Anda di halaman 1dari 18

IPG KAMPUS PULAU PINANG

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(PPG)
2014
WAJ 3073
SENI DALAM PENDIDIKAN

NOOR AISHA BINTI


AHMAD
PPGPRAB/009/06/11 ROMNAH BINTI
BUDIN
PPGPRAB/018/06
/11
PENSYARAH : EN. ADNAN BIN
OMAR

SITI
NOORYAHMILAWATI
MAH BINTI HJ.
YAHAYA
PPGPRAB/022/06/11

TAJUK SOALAN : 3
Apakah dia penggabungjalinan.
Sejauhmana penggabungjalinan ini
dapat mengelakkan kebosanan pelajar
dalam pengajaran dan pembelajaran

APAKAH DIA PENGGABUNGJALINAN

Kaedah Gabung Jalin, iaitu kaedah pengajaran yang diutarakan


oleh H.G Widdowson, dibentuk berdasarkan teori pengajaran
pendekatan komunikatif. Prinsip pengajaran Kaedah Gabung
Jalin menekankan fungsi bahasa sebagaimana yang benar-benar
berlaku dalam komunikasi bahasa.
Maksud sebenar penggabungjalinan ini ialah proses
menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan
satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Antara kemahirankemahiran asas yang dimaksudkan adalah mendengar, melihat,
bercakap, membaca, mengira, menulis dan melukis .
Konsep gabung jalin ialah tumpuan yang seimbang antara
akademik, kesihatan, kemahiran fizikal dan kestabilan emosi.

KONSEP PENGGABUNGJALINAN

Penggabungjalinan bermaksud pengintegrasian


pelbagai kemahiran untuk menghasilkan pelajaran
yang bersepadu dan menyeluruh.

Strategi ini bertujuan mengukukuhkan kemahiran


antara satu sama lain dan menjadikan aspek
pembelajaran saling melengkapi dalam sesuatu
pelajaran, agar pembelajaran tersebut lebih menarik
dan bermakna (Kamarudin Haji Husin, 1990).

Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran


berbahasa daripada bidang berlainan (inter bidang)
atau bidang yang sama (intra bidang).

ASPEK YANG DIGABUNGJALINKAN


Aspek kemahiran bahasa seperti kemahiran lisan, membaca, dan
menulis. Guru tidak menggabungjalinkan semua kemahiran dan isi
pelajaran dalam satu pengajaran, Raminah Sarban dan Rahim Syam
(1987:67). Kemahiran-kemahiran akan digabungkan sekurangkurangnya dua atau lebih dalam suatu proses pengajaran dan
pembelajaran.
Aspek tatabahasa. Aspek ini digabungkan secara teratur dan
tersusun semasa guru menekankan kemahiran bahasa. Aspek ini akan
melahirkan murid yang berdisiplin, kerana mereka akan mengikut
peraturan tatabahasa.
Ketiga iaitu aspek kosa kata dan peribahasa juga perlu digabungkan
dengan aktiviti kemahiran bahasa. Contohnya, melalui aktiviti lakonan
atau perbahasan, membaca teks yang mengandungi peribahasa dan
kosa kata (sama ada umum atau istilah), atau melalui latihan
penggunaan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre
penulisan.

Tujuan strategi penggabungjalinan


seperti yang berikut:

Kemahiran dapat dikuasai secara serentak.

Berpeluang untuk menggunakan


kemahiran secara semula jadi

Bentuk pengajaran lebih menarik


dan berkesan.

Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran


dan ramai pelajar.

Guru mesti tahu apa dan


berapa kemahiran yang
ingin digabungjalinkan.

Mudah ubah, bergantung


kepada matlamat dan
objektif yang hendak
dicapai.

PRINSIP-PRINSIP
PENGGABUNGJALINAN
Berdasarkan kebolehan dan
pencapaian pelajar

Kemahiran fokus dan


sampingan hendaklah
dirancang dengan baik.

BENTUK-BENTUK PENGGABUNGJALINAN

Strategi penggabungjalinan dibahagikan kepada


tiga bentuk iaitu penggabungjalinan kemahiran,
bahan dan aktiviti (Kamarudin Haji Husin, 1990).
a)
-

Penggabungjalinan Kemahiran
Kemahiran Mendengar
Kemahiran Bertutur
Kemahiran Membaca
Kemahiran Menulis

Contoh :

KB
KT

KD

b)

Penggabungjalinan Bahan

Penggabungjalinan ini memberi


tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran
dan pembelajaran, Kamarudin Hj Husin (1990).
Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama
atau bahan sokongan.

Bahan utama
(Petikan)

Bahan
Bahan sokongan
(Bahan rangsangan)

Rencana
Laporan
Berita
Ucapan
utama
Pengumuman Bahan
(Petikan)
Ulasan
Rencana
Laporan
Iklan
Berita
Ucapan
Pengumuman
Ulasan
Iklan

Gambar
Data
Bahan
Rajah
Bahan sokongan
Graf
(Bahan rangsangan)
Carta
Gambar
Data
Rajah
Graf
Carta

Bahan lisan
(Rakaman)

Ucapan
Ulasan
Komentar
Laporan
Bahan lisan
(Rakaman)
Temu bual
Ucapan Pengumuman
Ulasan
Komentar
Laporan
Temu bual
Pengumuman

Penggabungjalinkan bahan-bahan ini boleh dilakukan mengikut


keperluan masa yang diperuntukkan, pertalian bahan, dan urutan
aktiviti yang bersesuaian.
Lihat contoh yang berikut:
Berita ulasan
Iklan surat permohonan temu duga surat jawapan.

c)

Penggabungjalinan Aktiviti

Boleh menggabungjalinkan sekurangkurangnya 2 aktiviti atau lebih mengikut


keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu
merangkumi aspek lisan, bacaan dan
kefahaman serta tulisan.

Aktiviti
Mendengar
dan Bertutur
Mendengar
dan Bertutur

Membaca
Aktiviti
Membaca

Menulis
Menulis

Berbual
Karangan
Berbincang
Memaham
Laporan
Bertemu
Mengesan isi penting
Ulasan
ramah
Meringkas
Berbual
Ucapan
Karangan
Berbahas Berbincang
Membuat
ayat
Memaham
Laporan
Arahan
Bertemu
Mengesan isi penting
Ulasan
Berceramah ramahMemberi
makna
Meringkas
Ucapan
Iklan
Berbahas
Membuat ayat
Arahan
Bercerita
Menghurai
makna
Berceramah
Memberi makna
Iklan Mencatat isi
Bercerita
Menghurai makna
Berlakon
Mencatat isi
Berlakon
Contoh:
1.Berceramah mencatat isi
2.Bercerita berbincang menulis karangan
3.Membaca mengesan isi mengulas menulis ulasan

Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam


sesuatu matapelajaran disampaikan secara menyeluruh dan bersepadu
dengan mengaitkannya dengan satu mata pelajaran atau beberapa mata
pelajaran. Penggunaan strategi ini dapat memberi peluang murid-murid
menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan isi pelajaran yang
diajar. Ia juga boleh mengelakkan kebosanan dan menimbulkan suasana
pembelajaran yang lebih menarik. Untuk menjadikan proses
penggabungjalinan ini lebih berkesan, murid-murid hendaklah terlebih
dahulu menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar, bertutur,
mengira, membaca dan menulis secara mekanis. Tujuan menguasai
kemahiran asas ini ialah untuk menarik perhatian guru untuk memberi
kefahaman dan penerangan yang lebih bermakna kepada murid.

Kaedah
pengajaran
PENGgabungjalinAN
dapat mengelakkan kebosanan pelajar
dalam pengajaran dan pembelajaran
Murid tidak jemu dengan pengajaran guru.
Murid lebih mudah memahami isi pengajaran yang
disampaikan oleh guru.
Penglibatan murid di dalam aktiviti pdp yang
memberangsangkan.
Meningkatkan tahap komunikasi pelajar kearah yang
lebih positif.

Meningkatkan kemahiran mendengar, bertutur,


membaca, menulis dan mengira.
Menunjukkan perubahan yang positif dalam
perhubungan sosial .
Pertumbuhan dan perkembangan murid secara
seimbang.
Kaedah ini juga menggalakkan kemahiran berfikir
pelajar.
Murid dapat melahirkan idea dan kreativiti mereka .

KESIMPULAN
Penyerapan pendekatan gabungjalin dalam proses pmbelajaran dan
pengajaran adalah satu inovasi dan anjakan ke arah mewujudkan suasana
pdp yang kondusif bagi menimbulkan minat dan rasa seronok dalam
kalangan pelajar. Sebagai seorang guru juga ianya menjadi cabaran dalam
mengaplikasikan dan mengintegrasikan ilmu keguruan yang telah dipelajari
dalam konteks sebenar. Oleh itu, benarlah pendekatan gabungjalin ini dapat
mengelakkan kebosanan pelajar dalan pdp dan kaedah ini juga dapat
memberi tumpuan yang seimbang antara akademik , kesihatan , kemahiran
fizikal dan kestabilan emosi serta meningkatkan pencapaian dan penglibatan
pelajar secara aktif dalam pdp.
Howard Gardner (1953), menyatakan , sekiranya hanya satu sahaja kaedah
atau pendekatan yang digunakan didalam sesuatu pengajaran, hanya muridmurid tertentu sahaja yang boleh mendapatkan bahan yang disampaikan. Ini
disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam
keadaan yang berbeza. Pendekatan yang mengabungjalinkan dengan
pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan murid kepada yang
lebih kreatif.

RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Konvensyen Kebangsaan
Pendidikan Seni Visual 2000. Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Pengurusan Bilik Darjah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Omar Zakaria, Shaifol Bahary dan Hassan Ahmad. (2006). HBEF2303
Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM
Sdn. Bhd.
Salmah Ayob. (1993). Aktiviti-aktiviti Pergerakan Kreatif Panduan
Pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.
Salmah Ayob. (1996). Strategi, Teknik dan Perancangan Pendidikan
Pergerakan. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.
Zulkifli Yaakop, Mohd Jamal Ismail. (2007). HBEF1403 Seni Dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
www.slideshare.net/Zabedahalang/penggabungjalinan-1
Dilayari pada 2 Ogos 2014

Anda mungkin juga menyukai