Anda di halaman 1dari 14

Perancangan Akademik

JMG 319
GEOGRAFI BANDAR
DAN PETEMPATAN
MANUSIA
Sidang Akademik 2014/2015
KELAS SIDANG VIDEO
Sidang Video

Tarikh

Jam

Perjumpaan 1
Perjumpaan 2
Perjumpaan 3
Perjumpaan 4
Perjumpaan 5
(Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang Video Sidang
Akademik 2014/2015 yang telah diupload dalam Portal PPPJJ)

JMG 319/4 - GEOGRAFI BANDAR DAN PETEMPATAN MANUSIA


1

PENGURUS KURSUS: Profesor Madya Dr. Mohamed Zaini Omar


PENGENALAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pelajar sekalian. Saya
selaku Pengurus Kursus JMG 319 - Geografi Bandar dan Petempatan
Manusia mengalu-alukan saudara/i mengikuti kursus ini. Seterusnya saya
ingin berpesan agar saudara/i sentiasa tingkatkan motivasi untuk terus
belajar sehingga mencapai cita-cita dan kejayaan.
Perancangan Akademik ini disediakan bagi memudahkan saudara/i mengikuti
dan seterusnya mengurus masa belajar secara efesien dan efektif.
Perancangan Akademik ini secara ringkas memberi penerangan tentang
perkara berikut:

Tujuan, objektif dan rangka kursus


Asas penilaian kursus
Kegiatan semasa Kursus Intensif
Topik perbincangan
Jadual belajar yang dicadangkan
Hal pentadbiran

TUJUAN KURSUS
Kursus ini bertujuan memberi kefahaman tentang Geografi Bandar dan
Petempatan Manusia sebagai salah satu kursus dalam bidang Geografi.
Kursus ini mengkaji fenomena petempatan manusia dan bandar. Ianya
meliputi huraian tentang asal usul petempatan; bentuk dan sifat petempatan;
dan hubungan antara petempatan dengan persekitarannya. Seterusnya
kursus ini juga membincangkan jenis dan fungsi bandar, proses
pembandaran dan aspek perancangan bandar.

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti kursus ini pelajar seharusnya dapat:

Membuat huraian tentang perkembangan Geografi Bandar dan


Petempatan Manusia sebagai satu cabang ilmu daripada bidang
Geografi Manusia.

Membezakan pendekatan-pendekatan yang lazim digunakan


dalam kajian petempatan manusia.

Menjelaskan bagaimana sebuah petempatan desa mampu menjadi


2

sebuah bandar atau metropolis.

Menghuraikan kelainan morfologi bandar dan metropolis terpilih


berpandukan model struktur bandar.

Mengkaji masalah ketidak seimbangan taburan petempatan dan


langkah yang boleh diambil dalam perancangan petempatan pada
peringkat wilayah dan nasional.

RANGKA KURSUS
Kursus JMG 319 - Geografi Bandar dan Petempatan Manusia mempunyai
lima modul terdiri daripada:
Modul 1:
Pel. 1 :
Pel. 2 :
Pel. 3 :
Pel. 4 :
Pel. 5 :
Pel. 6 :
Modul 2:
Pel. 1 :
Pel. 2 :
Pel. 3 :
Pel. 4 :
Modul 3:
Pel. 1 :
Pel. 2 :
Pel. 3 :

Pengenalan kepada Geografi Petempatan (6 pelajaran)


Geografi Petempatan mengikut perspektif sejarah dan
pembahagian kajiannya
Pengertian Geografi Petempatan
Hubungan Geografi Petempatan dengan bidang-bidang
lain dalam geografi
Perkembangan Geografi Petempatan
Skop dan isi kandungan Geografi Petempatan
Pendekatan dalam Geografi Petempatan
Petempatan Luar Bandar (4 pelajaran)
Evolusi, ciri, bahagian, jenis dan fungsi petempatan luar
bandar
Konsep dan definisi, pola dan faktor petempatan luar
bandar dan kajian kes
Evolusi petempatan luar bandar Malaysia
Bentuk rumah dan tempat kediaman di luar bandar
Petempatan Bandar (3 pelajaran)
Konsep, definisi, ciri dan evolusi serta jenis petempatan
bandar
Tapak dan letakan: faktor yang mempengaruhi
pertumbuhan bandar
Morfologi dan kawasan pengaruh petempatan bandar

Modul 4:
Pel. 1 :
Pel. 2 :
Pel. 3 :
Pel. 4 :

Model-model Penganalisisan Petempatan


Model Struktur Bandar
Model Guna Tanah Von Thunen
Model Petempatan Pusat Christaller
Model-model lain: model hukum susun tingkat; analisis
jarak terdekat; kutub pertumbuhan

Modul 5:
Pel. 1 :

Pembangunan dan Perancangan Petempatan


Pembangunan dan perancangan petempatan: konsep dan
perkembangannya
Pembangunan wilayah: masalah ketidakseimbangan dan
perancangan pembangunan masa depan
Perancangan petempatan: kajian kes pembangunan
wilayah

Pel. 2 :
Pel. 3 :

BAHAN- BAHAN PEMBELAJARAN


Modul
Modul merupakan bahan bacaan utama bagi kursus ini.
Walau
bagaimanapun pelajar-pelajar tidak boleh hanya bergantung kepada modul
sebagai bahan bacaan. Modul disediakan dan disusun secara berstruktur
sebagai panduan dalam pembelajaran para pelajar. Jadi isi kandungan
modul adalah terhad dan pelajar-pelajar masih perlu membuat rujukan dan
menambah bahan bacaan dari sumber yang lain.
Bahan Rujukan
1. Katiman Rostam, 1988. Pengantar Geografi Bandar. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Pustaka.
2. Hall, Tim. 2006.
(GF125.H179)

Urban

Geography.

New

York:

Routledge.

3. Daniel, Peter & Hopkinson, Michael, 1979 The geography of


settlement UK: Oliver & Boyd (GF551.D184)
4. Hudson, F.A., 1970.
A Geography of Settlements.
MacDonald and Evans Ltd.

London:

5. Katiman Rostam dan Tengku Anuar, 1984. Geografi Kemanusiaan.


Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
6. Knox, Paul L. 1992. Urbanization: An Introduction to Urban
Geography. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.

Jurnal, Majalah dan Akhbar Semasa


Kursus ini memerlukan anda berfikiran kritis dan sentiasa bersedia menerima
sebarang ilmu dan pendekatan terbaru mengenai Geografi Bandar dan
Petempatan Manusia sama ada pada peringkat lokal ataupun global. Akibat
daripada dunia yang sentiasa dinamik dan era globalisasi yang semakin
canggih dan sentiasa terkini, pendedahan ilmu melalui pembacaan dari
jurnal, majalah dan akhbar semasa amatlah diperlukan. Oleh itu setiap masa
terutama semasa Kursus Intensif anda dinasihatkan untuk membuat rujukan
tambahan tersebut di Perpustakaan. Ambillah kesempatan ini sepenuhnya
dengan mencari jurnal-jurnal dan majalah yang berkaitan.
Janganlah
menyatakan "saya tidak ada masa nak cari bahan sebab jadual kuliah
terlampau padat". Saya nasihati pandai-pandailah mencari masa.

ASAS PENILAIAN KURSUS


Seseorang pelajar yang mendaftar kursus ini perlu memenuhi keperluan
kursus iaitu:
1)
2)

Menduduki Peperiksaan Akhir.


Memenuhi keperluan Kerja Kursus iaitu ujian 15% dan tugasan 15%
yang harus diserahkan pada tarikh yang ditetapkan.

Peperiksaan Akhir memberi sumbangan 70 peratus manakala Kerja Kursus


memberi sumbangan 30 peratus. Peperiksaan akhir adalah dalam bentuk
soalan subjektif. Masa yang diperuntukkan adalah selama 3 jam.

Komponen Kerja Kursus


Kerja kursus yang menyumbangkan 30% kepada keseluruhan gred kursus
terdiri daripada Ujian (15%) dan Tugasan (15%).

Ujian (15%) - diadakan semasa Kursus Intensif dari 21 Januari 2015 10


Februari 2015. Skop soalan akan dimaklumkan dengan lebih terperinci
semasa kelas sidang video. Oleh itu pastikan kehadiran anda ke
sidang video. Bayangan awal ialah soalan ujian berbentuk soalansoalan pendek (structured) dan juga esei. Masa yang diperuntukkan ialah
satu jam.

Tugasan (15%) - Berbentuk esei dan tarikh akhir penyerahan tugasan


ialah pada 10 March 2015 (jika ada sebarang perubahan tentang
tarikh ini, semua pelajar akan dimaklumkan) Tugasan yang diterima
selepas tarikh tersebut akan dipotong markah dan selepas seminggu
berikutnya akan diberi markah kosong.

Arahan Tugasan
Sebelum memulakan penulisan, saudara/i diminta terlebih dahulu meneliti
beberapa perkara berikut sebagai panduan untuk tindakan selanjutnya.
1.

Pilih salah satu tajuk daripada senarai tajuk tugasan yang diberikan.

2.

Tugasan mestilah asli dan bukan sekadar petikan daripada buku/


laporan/bahan/modul yang dirujuk.

3.

Penulisan esei perlu mengikuti panduan teknikal penulisan tugasan.

4.

Sila gunakan kemudahan e-cover dan e-tugasan bagi memudahkan


proses penghantaran.

5.

Sila hantar SATU salinan hard copy dan soft copy dan pastikan esei
anda sampai kepada pihak PPPJJ sebelum atau pada 10 MARCH
2015. Esei yang diterima lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan itu
akan dikenakan penalti atau diberi markah sifar. Pastikan anda simpan
satu back up copy. Jangan ambil mudah tentang tarikh penghataran
tugasan disebabkan PPPJJ mempunyai dateline tertentu untuk pihak
perkeranian memasukkan markah ke dalam komputer.

6.

AMARAN kepada sesiapa saja bahawa jangan sekali-kali menjadikan


modul yang diedarkan kepada anda sebagai bahan rujukan di dalam
tugasan anda.

7.

AMARAN bahawa anda jangan sekali-kali cuba meniru atau melakukan


kegiatan plagiat daripada mana-mana sumber atau daripada rakanrakan anda.

Tajuk Tugasan
Pilih dan jawab SATU soalan daripada berikut:
1.

Petempatan manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan


kebudayaan setempat mengikut dimensi masa dan ruang. Bincangkan

2.

Sejauh manakah ciri-ciri keaslian petempatan laur bandar dapat


dipertahankan dalam arus pembangunan negara ?

3.

Bagaimanakah hubungan bandar dan luar bandar dapat meningkatkan


pembangunan sosio-ekonomi penduduk setempat?

4.

Pertumbuhan petempatan bandar yang pesat tanpa kawalan yang rapi


membawa implikasi yang tidak selamat untuk didiami oleh
penghuninya. bincangkan

5.

Koridor pertumbuhan ekonomi adalah merupakan arah baru dalam


strategi pembangunan wilayah di malaysia. Bincangkan.

6.

Bincangkan
cabaran-cabaran yang sering dihadapi oleh pihak
berkuasa sesebuah petempatan bandar dalam konteks mengekalan
unsur-unsur kelestaraian.

KEGIATAN SEMASA KURSUS INTENSIF


Kursus Intensif yang dijalankan di kampus induk merupakan ciri unik Program
Pengajian Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia. Seseorang pelajar yang
mendaftar sebagai pelajar PPPJJ USM diwajibkan menghadiri Kursus Intensif
pada 21 Januari 2015 hingga 10 Februari 2015.
Kursus Intensif memberi peluang kepada pelajar PPPJJ mengalami suasana
belajar "dalam kampus" secara face-to-face. Sepanjang tempoh Kursus
Intensif pelajar bukan sahaja berinteraksi dengan pensyarah dan pentadbir
tetapi juga dengan pelajar sebaya baik dari Pusat Wilayah yang sama mahu
pun dari Pusat Wilayah yang lain. Pelajar juga dapat menggunakan beberapa
kemudahan yang disediakan oleh USM bagi kegiatan bercorak akademik dan
juga kegiatan bercorak bukan akademik.
Semasa Kursus Intensif,
dicadangkan perkara-perkara berikut khusus untuk kursus ini:

: Sesi soal jawab (mengikut susunan modul).


: Huraian (dalam bentuk kuliah atau tutorial)

: Sesi soal jawab (topik tugasan, format Peperiksaan Akhir,


komen tentang kelemahan dalam jawapan).

KELAS SIDANG VIDEO


Anda wajib menghadiri kelas sidang video. Telesidang video ini bukanlah
satu sesi syarahan atau kuliah yang bersifat penyampaian maklumat oleh
pensyarah tetapi merupakan satu sesi perbincangan. Oleh itu, anda
dikehendaki membuat persediaan dan mengambil bahagian yang aktif dalam
perbincangan. Tujuh kelas sidang video akan dijalankan oleh Pengurus
Kursus. Empat perjumpaan diadakan sebelum Kursus Intensif dan tiga lagi
selepasnya. Antara topik perbincangan sebagai Agenda Telesidang
dibentangkan seperti berikut. Namun begitu sekiranya ada sebarang
perubahan terhadap topik-topik adalah merupakan kuasa dan budi bicara
pengurus kursus ini:Perjumpaan 1 - Topik: Mengenali Geografi Bandar dan Petempatan
Manusia.
Persediaan:
Aktiviti
:
Panduan :

Baca Modul 1
Sesi Soal-jawab
Fikirkan perkara berikut:

Kajian petempatan manusia pada tahap resolusi yang berlainan,


iaitu 1. peringkat mikro (tempatan), 2. peringkat meso (wilayah
atau rantau) dan 3. peringkat makro (benua dan global).

Kajian petempatan manusia boleh dilakukan dengan melihat


kepada 1. ciri persamaan; mahupun 2. ciri kelainan.

-> Perbincangan: Bincangkan skop dan kelainan pendekatan dalam kajian


petempatan manusia.
Perjumpaan 2 - Topik:
Petempatan.
Persediaan
Aktiviti
Panduan

:
:
:

Pemikiran dan Pendekatan dalam Geografi

Baca Modul 1
Sesi Soal-jawab
Fikirkan perkara berikut:

Apakah elemen-elemen utama yang mewujudkan petempatan?


Tiga pemikiran dalam kajian petempatan manusia:
i.
Pemikiran lanskap
ii.
Pemikiran ekologi
iii.
Pemikiran lokasi

Dua pendekatan/metodologi
10

i. Diskriptif
ii. Saintifik
Ciri asas yang membezakan petempatan bandar dan luar bandar.

-> Perbincangan: Bincangkan pendekatan holistik (menyeluruh) bagi


menghayati atau menjiwai Geografi Petempatan.

11

Perjumpaan 3 - Topik: Petempatan Luar Bandar


Persediaan
Aktiviti
Panduan

:
:
:

Baca Modul 2
Sesi soal-jawab
Fikirkan perkara berikut:

1)

Pengelasan Petempatan:
a) Mengikut bandar dan luar bandar
b) Mengikut pola
c) Mengikut tapak dan kedudukan

2)

Petempatan Luar Bandar


- Definisi dan kriteria petempatan luar bandar

3)

Jenis dan ciri-ciri petempatan luar bandar


- Bincangkan sembilan (9) jenis petempatan luar bandar yang
terdapat di Malaysia.

4)

Faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan luar bandar


- Terdapat enam (6) faktor dan bincangkan.

5)

Pola Petempatan Luar Bandar dan Faktor-faktor yang


mempengaruhi pola petempatan luar bandar- empat (4) faktor
utama.

-> Perbincangan: Pola petempatan luar bandar lebih banyak dipengaruhi oleh
faktor sosio-budaya dan ekonomi berbanding dengan faktor persekitaran
fizikal. Huraikan.
Perjumpaan 4 - Topik: Petempatan Bandar
Persediaan
Aktiviti
Panduan

:
:
:

Baca Modul 3
Sesi soal-jawab
Fikirkan perkara berikut:

Evolusi petempatan bandar di Malaysia (Sabah dan Sarawak)


- sebelum kedatangan Portugis,
- di zaman pemerintahan Portugis dan Belanda & Inggeris,
- selepas Merdeka (1957) dan penubuhan Malaysia (1963).

Apa yang dimaksudkan dengan morfologi bandar?

12

- susunan guna tanah,sistem/rangkaian perhubungan dan komunikasi,


lanskap fizikal, lanskap budaya & faktor perancangan bandar.

Kelasifikasi petempatan bandar berdasarkan fungsinya (9 kelas utama):


1.
2.
3.
4.
5.

pusat pemprosesan bahan pertanian,


pusat perlombongan,
6. pusat perhubungan & komunikasi,
pusat pertahanan,
7. pusat kebudayaan & pendidikan,
pusat pentadbiran,
8. pusat peranginan (resort),
pusat pembuatan/perkilangan,9.bandar pelbagai fungsi,

-> Perbincangan: Bandingkan morfologi bandar baru dengan bandar kolonial


di Malaysia. Beri contoh-contoh yang sesuai dan buat gambar rajah bagi
menguatkan hujah anda.

Perjumpaan 5 - Topik: Model-Model Petempatan


Persediaan
Aktiviti
Panduan

:
:
:

Baca Modul 4
Sesi soal-jawab
Fikirkan perkara berikut:

Model struktur bandar


1. Model Sepusat, 2. Model Sektor, 3.Model Nuklei.

Konsep pemusatan petempatan dalam ruang geografi


- petempatan rendah, sederhana, tinggi
- susunan petempatan mengikut saiz dan tingkatan

Interaksi antara jarak (range) dengan had penampungan


(threshold);
1. Pengaruh topografi,
2. Pengaruh rangkaian perhubungan (jalan raya, rel,
udara, laut)
3. Jenis barangan dan perkhidmatan

-> Perbincangan: Dengan merujuk kepada sebuah negeri (nyatakan nama


negeri) jelaskan sama ada taburan petempatannya bersesuaian dengan
model petempatan pusat Christaller atau sebaliknya.

13

PENGGUNAAN E PORTAL
Selaras dengan hasrat kerajaan dan universiti, penggunaan ICT amatlah
ditekankan terutama dalam era globalisasi yang mencabar dan dinamik ini.
Sehubungan dengan ini saudara/i digalakkan untuk menggunakan
kemudahan e-portal yang disediakan untuk kursus ini secara maksimum.
Sebarang hebahan dan maklumat terkini akan disalurkan melalui
perkhidmatan ini.
JADUAL PEMBELAJARAN
Pelajar-pelajar yang berada di paras tiga sudah tentu telah memahami dan
bijak dalam merancang dan mengurus waktu pembelajaran. Saya maklum
bahawa saudara/i selaku pelajar jarak jauh mempunyai konstrain masa. Jadi
di sini saya tidak akan menyediakan jadual pembelajaran untuk saudara/i dan
saya sungguh berharap supaya saudara/i dapat menyediakan jadual sendiri
berpandukan jadual-jadual yang telah disediakan bagi kursus-kursus yang
terdahulu. Pastikan juga saudara/i mempunyai kalendar perancangan bagi
sidang akademik 2014/2015 yang dibekalkan oleh Pusat Pengajian
Pendidikan Jarak Jauh supaya saudara/i lebih peka dengan tarikh-tarikh
penting yang telah disediakan. Bentuk satu suasana pembelajaran yang
harmoni di rumah supaya saudara/i boleh belajar dengan tenang dan
berkesan.
PERHUBUNGAN DAN MASALAH
Semoga anda semua bijak dalam pengurusan masa. Ketahuilah, masa anda
perlu dibahagikan untuk PJJ, kerjaya dan keluarga. Sila hubungi saya
secara bersurat, e-mel atau forum di e-portal PPPJJ jika menghadapi
sebarang kesulitan atau masalah.
Prof Madya Dr Mohamed Zaini Omar
Tel : 04-6533609 (omzaini@usm.my) PPPJJ, USM, 11800 Pulau Pinang.
Akhir kata saya ucapkan selamat belajar, semoga tabah mengharungi
cabaran dan selamat maju jaya.
"USAHA TANGGA KEJAYAAN"

14

Anda mungkin juga menyukai