untuk mendapat
khidmat bimbingan dan kaunseling daripada kaunselor sekiranya mereka ingin
berbuat demikian dan juga kaunselor juga mempunyai hak untuk memanggil
pelajar yang bermasalah untuk mendapatkan khidmat kepakaran kaunsleling.
5. Menentukan atau memastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran
perkembangan

psikososial

pelajar

dan

menyampaikan

maklumat

untuk

kakitangan lain.Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab untuk memastikan


bahawa setiap program sekolah yang dilaksanakan mendatangkan faedah yang
besar kepada pelajar dari sudut perkembangan psikososial.Ini menunjukkan
bahawa setiap program yang dijalankan perlukan penelitian yang bersungguh-

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

sungguh daripada kaunselor bermula dari tahap perancangan hinggalah ke


tahap perlaksanaan program.Dan penelitian ini tidak terhenti di sini sahaja
malahan pemantauan terhadap perkembangan pelajar perlu diajalnakn dari
semasa ke semasa bagi memastika para pelajar menadapat faedah daripada
program yang telah dilaksanakan sama ada di peringkat sekolah,daerah,negeri
atau kebangsaan.
6. Memberitahu pihak pentadbiran tentang perubahan-perubahan yang signifikan
di sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan program yang berkaitan.
Selain memastikan dan menentukan perubahan pelajar berjaya kaunselor juga
perlu melaporkan kepada pihak sekolah akan perkembangan yang diperolehi
hasil daripada program yang telah dijalankan.Laporan ini perlu dimaklumkan
terutamanya kepada pihak pentadbiran agar mereka maklum akan situasi
pelajar di sekolah berkenaan.
7. Membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya,
keperluan-keperluannya dan peluang-peluang lain di persekitarannya dengan
tujuan

untuk

menambahkan

kebolehan,memberikan

sumbangan

kepada

perkembangan anak mereka sendiri. Kaunselor berperanan besar utnuk


membantu ibu bapa untuk mereka mengetahui kemajuan perkembangan
anaknya terutama dari segi sikap dan akademik,keperluan-keperluan yang
diperlukan oleh anak-anak mereka untuk mencapai kejayaan yang bermakna
serta membantu ibu bapa mendapatkan gambaran akan peluanyang -pelunag
yang bakal diperolehi sekiranya anak mereka berjaya kelak.Memahami
kemajuan perkembangan anak,keperluan dan peluang perlu diperjelaskan
kepada ibu bapa agar mereka tahu akan perihal anak mereka secara lebih dekat
dan dengan ini mereka akan lebih berminat untuk membantu anak mereka untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang sama ada dari segi kejayaan dalam
peperiksaan atau perubahan sikap .
8. Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa untuk
individu dan memberi sumbangan kepada program kaunseling sekolah.
Kaunselor perlu membuat interpretasi terutama kepada komuniti perihal
pentingnya sikap bertimbang rasa untuk inividu agar ia dapat memberikan

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

sumbangan kepada program kaunseling yang dijalankan di sekolah.Dalam hal


ini, komuniti perlu dimaklumkan bahawa sikap bertimbang rasa yang wujud
dalam diri individu merupakan perkara terpenting untuk merealisasikan dan
memrikan sumbangan kepada kaunsleing di sekolah.
9. Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluang-peluang lain yang perlu
untuk perkembangan pelajar.Seseorang kaunsleor perlu memperjelaskan
kepada masyarakat berkenaan peluang-peluang yang perlu diperolehi oleh
seseorang pelajar.Ia juga berperanan untuk melancarkan peluang-peluang yang
perlu

dimilik

oleh

pelajar

untuk

mereka

mencapai

kejayaan

yang

cemerlang.Karnival kerjaya,karnival sains dan pelbagai lagi karnival anjuran


pihak luar seharusnya dijadikan tempat untuk pelajar mendapatkan maklumat
berkenaan minat dan kecenderungan masing-masing.Melalui karnival ini,para
pelajar sebenarnya didedahkan secara tidak langsung berkenaan apa yang
bakal mereka perolehi sekiranya mereka berjaya dalam pelajaran nanti.Selain
daripada itu,program ajuran pihak luar ini pada kebiasaannya melibatkan
umum,jadi kaunselor berperanan untuk mengumumkan bahan tersebut kepada
para ibu bapa dan masyarakat agar merek afaham dan seterusnya dapat
membantu anak mereka untuk mencapai kejayaan.
10. Mengguna

atau

membantu

melancarkan

rekabentuk

sumber-sumber

masyarakat bagi memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem atau yang
tidak lazim serta luar tanggungjawab sekolah.
11. Mengadakan hubungan yang baik dengan semua pihak seperti Polis, Jabatanjabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat LPPKN, Pejabat
Agama Islam, Yayasan Pembangunan Keluarga dan lain-lain.Hubungan yang
baik dengan agensi luar sebenarnya memudahkan lagi kaunselor utnuk
mendapatkan maklumat berkenaan bukan sahaja peluang-peluang yang bakal
diperolehi pelajar tetapi juga dapat menjaminkan para pelajar mendapatkan
maklumat terkini berkenaan sesuatu agensi.Mendedahkan pelajar tentang
peranan yang boleh dimainkan oleh sesuatu agensi membolehkan pelajar
merebut

peluang

yang

ditawarkan

oleh

sesuatu

agensi

tersebut.Perlu

diingat,dengan mengadakan hubungan yang baik dengan pelbagai agensi akan

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

memudahkan lagi tugas kaunselor kerana kauselor dan pihak sekolahtidak akan
mampu untuk menangani segala permasalahan secara bersendirian.
Kehadiran kaunselor di sekolah-sekolah dijangkakan dapat menangani
masalah pelajar kerana mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada
pelajar. Sebelum ini guru biasa ditugaskan sebagai kaunselor secara tidak
langsung. Beban tugas mengajar tidak dapat memberi peluang kepada guru untuk
memberi perhatian yang sewajarnya kepada pelajar yang bermasalah. Kehadiran
kaunselor di sekolah amat penting kerana selain daripada menyelesaikan setiap
permasalahan pelajar malah beritndak membentuk generasi yang berketrampilan
dalam apa jua bidang yang diceburi di samping mengenali hakikat diri mereka.
Masalah disiplin yang kian menjadi-jadi dewasa ini, pihak kementerian pendidikan
tidak

berdiam

diri

malah

telah

mengambil

berbagai-bagai

langkah

untuk

mengatasinya. Antaranya program penting telah diambil ialah mewajibkan tiap-tiap


buah sekolah mengadakan unit kaunseling untuk membantu pelajar yang
bermasalah. Menurut menteri Pendidikan , Dato Seri Najib Tun Razak (1996), pada
awal tahun 1996 kementerian pendidikan telah mengarahkan tiap-tiap buah sekolah
di Malaysia menempatkan sekurang-kurangnya dua orang kaunselor sepenuh masa
bagi menangani masalah pelajar tidak hanya dari sudut akademik malah termasuk
masalah peribadi pelajar. Kaunselor perlu prihatin dan peka terhadap setiap masalah
pelajar.
Dasar kerajaan meletakkan Guru Bimbingan Dan Kaunseling sebagai Guru
Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa membuktikan bahawa kerajaan menaruh
harapan yang tinggi kepada institusi persekolahan amnya dan Unit Bimbingan Dan
Kaunsleing di sekolah khususnya agar memainkan peranan yang besar terutama
dalam menangani kegawatan sosial yang begitu ketara dewasa ini.
Justeru itulah, guru Bimbingan dan Kaunseling berkewajipan untuk melaksanakan
hasrat ini dengan penuh rasa bertanggungjawab.Dengan ini juga membuktikan
bahawa peranan guru kaunseling sebagai struktur sokongan sekolah tidak boleh
diabaikan.Antara peranan yang boleh dimainkan ialah Guru Bimbingan Dan
Kaunseling atau Kaunselor ialah seseorang kaunselor perlu mengadakan sesi

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

kaunseling dengan sebaik mungkin semata-mata untuk membantu pelajar


menangani masalah yang dihadapi.Ini penting kerana dengan membantu pelajar
mengurangkan masalahnya maka pelajar tersebut akan menjadi lebih stabil
terutama dari segi emosinya.Apabila kestabilan emosi wujud maka tingkahlaku yang
sepatutnya akan dapat dilihat.
Sebagai seorang kaunselor sepenuh masa ,maka ia berperanan penting dalam
mengadakan

sesi

bimbingan

dan

kaunseling

dengan

para

pelajar

yang

menghadapai masalah.Di dalam sesi tersebut seseorang kaunselor itu akan


membincangkan

keperluan

murid

dari

pelbagai

segi

seperti

kemahiran

sosial,kemahiran menyelesaikan masalah,kemahiran membuat keputusan dan


pelbagai kemahiran yang diperlukan oleh pelajar.(Nazmi Hj Mohd Noor,1998).
Sesi bimbingan dan Kaunseling tidak seharusnya dihadkan kepada pelajar sahaja
kerana ia meliputi keseluruhan sistem persekolahan.Ini juga bermakna klien yang
diterima bukan sekadar pelajar tetapi ia juga merangkumi keseluruhan warga
sekolah termasuk juga guru-guru dan staf sokongan sekolah selain daripada ibu
bapa.Untuk itu,seseorang kaunselor perlu peka akan sebarang permasalahan yang
timbul adakah ia berpunca daripada pelajar sendiri atau pun dari punca yang
lain.Sekiranya ada guru atau kakitangan sekolah yang memerlukan khidmat
kaunsleing

maka

kaunselor

perlau

menerima

dan

berusaha

membantu

menyelesaikan masalah klien tersebut.Ini amat penting kerana permasalahan yang


wujud di kalangan guru-guru atau kakitangan sekolah sedikit sebayak akan
mempengaruhi

iklim

pengajaran

dan

pembelajaran

di

sesebuah

sekolah.Permasalahan ini jika tidak diselesaikan akan menyebabkan pelajar menjadi


mangsa guru.Apabila pelajar menjadi mangsa ,maka akan wujud perasaan tidak
puas hati di kalangan pelajar terhadap guru yang seterusnya akan mewujudkan
kekecohan dalam sistem persekolahan tersebut.Maka atas dasar inilah ,maka
kaunselor harus berperanan membantu guru-guru dan kakitangan sekolah untuk
memnyelesaikan permasalahan diri mereka terlebih dahulu.
Kaunselor perlu mengadakan pelbagai program untuk memenuhi masa ruang para
pelajar terutama pada waktu cuti penggal dan setelah tamat peperiksaan awam
seperti Ujian Penilaian Ssekolah Rendah,Penilaian Menengah Rendah ,Sijil

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Peperiksaan Malaysia dan Sijil Tinggi Perekolahan Malaysia . Perkara ini amat
penting kerana pada kebiasannya para pelajar yang agak lemah tidak mempunyai
apa-apa program.Mereka lebih suka merayau dan melepak bersama rakanrakan.Dan

sudah

tentulah

akan

timbul

gejala-gejala

negatif

di

kalangan

mereka.Justeru itu,kaunselor harus memainkan peranan dalam mengisi ruang masa


yang wujud di kalangan pelajar dengan mengadakan pelbagai program seperti
perkhemahan ,kem motivasi ,bengkel-bengkel dan lain-lain yang difikirkan perlu.Ini
penting agar masa yang terluang di kalangan pelajar tersebut dapat dimanfaatkan
sepenuhnya mengikut nilai-nilai yang diterima oleh agama dan masyarakatnya.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Bab 4 Teori-Teori Kaunseling


RASIONAL Emotif Bahavioural Terapi (REBT)
RASIONAL Emotif Bahavioural Terapi (REBT) juga dikenali sebagai Kaunseling
Rasional Emotif. Behavioural Teori (REBT) ini diperkenalkan oleh Dr. Albert Ellis,
seorang ahli Klinik Psikologi setelah menimba pengalaman dari praktik yang
dilakukannya dalam bidang Kaunseling Keluarga, Perkahwinan dan Seks.
Pada mulanya dia menggunakan prosedur psikoanalisis dalam praktiknya, tetapi dia
menemukan ketidakpuasan dengan prosedur tersebut. Akhirnya dia
mengembangkan teori ini yang lebih popular Rasional Emotif BehaviouralTerapi
dengan singkatan REBT. REBT melihat masalah yang dihadapi klien berpunca dari
ketidaklogikan klien dalam berfikir. Ketidaklogikan berfikir ini menjadi pengganggu
dalam melihat dan menafsir objek atau fakta yang dihadapinya sehingga menjadi
satu masalah yang menghantui dirinya. Sehubungan dengan itu, REBT bertujuan
untuk mengatasi fikiran yang tidak logic tentang diri sendiri dan lingkungan
seseorang itu. Kaunselor berusaha menunjukkan dan menyedarkan klien bahawa
cara berfikir yang tidak logik itulah merupakan penyebab gangguan emosinya. Atau
dengan kata lain REBT bertujuan membantu klien membebaskan dirinya dari cara
berfikir atau idea-idea yang tidak logik yang menyelubungi fikiran mereka dan
menggantinya dengan cara yang logik. Kemudian klien dilatih untuk berfikir dan
berbuat yang lebih rasional berdasarkan kepada tuntutan realiti.

TEKNIK-TEKNIK TEORI REBT:


Teknik-Teknik Kaunseling Rational Behaviuoral Emotif
Klien (manusia) berfikir, berperasaan dan bertindak secara serentak. Kaitan yang
begitu erat menyebabkan jika salah satu sahaja menerima gangguan maka yang lain
akan terlibat sama. Jika salah satu diubati sehingga sembuh, dengan sendirinya
yang dua lagi akan turut terubat. (Amir Awang, 1997 : 78) Atas pandangan itu,
walaupun REBT lebih menitikberatkan aspek kognitif dalam perawatan, tetapi aspek
tingkah laku dan emosi turut diberi perhatian. Oleh sebab itulah dalam REBT,

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

terdapat tiga teknik yang besar: Teknik-teknik Kognitif; Teknik-teknik Emotif dan
Teknik-teknik Behavioristik. (H. Mohamad Surya, 1988 :182).
Teknik-Teknik Kognitif
Teknik-teknik kognitif adalah teknik yang digunakan untuk mengubah cara berfikir
klien. Dewa Ketut (1985 : 91 - 92) menerangkan ada empat teknik besar dalam
teknik-teknik kognitif.
Teknik Pengajaran -Dalam RET,
kaunselor mengambil peranan lebih aktif dari klien Teknik ini memberikan keluasan
kepada kaunselor untuk berbicara serta menunjukkan sesuatu kepada klien
terutama menunjukkan bagaimana ketidaklogikan berfikir itu secara langsung
menimbulkan gangguan emosi kepada klien tersebut. Kaunseloar juga mengajak
klien untuk menyedari sikap berdiam diri dan menyepinya tidak mendatangkan apa
kebaikan kepada dirinya dan keluarga. Seterusnya segala masalah harus diuraikan
dengan bijaksana.
Teknik Persuasif Meyakinkan klien untuk mengubah pandangannya kerana pandangan yang ia
kemukakan itu tidak benar. Kaunselor langsung mencuba
meyakinkan,mengemukakan pelbagai argumentasi untuk menunjukkan apa yang
dianggap oleh klien itu adalah tidak benar.
Teknik Konfrontasi Kaunselor menyerang ketidaklogikan berfikir kliendan membawa klien ke arah
berfikir yang lebih logik.
Teknik Pemberian Tugas Kaunselor memberi tugas kepada klien untuk mencuba melakukan tindakan tertentu
dalam situasi nyata. Misalnya, menugaskan klien agar berbincang dengan suami
klien mengengai ketidakpuasan hatinya. Setelah itu klien juga di cadangkan agar
mencari ruang untuk bersama suaminya contoh ketika di dalam kereta untuk balik
kampong dan menghadiri percutian bersama. Di samping itu klien di galakkan

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

bergaul dengan anggota masyarakat kalau mereka merasa dipencilkan dari


pergaulan atau membaca buku untuk memperbaiki kekeliruan caranya berfikir.

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN TEORI REBT


KEBAIKAN
* Pendekatan ini cepat sampai kepada masalah yang dihadapi oleh klien. Dengan itu
perawatan juga dapat dilakukan dengan cepat.
* Kaedah pemikiran logik yang diajarkan kepada klien dapat digunakan dalam
menghadapi gejala yang lain.
* Klien merasakan diri mereka mempunyai keupayaan intelektual dan kemajuan
dari cara berfikir.
KELEMAHAN
* Ada klien yang boleh ditolong melalui analisa logik dan falsafah, tetapi ada pula
yang tidak begitu geliga otaknya untuk dibantu dengan cara yang sedemikian yang
berasaskan kepada logik.
* Ada sesetengah klien yang begitu terpisah dari realiti sehingga usaha untuk
membawanya ke alam nyata sukar sekali dicapai.
* Ada juga klien yang terlalu berprasangka terhadap logik, sehingga sukar untuk
mereka menerima analisa logik.
* Ada juga sesetengah klien yang memang suka mengalami gangguan emosi dan
bergantung kepadanya di dalam hidupnya, dan tidak mahu membuat apa-apa
perubahan lagi dalam hidup mereka.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

TEORI ROGERIAN (PEMUSATAN INSAN)


Pengenalan
Teori Pemusatan Insan disebut juga sebagai teori konsep kendiri atau teori
fenomenologi yang digolongkan ke dalam psikologi kemanusiaan (humanistic),
gestalt dan kewujudan. Ia diasaskan oleh Carl Ransom Rogers di dalam tahun 40an
yang menamakannya kaunseling bukan-arahan atau kaunseling pusatan-klien. Ia
mencabar pendekatan-pendekatan pusatan-kaunselor dan kaunseling arahan yang
mengandaikan bahawa kaunselor itu dalam semua hal dan berkeupayaan
membantu kliennya di dalam semua bidang.
Ia mencabar teknik-teknik dan tatacara-tatacara yang berbentuk nasihat, saranan,
arahan kaunselor, pujukan, pengajaran, diagnosis dan pentafsiran oleh kaunselor.
Cabaran ini dilakukan oleh Rogers semata-mata kerana kepercayaan dan
keyakinannya bahawa manusia itu memang baik, memang boleh dipercayai, dan
memang mempunyai keupayaan yang banyak untuk memahami diri mereka sendiri
serta menyelesaikan masalah-masalah yang mereka alami sendiri, tanpa campur
tangan secara langsung oleh kaunselor. Ia berpendirian bahawa manusia itu boleh
menuju ke arah penentuan kendiri, jika mereka dibawa terlibat di dalam
perhubungan kaunseling atau terapi. Baginya sifat-sifat peribadi dan sikap kaunselor
serta hubungan antara klien dengan kaunselor itu adalah merupakan dua faktor
utama bagi kejayaan sesuatu proses kaunseling tanpa memerlukan arahan-arahan
yang langsung dari kaunselor seperti yang dianjurkan sebelum dan selepasnya.
Kerana itulah tatacara dan teknik tidak penting baginya.
Melalui penglibatannya yang meluas di dalam kaunseling dan psikoterapi individu,
Rogers telah mengemukakan teori dan pendekatannya yang dinamakan terapi
pusatan-klien di dalam tahun 1951. Teori ini terus diperbaikinya dan hasilnya
diterbitkan di dalam tahun 1962.
Teori dan pendekatan yang dikemukakan oleh Rogers ini mencetuskan minat yang
mendalam di kalangan para pendidik yang menekankan pengajaran pemusatan

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

pelajar. Di samping itu, Rogers juga telah mencuba teorinya untuk digunakan
dengan kelompok-kelompok, dan juga dalam kaunseling keluarga pada tahun 1970
dan 1972. Sejak kebelakangan ini seolah-olah sudah muncul minat untuk
menerapkan teorinya di dalam bidang perhubungan antarabangsa dan politik.
2.0 Latar Belakang Tokoh
Carl Ransom Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois Chicago.
Rogers merupakan anak ke-empat dari enam orang adik beradik. Ayahnya
merupakan seorang kontraktor dan jurutera. Kedua-dua ibubapanya sangat kuat
berpegang kepada agama. Rogers mempunyai adik beradik seramai enam orang
dan lima daripada mereka adalah lelaki. Hubungan mereka adik beradik sangatlah
rapat. Rogers amat rapat dengan ibunya berbanding ayahnya.
Semasa kecil Rogers adalah seorang murid yang cerdik dan pintar. Walaupun
dilahirkan dalam keluarga yang ramai, Rogers merupakan seorang pelajar yang
suka mengasingkan diri dan pendiam di sekolah. Beliau sangat sensitif orangnya.
Rogers telah memasuki Universiti Wisconsin dan memperolehi pencapaian di dalam
bidang akademik yang sangat baik. Di universiti itu beliau mengambil bahagian
dalam pelbagai aktiviti, termasuk rombongan ke negeri China sebagai perwakilan
dalam World Student Christian Federation Conference. Beliau mendapat Ijazah
pertamanya dalam bidang Sejarah pada tahun 1924. Beliau menerima Ijazah
kedoktorannya pada tahun 1931.
Pada tahun 1928, sebelum menerima ijazah kedoktorannya, beliau mula bekerja di
Rochester New York, terutamanya dengan kanak-kanak dan remaja yang
bermasalah yang dirujuk oleh mahkamah dan agensi-agensi kepada Child Study
Department of the Society for the Prevention of Cruelty to Children. Kemudian beliau
dilantik menjadi pengarah kepada Rochester Guidance Center. Pada tahun 1940 dia
menjadi professor di Ohio State University. Di antara tahun 1945 sehingga 1957
beliau terlibat secara langsung dengan Counseling Center di University Of Chicago.
Rogers kemudian berpindah ke University Of Wisconsin. Pada tahun 1964 beliau
menyertai Western Behavioral Science Institute sebagai resident fellow. Dari tahun
1968 sehingga beliau meninggal dunia, Rogers menjadi resident fellow di Center for
studies di La Jolla, California. Rogers telah menulis beberapa buah buku antara lain
buku-buku yang ditulisnya ialah Counseling and Psychotherapy (1942), Client-

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

centered Therapy (1951), On Becoming a Person (1961), Carls Rogers On


Encounter Groups (1970).
Rogers banyak menerima penghormatan di sepanjang hidupnya. Beliau merupakan
orang pertama menjadi pengerusi kepada American Association for Applied
Psychology .

Beliau

bertugas

sebagai

pengerusi American

Psychocogical

Association (APA) dari tahun 1946 1947 . Rogers meninggal dunia di La Jolla,
California pada 4 Februari 1987 ketika berusia 85 tahun selepas menjalani
pembedahan tulang punggung yang patah akibat satu kemalangan.
3.0 Pandangan Terapi Terhadap Kejadian Manusia
Menurut Amir Awang (1987), Carls Rogers mempunyai pandangan yang cukup
teguh mengenai sifat tabii manusia. Baginya manusia boleh berkembang secara
positif dan

membina jika wujud perasaan percaya

mempercayai, hormat

menghormati yang boleh dirasai dan dialami. Rogers menolak sekuat-kuatnya


anggapan bahawa manusia itu tidak boleh dipercayai dan pasif, dan menjadi
mangsa sifat biologi atau persekitarannya. Ia menolak anggapan kepercayaan
bahawa manusia itu perlu diarah, didorong, diajar, didera, diberi ganjaran, dikawal
dan diuruskan hidupnya oleh orang lain. Ia yakin bahawa manusia memang dari
mula lagi sudah mempunyai kecenderungan dan keupayaan semulajadi untuk
berkembang peringkat demi peringkat menuju ke arah nirwana kendiri, andainya
wujud keadaan-keadaan yang sesuai.
Menurut Ee Ah Meng (1997), Carls Rogers dalam teori Pemusatan Insan membuat
andaian bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Manusia
boleh membuat keputusan sendiri yang membawa keoada kebebasan dan berdikari.
Sifat-sifat yang ada pada manusia adalah seperti membina, bekerjasama, boleh
dipercayai, bersifat realistik dan sanggup bersosial. Perasaan-perasaan negatif yang
terdapat pada manusia seperti marah dan benci memang wujud akibat penafian
keperluan seperti kasih sayang, keselamatan dan penerimaan. Andaian-andaian
teori ini terhadap manusia adalah seperti :

Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri individu berdasarkan interaksi kita

dengan orang-orang lain.

Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep

kendirinya.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Masalah-masalah yang berlaku kerana timbul atau wujudnya antara konsep

kendiri dengan pengalaman-pengalaman yang lalu.

Hanya dengan pengalaman dan penghormatan barulah individu akan bersedia

untuk berkongsi masalahnya.

Menurut Suradi Salim (1996), manusia dianggap mempunyai sifat-sifat positif dan
mempunyai keinginan untuk berfungsi penuh, iaitu hidup dengan seberapa berkesan
yang boleh. Jika seseorang itu dibenarkan untuk berkembang dengan bebas, beliau
akan berkembang dengan sempurna dan akan menjadi individu yang positif dan
berjaya. Pandangan seseorang tentang dirinya dalam konteks persekitarannya
menentukan tingkah lakunya dan kepuasan peribadinya. Jika diberikan atau
disediakan dengan persekitaran yang menggalakkan, manusia akan berkembang
dengan yakin ke arah nirwana kendiri menjadi apa sahaja yang dia inginkan. Jika
manusia tidak menerima kasih sayang dan sokongan orang yang penting baginya,
kemungkinan besar manusia menganggap dirinya tidak berharga dan menganggap
orang lain tidak boleh dipercayai, serta mereka akan bersikap mempertahankan diri
dan perkembangan ke arah nirwana diri akan terhalang. Persepsi seseorang tentang
diri dan persekitaranya merupakan realiti baginya.
Bagi Rogers, untuk membolehkan seseorang itu berkembang secara positif dan
membina, mestilah wujud tiga suasana atau keadaan, iaitu;

Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran

Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil

Kefahaman yang mendalam

Jika ketiga-tiga keadaan ini dapat dirasai dan dialami oleh klien di dalam
hubungannya dengan kaunselor, ia juga akan mula menghayati sifat-sifat dan ciri-ciri
ini dan seterusnya lebih bersedia untuk menerima pengalaman-pengalaman yang
dilaluinya.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

4.0 Matlamat Terapi


Matlamat yang ingin dicapai di dalam kaunseling / Terapi Pemusatan Insan ini
bukanlah sekadar menyelesaikan masalah yang dihadapi atau dialami pada masa
itu, tetapi apa yang lebih diutamakan ialah untuk mencapai perasaan bebas dan
besepadu bagi diri seseorang individu itu.
Tujuan

kaunseling

adalah

untuk

membantu

klien

di

dalam

proses

perkembangannya, agar ia dapat menghadapi dan mengatasi masalah masa kini


dan masalah-masalah di masa hadapan.
Dengan berasaskan kepada matlamat yang ingin dicapai, maka klien haruslah
bersedia untuk memisahkan dirinya daripada apa yang selama ini telah sebati
dengan dirinya bagi membolehkan dirinya berhadapan dengan realiti. Menurut Amir
Awang (1987), terdapat beberapa perkara yang dapat diperhatikan dan dirasai oleh
klien itu sendiri untuk mencapai maksud yang ingin dituju di dalam kaunseling
:
i) Klien bersedia menerima, merasai dan mengalami realiti yang sebenar, tanpa
mengherot-berotkannya untuk disesuaikan dengan struktur kendiri seseorang itu.
Klien tidak lagi bimbang atau takut untuk berhadapan dengan realiti. Ia sedia
menerima dirinya sendiri baik atau buruk, ia dapat mengalami hidup dengan cara
yang baru dan dapat terus berkembang.
ii) Klien akan merasa yakin pada diri sendiri. Biasanya klien tidak yakin yang ia
boleh mengemudikan hidupnya, kerana itu ia sering meminta dirinya dibimbing dan
diarah. Tetapi apabila ia sudah sedia menerima dirinya dan berhadapan dengan
kenyataan, ia pun akan mula mempunyai keyakinan dan keupayaan sendiri untuk
mengawal dan mengarah hidupnya.
iii) Klien akan dipandu dan diarah oleh perasaan dan pemikirannya sendiri.
Walaupun penting bagi seseorang untuk memberi perhatian kepada nilai-nilai dan
norma-norma masyarakat, individu perlu juga mempunyai nilai-nilai sendiri untuk
memandu dirinya. Ia harus bersifat inner directed dan tidak dikongkong oleh outer

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

directedness. Melalui inner directedness ini ia akan memperolehi kepuasan kerana


ia dapat membuat sesuatu keputusan berdasarkan pertimbangan sendiri.
iv) Klien dalam keadaan untuk terus berkembang. Apabila wujud di dalam diri klien
kesediaan untuk terus hidup, untuk terus mengalami peristiwa-peristiwa baru, untuk
terus menghadapi cabaran-cabaran dan masalah-masalah baru, maka individu telah
mencapai suatu tahap positif di dalam proses hidupnya. Dari sini ia akan bersedia
membuat ketetapan-ketetapan baru untuk dirinya, untuk mencari matlamat-matlamat
baru untuk hidupnya. Ia tidak lagi perlu bergantung kepada orang lain untuk
mengarah atau mengawal hidupnya. Ia sudah berupaya menuju ke arah matlamat
baru.
5.0 Teknik Pemusatan Insan
Menurut Hansen, Stevic & Warner (1986), Kaunseling Pemusatan Insan
mengandaikan bahawa setiap individu mempunyai keinginan untuk berkembang,
matang dan mencapai atau menuju ke arah kesempurnaan kendiri. Ini adalah
merupakan satu-satunya pendekatan teraputik yang utama yang bergantung
terhadap gerakan dalaman klien untuk menuju ke arah pertumbuhan. Individu dilihat
sebagai boleh memulihkan diri, memerlukan kemesraan, dan persekitaran yang
menyokong untuk mencapai kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi.
Menurut Gelso & Carter (1985), hubungan kaunselor dengan klien dilihat sebagai
ramuan yang penting di dalam psikoterapi. Dalam perhubungan kaunseling,
komunikasi difokuskan kepada individu yang mengalami masalah. Rogers (1986)
menyarankan tiga suasana yang fasilatatif iaitu :
i. Ketulenan sebenar atau kongruen
ii. Penerimaan, mengambil berat dan bersangka baik
iii. Mempunyai kefahaman empati
Kajian yang telah dibuat menunjukkan kaunseling pemusatan insan yang
dicadangkan oleh Rogers adalah sesuai untuk menggalakkan peningkatan
penyesuaian psikologikal pada diri klien. Melalui kaunseling pemusatan insan, klien
telah meningkatkan penghargaan kendiri. Menurut Carkhuff dan Berenson (1967),
kajian-kajian telah mengesahkan kepentingan sumbangan empati, penghormatan

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

dan ketulenan dalam proses kaunseling. Brammer dan Shostrom (1982), satu ciri
utama yang membezakan kaunseling pemusatan insan dengan pendekatan lain
ialah meningkatnya tahap tanggungjawab pada diri klien berbanding dengan yang
dijangkakan oleh kaunselor.
Amir Awang (1987), menjelaskan bahawa Rogers telah mengemukakan beberapa
sifat yang terdapat di dalam teori ini. Antaranya ialah teori ini dianggap sebagai
fleksibel dan sedia menerima perubahan dari semasa ke semasa. Ia memberi fokus
kepada keupayaan klien serta tanggungjawabnya untuk mencari jalan bagi
menghadapi kenyataan, dan seterusnya menghasilkan tingkahlaku yang sesuai
dengan realiti. Pendekatan teori ini memberi tumpuan utama kepada dunia
fenomenologi klien sendiri. Ini bermaksud setiap klien melihat kenyataan atau realiti
menurut kaca mata dan teropongnya sendiri. Manakala kaunselor harus bersedia
untuk menerima persepsi subjektif ini dan harus bersedia merasai dan mengalami
apa yang dirasai dan dialami oleh klien melalui proses empati. Kaunselor juga harus
mengelak dari mencemuh, menyangkal, mengkritik atau sebagainya.
Pendekatan teori ini boleh digunakan dengan semua jenis klien iaitu normal,
neurotik dan psikotik. Melalui hubungan yang dibina oleh kaunselor bersama klien
yang kongruen, menerima kliennya tanpa syarat dan mempunyai keupayaan untuk
berempati, klien dengan sendirinya akan menemui dirinya sendiri melalui proses
kaunseling. Dengan menggunakan teori ini kaunselor hendaklah ikhlas, jujur, mesra
dan bersedia menerima kliennya, serta mempunyai kebolehan untuk berempati
secara tepat. Dengan sifat dan kebolehan ini, klien bolehlah diajak untuk memberi
fokus kepada apa yang dirasai dan dialaminya masa kini dan pada ketika itu.
Sebagai suatu teori yang menekankan usaha bersama di antara kaunselor dan klien
untuk membolehkan klien berkembang, kaunselor dan klien terlibat secara langsung
di dalam proses berkembang untuk menuju ke arah matlamat, manakala kuasa dan
kawalan tidak dipegang oleh kaunselor. Malah klienlah yang memilikinya, dan klien
juga yang menentukan bagaimana ia hendak menggunakan kuasa dan kawalan ini
bagi mengembangkan dirinya.(Rogers, 1977).

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Antara teknik-teknik teori Pemusatan Insan ialah :


5.1 Penerimaan Tanpa Syarat
Teknik ini menekankan supaya kaunselor mempunyai sikap menerima klien tanpa
syarat iaitu tanpa menilai tingkahlaku, peristiwa atau perasaan klien sama ada baik
atau jahat. Dalam ertikata lain, kaunselor haruslah bersedia menerima kliennya
tanpa mengenakan apa-apa syarat ke atasnya. Ia harus bersedia menerima kliennya
tanpa prasangka atau sebarang penilaian. Kaunselor juga haruslah juga sering
berwaspada agar ia tidak memberi gambaran kepada kliennya yang ia sedia
menerima kliennya, agar kliennya rasa senang terhadapnya lantas memuji,
menyanjung atau menghargai kesediaanya menerima klien. Sikap ikatan dua hala ini
(double binding) hendaklah dielak bagi menghindarkan perasaan ada udang
disebalik batu. Tanpa mengenakan syarat seperti ini, klien akan dapat merasa
ketulenan kaunselor tadi untuk menolongnya dan dengan wujudnya persepsi dan
perasaan seperti ini, maka lebih mudahlah proses perubahan personaliti berlaku,
kerana tidak akan terasa sebarang ancaman.
5.2 Empati
Sifat empati adalah kebolehan untuk merasa dan mengenalpasti perasaan orang
lain dan kemampuan memberitahu kepada klien daripada sudut pandangannya, iaitu
cuba masuk ke dalam ruang rujuk klien.
Di dalam teknik ini memerlukan kaunselor mempunyai kefahaman empati yang
tepat. Klien yang datang bersamanya membawa dunia subjektifnya, yang tentu
berbeza daripada dunia subjektif kaunselor itu sendiri. Dari huraian klien, baik
melalui bahasa mahupun melalui gerak-geri tubuh badannya, kaunselor haruslah
berusaha menyelami dunia subjektif kliennya, sehingga ia dapat merasai,
mempersepsi dan mengalami segala apa yang dirasai, dipersepsi dari alam
objektifnya dari realiti yang sebenar.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

5.3 Ketulenan
ini. Ketulenan adalah kebolehan untuk menjadi sejati dan benar dengan orang lain.
Kaunselor tidak sepatutnya menyelewengkan komunikasi, menyembunyikan motif
atau bertindak dengan agenda yang tersembunyi, berpura-pura dan mengelak.
Kaunselor haruslah bersikap terbuka dengan klienya. Ia tidak tersekat-sekat atau
teragak-agak untuk menyampaikan apa jua yang dirasainya, baik yang positif
mahupun negatif. Dengan yang demikian ia dapat menjadi sebagai contoh atau
model kepada kliennya untuk juga bersifat terbuka, jujur dan ikhlas di dalam
menyatakan perasaan dan pengalamannya.

5.4 Aktif Mendengar dan berfikir


Mendengar merupakan satu kemahiran yang amat penting dalam sesi kaunseling.
Tumpuan yang penuh ataupun konsentrasi hendaklah diberikan kepada apa yang
klien cakap samada secara lisan atau bukan lisan. Tumpuan atau perhatian
merupakan prasyarat terhadap membantu. Pendengar yang aktif akan memberi
maklum balas tentang apa yang dicakapkan menggunakan perkataannya sendiri
untuk tiga sebab iaitu ;
a. ia akan memastikan ia betul-betul faham apa yang dicakapkan oleh kliennya
b. ia akan memastikan ia betul-betul telah mendengar
c. ia akan membantu klien membuat pendedahan kendiri
Mengenal pasti perasaan dapat memberitahu kepada klien bahawa kaunselor
sedang mendengar dan menggalakkan klien untuk bercakap lebih bebas. Ini boleh
membantu untuk merangka suatu ketetapan yang lebih memuaskan. Menurut Mc
Kay, Davis dan Fanning (1983) menyatakan bahawa mendengar dengan aktif
memerlukan kaunselor bekerjasama di dalam proses berkomunikasi. Ini termasuklah
parafrasa, menjelaskan dan maklum balas.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

5.4.1 Parafrasa
Parafrasa bermaksud mengatakan dengan perkataan sendiri apa yang telah
dikatakan oleh klien seperti;
apa yang saya faham
dengan kata lain
Kaunselor harus memparafrasakan apabila klien menyebut sesuatu yang penting
kepadanya.
5.4.2 Penjelasan
Penjelasan bermaksud bertanyakan soalan untuk mendapatkan penjelasan agar
kaunselor boleh memahami kenyataan-kenyataan yang kabur. Tujuannya ialah
memahami dari konteks bagaimana cara berfikir klien dan perasaannya terhadap
sesuatu masalah.
5.4.3 Maklum Balas
Sewaktu temubual kaunseling maklum balas menyediakan peluang untuk kaunselor
berkongsi apa yang difikirkan, dirasakan dan untuk menyemak persepsi. Untuk
menyemak persepsi kaunselor merangka apa yang dia dengar dan dipersepsikan ke
dalam tentatif.
5.5 Kongruen
Kongruen memerlukan kaunselor bersifat telus terhadap klien, iaitu jika kaunselor
merasa marah terhadap cara klien berkomunikasi tetapi dia menyembunyikannya.
Ini menyebabkan berlakunya tidak kongruen. Adalah menjadi satu dilema untuk
menjadi kongruen kerana ia kadangkala bercanggah dengan sikap tidak
menghukum.
5.6 Mendengar untuk merasa

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Interaksi yang berkesan melibatkan pemahaman yang mendalam terhadap dunia


seseorang dan menyatakan kefahaman itu kepada klien. Melalui pendengaran dan
tindakan yang tepat, halangan yang merintangi persefahaman dua hala boleh
dihindari. Dinkmeyer & Losoney, 1980, mengenalpasti dan menyatakan perasaan
dalam sesuatu mesej boleh dirangka dalam bentuk;
perasaan kamu sekarang
jika apa yang saya dengar ini betul
5.7 Mendengar dengan empati
Mendengar dengan empati bermaksud kaunselor menyedari bahawa walaupun
sesuatu perkara amat berat tetapi kaunselor perlu juga membantunya. Kaunselor
perlu bertanya diri sendiri bagaimana kepercayaan dan keputusan walau pun ia
mungkin gagal tetapi boleh mengurangkan kerisauan klien.
5.8 Menghormati
Menghormati adalah kemahiran interpersonal yang menunjukkan penghargaan
tentang keunikan orang lain, toleransi terhadap perbezaan atau kelainan, kemahuan
dan keinginan untuk berinteraksi dengan orang lain secara sama rata.
5.9 Penerimaan yang mesra
Teknik ini merupakan keupayaan untuk bersifat terbuka, peramah dan menerima
menggunakan komunikasi bukan lisan yang boleh menyampaikan isyarat-isyarat
kongruen, keterbukaan dan kesudian untuk mendengar.
5.10 Konfrontasi
Konfrontasi merupakan keupayaan untuk memberitahu seseorang individu itu
tentang perselisihan tingkah laku dan kesannya terhadap dirinya sendiri, dengan
cara yang tidak agresif, tidak menghakimi, tidak kritikal atau tidak defensif
(mempertahankan diri). Ia bertujuan untuk menyedarkan individu tersebut sama ada
tingkah lakunya menggalakkan atau menghalang perhubungan interpersonalnya.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

5.0 Peranan Kaunselor


Dengan adanya sikap dan kebolehan berempati, kaunselor haruslah berperanan
seperti yang dijelaskan oleh Corey (1996);
a. Kaunselor berfungsi sebagai fasilitator bagi perkembangan seseorang klien.
Kaunselor haruslah mewujudkan suasana teraputik iaitu mewujudkan suasana yang
tenang, selesa dan sesuai agar dapat menggalakkan klien mengalami suatu rasa
bebas untuk meneroka dan mengalami cabang-cabang hidup yang disangkalnya.
Oleh itu klien dapat dibantu supaya tidak bersifat defensif. Kaunselor harus
menganggap klien sama taraf dengan kaunselor dan berusaha mengenali
masalahnya.
b. Kaunselor perlu mewujudkan suasana iaitu kaunselor harus berada dalam
keadaan kongruen dan klien berada dalam keadaan tidak kongruen. Kaunselor
bersedia menerima tanpa syarat, prasangka dan tidak beranggapan buruk terhadap
klien. Kaunselor harus berempati bagi merasai dan mengalami apa yang dirasai dan
dialami oleh klien.
c. Kaunselor haruslah memperlihatkan kepada kliennya yang ia dianggap sebagai
sama taraf dengan dirinya dan secara bersama mereka akan berusaha untuk
mengenali masalah klien dan mengatasinya.
d. Kaunselor tidak akan mendiagnos masalah klien. Ia hanya menjadi sebagai
cermin yang akan membantu klien melihat dirinya dan masalahnya dengan jelas.
Untuk mempastikan tercapainya perkara-perkara yang disebutkan di atas, haruslah
wujud:
a. pertemuan, baik secara langsung atau tidak langsung, di antara kaunselor
dengan klien
b. kaunselor haruslah di dalam kongruen, dan klien pula berada di dalam keadaan
tidak kongruen
c. Kaunselor bersedia menerima kliennya tanpa syarat, tanpa sebarang prasangka
dan anggapan

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

d. Kaunselor boleh berempati bagi merasai dan mengalami apa yang dirasai dan
dialami oleh klien
e. Kaunselor haruslah bersifat jujur, ikhlas dan terbuka
f. Klien pula haruslah dapat melihat dan merasai, tak banyak sedikit, sifat-sifat dan
kebolehan-kebolehan di atas yang ada pada kaunselor
6.0 Peranan Klien
Untuk sesuatu sesi kaunseling itu mencapai kejayaan, klien juga tidak terlepas
memainkan peranannya; antara peranan-peranan klien adalah seperti:
a. Klien haruslah memutuskan bahawa dia memerlukan khidmat kaunseling dan
datang secara sukarela dan bukan atas dasar paksaan atau disuruh oleh orang lain
b. Pada awalnya, klien menghadapi kebimbangan, percanggahan perasaan dan
fikiran
c. Klien harus merasa bersedia untuk berbincang apabila merasa diterima dan
dapat menghayati perhubungan kaunselor dengan klien
d. Klien merasa lebih terbuka dan bebas meluahkan perasaan dan menjelajah diri
e. Klien akan cuba untuk mencari penyelesaian dengan bantuan klien sendiri
f. Klien akan menentukan pilihan dan tindakannya sendiri. Kaunselor hanya
bertindak membantu klien dalam membuat pilihan
g. Klien berupaya dan bersedia untuk berubah
h. Klien bersedia untuk terus berkembang dalam usaha mencari matlamat baru
7.0 Aplikasi teori dalam bidang kaunseling
Teori ini sangat sesuai digunakan di dalam seting sekolah kerana ia menekankan
kaedah pengajaran pemusatan pelajar. Ini bersesuaian kerana teknik-teknik dan
tatacara-tatacara yang digunakan adalah berbentuk nasihat, saranan, pujukan dan
pengajaran adalah sesuai untuk pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah dan
menengah. Teori ini juga sangat berkesan dalam mengubah tingkah laku pelajar.
8.0 Kekuatan Terapi

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Menurut Shertzer & Stone (1992), antara matlamat yang ingin dicapai ialah
membina individu agar dapat berkembang dengan sihat. Oleh itu antara kekuatan
teori ini menurut mereka ialah :
a. menekankan kepentingan hubungan yang akrab antara kaunselor dengan klien
b. Menanamkan pendapat bahawa penerimaan, penghargaan serta kejujuran
kaunselor

merupakan

syarat-syarat

yang

amat

penting

bagi

mewujudkan

perhubungan
c. Memupuk pendapat bahawa klien ialah rakan kongsi penuh dalam hubungan dan
bukan hanya sebagai rakan yang merendah diri

9.0 Limitasi Teori


Seperti teori-teori yang lain, terapi pemusatan insan ini juga mempunyai kekurangan
dan kelemahannya. Antara lain ialah ;
a. Terapi ini tidak mempunyai satu set teknik atau tatacara yang tertentu yang
terdapat di dalam setengah-setengah psikoterapi.
b. Terapi ini kurang menyediakan panduan tentang cara mewujudkan hubungan
kaunselor dengan klien
c. Kebanyakkan konsep di dalam terapi ini tidak dapat dibuktikan dan diukur dengan
mudah. Ianya terlalu abstrak.

10.0 Kesimpulan
Secara positif, suatu sumbangan yang paling besar telah diberikan oleh Rogers
melalui

teorinya

ialah

keyakinannya

yang

kuat

tentang

keupayaan

dan

kecenderungan manusia untuk berkembang ke arah nirwana kendiri. Pendirian yang


positif seperti ini telah memberikan maruah dan darjat kepada manusia, yang akan
berusaha mencerminkan kepercayaan sedemikian.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Rogers juga secara tidak langsung mengutarakan nilai-nilai dan sikap-sikap positif
di dalam berinteraksi dengan orang lain dengan menegaskan betapa pentingnya kita
menerima orang lain tanpa syarat, bersedia mendengar dan memahami orang lain
dari kaca mata dan dunianya yang subjektif, serta menekankan pentingnya
kejujuran, keikhlasan dan ketulenan di dalam segala tindak tanduk kita, kerana
melalui penghayatan sikap dan nilai-nilai sebegini kita boleh menjadi contoh atau
model yang berguna bagi orang lain.
Tanpa mempunyai pendirian yang menghakim atau judgemental, klien akan lebih
bersedia untuk meluahkan isi hatinya kepada kita, kerana dia yakin bahawa apa juga
yang dikemukakan itu tidak akan diberi nilai, dan hal sebegini tidak dirasakan
sebagai mengancam dirinya.
Secara negatifnya, bolehlah dikatakan bahawa kebanyakkan konsep-konsep
yang dikemukakan itu tidak dapat diperhatikan dan tidak pula dapat diukur dengan
mudah, kerana ianya bersifat konsep yang abstrak.
Pergantungannya kepada laporan kendiri boleh membawa hasil yang tidak begitu
memuaskan kerana klien yang beremosi dan berfikiran kusut mungkin tidak
berupaya untuk melahirkan isi hatinya dengan tenang dan teratur. Ini sudah tentu
boleh menghasilkan kesimpulan-kesimpulan yang juga tidak tepat.
Tanpa sedikit sebanyak panduan, arahan, manipulasi proses kaunseling akan
memakan masa yang amat panjang. Biar apa sekalipun kelemahan-kelemahan yang
terdapat di dalam teori ini, satu hal yang tidak dapat dinafikan ialah teori ini amat
memudahkan klien untuk meluahkan isi hatinya, kerana melalui perhubungan yang
mesra di antara kaunselor dan klien, klien begitu yakin yang kaunselor merupakan
orang yang boleh diharap dan memang bertanggungjawab serta bersunguhsungguh akan berusaha menolongnya.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

TEORI RASIONAL EMOTIF TERAPI


Tokoh Teori Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert Ellis.
Beliau dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat. Teori ini terbina
apabila beliau mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud
tidak mendalam dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal
tahun 1955, beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan
tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET). Semenjak itu beliau
terkenal sebagai bapa kepada teori RET dan datuk kepada teori tingkah laku
kognitif.
Meninjau kepada zaman kanak-kanak Ellis, beliau sering mengalami
gangguan kesihatan. Beliau pernah dimasukkan ke hospital untuk menerima
rawatan nefritis sebanyak 9 kali. Tetapi Ellis seorang yang bercita-cita tinggi iaitu
ingin menjadi seorang pakar psikologi. Beliau mempunyai kebolehan dalam
memberikan perkhidmatan kaunseling. Oleh itu beliau mula mempraktikkan terapi
perkahwinan, keluarga dan seksual. Pada tahun 1947 hingga 1953 Ellis telah
menjalankan kajian secara klasikal berasaskan psikoterapi. Hasil kajian mendapati
bahawa terapi psikoanalisis tidak begitu menyeluruh dan tidak saintifik.
Ellis berpendapat pendekatan yang dibawakan oleh Freud kurang lengkap kerana
ada individu yang bertambah teruk selepas menjalani pendekatan psikoanalisis.
Hipotesis RET berdasarkan bahawa emosi berpunca daripada kepercayaan,
penilaian, interpretasi dan tindakan daripada situasi kehidupan. Di dalam proses
teraputik emosi-rasional, klien mempelajari kemahiran yang akan digunakan untuk
mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam lama di dalam diri
seseorang. Ini disebabkan oleh teori ini lebih bersifat pendidikan daripada
perubatan yang direka dalam keadaan di mana kaunselornya aktif terarah dengan
tepat dan mengajar. Ellis terkenal dengan bukunya yang bertajuk Reason and

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Emotion In Psychotherapy dan bersama-sama dengan Robert A Harper beliau


mengeluarkan buku berjudul A Guide to Rational Living.

Pendekatan Teori
RET juga dikenali sebagai Terapi A-B-C yang mana merupakan suatu teori yang
mempunyai kelainan dengan teori-teori yang lain terutamanya Teori Psikoanalisis,
Teori Pemusatan Insan, Gestalt dan lain-lain lagi. Ini disebabkan oleh teori ini
mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku. Teori
ini memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan
membuat keputusan. Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau mengajar,
mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak
rasional.
Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang tidak
rasional. Kepercayaan

ini

perlu

dicabar

dan

diperbetulkan

supaya

dapat

mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini ia
merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat
semula

sistem

kepercayaan

yang

membuatkan

dirinya

menderita

dengan

menggantikan semula dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan


dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang
signifikan dengannya.
Prinsip terapi RET boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah yang lain
dalam kehidupan dan juga masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan
datang. Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan tindakan, bukan hanya
mengikut perasaan. Terapi ini dianggap sebagai satu proses pembelajaran kerana
fungsi kaunselor yang berbagai-bagai. Kadang kala kaunselor bertindak sebagai
seorang guru, yang memberi tugasan kepada pelajar iaitu klien dalam konteks terapi
ini.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Teori Ellis ini berasaskan andaian bahawa individu-individu mempunyai keupayaan


bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional. Tingkah laku
rasional ialah dilihat sebagai keberkesanan dan kemungkinan produktif, manakala
tingkah laku yang tidak rasional pula hasilnya dalam keadaan tidak gembira dan
menghasilkan output.

Menurut J Blackham dalam Muhd Mansur Abdullah (1997), dua tujuan utama RET
iaitu; pertama mendemonstrasikan pada klien bahawa berkata-kata kepada diri
sendiri itu adalah akibat daripada gangguan; dan kedua, menilai kembali berkata
dalam diri demi menghapuskannya dan menolak semua idea yang tidak logik. Dalam
buku-buku Ellis seperti The Art And Science Of Love, The Intelligent Womans Guide
To Man-Hunting, Humanistic Psychotherapy dan The Rational-Emotive Approach
banyak menggambarkan sifat manusia. Misalnya, kemampuan manusia berfikir
sesuatu

melalui

proses-prosesnya.

Ellis

menggalakkan

manusia

supaya

menganggap diri mereka adalah berkebolehan. Dia yakin jika manusia boleh
menggunakan rasional mereka dalam mentadbir diri, maka tidak ada lapangan
dalam kehidupan mereka yang tidak boleh diperbaiki.
Menurut Muhd Mansur Abdullah (1997), dalam melahirkan teorinya Ellis banyak
menggunakan sistem-sistem psikologi dan falsafah iaitu menggabungkan intipati
Falsafah Stoic, Psikoanalisis Freud, Psikologi Individu Alfred Adler dan Orientasi
tingkah laku Pavlov dan Wolpe. Semua sistem itu membantunya meneguhkan lagi
teori dan pendekatannya. Sebab itulah Ellis menekankan: When people emote they
also think and act. When they act, they also think and emote. When they think, they
also emote and act. To understand self-defeating behavior , one must understand
how a person feels, thinks, perceives and acts.
Pandangan Teori Terhadap Manusia
Hubungan emosi dan pemikiran adalah berhubung rapat dan tidak boleh untuk
dipisahkan. Oleh sebab itu segala pemikiran dan kepercayaan yang tidak rasional itu
berpunca daripada proses dan pengaruh budaya dan pembelajaran . Menurut
George dan Cristiani (1995) telah mengandaikan bahawa manusia bertindak
sebagai penilai, perunding dan pengawal diri. Gangguan emosi dan tingkah laku

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

akan bermula apabila manusia menganggap beberapa keutamaan seperti keinginan


untuk disayangi, diperakui kejayaan dan menganggap keutamaan tersebut sebagai
keperluan yang utama. RET juga memandang bahawa manusia dilahirkan dengan
beberapa kecenderungan ke arah perkembangan dan pengiktirafan diri tetapi
mereka akan mengkhianatinya disebabkan oleh kecenderungan untuk berfikir tidak
rasional dan contoh-contoh mengalah diri yang telah mereka pelajari.
Menurut Gerald Corey (1996) pula mendapati bahawa terapi RET berlandaskan
kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran
secara rasional dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya,
bergembira, berfikir, menterjemahkan diri, sayang menyayangi, berkomunikasi
dengan orang lain, berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga
berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka menangguh
untuk membuat sesuatu, mengulangi kesilapan, tidak sabar, mementingkan
kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba mengelakkan
pengikhtirafan dan pertumbuhan potensi. Fenomena ini meyakinkan terapi ini dapat
membantu manusia untuk menerima kembali diri mereka sendiri setelah melakukan
kesilapan dan belajar untuk hidup lebih harmonis.
Hackey dan Cormier (1995) berpendapat bahawa RET, membuat andaian tentang
gangguan emosi manusia adalah disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional.
Hubungan antara emosi dan pemikiran terlalu rapat sehingga tidak boleh dipisahkan
kedua-duanya. Manusia juga dilahirkan dengan suatu potensi untuk berfikiran
secara lurus dan rasional dan juga secara tidak rasional. Manusia sendirilah yang
menyebabkan dirinya merasa terganggu dan gangguan itu bukanlah disebabkan
oleh sumber-sumber luaran tetapi berpunca dari diri individu itu sendiri.
Manusia mempunyai keupayaan untuk mengubah proses-proses kognitif, emotif
dan tingkah lakunya. Mereka boleh memilih untuk bertindak dengan cara yang
berlainan daripada pola tingkah laku yang normal. Mereka juga boleh memilih untuk
tidak membenarkan dirinya terganggu dan boleh melatih diri untuk mengalami
gangguan yang minimun selagi hayat masih ada.
Ee Ah Meng (1991) berpendapat bahawa terapi RET yang dikembangkan oleh Ellis
dalam tahun 1950 an adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa manusia

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

perlu mengubah cara berfikir supaya boleh memperbetulkan pemikiran yang tidak
rasional. Baginya manusia dilahirkan dalam dunia yang tidak rasional dan manusia
menjadi semakin tidak rasional apabila berada dalam sistem kepercayaan mereka.
Suradi Salim (1996) mengandaikan bahawa manusia berupaya untuk berfikiran
rasional dan tidak rasional. Dalam pemikiran seseorang individu terdapat sistem
kepercayaan yang berkecenderungan untuk berfikir ke arah tidak rasional. Apabila
sesuatu peristiwa terjadi maka individu itu selalu mengandaikan suatu kepercayaan
terhadap peristiwa tersebut sama ada ianya baik atau sebaliknya. Manusia juga
sering mempercayai tahyul yang menyebabkan mereka membuat sesuatu
keputusan yang tidak mengembirakan. Oleh itu kaunselor perlu bertanggungjawab
untuk mewujudkan sistem kepercayaan individu tersebut supaya menjadi rasional
bagi membantunya memperolehi kehidupan yang lebih harmonis.
Menurut teori RET, seseorang yang bermasalah akan mempunyai suatu sistem
kepercayaan atau suatu belief system yang penuh dengan kepercayaan yang tidak
rasional mengenai perkara yang dilihat atau dialaminya. Albert Ellis telah
memberikan beberapa idea tentang pemikiran yang tidak rasional, antaranya adalah
seseorang individu mempercayai bahawa ia mesti disayangi oleh orang-orang
penting atau signifikan kepada dirinya seperti ibubapa, adik-beradik dan rakanrakan. Individu juga percaya bahawa ia mesti membuktikan bahawa ia seorang yang
berkebolehan dan berkemampuan. Seseorang individu juga mempercayai bahawa
jika terdapat individu yang lain melakukan kesalahan atau tidak berlaku adil, maka
seharusnya ia dikutuk dan menyalahkan dirinya dan dilihat sebagai orang yang tidak
baik. Masa lampau juga dianggap sangat penting kerana ia mempengaruhi hidup
seseorang individu. Ellis mempercayai bahawa masa lampau itulah yang akan
menentukan perasaan seseorang individu pada masa kini.
Seseorang individu itu juga mempercayai bahawa ia perlu melihat kehidupannya
yang sangat teruk jika ia tidak dapat menyelesaikan masalah kepada kehidupannya.
Individu juga mempercayai bahawa ia perlu berpandangan tidak baik sekiranya ia
dikecewakan, disisih atau tidak dilayan secara adil. Jika berhadapan dengan
perkara-perkara yang merbahaya, seseorang individu mempercayai bahawa ia perlu
memikirkannya dan akan risau tentangnya.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Bagi menerangkan dengan jelas bagaimana gangguan emosi dan fikiran berlaku
maka kita akan menggunakan konsep ABCDE yang telah dinyatakan oleh Ellis iaitu
A ialah penggerak pengalaman activating experience atau peristiwa, faktor sikap
atau tingkah laku yang dialami oleh seseorang. Misalnya gagal dalam peperiksaan.
B pula adalah sistem kepercayaan yang dianuti oleh seseorang persons belief
system. Misalnya, saya tidak kelihatan cantik atau hodoh. Manakala C ialah akibat
consequence iaitu hasil daripada penilaian oleh B ke atas A dan ditafsirkannya.
Misalnya, sentiasa keadaan muram dan tidak bersemangat. D pula adalah kaedahkaedah untuk berhujah, mengajar, mencabar dan memperbetulkan sistem
kepercayaan yang tidak rasional yang menyebabkan individu itu mengalami suatu
reaksi emosi yang tidak rasional. Misalnya, Saya tidak mahu kamu yang
menyebabkan saya mengalami kerugian besar dalam hidup saya. Dan akhir sekali
E ialah menjadi normal dan mempunyai sistem kepercayaan dan penilaian yang
rasional dan positif. Misalnya Saya rasa gembira.
Corey (1996) menjelaskan bahawa konsep ABC dalam teori RET adalah seperti
berikut; Menurut beliau, prinsip asas kepada gangguan emosi adalah sebahagian
besarnya akibat daripada hasil pemikiran tidak rasional dan pemikiran kalah diri.
Hasil daripada pemkiran ini menyebabkan seseorang individu itu suka menyatakan
sesuatu dengan perkataan sepatutnya, seharusnya dan semestinya. Dari
perspektif RET, ramai terapis telah membuat kesilapan kerana memfokuskan
kepada sejarah hidup yang lampau dan cara tindakan ialah semua peristiwa masa
kanak-kanak boleh diubah. Terdapat juga terapis melakukan kesilapan dengan
terlalu menekankan dalam usaha klien mengenal diri, meluahkan perasaan dan
perubahan pemikiran. Keadaan ini mendorong klien melupakan peristiwa awal
kanak-kanak dan menumpukan pemikiran sekarang. Bagi Ellis cara ini tidak
produktif kerana sesuatu yang menyebabkan emosional tidak akan hilang malah ia
akan menambahkan lagi kehebatan perasaan tersebut.
Oleh itu bagi Ellis , terapis dan klien perlu bekerjasama untuk mencabar
kepercayaan tidak rasional yang mengakibatkan gangguan emosional. Mereka perlu
menuju ke arah mengubah perkara yang tidak realiti, tidak matang, terlalu menuntut
dan tidak lojik kepada pemikiran yang logik, matang dan realistik. Persoalannya,
bagaimanakah emosional yang terganggu itu boleh wujud di dalam diri seseorang

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

individu? Dalam hal ini , Ellis telah menjelaskan bahawa individu yang mengalami
gangguan

kerana

sentiasa

berterusan

mengulangi

ayat-ayat

yang

tidak

logikal.Misalnya , individu itu berkata : Saya sangat kecewa dengan kegagalan


peperiksaan ini. Kegagalan saya semuanya berpunca dari kesilapan saya sendiri.
Saya adalah merupakan manusia yang paling bodoh
Gangguan emosi ini menyebabkan wujudnya depresi dan anxieti dalam diri
seseorang. Keadaan ini akan mengakibatkan individu itu akan kekal berpegang
dengan kepercayaan yang tidak rasional itu. Kepercayaan inilah yang perlu dibantu
oleh

kaunselor

agar

klien

tersebut

dapat

merasionalkan

dirinya

dalam

menghapuskan fahaman-fahaman dan kepercayaan yang tidak rasional yang ada


pada dirinya.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Bab 5 Kemahiran Asas Kaunseling


FASA-FASA KAUNSELING (temubual kali pertama)
Temubual Kaunseling Kali Pertama
3.1

FASA 1- Memulakan Sesi

Keadaan tempat merupakan satu perkara penting dalam hubungan kaunseling.


Kaunselor sebaiknya mewujudkan tempat yang mempunyai unsur-unsur teraputik
yang wujud elemen-elemen penyembuhan seperti bilik yang berhawa dingin, dengan
warna yang lembut dan hiasan-hiasan bilik yang menarik serta jauh dari gangguan
yang boleh menyebabkan proses kaunseling terencat seperti bunyi bising dan
sebagainya.
Selain dari itu, jarak duduk antara kaunselor dan klien merupakan sesuatu yang
dapat membantu komunikasi antara mereka. Menurut Brammer, (1973) jarak
kedudukan kerusi semasa temu bual lazimnya berbeza-beza yang bergantung
bagaimana mesra, selesa dan ikut serta klien sendiri. Sesetengah orang lebih suka
bersemuka dalam jarak terlalu dekat kerana mereka rasa selamat dan dikawal. Jelas
di sini, keyakinan klien terhadap kaunselor dapat dibentuk melalui kedudukan
interaksi antara kaunselor dan klien mengikut kesesuaian dan mengambil kira faktor
silang budaya.
Dalam fasa ini juga seharusnya kaunselor menunjukkan minat yang besar untuk
mendengar pengaduan kliennya melalui beberapa cara sebagai menandakan ia
bersedia, seperti merenung tepat ke muka klien dengan bersungguh-sungguh,
mencondongkan badannya ke hadapan, lebih dekat ke arah klien, mengangguk-

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

anggukkan kepala ataupun berpeluk tubuh menandakan ia sanggup menyimpan


rahsia.
Amalan kaunseling Islam bermula dengan taaruf. Taaruf ertinya pengenalan. Pada
pertemuan yang pertama kali, seorang klien datang berjumpa dengan kaunselor
tentulah banyak perkara yang tidak diketahui antara satu sama lain. Oleh itu masingmasing akan cuba mengenali antara satu sama lain seperti bertanyakan nama,
alamat tempat tinggal dan lain-lain perkara yang asas dalam perkenalan. Konsep
taaruf dilihat sama dengan membina hubungan yang mana proses ini menggalakkan
interaksi awal antara kaunselor dan klien. Persamaan ini juga ada pada amalan
memulakan sesi kaunselor pelajar

sekolah-sekolah di bawah Kementerian

Pelajaran Malaysia yang menggunakan borang latar belakang Ala Konseptualisasi


Kes Lewis Fessel dan borang catatan pertemuan.
Peringkat awal dalam proses kaunseling merupakan proses membuka rahsia serta
mengeratkan hubungan antara kaunselor dan klien. Menurut Buchheimer dan
Balogh (1961) menjelaskan:
The counselor as a collaborator as he work with the client in the process of selfexploration, probleam-solving and gaining new perceptions into a persons life
situation. The counseling process is both intimate and objective.
Intimate yang dimaksudkan adalah hubungan dua insan yang begitu rapat dan
mereka dapat meluahkan perasaan secara jujur dan ikhlas manakala objektif pula
merupakan usaha kaunselor yang cuba membantu meyelidik dan mengenalpasti
perasaan dan sikap klien yang akan membantu membuka jalan penerokaan diri
yang lebih luas.
Kaunselor perlu berinteraksi

dengan baik, menunjukkan empati, ketulenan,

kemesraan dan anggapan positif kepada klien. Keadaan mesra ini diperlukan
supaya klien lebih bersedia untuk berkongsi masalahnya serta bercerita lebih lanjut.
Antaranya dengan mengaplikasi kemahiran interpersonal. Kemahiran komunikasi
interpersenol merujuk kepada kemahiran dalam perhubungan seseorang secara
bersemuka dengan seseorang yang lain dalam menyampaikan mesej dan

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

diharapkan mesej itu difahami. Apabila kaunselor menggunakan kepakaran


interpersonel ini, klien akan merasakan kehadirannya diterima, dihargai dan di
sinilah tempatnya yang paling selamat untuk berkongsi masalah.
Proses temubual juga melibatkan kemahiran mendengar. Kaunselor hendaklah
memberi tumpuan pendengaran kepada semua aspek terhadap klien. Ini
mencerminkan betapa hormat, bersemangat dan bertenaganya kaunselor terhadap
permasalah klien.

Patterson (1969) mengatakan, kaunselor hendaklah dapat

memahami perasaan yang sedang dialami oleh klien, serta mendengar apa sahaja
yang diperkatakan oleh klien dan memberi peluang supaya klien dapat menceritakan
masalah kepadanya. Ini juga melahirkan rasa kemesraan yang antara kaunselor
dan klien. Proses interaksi dalam tembual kaunselor klien ini penting dalam
menentukan kelangsungan sesi kaunseling.
Pada peringkat ini klien memerlukan banyak bantuan daripada kaunselornya kerana
pada masa ia akan menggantungkan harapan sepenuhnya untuk mengadu. Justeru
itu kaunselor perlu menyediakan suasana menolong yang membolehkan klien
berterus terang, terbuka dan bebas berkata apa sahaja. Suasana ini dapat dibentuk
melalui proses perkenalan antara kaunselor dan kliennya seperti memperkenalkan
nama, usia, hobi dan sebagainya. Kaunselor mungkin memulakan sesi dengan
bertanya khabar dengan bahasa yang penuh penerimaan. Contohnya:

Apa khabar ? Terima kasih banyak kerana sudi datang ke sini.

Apa khabar? Saya hargai kehadiran awak. Terima kasih banyak.

Kaunselor boleh mengambil masa beberapa minit untuk berbual ringan dengan
klien. Masa yang terlalu panjang tidak digalakkan diambil pada fasa ini kerana
dikhuatiri topik yang diperkenalkan mungkin akan mengalih perhatian klien kepada
topik tersebut sebaliknya bukan isu yang akan dibawa. Contohnya,

Saya sudi bantu saudara melalui perbincangan kita selama 30 minit.

Kita ada masa 40 minit, ceritakan pada saya apa yang merunsingkan

saudara .
Matlamat awal dalam proses kaunseling perlu ditentukan dan dijelaskan kepada
klien. Terdapat klien yang menyedari dengan jelas akan masalahnya dan tujuan ia
berjumpa dengan kaunselor. Ada juga klien yang mengemukakan masalah awal
kepada kaunselor yang bukan masalah utama yang akan menjadi topik
perbincangan dengan kecenderungan menyelesaikan masalah yang mungkin
lemah, pertengahan atau tinggi. Apa pun, kaunselor mesti memastikan bersama

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

klien apakah matlamat yang ingin dicapai diakhir sesi. Engelkes dan Vandergeot
(1982) mengatakan baharulah kita sebagai kaunselor yang menggunakan
kemahiran membantu klien itu mencapai objektifnya. Tanpa identifikasi yang cermat,
pemilihan yang tepat, dan diskripsi perhatian untuk membantunya ke arah lebih
selamat dan sempurna dalam objektifnya, akan merosakkan seluruh matlamat
hubungan kaunseling dan bimbingan itu sendiri.
Dalam fasa ini juga kaunselor perlu mula mengasaskan struktur pertemuan dan
menekankan batasan masa yang perlu dilalui disamping menggambarkan
tanggungjawab menggerakkan temu bual ini terletak pada klien untuk menggunakan
masa yang diberi sebaiknya.
3.2

FASA 2: Menstruktur Sesi Temu Bual

Kaunselor mesti mengambil berat mengenai aspek menstruktur sesi temu bual awal
dan pada hubungan kaunseling jangka panjang kerana ia penting kepada klien
terhadap gambaran apa yang akan berlaku dalam proses kaunseling. Menurut Egan
(1990), penstrukturan adalah penerangan yang berkaitan dengan proses kaunseling
yang dialami dalam usaha membentuk klien memahami diri dan menyelesaikan
masalah yang dihadapi.Kaunselor yang serius dalam kerjanya memerlukan
penglibatan dan struktur yang tegas. Pada pertemuan kali pertama ini kaunselor
perlu menjelaskan kepada klien mengenai peranan kaunselor, peranan klien,
matlamat dan risiko klien bertemu kaunselor, kerahsiaan dalam kaunseling dan isu
atau masalah yang akan ditumpukan.
Sesetengah ahli psikologi mengatakan proses menstruktur ini sebagai proses
kontrak apabila kedua belah pihak berjanji dan bersetuju

melakukan sesi

kaunseling tersebut. Menurut Brammer (1973):


proses ini merupakan persetiaan antara pembantu dengan orang yang ingin
ditolong bahawa mereka akan bekerjasama ke arah mencapai matlamat yang
ditetapkan. Setiap orang daripada mereka akan memikul tanggungjawab tertentu
dalam mencapai matlamat itu. Hasilnya nanti akan menjadi bukti bahawa
pertolongan itu telah berjaya di mana pembantu juga bersetuju mencarikan

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

beberapa jenis maklumat, membuat perancangan dan berikhtiar supaya proses


menolong itu berjaya. Setelah ia mendapati ketiga-tiga pilihan yang dipilih itu, dia
pun mengesah dan menghadkan data yang akan dipilih
Kontrak ini diikat antara klien dan kaunselor atas persetujuan kedua-dua belah
pihak. Kesediaan klien menceritakan masalahnya tanpa segan silu sementara
kesediaan kaunselor mendengar dengan cermat dan teliti, sambil memikirkan
alternatif yang sesuai untuk diambil oleh kliennya merupakan satu jalinan ikatan
kontrak.
Menurut Zainal Abidin (2005), menstrukutur temubual adalah penting kepada
klien. Anggapan-anggapan klien yang tidak realistik seperti masalah boleh
diselesaikan dengan cepat, kaunselor adalah orang yang memberi nasihat perlu
diperjelaskan awal-awal lagi. Antara perkara yang perlu ditekankan pada awal
pertemuan ialah berkenaan dengan peranan kaunselor, peranan klien, matlamat dan
kerahsiaan. Bagi memberi kefahaman kepada klien tentang proses kaunseling,
kaunselor harus memberi tahu bagaimana kaunseling boleh membantu dengan
menjelaskan cara-cara berinteraksi dalam setiap sesi termasuk peranan masingmasing.
Peranan kaunselor menurut Rogers (1962) sebagai fasilitator yang membantu klien
agar dia tidak bersifat defensif dan membantu klien melihat diri dan masalahnya
dengan jelas. Selain daripada itu, kaunselor juga sedia mendengar segala masalah
yang dikemukakan. Contoh penstrukturan lisan yang dibuat berkenaan peranan
kaunselor:

Kita akan sama-sama berbincang berkenaan masalah puan dan saya cuba

membantu.

Sebagai kaunselor anda, saya akan bersedia mendengar, memahami dan

berinteraksi dengan anda.


Peranan klien juga dinyatakan lebih awal semasa penstrukturan. Klien mestiliah
komited untuk mencari penyelesaian masalahnya. Contohnya:
Untuk menjadikan proses kaunseling kita bermakna dan berjaya, tanggungjawab
proaktif terletak di tangan anda. Saya menghargai sekiranya anda dapat berkongsi

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

apa sahaja demi memanfaatkan hubungan teraputik kita ini. Anda digalakkan
membebaskan diri dari segala bentuk halangan dan meluahkan apa sahaja kepada
saya.
Begitu juga dengan kerahsiaan dan batas kerahsiaan kerana menjaga kerahsiaan
dan maruah klien merupakan etika seorang kaunselor. Mengikut Kod Etika
Kaunselor 1998, kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai
keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling. Kaunselor hendaklah
mencapai persetujuan dengan kliennya diperingkat awal sesi kaunseling mengenai
batasan umur kerahsiaan. Apa-apa persetujuan di antara kaunselor dan klien
mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan
bersama. Dalam kes di mana jelas terbukti bahawa klien, mengikut pertimbangan
kaunselor menunjukkan dengan jelas, diri klien atau orang Iain berada dalarn
keadaan bahaya, kaunselor hendaklah menggunakan budi bicaranya mengambil
tindakan wajar untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.
Kod Etika Kerahsiaan dan limitasinya juga diamalkan oleh Persatuan Kaunselor
Amerika seperti berikut:
Counselling relationships and information resulting therefrom are kept confidential.
However, there are the following exceptions to confidentiality; when disclosure is
required to prevent clear and imminent danger to the client or others; when legal
requirements demand that confidential material be revealed; when a child is in need
of protection.
(CCA BORD,
1999)
Pada peringkat ini menurut kaunseling Islam merupakan peringkat

tafahum.

Tafahum ertinya kefahaman. Pada peringkat ini klien dan kaunselor telah mengenali
antara satu sama lain. Klien sudah boleh menceritakan segala konflik yang timbul
pada dirinya yang mungkin melibatkan rahsia hidupnya kerana klien sudah boleh
mempercayai kaunselor. Oleh itu kaunselor perlu cuba memahami konflik yang
dialami oleh kliennya.
Peranan kaunselor yang lain adalah membimbing klien terhadap pembentukan sikap
bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya disamping perlu berkhidmat dengan
dedikasi,

ikhlas,

jujur

dan

membuktikan

kemahiran

dan

kecekapan

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

profesionalismanya. Kaunselor perlu menunjukkan kefahamannya semasa klien


bercerita sama ada mencelah perbualan atau merumuskannya. Persediaan untuk
mendengar klien dengan hati yang terbuka akan menambahkan keakraban
hubungan klien dan kounselor seperti dalam tingkah laku tanpa lisan umpama
gerak-geri, mimik muka, perubahan kedudukan postur badan dan sebagainya, bagi
menambahkan perasaan hubungan antara kaunselor dan klien yang sebenarnya.

3.3

FASA 3: Matlamat Sesi Pertama


Pertemuan antara kaunselor dan klien untuk yang pertama kali adalah

penting kerana pada titik inilah klien mula membina perasaan percayakan
kaunselornya. Proses ini secara tidak langsung membina hubungan baik melalui
keyakinan dan rasa selamat yang diperolehi oleh klien semasa berada dalam sesi
temu bual itu. Menurut kaunseling Islam fasa ini merupakan fasa taawun. Taawun
ertinya seimbang. Maksudnya ialah kedua-dua pihak sudah seimbang dan dapat
menghormati pendapat masing-masing yang berlainan. Dengan ini dapat diwujudkan
kemampuan, potensi dan tanggapan yang berbeza tentang sesuatu perkara.
Menurut Zainal (2005), membuat keputusan tentang matlamat yang hendak dicapai
tidaklah begitu mudah. Ada klien yang mengemukakan pelbagai isu yang
membuatkan dia tidak berfungsi dengan efektif. Dalam keadaan begini, kaunselor
dicadangakan menumpukan
selesa.

kepada masalah yang menyebabkan klien tidak

Fasa membina matlamat ini juga disebut personalizing. Personalizing

bermakna menumpukan kepada masalah klien yang sebenar. Kaunselor meminta


klien memilih cara terbaik untuk mengatasi masalah yang telah dikenalpsati dan
mendorongnya juga kepada keupayaan untuk melaksanakan cara yang dipilh.
Kaunselor yang ramah, mengambil berat, mesra kasih dan berminat menjadikan
klien senang hati. Ia dapat diperkukuhkan lagi apabila kaunselor dapat
menenangkan keraguan dan kegelisahan klien dalam sesi temu bual tersebut yang
kadang kala mengalami situasi kesenyapan apabila klien tiba-tiba sahaja terdiam
sejenak.
Dalam teknik membuat keputusan Steward, Winborn, Johnson, Burks dan
Engelkers (1978) berpendapat bahawa diam sejenak itu sebagai

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

memberi masa atau kesempatan pada klien berhenti dan memikirkan kemahiran
yang bakal digunakan bagi menyelesaikan masalahnya. Pendekatan begini akan
memberikan kebebasan kepada klien.
Dari situasi ini diharapkan mereka dapat menyatukan perasaan sebelum
masing-masing menghuraikannya pula. Dengan tidak menganggu kesenyapan ini,
klien berasa seolah-olah kaunselornya benar-benar memahami perasaannya ketika
itu. Keadaan ini juga memberi peluang kepada klien untuk menilai dirinya kembali
disamping kaunselor cuba dalam proses memahami perhubungan antara mereka.
Dengan memahami keadaan ini akan mudahnya timbul rasa percaya-mempercayai
dan keyakinan yang memudahkan klien untuk meluahkan rasa hatinya.
Roger (1961), Traux & Carkhuff (1967) bersetuju bahawa membina
keyakinan yang mendalam adalah perlu seperti kata mereka:
hampir semua pendekatan menolong secara peribadi ini mengarah kepada
andaian bahawa sekiranya kaunseling itu mahu berkesan, maka kliennya mestilah
mengalami sama perasaan, percaya mempercayai terhadap kaunselornya. Dia
hendaklah mempunyai keyakinan bahawa dia sanggup bercerita tentang kendirinya,
peribadinya,

perihatinnya,

kebimbangannya,

kekeliruannya

serta

perasaan

dalamannya terhadap orang lain.


Arbuckle,(1965) mengatakan:
It is likely that the goals and objectives expressed by individuals for other people are
reflective rather of needs of the person who expresses the goal that of the people for
whom we supposed have the goal.

Jelas di sini matlamat kaunseling perlulah mengikut kemahuan klien dan bukan
kehendak kaunselor semata-mata. Walaupun demikian kehendak ini perlulah
dipersetujui bersama. Menurut Hansen, Stevic dan Warner, (1972),

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

once the client has developed this new understanding of his behavior, his
behavior will change. The counselor can enhance this process by providing
encouragement to the client, so that, this encouragement takes the form of helping
the client understand that he was the one who was causing his own difficulty and,
further, he is the one in whom the responsibility lies for improving his situation
Semasa proses menggunakan segala maklumat untuk membuat keputusan
kaunseling biasanya menggunakan dua cara seperti yang disarankan oleh
Brammer,dan Shostrom (1968),
First, he begins to develop predictions about the clients probabilities of success in
the various alternatives of decision. The second use is to aid the client toward a
batter understanding of himself and the probabilities that exist.
Setelah berteka-teki dan mendapat kata sepakat, barulah kaunselor dan
klien mengkaji sedalamnya berbagai kemungkinan atau potensi keputusan
seterusnya bertindak berdasarkan kemungkinan yang terbit untuk mencari jalan
penyelesaian dimana kaunselor akan memberi kebebasan kepada klien untuk
memilih keputusan yang sesuai untuknya setelah mempertimbangkan berbagai
alternatif yang dipilih dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan
tersebut.
Justeru itu daripada penjelasan di atas bolehlah disimpulkan bahawa
matlamat kaunseling itu menjurus kepada enam perkara iaitu menyediakan
perubahan tingkah laku, membantu membuat keputusan, membentuk kemahiran
daya tindak, mempercepat seseorang menjadi rasional, memperbaiki hubungan, dan
memahami serta mengelolakan kecemasan. Oleh yang demikian matlamatnya
perlulah ringkas, jelas, realistik, boleh diukur dan dicapai.

3.4

FASA 4: Menamatkan Sesi Pertama

Pada penghujung perbincangan sesi pertama, kaunselor dan klien harus membuat
satu keputusan sama ada mahu diteruskan sesi kaunseling ini pada masa akan

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

datang. Menurut Brammer dan Shostrom (1968), penamatan sesi temuduga itu
merupakan satu rumusan dan kesimpulan kepada proses kaunseling itu sendiri,
sama ada ia berupa resolusi atau kesimpulan perbincangan dalam sesi tersebut
mahupun kesimpulan bagi proses kaunseling keseluruhannya. Menurut Gibsen &
Mitchell (1986) pula menjelaskan bahawa penamatan sesi temuduga bolehlah
dianggap sebagai satu tahap penyelesaian.Dalam peringkat ini klien yang dibantu
bertanggungjawab

menunjukkan

kemampuannya

untuk

membuat

keputusan

sementara kaunselor pula berusaha untuk menamatkannya seperti menurut Gibson


& Mitcheel, (1981);
adalah menjadi tanggungjawab kaunselor menggalakkan tindakan kliennya
sebagaimana yang ditetapkan untuk menyelesaikan masalah itu. Semasa klien sibuk
membuat penyelesaian, kaunselor hendaklah selalu mengawal hubungannya
sebagai perujuk yang berterusan iaitu sebagai penyokong dan sekaligus penggalak
kepada kliennya...
Menurut George & Cristiani, (1981) seorang kaunselor harus belajar menamatkan
sesi kaunseling dengan berkesan. Dia harus biasa dengan isu-isu dan kemahiran
yang terlibat secara langsung dalam proses penamatan temuduganya bagi
menamatkan hubungan dalam kaunselingnya itu. Dalam situasi ini kaunselor
seharusnya telah memberitahu kliennya bila sesi itu akan berakhir di awal lagi.
Penamatan sesi yang mengejut dan mendadak boleh memberi reaksi dan emosi
negatif kepada klien.
Menurut Maznah Baba & Zainal Madon (2003) terdapat beberapa panduan untuk
menamatkan sesi iaitunsebelum menamatkan sesi , kaunselor perlu membuat
rumusan perkara yang dibincangkan sepanjang sesi yang lepas dan memberi
tugasan yang sesuai atau menyatakan apakah rancangan dan perkara fokus pada
sesi akan datang dengan memberi ingatan dan dorongan kepada klien
melaksanakan tugasan yang diberi seterusnya memberi ruang kepada klien
menerus atau menamatkan sesi dan merancang temu janji akan datang. Kaunselor
yang professional tidak mengalami kesukaran untuk menamatkan sesi kaunseling
dan bertindak dengan mudah seperti mengubah sedikit kedudukannya atau
meletakkan tangannya di atas birai kerusi atau menyandarkan belakangnya jauh

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

daripada klien. Semua ini memberi gambaran kepada klien bahawa kaunselor tidak
berminat untuk meneruskan sesi tersebut.
Dalam proses menamatkan sesi ini kaunselor dapat melihat satu perubahan berlaku
kepada kliennya di mana klien yang mengambil keputusan serta membuat
penyelesaian masalahnya akan berasa lega dan merasakan dirinya dihargai dan
diambil perhatian. Ini bermakna proses kaunseling itu tamat dalam pertemuan sesi
pertama ini. Walaubagaimanapun jika sebaliknya pula yang berlaku, klien mungkin
akan melalui sesi kaunseling yang lain atau perlu dirujukkan kepada kaunselor atau
mereka yang lebih pakar lagi sebagai usaha lanjutan.
Jelas di sini bahawa proses menamatkan sesi pertemuan pertama ini merupakan
satu penilaian terhadap kaunselor yang cuba melihat sejauh manakah peranan
kliennya selepas dia menetapkan strategi yang bakal diambilnya. Dari sini dapatlah
dinilai sama ada perkhidmatan yang telah diberikan dan proses pertemuan itu
berjaya dan bermanfaat atau sebaliknya. Justeru itu, mereka boleh mengukur
adakah mereka sama-sama telah memenuhi kehendak masing-masing atau jika
sebaliknya adakah mereka telah menetapkan langkah seterusnya bagi sesi yang
akan datang.
Bagi pengamal perhubungan kaunseling Islam, fasa ini dinamakan fasa berdoa dan
bertawakal. Apabila sudah selesai segala usaha yang dijalankan oleh kaunselor dan
klien maka sebagai langkah yang terakhir, diserahkanlah segala kejayaan usaha tadi
kepada Allah yang Maha Berkuasa dan Penentu segalanya. Sentiasalah berdoa
dengan sepenuh hati agar Allah menolong diri yang berada dalam keadaan konflik
dan diselesaikan segala masalah dengan secepat yang mungkin. Bertawakkal pula
ialah menyerahkan diri kepada Allah terhadap konflik yang dihadapi dengan penuh
keyakinan bahawa Allah pasti menolong hambanya.

3.5

FASA 5: Membuat Rujukan

Dalam keadaan tertentu ada masanya kaunselor tidak dapat meneruskan kaunseling
kerana keupayaannya menangani masalah yang dihadapi di luar kebolehannya.
Justeru itu, kaunselor perlu merujuk klien ini kepada kaunselor yang sesuai atau

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

agensi lain. Menurut Maznah Baba & Zainal Madon (2003). merujuk merupakan
proses di mana kaunselor merujuk klien kepada pakar lain untuk mendapatkan
perkhidmatan yang khusus atau ketidakmampuan kaunselor mengendalikan
kaunseling. Rujukan boleh berlaku pada peringkat awal atau selepas melalui sesi
kaunseling.
Proses merujuk perlu dilakukan apabila kaunselor tidak dapat melaksanakan proses
kaunseling secara professional ke atas klien. Ini biasanya berlaku apabila klien yang
dihadapi merupakan sahabat atau saudara, atau ahli keluarga kepada kaunselor.
Menurut Zainal Abidin (2004) adalah sukar, malah tidak digalakkan kaunselor
meneruskan hubungan kaunseling dalam jangka masa panjang dengan sahabat
atau ahli saudara. Keadaan tidak profesioanl ini juga boleh berlaku apabila klien pula
merasakan perasaan yang lain pula kepada kaunselor atau kaunselor merasakan
personaliti klien bertembung dengan personalitinya dan menganggu proses
kaunseling kerana sukar mencapai penyelesaian.
Kaunselor juga boleh melakukan proses merujuk ini apabila masalah yang dihadapi
klien terlalu rumit serta kompleks dan di luar keupayaannya kerana proses membuat
keputusan merupakan satu keadaan yang mencabar seperti menurut Hansen,
Stevis, & Warner:
dicision making offers counselor and client an important milieu for counseling. The
counseling process involves a situation in wich the client can examine himself and
the possibilities open to him. There is need to understand such personal variables as
risk taking propensity. There is also a need to have much accurate information as
possible about the alternatives which exist so that the best decision possible is
made. The counselor should be a potent contributor to the clients decision making.

Kaunselor perlu mengenalpasti tahap pengetahuan dan keupayaan diri


sendiri dan perlu dinyatakan kepada klien mengapa ada limitasi dan kepada siapa ia
akan dirujuk untuk mengelakkan buruk sangka atau klien rasa tidak sangka. Faktor
lain yang boleh menyebabkan proses kaunseling dirujuk kepada pihak lain apabila
klien enggan menerangkan masalahnya kepada kaunselor atas beberapa sebab

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

yang tidak diketahui. Terdapat juga keadaan di mana selepas beberapa sesi
kaunseling dengan klien, kaunselor mendapati hubungannya dengan klien tidak
dirasakan berkesan atau ia gagal memahami klien. Menurut Parker (1966) kaunselor
mestilah peka terhadap orang lain, memiliki kemampuan menganalisa kekuatan dan
kelemahan seorang lain secara objektif, mempunyai kesedaran mengenai
perbezaan diri manusia dan kemampuan mengenalpasti kesukaran-kesukaran
pembelajaran. Mowrer (1951) pula menganggap kematangan seorang kaunselor
akan menjayakan proses kaunselingnya dengan berkesan sekali.
Jelaslah di sini bahawa kaunselor tidak perlu menganggap dirinya kurang cekap
atau gagal kerana terpaksa menghantar klien kepada orang lain. Sebenarnya,
kaunselor mesti ada kemahiran untuk mengenal keadaan, bila masanya dia boleh
menawarkan diri untuk menjalankan kaunseling atau bila masanya untuk dirujuk
kepada kaunselor lain. Adalah tidak realistik, sekiranya kaunselor memikirkan
bahawa dia mampu untuk mengendalikan sesi kaunseling untuk semua klien yang
mempunyai pelbagai masalah kerana kita tidak boleh menjadi pakar dalam semua
perkara.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

PERINGKAT-PERINGKAT PROSES KAUNSELING


Secara umum aktiviti-aktiviti berikut berlaku dalam proses kaunseling ;
* PENYEDIAAN DAN KEMASUKAN
* PENJELASAN
* PENSTRUKTURAN
* PERHUBUNGAN
* PENEROKAAN
* PENGUKUHAN
* PENGUKUHAN
* PENAMATAN
Terdapat tiga peringkat asas yang utama dalam proses kaunseling individu ataupun
kelompok. Setiap peringkat ini merupakan suatu proses yang progresif di mana ia
melibatkan perhubungan yang unik di antara kaunselor dan klien.
Peringkat Permulaan
1. Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai
seorang yang boleh dipercayai.
2. Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan
dia sendiri perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian.
3. Di peringkat ini juga, kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu
diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Peringkat Pertengahan
1. Peringkat penentuan masalah dan penyelesaian.
2. Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi
oleh klien.
3. Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu
diambil oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya.

Peringkat Penamatan
1. Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui
dengan jayanya. Di peringkat ini kaunselor berkenaan akan:
Membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan penilaian
terhadap tindakan yang diambil itu.
Mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari pihak
kaunselor.
Mengakhiri kaunseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang kejayaan
proses.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Bab 6 Intervensi Kaunseling Kanak-Kanak


Kaunseling / terapi biblio
1. Merujuk kepada perkhidmatan rujukan (guidance) yang memberikan tunjuk ajar
kepada pengguna dari segi pemilihan buku /bahan bacaan yang sesuai untuk tujuan
terapi.
2. Expressive therapy that uses an individuals relationship to the content of books
and poetry and other written materials as therapy.
3. The use of books to address the problems / issues of children.
4. Sejarah perkembangan terapi/kaunseling biblio bermula seawall 1930 selepas
Perang Dunia ke Dua. Tentera yang cedera mendapati membaca adalah satu proses
pemulihan (healing process) ke arah kadar penyembuhan yang lebih pantas dan
tenang.
5. Terapi biblio banyak digunakan oleh ibu bapa/penjaga / guru-guru untuk
meningkatkan motivasi dalaman (intrinsic) anak-anak.
6. Membaca suatu buku/kisah yang mempunyai situasi atau isu yang hampir sama
dengan individu akan memberikan semangat/peraan yang lebih tenang, menerima.
7. Contohnya, bahan-bahan seperti Chickens Soup dapat membantu seseorang

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

yang murung akibat satu pengalaman trauma untuk pulih (dari segi emosi).
8. Membaca adalah satu proses terapi yang boleh bantu hilangkan kebosanan
(misalnya ketika beratur menunggu sesuatu) atau menghilangkan ketegangan
(panas baran, marah, tidak sabar) . Proses bacaan bila mula membaca sesuatu
yang menarik minat, kita jadi asyik dan meneruskan pembacaan dan keasyikan ini
akan melupakan kita sebentar kepada keadaan sekeliling.

Terapi Main
Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang
aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa
menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.
Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanakkanak untuk meluahkan pendapat masinf-masing.
Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak
untuk berurusan dengan realiti sebenar.
Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya
terhadap aktiviti yang dijalankan.
Konsep terapi bermain
melalui bermain kanak-kanak lebih mengenali dunia
ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain
kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing
Tujuan terapi bermain
mengurangkan masalah tingkah laku
meningkatkan komunikasi
mempu menilai diri sendiri
meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang
Kelebihan terapi bermain

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri


Membolehkan melahirkan masalah
Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan
Proses terapi bermain
Tahap satu : rasa diterima akibat hubungan erat yang terbina
Tahap dua : luahan perasaan secara yang terpendam secara catharsis
Tahap tiga : penerokaan peristiwa
Tahap empat : bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih
Pelaksanaan melaksanakan terapi main
1) bilik terapi
Kelengkapan bilik terapibersesuaian bergantung kepada kesesuaian kanak-kanak
Disertakan dengan bahan-bahan resos, alatan asas seperti rak buku, cermin, almari
dan lain-lain
2) media mainan (kritirea)
Mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-kanak
Peluang untuk menguji realiti kanak-kanak
Membekalkan kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan
perasaan yang tidak diingini
Mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak
3) Kategori mainan
Mainan mencirikan kehidupan sebenar - set permainan pekejaan seperti polis,
doktor dan tukang masak
- set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon
Mainan bercirikan luahan perasaan agresif - gari
- penukul
- peralatan militari
- topeng
Mainan bercirikan luahan perasaan an kreatif - crayon
- playdoh
- kad
- boneka bekas air

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

DEFINISI TERAPI SENI


Terapi seni ialah profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media
seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas klien/pesakit untuk menghasilkan
produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti,
minat, kerisauan dan pertelingkahan.
KONSEP TERAPI SENI
Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam
menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual.
Seni visual pula sebagai instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan
dan kekalutan emosi dan tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi
proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian.
Terapi seni sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku.
Juga merupakan proses seni yang membantu membaiki fizikal, mental dan emosi
pesakit.
(Ini berdasarkan kepercayaan proses kreatif membabitkan luahan artistik individu
membantu mereka menyelesaikan konflik dan masalah, membangunkan kemahiran
dalaman, menguruskan tingkah laku, mengurangkan tekanan, meningkatkan jati
diri)
Luahan seni pesakit sama ada melalui lakaran, lukisan atau binaan (sculptures)
membantu minda mereka memberi tumpuan pada hasil seni.
Proses teraputik ini perlahan-lahan membantu mereka mengawal kecelaruan dalam
minda.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Melalui luahan artistik dan prosedur diagnostik lain pula, doktor berupaya membuat
penilaian rawatan yang lebih tepat pada pesakit.
MATLAMAT TERAPI SENI
Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan
dalaman dan konflik jiwa
Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas
baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk seni luar. ( Judith
Peck )
OBJEKTIF TERAPI SENI
Melalui pengajaran dan pembelajaran, persembahan media yang terpilih, bacaan
dan kajian individu, pelajar dapat mengenali dan membiasakan diri dengan isi
kandungan, gaya dan simbol imej yang kerap kali dilihat dalam karya.
Dengan ini, pelajar dapat membuka jalan di alam bawah sedar dan pintu kepada
perubahan positif terhadap orang yang memerlukan pertolongan.
Menurut Eve C. Jarboe, Terapi Seni di sekolah secara amnya adalah untuk pelajar
khas yang mempunyai permasalahan dalam pembelajaran, tingkahlaku, gangguan
emosi atau kecacatan fizikal termasuk pada mata kasar atau halus.
FUNGSI TERAPI SENI DALAM PEMANTAPAN EMOSI
Terapi seni yang sistematik dapat mengesan tingkah laku dan hasil kerja pelajar
yang mempunyai masalah psikologi emosi melalui hasil kerja. Hasil kerja seorang
pelajar akan dinilai secara tersurat dan tersirat.
Seseorang insan belum tentu mampu melahirkan permasalahannya secara lisan,
tetapi ia mudah untuk melakarkannya pada sekeping kertas kerana fitrah manusia
sememangnya pandai menyimpan rahsia, lebih lebih lagi yang mengganggu dan
menakutkannya.
Kaum kulit hitam di Amerika Syarikat contohnya mempunyai kecenderungan
melukis dan menulis di dinding dinding yang dipanggil grafitti.
Ini adalah kerana emosi insan yang tertindas ini tidak stabil. Hanya dengan cara ini
sahaja mereka dapat meluahkan perasaan sambil menyampaikan mesej. Yang pada
mereka, dapat menenangkan pemberontakan dalam diri.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Secara positifnya, terapi seni akan dapat membentuk insan seperti di atas
mengawal karya dan diri sendiri secara sedar dan bertanggung jawab. Atas
kepentingan inilah terapi seni perlu menjadi satu cabang disiplin dalam kurikulum
Pendidikan seni Visual.

KEBERKESANAN TERAPI SEBAGAI PEMANGKIN EMOSI DAN SAHSIAH


PELAJAR
Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti
mengapa mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa dan dapat
mengawal keadaan sekeliling.Di dalam keadaan ini, melukis memberi kanak kanak
keupayaan untuk menguasai penuh terhadap media, objek objek dan situasi yang
mewakili mereka di dalam gambar. ( Silk & Thomas , 1990). ( Eve C .Jarboe, 2002 )
Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk
meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan seni.Mereka juga mempunyai
kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini , untuk mencerminkan diri mereka dan untuk
mencipta idea baru yang menuju kepada kebaikan ( Dyer Friedman & Sanders ,
1997; Rubin 1978). ( Eve C .Jarboe, 2002 )
Contoh aktiviti
Membuat conteng pada kertas
Menulis di awan / pasir
Mencatan
Melukis
Mewarna
Membuat kolaj Menganyam tikar

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Terapi Bercerita
Teknik bercerita merupakan satu teknik untuk menyalurkan sesuatu maklumat
melalui perkataan, gambar dan bunyi yang sering kali dilakukan melalui teknik
improvisasi. Cerita atau naratif telah lama dikongsi dalam setiap budaya sebagai
hiburan, pelajaran, penyampaian budaya dan menyampaikan nilai-nilai kepada
masyarakat. Elemen yang penting dalam teknik ini ialah plot, watak dan persoalan
sesuatu cerita.
Bentuk penceritaan yang paling awal mempunyai kombinasi lisan berserta mimik
muka dan gaya badan. Masyarakat peribumi Australia melukis simbol daripada cerita
yang didengar pada dinding gua untuk membantu pencerita mengingati cerita.
Seiring dengan peredaran zaman dan peradaban, cerita-cerita yang didengar
kemudiannya ditulis di atas kayu, buluh, tulang,batu, kulit kayu,kulit binatang,
kertas,sutera, kanvas, dirakam pada filem dan disimpan dalam bentuk digital.
Terapi bercerita merupakan satu medium untuk berkomunikasi antara ahli terapi dan
klien. Komunikasi ini digunakan sebagai terapi psikologi untuk meyakinkan klien
untuk membangunkan atau meningkatkan diri mereka melalui satu kaedah yang
telah dipersetujui antara ahli terapi dan klien.
Terapi bercerita merupakan salah satu terapi yang mengetengahkan konsep
bercerita sebagai idea utama dalam terapi bercerita. Pada masa yang sama, ahli
teoris menganggap bercerita adalah satu cara yang berkesan untuk membina rapo.
Di samping itu, terapi ini dapat mengenali kanak-kanak dengan lebih mesra lagi.
Semasa mereka menyampaikan cerita masing-masing, kanak-kanak berkongsi

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

maklumat penting mengenai diri serta keluarga mereka, di samping melahirkan


perasaan yang terpendam. Akibatnya, guru bimbingan dan kaunseling lebih
memahami konflik kanak-kanak serta dinamika keluarga mereka.
Selain daripada itu, melalui terapi ini murid dapat menyerap nilai-nilai pembelajaran
melalui watak di dalam sesebuah cerita tanpa memikirkan tentang masalah mereka
sendiri. Murid yang telah melalui pengalaman yang menakutkan akan memproses
pengalaman tersebut dan secara tidak langsung akan belajar untuk mempercayai
dan rasa selamat apabila mengingati pengalaman yang lalu dengan pandangan
yang positif.
Terapi bercerita sesuai dijalankan secara berkelompok ataupun individu. Kaunseling
kelompok melibatkan perhubungan individu yang menekankan aspek kekuatan,
fikiran, perasaan dalam aktiviti pembelajaran, peribadi dan sosial. Corey (1981).
Oleh sebab itu pelaksanaan terapi bercerita dalam kelompok memudahkan
perkongsian pengalaman antara ahli kelompok. Namun demikian penggunaan teknik
ini dalam kaunseling kelompok memerlukan syarat proses kaunseling berpusatkan
klien iaitu empati, penerimaan tanpa syarat, dan kongruen/ keikhlasan.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Bab 7 Kaunseling Kelompok


KEMAHIRAN KAUNSELING KELOMPOK
Pelbagai jenis kelompok telah dikemukakan sebagai satu pendekatan spesifik bagi
menangani masalah yang boleh dirawat melalui kaunseling kelompok. Antaranya
ialah Terapi Kelompok Alderian yang telah digunakan oleh Rudolf Dreikus bagi
menangani masalah kanak-kanak. Carl Rogers pula telah mengenengahkan
Kaunseling Kelompok yang mengguna pendekatan terapi Pemusatan Perorangan.
Albert Ellis dengan kelompok terapinya telah menerapkan Terapi Rasional Emotif
Perlakuan. Robert Carkhuff pula giaenjalankan Latihan Perkembangan Sumber
Insan dan Arnold Lazarus menerapkan Teknik Terapi Pelbagai Modal dalam
Kelompok Terapi Perlakuan.
Asas Pengendalian Kelompok
Seorang kaunselor mesti sedar tentang elemen yang mempengaruhi personaliti
dalam pengendalian kelompok. Kaunselor mestilah menunjukkan sikap yang
bersungguh-sungguh semasa menjalankan tugasnya. Sikap penyayang juga
dikehendaki agar boleh dicontohi oleh ahli. Kaunselor juga perlu tabah dengan
cabaran yang dihadapi semasa mengendalikan kelompok. Ianya berkait dengan
pengendalian yang bersifat terbuka dan telus tanpa emosi, pemikiran dan perlakuan
yang terselindung.
Pembentukan kelompok perlu disediakan secara rasional dan rapi serta perlu selari
dengan jenis kelompok yang akan diselenggarakan. Perkara ini mesti difikirkan
secara mendalam oleh kaunselor yang mengetuai perjalanan kelompok yang
dibentuk itu. Sehubungan itu kejayaan penyelenggaraan kelompok juga akan

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

bergantung kepada keperluan yang dikehendaki oleh bakal ahli yang akan
menganggotai kelompok tersebut.
Sebagai seorang yang mengetuai kelompok kaunselor mesti dapat menjalinkan
kepercayaan dengan semua ahli dalam kelompok tersebut. Cara pengendalian
setiap kaunselor atau fasilitator adalah berbeza tetapi perkara yang penting ialah
mesti mendapat kerjasama yang erat dan keyakinan daripada semua ahli kelompok
ke arah pencapaian matlamat.
Kemungkinan juga wujud ahli yang akan menguji kecekapan kaunselor sebagai
fasilitator dan mengajukan pelbagai kerenah yang rumit. Dalam keadaan demikian
ketabahan kaunselor akan tercabar dan dia wajar menerapkan segala kemahirannya
dengan mengguna pelbagai teknik kaunseling dan perhubungan antara insan.
Kemahiran Dalam Mengendalikan Kaunseling Kelompok
Untuk memimpin sesuatu kumpulan Kaunseling Kelompok memerlukan beberapa
kemahiran tertentu supaya matlamat dan tujuan kumpulan itu tercapai. Kaunselor
atau fasilitator menjadi penggerak utama dalam perkembangan tiap-tiap ahli dalam
kumpulan. Memimpin Kaunseling Kelompok adalah lebih sukar daripada menjadi
kaunselor dalam Kaunseling Individu. Kaunselor memerlukan persediaan yang lebih
rapi kerana interaksi dalam kumpulan lebih luas dengan bilangan ahli yang ramai
dan personaliti yang berbeza-beza. Dengan lain perkataan kaunselor perlu
menguasai beberapa kemahiran tertentu.
Kemahiran Mengenalpasti, Melabel dan Menjelas
Mengenalpasti, melabel, menjelas dan menerangkan kembali maklumat yang telah
diberi oleh ahli. Kaunselor perlu memahami maksud yang dinyatakan secara terus
atau tidak langsung oleh ahli. Ada tiga jenis maksud yang akan dikeluarkan oleh ahli
kelompok iaitu berkenaan dengan perasaan dan emosi, perlakuan dan kognitif.
Kaunselor perlu sedar tentang maklumat-maklumat yang kurang jelas pada dirinya
dan ahli-ahlinya atau reaksi ahli untuk mengelak dari berbincang tentang hal-hal
sensitif berkenaan emosi. Kaunselor akan menggalakkan proses mengenalpasti,
menjelas dan menggambarkan kembali perasaan supaya ahli faham dan sedar apa
yang sedang berlaku di antara mereka. Jika ahli-ahli dapat melihat dengan jelas

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

peranan kaunselor dalam aspek ini, mereka akan lebih yakin dan percaya kepada
proses terapi kumpulannya.
Namun kaunselor juga perlu prihatin untuk mempertimbangkan perkara yang perlu
dihormati dan tidak wajar diluahkan oleh ahli sebagai klien dalam kelompok bagi
menjaga martabat dan kehormatannya, melainkan ahli yang terlibat benar-benar
bersetuju dan berani mengambil risiko kesan pada dirinya
Corey dan Corey (1977) mengatakan, seseorang ketua harus dapat bertindak balas
secara sensitif dan simpati terhadap setiap individu dalam kelompoknya serta
berkomunikasi dengan reaksi ahli-ahlinya. Mereka juga seharusnya menyaksikan
kelompok dinamik melalui kemahiran-kemahirannya memproses interaksi yang
kompleks dalam kelompoknya. Seorang ketua kelompok yng berkesan adalah
benar-benar diasuh dan dilenturkan mengikut mesej kliennya dan bertindak balas
cepat daripada cuma berkata-kata tentang dunia luas sahaja atau tidak fokus.
Dalam menguasai kemahiran ini kaunselor harus mempunyai daya memerhati yang
kuat serta nampak apa yang sedang berlaku dalam kumpulannya. Pemerhatian
yang dibuat haruslah diterangkan kepada ahli-ahli supaya mereka sedar tentang
perlakuan dan reaksi mereka dalam kumpulan. Kaunselor tidak dapat menolong ahli
mengubah perlakuan jika kaunselor sendiri tidak sedar apa yang berlaku dalam
kumpulannya. Kaunselor juga mesti faham tentang budaya berinteraksi antara
berlainan jantina dan umur.
Kemahiran mendengar
Kaunselor memerlukan kemahiran mendengar yang tinggi kerana ini adalah
kemahiran yang paling asas dan penting. Mendengar bukan satu kemahiran mudah
tetapi perlu mendengar dengan berkesan terutama untuk mendengar maklumat
yang dikeluarkan oleh beberapa orang. Dari proses mendengar kaunselor
menunjukkan kepada ahli kualiti kaunselor yang berkesan iaitu dengan mendengar
dengan teliti apa yang disebutkan oleh ahli dan tidak membuat prejudgemental.
Kaunselor seterusnya memberi peluang kepada ahli menceritakan pandangan
mereka tanpa mengecil atau mempermainkan mereka.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Kaunselor menyatakan semula perasaan ahli dan menunjukkan tanda empati serta
menunjukkan minat terhadap pendapat dan pandangan ahli. Menurut Mahler (1969)
dan Dinkmeyer (1971) ketua kelompok berinteraksi sesama ahlinya dengan
berkongsi pengalaman, perasaan dan pengetahuan. Ia juga membantu penyertaan
menjadi lebih rancak, bermoral dan perasaan yang positif, di mana penyertaan ahliahli akan mewujudkan penerimaan perasaan ahli oleh ketua itu.
Mewujudkan Suasana Teraputik
Kemahiran ini penting terutama dalam masa perbincangan berlaku percanggahan
pendapat yang dikeluarkan secara agresif. Akhirnya perselisehan faham atau
pergaduhan akan berlaku di antara ahli. Kaunselor harus berhati-hati supaya
keadaan yang tidak menyenangkan tidak berlaku. Namun kaunselor tidak
seharusnya menyekat dan mengenepikan keinginan ahli untuk mengeluarkan
pendapat. Suasana tegang tidak dibiarkan dan kaunselor harus masuk campur
terutama apabila ahli mula berbelah pihak dan menjadi agresif semasa berinteraksi.
Perhatikan sekiranya ada ahli yang menjadi sasaran kumpulan atau tedapat ahli
yang menjadi tertekan atau tegang dan kaunselor perlu mewujudkan suasana
teraputik dengan mengawal situasi atau mengunakan strategi masuk campur.
Strategi ini harus diibuat dengan diplomasi supaya ahli-ahli tidak menjadi ragu-ragu
terhadap keberkesanan kaunselor dalam sesi itu.
Walau bagaimanapun kaunselor jangan keterlaluan sehingga terlihat terlalu memuji
atau mengkritik ahli atau menasihat ahli. Walaupun usaha ini mungkin untuk
mententeramkan suasana tetapi ahli-ahli akan menjadi tidak puas hati. Kaunselor
harus menjadi penghubung kepada perbincangan supaya setiap ahli dapat
mengeluarkan pendapat dan interaksi mereka bertambah meluas.
Kemahiran Menghadapi Kesenyapan
Kesenyapan mungkin berlaku semasa sesi Kaunseling Kelompok dijalankan dan
kaunselor

perlu

memahami

dan

bersedia

menghadapi

keadaan

tersebut.

Kesenyapan lebih baik daripada ahli berbual kosong dalam kumpulan. Memahami
mengapa kesenyapan berlaku dalam kumpulan adalah penting. Ahli-ahli dalam
kumpulan tidak biasa bercakap tentang diri mereka. Mereka memerlukan masa
untuk berfikir samada mereka telah sedia untuk menghadapi pendedahan diri.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Kaunselor harus membebaskan diri dari rasa terdesak dan panik apabila kumpulan
menjadi senyap.
Strategi yang boleh digunakan ialah mengelakkan diri dari menjadi orang yang mulamula memecahkan suasana kesenyapan setiap kali dengan bertanya, mengeluarkan
komen dan pendapat. Gunakan masa kesenyapan untuk memerhati gerak laku ahliahli seperti rasa bosan, gelisah , cemas, ingin bercakap tetapi takut dan reaksireaksi lain lagi. Masa itu digunakan untuk memerhati dan dan mengumpul data
tanpa bahasa dari ahli. Sekiranya kaunselor tidak yakin menghadapi kesenyapan
mungkin

menyebabkan

kaunselor

mengeluarkan

komen

yang

menjejaskan

penerimaan ahli.
Kemahiran Berkomunikasi Dengan Jelas
Kemahiran berkomunikasi dalam kumpulan sangat penting. Kaunselor perlu
memahami tahap pemikiran atau kematangan ahli-ahlinya dan menggunakan
bahasa-bahasa yang difahami oleh orang biasa. Menunjukkan diri sebagai seorang
yang terlalu intelektual akan menakutkan ahli. Tanda-tanda ahli tidak memahami
atau kaunselor mempunyai kemahiran komuikasi yang kurang baik ialah apabila
terdapat ahli yang bertanya maksud kata-kata kaunselor berulang-ulang. Jika ini
berlaku ahli mungkin enggan bertanya lagi kerana malu, takut atau mungkin bosan
dan akhirnya ahli menjadi pengikut tanpa soal jawab.
Satu cara yang baik untuk mengatasi keadaan ini ialah dengan mengetahui sedikit
bahasa sehari-hari ahli supaya perbincangan tidak menjadi terlalu formal. Elakkan
dari bercakap terlalu panjang dan berbelit-belit. Tentangan mata juga adalah
sebahagian daripada komunikasi yang menunjukkan anda memberi perhatian dan
berminat
Kemahiran Konfrantasi
Kemahiran yang memerlukan ahli-ahli menghadapi persoalan diri sendiri yang
mereka secara sedar mengelakkan diri dari menerimanya. Menggunakan teknik ini
harus berhati-hati kerana ahli boleh merasa terancam apabila belum bersdia untuk
menerima hakikat diri mereka. Kemahiran ini berguna untuk memperbetulkan dalih
atau ketidakseimbangan kenyataan atau maklumat yang diberi oleh ahli. Dengan

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

cara ini ahli akan menjadi lebih bertanggungjawab terhadap peranan dan tindakan
mereka.
Teknik ini berkesan digunakan dalam kumpulan yang telah mencapai kepercayaan
dan keyakinan di antara ahli. Masalah timbul kepada kaunselor untuk menggunakan
teknik ini kerana budaya dan cara hidup masyarakat khususnya Melayu mengajar
bahawa bersemuka dan berterang-terangan adalah tidak sopan dan tidak
bertimbang rasa. Kaunselor dalam masa yang sama harus mengekalkan rasa
penerimaan dan rasa hormat daripada ahli. Untuk itu kaunselor perlu mengenal pasti
perlakuan-perlakuan yang bercanggah samada dari segi tingkah laku, perasaan dan
pemikiran. Percanggahan ini hendaklah dibentangkan supaya ahli nampak dan
sedar tetapi tidak sampai menunjukkan rasa menghukum, menyalah atau menuduh.
Kemahiran Intervensi
Kemahiran menggunakan teknik menghalang adalah penting kepada kaunselor
untuk mengendalikan sesi kelompok. Kaunselor mesti sentiasa sedar untuk
perkembangan

proses

Kaunseling

Kelompok

menuju

matlamat

kumpulan

seluruhnya. Oleh itu jika dalam proses perkembangan kelompok ahli-ahli memberi
maklumat yang tidak berfaedah bagi kumpulan untuk mencapai matlamat, kaunselor
perlu menghalang dan mengalihkan kembali perbincangan kepada tajuk yang
berkaitan. Teknik ini jika digunakan dari awal pada masa-masa yang sesuai dapat
memberi contoh kepada ahli bagaimana berbincang untuk faedah bersama
Kaunselor perlu mempunyai keyakinan untuk menghalang atau intervensi apabila
berlaku keadaan-keadaan tersebut. Apabila ini berlaku perkembangan kelompok
akan terbantut dan menjadi lembab. Kaunselor harus sentiasa sedar hala tuju
kelompoknya dan sentiasa menjalankan peranannya.
Kemahiran Meneroka
Kemahiran menggunakan teknik ini adalah untuk mengenalpasti dengan lebih
mendalam tentang masalah, peranan dan tindak tanduk mereka. Ahli sebenarnya
ragu-ragu untuk meneliti sendiri perlakuan mereka tanpa bimbingan aktif dari
kaunselor. Namun kaunselor jangan memaksa ahli memberi respon sebaliknya
memberi kebenaran kepada ahli mendiamkan diri jika dilihat ahli merasa terancam.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Teknik ini perlu digunakan dengan diplomasi supaya ahli tidak menganggap
kaunselor busy body. Kaunselor boleh mengemukakan soalan-soalan terbuka
dan tertutup. Sebutkan nama mereka ketika memberi respon