Anda di halaman 1dari 18

1.

0 BIODATA

NAMA

: ALI IMRAN BIN MAD AMIN

JANTINA

: LELAKI

BANGSA

: MELAYU

KUMPULAN

: PISMP PKMP 1 AMBILAN JANUARI 2013

SEMESTER

:2

ALAMAT

: KG. AMPANG BATU 71400 REMBAU, NEGERI


SEMBILAN

NO H/P

: 013-5787851

NAMA WARIS TERDEKAT: MAD AMIN BIN MAD YUSOF


PERHUBUNGAN

: BAPA

NO. TELEFON

: 013-8500576

NAMA PENSYARAH MENTOR

: DR ROSANA BIN AWG HJ BOLHASAN


PUAN LYDIA ZULAIFA SULLANG BINTI
ABDULLAH

2.0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP). Program ini direalisasikan
melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh
pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self)
pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharapkan
dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah, kuasa profesional
yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran
pendidikan dan arus globalisasi.
Program Bina Insan Guru (BIG) mula diperkenalkan dalam Latihan Perguruan Praperkhidmatan pada tahun 2001 dan mulai tahun 2005, sukatan pelajaran BIG telah
diseragamkan bagi semua program Latihan Perguruan Pra-perkhidmatan di Institut
Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. Program Bina Insan Guru diletakkan di bawah
kelolaan, seliaan dan kendalian Hal Ehwal Pelajar IPG.
Perlaksanaan BIG adalah bertujuan memberi kesedaran mengenai profesion
keguruan merupakan satu pekerjaan yang mulia dan insan bergelar guru lah yang
akan membina, mendidik dan membentuk masa hadapan melalui anak-anak
didiknya, menjadi pembentuk jati diri dan model contoh kepada pelajar, ibu bapa dan
juga masyarakat. Oleh kerana hal yang demikian, guru haruslah menjadi seorang
yang fleksibel, mampu mengadaptasikan diri dalam apa jua keadaan dan mampu
menghadapi segala rintangan yang mendatang.
Penghayatan yang jitu terhadap setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam
program BIG ini akan memberikan pelbagai nilai tambah intrapersonal dan
interpersonal

dalam

diri

seseorang

dalam

pembentukan

seorang

guru

mengukuhkan semangat kesatuan dan kekitaan dalam diri, mengembang bakat dan
potensi diri serta mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji juga
meningkatkan etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru.

3.0 MATLAMAT
Kursus ini bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan
akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta
aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan
usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran
bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru dalam Pembina Generasi
Negara.

4.0 OBJEKTIF
1.

Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan

dan keperluan persekitaran berkenaan.


2.

Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

3.

Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi,

kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.


4.

Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah.
5.

Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani dan

sosial.
6.

Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam

melaksanakan tugas dalam kumpulan.


7.

Berupaya berfikir secara realistik, kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan

kelemahan diri dan mengambil tindakan penambahbaikan.

6.0 JADUAL PERLAKSANAAN BINA INSAN GURU 2 [KHIDMAT MASYARAKAT]


MASA
( PAGI/PETANG)
7.00 pagi
7.30 pagi

AKTIVITI
Berkumpul di Perkarangan Auditorium
TAZA IPGKBL .
Taklimat oleh Encik Micheal Tarang dan
pembahagian tugas mengikut kumpulan di
Gimnasium IPGKBL .
Tugasan dimulakan .

8.00 pagi
Minum pagi .
10.00 pagi
10.30 pagi
2.00 petang
2.20 petang

Para guru pelatih menyambung semula


tugasan masing masing .
Mengemas segala peralatan yang
digunakan dan kawasan gimnasium
IPGKBL
Para guru pelatih berkumpul dan
menyanyikan lagu Negaraku dan lagu
IPGKBL .
Sesi Bina Insan Guru tamat .

3.00 petang

7.0 TEMPAT
IPG KAMPUS BATU LINTANG KUCHING SARAWAK
8.0 KUMPULAN SASARAN
PISMP PKMP1 , PKMP2 DAN BC JAN 2013

9.0 KANDUNGAN
Pukul 7.00 am
Pelajar berkumpul di hadapan Auditorium Taza mengikut kelas masingmasing untuk mendengar taklimat ringkas yang disampaikan oleh Encik Micheal
Tarang. Majlis dimulakan dengan menyanyikan lagu Negaraku diikuti dengan lagu
Ibu Pertiwiku dan lagu IPGKBL.
Pukul 7.30 am
Para peserta bergerak ke tempat khidmat masyarakat iaitu di Gimnasium
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Setibanya di sana, pembahagian
skop tugas diterangkan oleh Encik Dana dan peserta dibahagikan kepada beberapa
kumpulan.
Pukul 8.00 am
Para peserta melakukan tugas masing-masing.
Pukul 12.00 am
Para peserta berhenti untuk berehat makan tengahari. Para peserta muslim
pula menunaikan solat Zohor.
Pukul 1.30 pm
Para

peserta

menyambung

tugasan

masing-masing

dan

menolong

mengemaskan kawasan gim seperti membuang sampah.


Pukul 3.00 pm
Para peserta berkumpul untuk mendengar taklimat ringkas penutupan
khidmat masyarakat oleh Encik Micheal Tarang. Setelah selesai semuanya, para
peserta bersurai

10.0 LAPORAN REFLEKTIF


Nama

: ALI IMRAN BIN MAD AMIN

Kumpulan

: PISMP PKMP 1 Ambilan Januari 2013

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pada semester ini kami telah berjaya
menjalani Program Bina Insan Guru (BIG) dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Setiap guru pelatih yang menuntut di IPG akan melalui Bina Insan Guru ini. Bina
Insan Guru pada semester kedua ini merupakan khidmat komuniti. Setiap siri telah
menggabungkan tiga kumpulan. Kumpulan kami bersama kumpulan Pendidikan
Khas Masalah Pembelajaran 2 dan pengajian Bahasa Cina terlibat bagi Program
BIG bagi siri yang pertama
Bina Insan Guru pada kali ini telah diadakan di Institut Pendidikan Guru
Kampus Batu Lintang pada tarikh 22 Jun 2013. Kami telah di arahkan untuk
berkumpul di hadapan Taza seawal jam 7.00 pagi. Kami telah memulakan majlis
dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Ibu Pertiwiku diikuti dengan nyanyian lagu
IPG. Selepas itu kami bersama-sama menadah tangan berdoa yang dipimpin oleh
saya sendiri agar Bina Insan Guru kami pada kali ini berjalan dengan lancar.
Selepas itu, kami telah mendengar taklimat ringkas yang disampaikan oleh
penyelaras Program Bina Insan Guru iaitu Encik Michael Tarang. Setelah itu, kami
pun bergerak ke Gimnasium dan disambut oleh para-para pensyarah daripada
Jabatan Pendidikan Jasmani. Kami mendengar taklimat mengenai perjalanan
program daripada ketua jabatan Pendidikan Jasmani iaitu Encik Dana Raja dan
seterusnya memberikan pembahagian tugas kepada kami. Tujuan utama kami

adalah untuk membantu para pensyarah untuk memindahkan, menyusun dan


membersihkan segala barang-barang yang terdapat di dalam Gimnasium tersebut.
Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan memulakan
tugas masing-masing pada pukul 8.30 pagi. Saya dan ahli kumpulan yang lain yang
terdiri daripada kalangan lelaki ditugaskan untuk memindahkan dan mengangkat
segala rak-rak yang terdapat di dalam bilik pensyarah asal yang lama ke pejabat
yang baru iaitu yang terletak di dalam Gimnasium. Bak kata pepatah berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing. Walaupun terdapat

pelbagai jenis dan berat yang

berbeza pada rak-rak tersebut kami berjaya memindahkan kesemuanya ke tempat


yang baru.
Dalam pada itu juga, kami dikehendaki untuk mengeluarkan semua barangbarang yang terdapat di dalam stor lama yang terletak di dalam Gimnasium tersebut.
Kami dikehendaki untuk mengasingkan alatan-alatan sukan yang masih di dalam
keadaan baik dan memindahkannya ke dalam stor yang baru. Manakala alatanalatan sukan yang tak boleh digunakan lagi perlu lah di asingkan dan akan menjalani
proses pelupusan. Dengan keadaan stor yang kelihatan lama dan usang tersebut
kerja-kerja pembersihan amat sukar dijalankan namun masalah tersebut dapat
ditangani oleh kami sekumpulan. Malahan itu, kerja pembersihan seperti ini
kelihatan mudah namun memerlukan tenaga kerja fizikal yang banyak dan
memerlukan kesabaran yang yang tinggi.
Setelah itu tepat pada jam 10.30 pagi, kami semua dihidangkan dengan
makanan yang ringkas yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Dalam pada itu,
saya mengambil peluang tersebut untuk berehat dan berkenal-kenalan

di

antara

rakan-rakan yang berada di dalam kumpulan lain terutamanya kumpulan pengajian

bahasa cina. Ini kerana kesibukan ketika menjalani kehidupan sebagai seorang
pelajar di IPG menyebabkan kurangnya interaksi diantara saya dengan kumpulankumpulan yang lain dan dengan adanya program BIG seperti ini dapat merapatkan
lagi hubungan sesama kami dan warga IPG seluruhnya.
Tepat pada jam 11.00 pagi kami semua menyambung semula untuk
menyiapkan tugas yang telah diberikan. Namun begitu, semangat kerjasama antara
kalangan kami kelihatan amat ketara kerana terdapat rakan-rakan yang telah
menyelesaikan tugasan mereka membantu kami dan ini menunjukkan bahawa
semangat kerjasama yang telah dipupuk pada kami ketika berada di dalam IPG
terbukti berkesan serta dipraktikkan dengan baik. Setalah menyelesaikan tugasan di
stor tersebut, kami turut sama-sama membantu rakan-rakan yang lain. Di mana kami
perlu menyusun semula fail-fail pensyarah di tempat yang baru dan menyusun
semula peralatan-peralatan sukan di tempat yang baru. Dengan tenaga kerja yang
banyak, maka kerja tersebut dapat dilakukan dengan jayanya tanpa mengalami
sebarang masalah yang sulit.
Setelah itu, pada jam 12.30 tengah hari makanan tengah hari telah pun
terhidang dan kami semua menjamah selera dan program akan bersambung pada
jam 1.30 petang. Ini kerana untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar Islam
untuk menunaikan solat zohor. Tepat jam 1.30 petang program BIG bermula kembali
dan kami ditugaskan untuk membersihkan dan melakukan pemeriksaan terhadap
segala tugas-tugas yang diselesaikan. Di samping itu juga, saya dan beberapa
orang ahli kumpulan ditugaskan pula untuk melakukan pembersihan di sekitar
kawasan luar Gimnasium. Dengan mengerah segala tenaga yang ada, kami berjaya
menumbangkan sebuah pokok besar yang berada di kawasan luar kawasan
Gimnasium tersebut atas arahan pensyarah pembimbing. Kerja pembersihan juga di

jalankan bersama dan semua berjaya dijalankan dengan jayanya. Ucapan tahniah
telah diberikan kepada kami semua kerana telah berjaya menyelesaikan segala
tugasan di dalam masa yang telah ditetapkan. Tepat jam 3.00 petang, kami semua
telah diberikan kebenaran untuk bersurai
11.0 PENILAIAN KENDIRI
Program Bina Insan Guru kali ini sangat memberi banyak manfaat kepada
kami semua lebih-lebih lagi kepada saya. Seperti yang semua telah sedia maklum
program kali ini berkaitan dengan khidmat komuniti di mana kami semua terlibat
secara langsung melakukan kerja-kerja amal dan beramah mesra dengan
masyarakat di sekeliling.
Seperti semua aktiviti lain, sebelum bermulanya sesuatu aktiviti kami akan
menerima taklimat dari pensyarah yang bertugas. Di dalam Program Bina Insan
Guru pada kali ini kami telah di beri taklimat oleh Encik Michael Tarang. saya berasa
kagum apabila melihat beliau berucap di hadapan. Ini memberi motivasi kepada
saya supaya berusaha lebih gigih untuk membaiki diri saya. Ini kerana walaupun
sudah dua tahun saya berada di IPG tetapi saya masih lagi merasa gugup apabila
bercakap di khalayak ramai. Sebagai seorang guru, kita haruslah membuang rasa
gugup itu. Ini kerana apabila kita mengajar di hadapan kelas rasa gugup itu boleh
menyebabkan ilmu yang di sampaikan menjadi kurang jelas dan sukar di fahami.
Sebelum memulakan kerja, kami telah di beritahu tentang tugas-tugas yang
akan kami lakukan. Setelah menerima taklimat, kami mendapati bahawa tugas yang
di berikan agak banyak dan harus di selesaikan dalam masa yang singkat. Untuk
menyelesaikan tugas yang banyak di dalam masa yang singkat pembahagian tugas
yang sistematik amatlah diperlukan. Di sini saya dapat melihat betapa pentingnya

sifat kepimpinan di dalam diri seorang pelajar. Jika seseorang itu tidak mampu untuk
memimpin kumpulan yang dipertanggungjawabkan, mustahil untuk kerja yang
diamanahkan itu dapat diselesaikan dengan baik. Semasa kami melakukan khidmat
masyarakat ini kami telah dibahagikan mengikut kelas. Jadi di sini sifat kepimpinan
seorang ketua kelas amatlah penting dan diperlukan. Secara tidak langsung,
Program Bina Insan Guru ini telah memupuk sifat kepimpinan di dalam diri kami
semua.
Semasa Program Bina Insan Guru ini juga saya telah mempelajari betapa
pentingnya sifat tanggungjawab di dalam diri kita. Ini kerana apabila tugas telah di
bahagi, kami tidak di perhati oleh pensyarah yang bertugas. Apabila sifat tidak
bertanggungjawab wujud di dalam diri seseorang itu, ianya akan menyebabkan kerja
yang di berikan tidak dapat disiapkan dengan lancar. Contohnya akan ada insan
yang mencuri tulang atau mengambil kesempatan terhadap kerajinan orang lain.
Sifat seperti ini haruslah di buang dari dalam diri kita selaku seorang guru yang akan
mendidik anak bangsa. Kita haruslah memupuk sifat tanggungjawab di dalam diri
kita agar kita dapat menjadi seorang guru yang berguna.
Selain daripada itu juga, sifat kerjasama sesama kita amatlah penting. Apabila
kita mempunyai sifat kerjasama semua kerja yang diberikan akan dapat diselesaikan
dengan mudah dan cepat. Sebagai contoh, walaupun saya tidak beberapa mahir
dalam melakukan sesuatu penyusunan terutamanya dalam mengasing sesuatu
benda dalam kuantiti yang banyak, tetapi saya tetap membantu rakan-rakan yang
lain di dalam melakukan kerja tersebut. Dalam masa yang sama, saya dapat
mempelajari serba sedikit kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik yang betul
daripada mereka. Oleh itu, apabila kita melakukan kerja di dalam kumpulan
kerjasama sesama ahli kumpulan amatlah penting.

Kesimpulannya, semasa Program Bina Insan Guru ini saya mendapat


pelbagai ilmu baharu yang dapat saya aplikasikan di dalam kehidupan seharian
saya. Program Bina Insan Guru ini juga telah berjaya memberi motivasi diri saya
supaya menjadi seorang guru yang lebih baik dan mampu mendidik anak bangsa
dan dapat saya simpulkan di sini bahawa Program Bina Insan Guru pada kali ini
berjalan dengan lebih lancar. Tidak banyak masalah yang kami hadapi semasa
melalui Program Bina Insan Guru. Tahniah kepada pihak pengurusan kerana berjaya
menganjurkan program yang sangat baik.
12.0 PENUTUP
Dengan berakhirnya program Bina Insan Guru ini saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih dan pujian ke atas pensyarah pembimbing yang telah
menjadikan BIG siri 3 ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Selain itu, tahniah juga
diucapkan kepada ahli jawatankuasa yang telah menjalankan tugas mereka dengan
begitu jayanya dan begitu

baik sekali. Namun begitu, setiap kekuatan dan

kelemahan boleh diambil sebagai iktibar dan boleh diperbaiki lagi di masa yang
akan datang

13.0 LAMPIRAN

Rajah 1 : Taklimat ringkas sedang dijalankan oleh Encik Micheal Tarang

Rajah 2 : Taklimat dan pembahagian tugas oleh Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani

Rajah 3 : Proses pengasingan fail sedang dijalankan

Rajah 4 : Alatan-alatan sukan yang telah diasingkan

Rajah 5 : Memindahkan rak-rak ke tempat yang baru

Rajah 6 : Encik Micheal Tarang turut turun padang bersama menjayakan program BIG ini

Rajah 7 : Semangat berpasukan Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Rajah 8 : Proses penyusunan fail sedang dijalankan

Rajah 9 : Fail yang telah disusun di lokasi yang baru

Rajah 10 : Proses menebang pokok sedang dijalankan

SKOP KERJA

Mengangkat fail-fail, kerusi dan


meja pensyarah serta rak-rak
dari pejabat PJK lama ke bilik
Gimnasium

Mengemas dan menyusun


semula peralatan sukan
dalam Gimnasium

Mengemas dan menyusun


fail-fail/portfolio pelajarpelajar yang lama di stor
utama Gimnasium

Menyisih semua bahan-bahan


yang tidak diperlukan dari storstor