Kajian ini memfokuskan penguasaan pelajar Pendidikan Khas dalam
membunyikan suku KVKV dalam matapelajaran Komponen Bahasa Melayu dibawah Asas 3M KSSR Masalah Pembelajaran. Terlebih dahulu pelajar harus mengetahui apa itu huruf vocal dan konsonan. Seterusnya, membunyikan dengan betul dan tepat. Pelajar tidak dapat menguasai kesemua huruf kerana kesemua pelajar adalah terencat akal dan kelewatan belajar. Oleh itu, mereka hanya diperkenalkan lima huruf vocal dan 5 huruf konsonan sahaja. Antaranya, ialah vokal : a, e, I, o, u dan konsonan : b, k,m, t, p.
Faktor yang menyebabkan pelajar pelajar ini mengalami masalah pertuturan
ialah kecuaian ibu bapa. Ibu bapa pelajar tidak sedar akan kepentingan masa hadapan mereka dengan tidak mengambil berat terhadapmasalah yang dihadapi oleh anak mereka. Mereka harus menyokong dan bekerja sama dengan pihak sekolah terutamanya dengan guru Pendidikan Khas dalam menjayakan kesemua tindakan dan program yang diadakan.