Anda di halaman 1dari 5

[PROGRAM MUTIARA SMKN]

1.0 PENGENALAN
Program ini tercetus hasil kejayaan Unit Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKN
mengesan beberapa orang pelajar yang menghadapi salah laku disiplin seperti ponteng sekolah,
berpakaian tidak kemas, merosakkan harta benda sekolah dan tidak membuat kerja rumah.
Kejayaan menjejak mereka di rumah memberi peluang kepada pihak sekolah untuk
menyelesaikan banyak masalah sampingan. Kunjungan guru-guru disiplin dan kaunseling
membantu para ibu bapa menyelesaikan masalah anak-anak mereka. Sehubungan itu, aktiviti ini
cuba diperluaskan dengan melibatkan semua warga sekolah dalam usaha mengekang pelbagai
masalah pelajar di sekolah ini.
2.0 RASIONAL
Pelbagai masalah pelajar dapat diselesaikan sekiranya usaha dilakukan secara bersepadu terutama
dalam hal melibatkan ibu bapa di rumah. Mengenali diri dan keluarga pelajar adalah lebih
praktikal dalam usaha meningkatkan pembelajaran anak-anak disamping dapat membantu guruguru mengenalpasti punca masalah yang sering ditimbulkan oleh pelajar SMK Narinang. Justeru
program ini dilihat mampu mengekang apa-apa jua masalah yang membelenggu pelajar sekolah
ini untuk mencipta kecemerlangan.
3.0 MATLAMAT
Mengurangkan pelbagai salah laku dan masalah pelajar SMK Narinang dalam usaha
Meningkatkan prestasi akademik sekolah.
4.0 OBJEKTIF
Antara objektif program ini termasuk :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Mengenal pasti masalah dan salah laku pelajar.


Mewujudkan hubungan dua hala yang erat antara pihak sekolah dengan ibu bapa.
Membantu menyelesaikan pelbagai masalah pelajar.
Merealisasikan budaya sekolah dan guru penyayang.
Menanam sikap prihatin guru dan ibu bapa terhadap pelbagai masalah pelajar.
Meningkatkan rasa hormat pelajar kepada guru.
Memaklumkan kepada ibu bapa perkembagan anak-anak mereka di sekolah.
Meminta bantuan ibu bapa memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam meningkatkan
tahap disiplin dan akademik pelajar.
9. Memenuhi program sarana sekolah.
10. Mencungkil potensi pelajar untuk mencipta kecemerlangan.
5.0 SASARAN
Kumpulan pelajar SMK Narinang yang terpilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan (Rujuk
kriteria pemilihan pelajar) seramai 500 orang.
6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi
: En. Liasin Bin Kaloh ASDK, BSK
Timbalan Pengerusi : En. Madeli @ Modily Bangali
Naib Pengerusi 1
: En. Shaiful Ridhuan Hj Mahali
Naib Pengerusi 2
: Dr. Jesel Ginturun
SMKNKB

Page 1

[PROGRAM MUTIARA SMKN]


Naib Pengerusi 3
Naib Pengerusi 4
Setiausaha
Timbalan Setiausaha
Bendahari
AJK

: En. Mohd Faizal Abdullah


: Pn. Esther sinteh
: En. Jomiri Mapaun
: Pn. Josepha Zadah Lipon
: Pn. Jurah Uli
: Semua Kaunselor
: Semua Guru Disiplin
: Semua guru mata pelajaran dan guru tingkatan

7.0 TEMPOH PELAKSANAAN


Febuari Mac
8.0 KONSEP PROGRAM
I.
II.
III.
IV.
V.
VI.
VII.
VIII.

Dua orang guru akan mengunjungi 10 orang pelajar.


Sasaran terpenting adalah kumpulan pelajar yang terlbat dengan PBSMR, SPM dan STPM.
Program ini akan menjadi aktiviti LDP guru 2014.
Pelancaran dilakukan pada 20 Feb 2014 untuk memaklumkan kepada semua pelajar SMKN.
Bilik Kaunselor akan dijadikan bilik urusetia atau Bilik Operasi.
Sebuah keluarga mungkin mempunyai lebih daripada seorang pelajar, jadi guru-guru boleh
berkolaborasi untuk menziarahi secara pakej.
Tidak perlu memaksa pelajar untuk diziarahi.
UBK sekolah akan berperanan menganalisis semua dapatan.

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN


9.1 Peringkat Pengurusan
1. Penubuhan jawatankuasa bertindak / pelaksana
2. Merangka dasar, produser kerja dan aktiviti program
3. Taklimat kepada semua guru
4. Pelancaran program
9.2 Pelaksanaan Peringkat Guru
1. Mengenalpasti kumpulan pelajar
2. Mengumpul maklumat pelajar dengan lengkap
3. Sesi menemu duga, penerangan dan perbincangan bersama pelajar
4. Pilih rakan guru untuk membantu, mengatur strategi sesi ziarah
5. Dapatkan borang kajian
6. Kunjungan ke rumah pelajar
7. Mengisi borang yang disediakan
8. Menghantar borang kajian ke bilik operasi
9. Menghubungi pegetua untuk selesaikan perkara-perkara di luar jangkaan untuk
tindakan segera.
10. Membentangkan laporan dan pengalaman kajian dalam perkembangan staf
11. Masa ziarah selepas persekolahan untuk sesi pagi dan sebelum sesi persekolahn untuk
pelajar sesi petang.
10.0

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM


10.1

Kriteria Pemilihan Pelajar

Antara kumpulan sasaran pelajar termasuklah mereka yang :a. Tidak fokus/serius sewaktu guru mengajar
b. Sering tidur di dalam kelas
c. Kerap keluar dan ponteng kelas walaupun telah dilarang oleh guru
d. Ponteng sekolah
SMKNKB

Page 2

[PROGRAM MUTIARA SMKN]


e.
f.
g.
h.
i.
j.
k.
l.
m.
n.
o.
p.

Lewat datang ke sekolah selepas 7.00 Pagi


Keluar kelas sewaktu pertukaran waktu belajar tanpa kad kebenaran keluar
Tidak menjawab soalan ujian bulanan/ peperiksaan
Mengulangi kesalahan / melanggar disiplin walaupun telah melalui sesi kaunseling,
nasihat, amaran, rotan, digantung dan dibuang sekolah.
Tidak mematuhi peraturan kekemasan diri seperti rambut berfesyen, seluar ketat, baju
tidak kemas, t-shirt yang dilarang, kasut dan lain-lain.
Pelajar yang tiada matlamat hidup dengan jelas, tiada cita-cita masa depan yang
menyebabkan mereka tidak minat belajar.
Tidak menghormati guru, pengawas dan pekerja sekolah.
Ibu bapa yang tidak tahu anak mereka ponteng sekolah atau melanggar peraturan
sehingga amaran/ surat gantung/ dibuang telah dikeluarkan oleh Unit Disiplin.
Pihak sekolah menerima aduan daripada masayarakat sekitar tentang kumpulan
pelajar yang ponteng sekolah.
Bercinta di sekolah
Berkelakuan kasar dan tidak sopan seperti kerap menjerit.
Minum minuman keras.

10.2
Selain itu kumpulan pelajar berikut juga layak untuk dipilih oleh guru
walaupun mereka tidak terlibat dalam salah laku seperti :
a.
Gagal dalam semua mata pelajaran kerana malas dan tidak berusaha bersungguhsungguh walaupun membaca.
b.
Tidak membawa buku/ beg ke sekolah
c.
Menerima biasiswa
d.
Kerap ponteng sekolah tanpa sebab
e.
Mempunyai maklumat peribadi yang diragui seperti alamat rumah, nombor telefon
dan lain-lain.
11.0
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISEDIAKAN/ DIBAWAH UNTUK SESI
ZIARAH.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Keputusann ujian/ peperiksaan, rekod kerja kursus, kertas jawapan ujian


Rekod kehadiran/ buku kedatangan/ buku BKK
Rekod salah laku disiplin seperti gantung dan buang
Maklumat pemegang biasiswa dan lain-lain bantuan.
Maklumat dari guru tingkatan
Rekod sumbangan pelajar terhadap sekolah atau apa-apa jasa pelajar kepada sekolah dan
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.
7. Gambar-gambar salah laku pelajar (jika ada)
8. Buku-buku latihan atau modul yang diberikan kepada pelajar untuk disiapkan.
12.0

BORANG KAJIAN MUTIARA SMKN

Nama guru
: _______________________________
Nama Pelajar : _______________________________ Tingkatan
: ____________
Tarikh Ziarah : _______________________________ Waktu
: ____________
Nama Ibu/Bapa/Penjaga : _______________________ Hubungan
: ____________
Alamat Rumah : ___________________________________________________________

Tandakan

atau

1. Adakah tuan/puan tahu perkembangan akademik kanak-kanak ?


Tahu
Tidak Tahu
SMKNKB

Page 3

[PROGRAM MUTIARA SMKN]


2. Apakah nasihat yang telah diberikan kepada akademik anak-anak ? nyatakan :
_____________________________________________________________
3. Adakah tuan/puan tahu cita-cita anak-anak anda ?
Tahu
Tidak Tahu
4. Kenalkah dengan rakan rakan baik anak anda ?
Tahu
Tidak Tahu
Senaraikan : ________________________
5. Adakah anak tuan/puan mempunyai jadual belajar di rumah ?
Ada
Tiada
6. Adakah anak tuan/puan :a. Merokok Ya
Tidak
b. Bekerja
Ya
Tidak
Sepenuh masa
Sambilan
7. Sebab sebab anak anda bekerja ? Nyatakan :____________________________________________________________________
8. Adakah tuan/puan tahu anak mempunyai :Telefon bimbit
Facebook
9. Adakah tuan/puan dapat mengesan sebarang masalah akibat memiliki telefon bimbit/
facebook?
Ya

Tidak

10.No. Telefon sebenar tuan/puan : ________________________________


11. Adakah tuan/puan tahu tarikh peperiksaan PMR/SPM/STPM anak anda ?
Ya
Tidak
Catatkan Tarikh : _________________
12. Adakah anak tuan/puan terlibat dalam aktiviti kokurikulum di sekolah ?
Ya
Tidak
Nyatakan : _____________________
13. Apakah bantuan yang diterima oleh anak tuan/puan ?
SPBT
BIASISWA
KOMPUTER
TUITION 1M
LAIN-LAIN
14. Adakah tuan/puan ada membuat pemantauan berikut :Beg sekolah
Kerja rumah
Keputusan peperiksaan
Pemeriksaan mengejut di sekolah
Menelefon guru mengenai hal anak di sekolah
15. Pernakah tuan/puan hadir ke sekolah untuk aktiviti berikut :Mesyuarat Agung PIBG
Hari Orientasi
Sukan Tahunan
Hari Terbuka
Hari Keusahawanan
Taklimat/ Majlis Rasmi
13.0
KEKANGAN YANG MUNGKIN DIHADAPI SEMASA MENJALANKAN OPERASI
ZIARAH :
1.
2.
3.
4.
5.

Ibu bapa tiada di rumah


Enggan memberi kerjasama pelajar dan ibu bapa
Maklumat yang kurang tepat/ berbohong
Masa yang sesuai kerana kesibukan ibu bapa bekerja
Sikap negatif ibu bapa/ prasangka buruk terhadap sekolah

SMKNKB

Page 4

[PROGRAM MUTIARA SMKN]


6.
7.
8.
9.
10.

Tidak mahu menerima kehadiran guru-guru


Malu dan segan dengan kekurangan diri serta keluarga
Masalah keluarga dan kewangan
Tiada tempat tinggal yang tetap
Tiada keluarga/ waris/ penjaga

14.0
IMPAK PROGRAM / HARAPAN
I.
GURU
a. Guru akan dianggap sebagai guru yang sangat prihatin dengan masalah pelajar.
b. Guru akan lebih mengenali diri pelajar bukan sekadar nama sahaja.
c. Hubungan antara guru, pelajar dan ibu bapa akan lebih mesra dan akrab.
d. Wujud perasaan saling hormat dan menghargai pengorbanan dan jasa guru.
II.

Ibu bapa
a. Ibu bapa akan mendapat maklumat sebenar tentang anak-anak mereka ketika di
sekolah.
b. Ibu bapa akan menjadi lebih prihatin, bertanggungjawab, mengambil berat hal-ehwal
masa depan anak-anak mereka.
c. Hubungan lebih erat dengan guru dan pihak sekolah.

III.

Pelajar
a. Pelajar akan berusaha berubah sikap terhadap diri sendiri, ibu bapa, sekolah dan
masyarakat.
b. Pelajar lebih fokus kepada usaha mencipta kejayaan dan kecemerlangan pada masa
akan datang.
c. Pelajar yang tidak terlibat akan lebih mengawal tingkah laku mereka dan bersikap
lebih positif terhadap pelbagai program sekolah.

IV.

Sekolah
a. Usaha membantu pelajar akan meningkatkan imej sekolah.
b. Pandangan dan persepsi negatif ibu bapa pada sekolah dapat diubah.
c. Masalah disiplin yang sentiasa membayangi pencapaian akademik sekolah akan dapat
diatasi.
d. Pihak sekolah akan mudah mendapat kerjasama daripada ibu bapa dan pelajar.

V.

Masyarakat
a. Masyarakat akan lebih memahami tugas dan tanggungjawab pihak guru dan sekolah.
b. Sentiasa mendapat sokongan dan kerjasama.

15.0

KESIMPULAN

Harapan semua pihak agar hasrat murni ini akan mencapai matlamat kerana niat yang baik akan
tetap mendapat ganjaran. Semua guru diharapkan akan sentiasa ikhlas dalam menjalankan operasi
yang julung-julung kali sebagai usaha besar-besaran untuk meningkatkan prestasi akademik
SMKN.

SMKNKB

Page 5

Anda mungkin juga menyukai