Anda di halaman 1dari 1

#TabungWang

PETANDA MASALAH KEWANGAN


Sebelum meletusnya gunung berapi, ia akan berikan tanda tanda awal.
Begitu juga kewangan bermasalah ada petandanya.
1. Rekod kesihatan kredit tidak baik- Permohonan beli Camry baru untuk Nelopah tidak lulus
lagi.
2. Bayaran bill tidak konsisten - bayaran bil Astora macam biskut chipmore. Kejap ada,
banyak tak ada.
3. Tiga bulan berturut kad kredit berhutang- Hutang beli boxer kekal jumlah sama.
4. Tabungan tidak sistematik, janji nak tabung. Tetapi banyak kosong, kosong....kosong.
5. Mula susah tidor malam, layan DVD cerita seram. Kononya tak boleh pejam.
6. Mula bergaduh dan bermasam muka dengan pasangan. Soal terlebih garam pun nak
bergaduh sakan,
7. Kemana gaji tak dapat kesan - baru semalam gaji duit dah kosong kembali. ATM nie telan
duit orang ke? (Saja sebut kuat kuat)
8. Mula cipta hutang- pinjam kawan, pinjam Tok Wan dan hutang keliling pinggang.
Bila ada kawan cakap 'Aku Tanya Apa Khabar'?. Kita rasa kita dipermainkan. Mula rasa nak
lempang.
Wallahu A'llam