Anda di halaman 1dari 17

KRL 3043

LATIHAN ILMIAH
TUGASAN INDIVIDU

KAJIAN TINDAKAN
NAMA

SELVAN A/L BALA KRISHNAN

NO. MATRIK
PPGBT00261/2011/1/KI

PROGRAM
PPG TAMIL

KUMPULAN
B

KAJIAN TINDAKAN SAINS 5


PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BUMI DAN ALAM SEMESTA TAHUN 5

ABSTRAK
Kajian ini adalah berfokuskan kepada penggunaan Teknik Kajian Lapangan dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Matlamat utama kajian ini dilakukan ialah untuk
mengenali sejauh mana teknik pengajaran dan pembelajaran secara eksperimen kajian
lapangan dapat merubah pemahaman, sikap dan minat mereka terhadap mata
pelajaran Sains yang bertemakan Bumi dan Alam Semesta. Kebanyakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah berkisarkan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang biasa seperti yang biasa seperti teknik perbincangan di dalam
kumpulan, simulasi mengenai tajuk dan projek sains di dalam kumpulan. Selain itu,
kajian ini juga dilakukan dengan tujuan untuk mengenali bagaimana respon pelajar
terhadap teknik pengajaran dan pembelajaran sebegini dapat mempengaruhi minat
mereka terhadap mata pelajaran Sains Bumi dan Alam Semesta. Guru guru Sains
Sekolah Rendah khususnya yang mengajar Tahun 5 mungkin telah sedia maklum
bahawa tema pembelajaran ini merupakan tema yang paling sukar dikuasai jika
bergantung kepada teknik pengajaran dan pembelajaran dengan secara teori umum
dan perbincangan sesama di dalam kelas sahaja. Selain itu, kajian ini memfokuskan
tentang persepsi pelajar mengenai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian dalam membantu mereka membina konsep pelajaran. Menurut beberapa
kajian yang dijalankan, antara punca kegagalan mata pelajaran Sains adalah kerana
pelajar tidak memahami konsep pelajaran dan konsep konsep yang telah dipelajari.
Manakala guru kebiasaannya hanya menerapkan konsep pelajaran secara berpusatkan
guru tanpa memberi ruang pelajar memperbaiki dan seterusnya membina konsep
pelajaran mereka sendiri di dalam minda mereka. Seterusnya pelajar akan dibantu
memahami dan membina kemahiran proses sains (KPS) di dalam minda melalui aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berbentuk kajian lapangan. Kemahiran proses sains
menurut Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5 (2003), yang digubal dan diterbitkan
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan
rangkuman kemahiran yang wajib dikuasai pelajar dalam aktiviti berbentuk eksperiman
( ujikaji dan kajian lapangan). Kemahiran ini yang akan membantu mereka menjawab
soalan soalan Sains Bahagian B terutama yang terdiri daripada Soalan Soalan
Pemikiran Beraras Tinggi ( HOTS ). Jika kemahiran proses Sains ini tidak dapat
dikuasai dalam aktiviti Sains , maka ianya sukar bagi pelajar pelajar terutama pelajar
sekolah rendah untuk memahami konsep pelajaran yang diterapkan menerusi aktiviti
tersebut. Melalui kajian lapangan ini juga ia akan membantu pelajar mengenal satu
persatu soalan yang mengaitkan dengan kemahiran proses sains.

BAB 1
PERMASALAHAN KAJIAN
PENDAHULUAN
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masalah utama yang masih
membendung atau menyelubungi pelajar pelajar dalam matapelajaran Sains ialah
mengenai soalan pada Bahagian B. Ia melibatkan banyak soalan yang memerlukan
pelajar berfikir secara kritis dan kreatif daripada konsep pelajaran yang diterapkan dan
kemudian diterjemahkan atau diaplikasikan bergantung dengan soalan yang
dikemukakan. Dalam masalah kajian ini, terdapat pelajar yang mengalami masalah
dalam memahami konsep atau tersalah konsep (misconception). Masalah yang
dihadapi amat kritikal terutama berkaitan dengan Tema Bumi dan Alam Semesta.

LATAR BELAKANG KAJIAN


Berikut adalah sedikit sebanyak latar belakang masalah yang dikaji. Semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya telah mengenalpasti bahawa
terdapat sebahagian besar pelajar tidak memahami konsep dalam Tajuk : Kejadian
Siang dan Malam. Saya telah menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang
biasa seperti perbincangan dan penggunaan teknologi video yang telah dimuat turun
daripada sumber tertentu mengenai konsep Kejadian Siang dan Malam dengan
harapan pelajar akan dapat menangkap isi isi konsep pelajaran yang hendak
diterapkan pada hari itu. Seperti biasa pelajar akan diberikan lembaran kerja seperti
aktiviti pengukuhan dan pengayaan sejurus selepas aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Namun setelah disemak, hasil kerja yang diberikan oleh pelajar amat
mengecewakan. Kemudian saya telah memberikan lagi aktiviti pemulihan dengan
tujuan untuk memulihkan dan memperhalusi pemahaman mereka mengenai konsep
pelajaran dari sudut pandangan yang lebih senang.
Selain itu, bimbingan berterusan secara individu turut juga diberikan untuk
meningkatkan pemahaman mereka di dalam tajuk ini. Malangnya usaha itu turut
terbantut apabila sebahagian pelajar gagal menerangkan konsep pelajaran yang betul
dan tepat. Mereka lebih cenderung untuk menyatakan Kejadian Siang dan Malam
berpunca daripada pusingan bumi mengelilingi matahari. Pelajar yang menjawab
soalan dalam aktiviti pengayaan turut mengalami masalah dari segi penggunaan
struktur ayat. Itu merupakan salah satu petanda bahawa pelajar telah masalah
memahami konsep pelajaran apabila pelajar menyatakan pusingan dan bukannya
putaran. Pengunaan ayat ini menjelaskan lagi permasalahan ini, terutama jika dinilai
dari aspek Kemahiran Proses Sains iaitu membuat hipotesis dan membuat kesimpulan
aktiviti pengayaan. Antara kesilapan utama ialah, bumi berpusing mengelilingi matahari
dari timur ke barat. Jika difahami dengan lebih teliti, pelajar telah menerangkan konsep
yang kurang tepat apatah lagi dari segi teori. Jika mengikut teori, jawapan yang betul
2

untuk konsep ini adalah adalah bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur. Saya
juga telah memberikan satu set soalan ala UPSR berdasarkan pada topik tadi, namun
jawapan yang diberikan oleh pelajar amatlah mengecewakan dan tidak menepati
konsep yang telah diajar. Majoriti pelajar tidak dapat menguasai Kemahiran Proses
Sains yang diuji pada soalan tersebut seperti memerhati, mengelas, membuat inferens,
mengawal pembolehubah, meramal dan mentafsir data. Masalah pemahaman konsep
ini juga merebak ke Tajuk Sains yang lain seperti Pergerakan Bumi dan Bulan
Mengelilingi Matahari dan Fasa Fasa Bulan. Pelajar pelajar tidak begitu memahami
konsep yang diajar secara teori dan simulasi di dalam kelas. Misalnya mereka
menerangkan Pergerakan Bumi sahaja mengelilingi matahari namun tidak kepada
bulan. Manakala dalam Tajuk Fasa Fasa Bulan, pelajar menerangkan fasa fasa
bulan yang terhasil adalah kerana Bulan mempunyai cahaya sendiri. Jawapan ini
sebenarnya telah lari daripada konsep pelajaran yang hendak diterapkan, di mana
mereka tidak memberikan jawapan yang tepat kerana mendapat jawapan daripada
hasil perbincangan dan penerangan guru. Mereka tidak mendapat jawapan daripada
konsep pelajaran berdasarkan kajian yang dilakukan sendiri dan merasai sendiri kajian
yang mereka lakukan.

KONSEP KAJIAN
Untuk kajian ini, penggunaan kerangka konsep yang akan digunakan adalah
berdasarkan kepada variabel (pembolehubah) yang tidak bersandar dan kepada
variabel (pembolehubah) bersandar (dependent). Penerangan kerangka konsep ini
adalah seperti berikut.

OBJEKTIF KAJIAN
Jika merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Sains (2003) terbitan Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, bidang dan aktiviti dalam
mata pelajaran Sains bergantung kepada kemahirankemahiran dan teknik pengajaran
yang hendak diterapkan. Kajian Sains Sekolah Rendah adalah menekan kepada 4
konsep asas iaitu eksperimen, lawatan keluar, projek dan pemerhatian. Di antara
pentingnya kajian lapangan ini adalah berdasarkan beberapa aspek.:(a) Mengenalpasti kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dalam aktiviti
yang berasaskan bumi dan alam semesta.
(b) Menjadi sumber rujukan dan kefahaman guruguru akademik dan pengamal
akademik Sekolah Rendah dalam mencari kaedah terbaik mengajar topic
ini.
(c) Meningkatkan minat pelajar dalam mengenal dunia Sains mengenai alam
semesta.
3

KEPENTINGAN KAJIAN
Berdasarkan tujuan kajian yang dilampirkan pada, maka tujuan kajian adalah seperti
berikut :
(a) Mengenalpasti kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dalam pengajaran dan
pembelajaran topic Kejadian Siang dan Malam.
Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar di dalam topik ini.
Memberi inspirasi kepada guru Sains dalam mengolah teknik pengajaran
yang sesuai untuk topik ini.
Membuktikan teknik kajian lapangan adalah teknik yang paling sesuai untuk
pengajaran dan pembelajaran dalam topik ini.
(b) Menjadi sumber rujukan dan kefahaman guruguru akademik dan pengamal
akademik Sekolah Rendah.
Rujukan utama guruguru Sains dalam meningkatkan kefahaman pelajar.
Alternatif terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan
kebolehan dan tahap pemikiran pelajar.
(c) Meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari Sains bertemakan Bumi dan Alam
Semesta.

BATASAN KAJIAN
Kajian ini adalah terhad kepada pelajar pelajar sebuah sekolah rendah di
Kupang, Kedah. Seramai 16 orang pelajar telah terlibat secara langsung di dalam kajian
ini. Sekolah yang dipilih adalah terletak di pedalaman dan terdiri daripada pelbagai
jantina dan taraf sosioekonomi. Keputusan kajian adalah terhad kepada sekolah yang
dikaji sahaja.

DEFINISI PEMBOLEHUBAH KAJIAN


Salah satu cabang teknik pengajaran dan pembelajaran berdasarkan eksperimen.
Eksperimen jika mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5 (2003) terbahagi
kepada dua iaitu ujikaji dan kajian lapangan. Ini merupakan salah satu tunjang dalam
membina pemahaman pelajar melalui konsep inkuiri penemuan yang menjadi asas
dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Sekolah Rendah.
Bumi dan Alam Semesta :

Salah satu topik yang wajib dipelajari dan dikuasai oleh pelajar sekolah rendah
tahap 2, di mana bertemakan kajian terhadap bumi dan alam semesta. Pemetaan
berdasarkan Sukatan Pelajaran Sains Tahun 4, 5 dan 6 namun dalam kajian ini Tema
pada Sains Tahun 5 yang akan dipilih. Aktiviti pengayaan dan pengukuhan : Aktiviti
setelah isi dan konsep matapelajaran pada hari itu yang diajar, untuk membantu pelajar
dalam latihan dan sebagai latih tubi matapelajaran. Latihan yang diberikan adalah
berdasarkan sukatan pelajaran dan melibatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( HOTS).
Kemahiran Proses Sains : prosedur dan kemahiran yang wajib dikuasai semasa pelajar
menjalani praktikal dalam amali Sains. Ia terdiri daripada beberapa kemahiran seperti
memerhati, mengelas, mengukur dengan menggunakan nombor, membuat inferens,
mengawal pembolehubah, mendefinisikan konsep, meramal, berkomunikasi dan
mengeksperimen.
Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) : Salah satu sumber rujukan utama guruguru
dalam merancang isi pengajaran dan pembelajaran untuk minggu persekolahan.
Huraian ini diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk setiap guru yang mengajar matapelajaranmatapelajaran tertentu
mengikut jadual waktu yang ditetapkan pihak sekolah. Ia juga menjadi sumber rujukan
kepada guru untuk membuat Rancangan Tahunan, Rancangan Pelajaran Harian dalam
Buku Persediaan Mengajar Guru. Latihan Dalam Perkhidmatan ( LDP ) : Salah satu
latihan dan kursus yang dianjurkan pihak jabatan dan agensi tertentu. Tujuannya adalah
untuk memperkenalkan teori baru, pembaharuan yang dilakukan kementerian dan
sebagai latihan dalaman.

RUMUSAN KAJIAN
Secara umumnya, kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah dan cara
untuk meningkatkan pemahaman pelajar mengenai tema yang ditunjukkan untuk
meningkatkan lagi kefahaman pelajar di sekolah. Kajian ini mempunyai singnifikan
dengan beberapa kajian sebelumnya tetapi penegasan dilakukan terhadap kajian
lapangan dalam mempengaruhi pemahaman pelajar pelajar itu sendiri.

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
PENDAHULUAN
Dalam bab ini, diturunkan mengenai kajian dan tinjauan literatur yang pernah
dilakukan oleh ahli akademik pada beberapa tahun lalu untuk panduan dan rujukan.
Literatur berkaitan adalah berfokus kepada kaedah pengajaran Sains dapat merubah
sikap dan mentaliti pelajar terhadap penerimaan konsep sesuatu pelajaran. Ini
bertujuan menerangkan bagaimana kajian lapangan ini diimplimentasikan dalam kajian
yang akan dijalankan. Kajian lapangan akan menjadi fokus utama dalam merubah
pemahaman, sikap dan persepsi pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Sains Tahun 5.
Manakala kajian literatur berfokus kepada kajiankajian lepas yang meliputi
teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran Sains Sekolah Rendah. Ianya
berfokus bagaimana teknik yang diterapkan dapat mempengaruhi pencapaian dan
pemahaman pelajar berdasarkan kajiankajian yang dilakukan. Terdapat beberapa
kajian yang pernah dilakukan oleh guruguru sebagai kajian tindakan mereka. Ini akan
memberi kesan khusus yang meliputi pemahaman pelajar terhadap aplikasi Kemahiran
Proses Sains (KPS) dalam menjawab soalan bercirikan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah.

TEORI DAN KONSEP


Menurut Norlia Abdul Ghani ( 2012 ) selaku Pengetua Cemerlang SMK Pendeta
Zaba menerusi laman web http://www.adap.com.my/info.php?id=1067, Kerja lapangan
dan aktiviti di luar bilik darjah boleh meningkatkan pengetahuan seseorang pelajar.
Tambahnya lagi, seseorang pelajar itu perlu diberikan pengalaman sebenar di luar bilik
darjah untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan juga motivasi diri seterusnya menjana
kecemerlangan. Bagi saya memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar adalah
suatu aspek pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang begitu berkesan di luar kelas
kerana pengalaman itu mereka lalui sendiri berbanding hanya sekadar melihat atau
mempelajari sesuatu perkara melalui buku, majalah atau alam siber semata-mata, Ini
memberi penjelasan mengenai kajian lapangan yang dijalankan di luar bilik darjah akan
meningkatkan pengetahuan yang mendalam mengenai sesuatu konsep itu.
Berbalik kepada kajian yang akan dilakukan, kajian lapangan dalam
matapelajaran Sains akan menggunakan teknik pengajaran yang hampir sama iaitu
berlandaskan mengenai pengajaran dan pembelajaran di luar kelas untuk mengetahui
fenomena yang dikaji seperti Tema Kejadian Bumi dan Alam Semesta. Manakala Zurida
6

Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idrus, Mohd Ali Samsudin (2005) di dalam buku
Kaedah Mengajar Sains : Panduan Guru Memahami Strategi Pengajaran dan
Pembelajaran Yang Sesuai Bagi KonsepKonsep Sains juga terbitan PTS Publication
Sdn Bhd ada menerangkan mengenai satu subseksyen mengenai kajian lapangan.
Menurutnya, kajian lapangan adalah berkaitan dengan eksperimen. ... Pengalaman
eksperimen dan kajian lapangan yang berkesan dapat menggalakkan dan
meningkatkan inkuiri. Perancangan yang teliti memang perlu bagi melaksanakan
pendekatan ini dengan berkesan. Guru guru perlu memastikan tempat yang sesuai,
peralatan yang mencukupi dan menyediakan bahan bahan yang bersesuaian. Kajian
lapangan boleh dijadikan konteks bagi pembelajaran berasaskan inkuiri di kalangan
pelajar menerusi interaksi secara koperatif bagi menyelesaikan masalah yang
melibatkan pelajar memerhati, membuat inferens dan kesimpulan berdasarkan
pengetahuan lampau ataupun sumber sumber lain. Kajian lapangan dan pengalaman
di luar kelas yang dirancang dengan teliti memberi pengalaman terus kepada pelajar
yang mungkin tidak akan dapat diadakan di dalam kelas. Kenyataan yang diambil
daripada buku ini menerangkan pentingnya kajian lapangan terhadap dunia sains
terutama di sekolah. Eksperimen sains boleh dijalankan dengan dua kaedah; ujikaji dan
kajian lapangan. Kajian lapangan ini perlu dijalankan apabila sesuatu ujikaji itu tidak
dapat dijalankan di dalam kelas seperti Menyiasat Alam Hidupan. Alam hidupan adalah
bergantung dengan sumber luaran daripada kelas, jadi ia penting bahawa kajian
lapangan diperlukan untuk membuat ujikaji seperti ini. Berbalik kepada Tema Bumi dan
Alam Semesta, terdapat juga beberapa tajuk yang boleh dijalankan secara kajian
lapangan. Contohnya Kejadian Siang dan Malam, FasaFasa Bulan dan beberapa topik
lagi yang difikirkan sesuai. Guru harus merancang kajian lapangan ini dengan teliti
untuk memastikan konsep pengajaran dan pembelajaran ini menepati konsep awal
pelajaran untuk pelajar

KAJIAN-KAJIAN LEPAS
Antara kajiankajian yang pernah dilakukan ialah kajian mengenai minat dan
sikap pelajar terhadap matapelajaran Sains di sekolah rendah. Kebanyakan kajian
adalah berfokus kepada cara untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
Sains di Sekolah Rendah, namun pada masa yang sama ia membantu dalam
meningkatkan minat dan kefahaman pelajar untuk turut serta di dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran Sains Sekolah Rendah. Antara kajiankajian yang
pernah dilakukan adalah tertera di bawah. Stanley Laja Anak Jimbau. (2004) dalam
kajian tindakan Mengkaji Minat dan Sikap Serta Cara-Cara Meningkatkan Minat MuridMurid Terhadap Pembelajaran Sains di Sekolah Kebangsaan Bandaran No.3 Sibu telah
membuat dan melaksanakan satu kajian secara menyeluruh terhadap pembelajaran
Sains di salah sebuah sekolah di Sibu. Ia berfokus kepada kajian terhadap minat dan
persepsi pelajar terhadap matapelajaran Sains. Penilaian juga dilakukan dari segi sikap
pelajar dalam pembelajaran Sains. Kajian juga berfokus dengan cara meningkatkan
7

minat pelajar terhadap pembelajaran Sains. Pendekatan yang dilakukan oleh beliau
lebih kepada sesi soal selidik dan cara meningkatkan teknik pengajaran dan
pembelajaran Sains di sekolah rendah. Manakala Chin Han Wei dalam Kajian Tentang
TeknikTeknik Untuk Meningkatkan Minat dan Sikap MuridMurid Terhadap
Matapelajaran Sains Di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pei Yuan Kampar
telah memfokuskan kajian mengenai cara untuk meningkatkan minat dan sikap
terhadap matapelajaran Sains di sebuah sekolah beraliran Cina iaitu di Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan (SJKC). Kajian ini juga pertama kali dilakukan terhadap
sebuah sekolah berteraskan vernakular dan ia mengkaji pelbagai persepsi pelajar di
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains sekolah Rendah. Aliran yang
diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran Sains mungkin berbeza, namun
masih kekal pada matlamat yang sama iaitu meningkatkan mutu dan minat pelajar
terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains di Sekolah Rendah. Aspek keperluan
bahan bantu pengajaran dan pembelajaran Sains turut memainkan peranan dalam
membantu guru memberi penerangan berkesan mengenai topik yang akan diajar.
Seperti dalam petikan jurnal pendidikan yang disediakan oleh Lilia Halim, Mohd Idris
Abdul Hamid, T. Subahan M Meerah dan Kamisah Othman (2006) yang berjudul
Analisis Keperluan Guru Guru Sains Sekolah Rendah Dalam Aspek Pengajaran Sains
Di Kota Setar, Kedah ; ia menerangkan betapa pentingnya bahan bantu pengajaran dan
pembelajaran dalam merangsang minda dan meningkatkan motivasi pelajar untuk
mempelajari Sains. Walaupun pada dasarnya ia menerangkan mengenai kepentingan
Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains
namun dengan adanya aktiviti kajian di dalam kelas maka Bahan Bantu Mengajar
memainkan peranan penting kepada guru untuk mencapai objektif pengajarannya pada
hari itu. Semakin menarik Bahan Bantu Mengajar yang digunakan, semakin baik teknik
mengajar yang hendak diterapkan kepada pelajar. Setiap teknik pengajaran dan
pembelajaran mempunyai Bahan Bantu Mengajar yang tersendiri bagi mencapai
objektif pengajaran guru pada hari itu.

RUMUSAN KAJIAN

Terdapat beberapa kajian dan kenyataan mengenai kajian lapangan dan cara
meningkatkan kefahaman pelajar dalam mata pelajaran Sains. Penerangan dan kajian
lengkap mengenai teknik kajian lapangan belum dipastikan samada pernah dilakukan
sebelum ini, namun sumber sumber rujukan yang diperoleh dapat memberi gambaran
bahawa penggunaan teknik pengajaran yang berlainan daripada kaedah biasa di dalam
kelas mampu meningkatkan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran Sains dan
melonjakkan kepentingan Sains dalam potensi diri pelajar.

BAB 3
METODOLOGI
PENDAHULUAN
Perkara yang akan diperbincangkan di dalam bab ini adalah mengenai aspek
yang merangkumi bagaimana kajian ini akan dijalankan Ia menyentuh dari aspek
tertentu seperti bentuk kajian yang akan dilakukan, sampel sampel kajian yang akan
dikongsi, lokasi kajian dijalankan, instrumen yang digunapakai dalam kajian, prosedur
kajian, teknik mengutip data kajian dan bagaimana data dianalisis. Ini akan menentukan
sejauh mana kajian ini dapat membuktikan bagaimana teknik kajian lapangan ini dapat
membantu untuk mengubah konsep dan pengetahuan pelajar dalam tema Bumi dan
Alam Semesta.

REKA BENTUK KAJIAN


Bentuk kajian yang dijalankan adalah berdasarkan kajian lapangan yang
dihasilkan oleh pelajar itu sendiri sambil mendapat bimbingan daripada guru bagaimana
untuk melaksanakannya. Topik yang disenaraikan adalah sesuai untuk dilaksanakan
dalam kajian lapangan, jadi kebanyakan hasil pelajar akan direkodkan untuk tujuan
perbandingan dan analisis data terhadap pemahaman mereka. Perbandingan tersebut
dianalisis antara kefahaman awal pelajar menerusi kaedah perbincangan sesama guru
di dalam kelas dengan kaedah kajian lapangan yang berteraskan inkuiri penemuan
untuk Tema Bumi dan Alam Semesta. Selain itu, satu set soalan berpandukan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (Bahagian B) akan diedarkan kepada pelajar pada sebelum
kajian lapangan dilakukan; yakni semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
dan selepas kajian lapangan ini dilakukan. Ianya bertujuan untuk pelajar membanding
beza pengetahuan awal dan pengetahuan akhir mereka dalam topik yang
diperbincangkan. Soalansoalan yang dikemukakan adalah berlandaskan pada topik :
1. Kejadian Siang Dan Malam.
2. Bumi dan Bulan Beredar Mengelilingi Matahari.
Setelah itu, borang soal selidik juga akan diedarkan kepada setiap pelajar
sejurus selepas kajian lapangan tersebut dilakukan. Ianya digunakan untuk memastikan
bagaimana perubahan teknik pengajaran seperti kajian lapangan ini akan mampu
meningkatkan kefahaman mereka mengenai konsep Sains dalam Tema Bumi dan Alam
Semesta. Soalan soalan adalah terbahagi kepada beberapa aspek iaitu :
9

ASPEK 1 : Pengetahuan konsep pelajaran


ASPEK 2 : Persepsi pelajar terhadap konsep pelajaran.
ASPEK 3 : Persepsi pelajar terhadap matapelajaran sains
ASPEK 4 : Keberkesanan kaedah dari aspek pelajar
ASPEK 5 : Cadangan

LOKASI KAJIAN
Lokasi kajian adalah terletak di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang
Kupang, Kedah. Ia merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di kawasan
pedalaman Baling. Kategori sekolah merupakan Sekolah Kurang Murid (SKM) di mana
responden yang dinilai cuma berjumlah 16 orang pelajar sahaja.

POPULASI KAJIAN
Pembangunan Alat Alat Kajian
1. Instrumen penyelidikan untuk aktiviti Kajian Lapangan Instrumen kajian
lapangan adalah berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5
(2013) dan Buku Teks Praktikal Sains Tahun 5 ( 2012 ), terbitan Kementerian
Pelajaran Malaysia. Ini merupakan salah satu instrumen yang menjadi
sumber rujukan utama dan tidak dapat diubahsuai kerana segala kajian yang
akan dilakukan oleh pelajar adalah berdasarkan daripada buku tersebut.
Segala kajian yang dilakukan di luar panduan buku teks boleh diubahsuai
sedikit asalkan tidak terpesong jauh daripada sukatan yang ditetapkan oleh
pihak kementerian.
Di dalam buku tersebut, terdapat beberapa panduan yang lengkap untuk
membuat kajian lapangan yang meliputi aspek aspek Kemahiran Proses
Sains (KPS) seperti :
1. TUJUAN AKTIVITI
2. BAHAN / RADAS
3. HIPOTESIS YANG HENDAK DIUJI
4. PANDUAN / LANGKAH LANGKAH KAJIAN
5. REKOD KEPUTUSAN KAJIAN
6. SOALAN KAJIAN
7. SOALAN SET UPSR
Kajian lapangan akan diolah berdasarkan paanduan daripada buku teks praktikal
tersebut. Terdapat aspek yang hendak diikuti dalam menjalankan prosedur kajian
10

seperti Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan
Kreatif. Kemahiran Proses Sains adalah salah satu aspek terpenting dalam
menjalankan pengajaran dan pembelajaran Sains di dalam konteks kajian
lapangan. Ianya suatu sebagai bukti dengan adanya prosedur prosedur yang
diikuti akan membolehkan mereka boleh menguasai aspek aspek yang dinilai
dalam kajian secara tidak langsung. Kemahiran ini yang akan menjadi panduan
mereka dalam menjawab soalan Sains terutama Bahagian B. Kemahiran Proses
Sains terbahagi kepada dua iaitu Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran
Manipulatif.Kemahiran Manipulatif pula menyentuh cara pelajar melibatkan diri
dalam pengendalian bahan seperti mengendalikan specimen, radas dan cara
membersihkan radas.
2. Set Soalan Selain itu, satu set soalan ala Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR) akan diedarkan kepada pelajar untuk menguji sejauh mana
kefahaman mereka berbanding teknik pengajaran biasa dan kajian lapangan
yang mereka lakukan itu. Pada mulanya ia akan diberikan berdasarkan teknik
pengajaran yang berpusatkan kelas dan perbincangan. Ini untuk mengkaji
sejauh mana kefahaman mereka pada mulanya berlandaskan teori teori
dan penerangan guru. Kesemua set soalan akan dikumpul dan catatan setiap
markah soalan akan direkod dan disediakan dalam bentuk jadual.
Variabel Kajian
1. Set soalan berbentuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (Bahagian B) Set
soalan yang sama akan diberikan sejurus selepas aktiviti kajian lapangan itu
dilakukan. Ini akan meberi petunjuk kepada sejauh mana impak kajian lapangan
ini dapat mempengaruhi mereka di dalam topik yang diajar pada hari itu.
Tujuannya adalah membuat penilaian terhadap aspek pemahaman pelajar di
dalam konsep pengajaran dan pembelajaran melalui kajian lapangan. Set soalan
ini dikumpul semula dan markah akan direkod dan disusun dalam bentuk jadual
perbandingan.. Set set soalan adalah berdasarkan petikan soalan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan petikan Soalan Ujian Percubaan yang
sebenar.
2. Soal selidik Instrumen soal selidik turut diedarkan bersama selepas kajian
lapangan ini dilakukan. Soalan soal selidik adalah diolah dan berdasarkan
rujukan daripadaborang soal selidik yang dimuatnaik pada laman web seperti
Slideshare. Ia merupakan panduan dalam mengenalpasti perbezaan
pemahaman, sikap dan penerimaan pelajar dalam penggunaan teknik atau
kaedah kajian lapangan ini berbanding kaedah biasa di dalam kelas. Soalan soal
selidik akan dijalankan selepas seminggu kaedah kajian lapangan dilakukan.
Edaran soal selidik akan diberikan kepada pelajar di luar waktu pengajaran dan
11

pembelajaran pada Oktober 2013. Seramai 16 belas pelajar akan menjawab soal
selidik sebanyak 20 soalan sahaja. Soalan soal selidik adalah berda sarkan
jadual penstrukturan item di bawah:

ASPEK 1 : Pengetahuan Konsep Pelajaran


ASPEK 2 : Persepsi Pelajar terhadap Konsep Pelajaran.
ASPEK 3 : Persepsi Pelajar Terhadap Sains
ASPEK 4 : Keberkesanan Kaedah dari aspek pelajar
ASPEK 5 : Cadangan
Berikut adalah pecahan item menerusi aspek soal selidik yang dikemukakan.
Bil
1
2
3
4
5

ASPEK
Pengetahuan Konsep Pelajaran
Persepsi Pelajar terhadap Konsep Pelajaran
Persepsi Pelajar Terhadap Sains
Keberkesanan Kaedah dari aspek pelajar
Cadangan
Jumlah

ITEM
7
7
7
7
2
30

PROSEDUR KAJIAN
Topik kajian ini dipilih selepas berbincang dengan tutor penyelia dan rangka
kerja telah diambil. Kajian ini bertajuk Penggunaan Teknik Kajian Lapangan Terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 5 : Bumi dan Alam Semesta. Salinan
Kajian tindakan ini akan dihantar ke pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Pejabat
Pelajaran Daerah dan sekolah yang dipilih untuk menjalankan kajian untuk tindakan
dan kelulusan daripada pihak berwajib. Surat permohonan menjalankan akan ditujukan
kepada pihak pentadbir sekolah berkenaan.
Sampel set soalan yang dikemukakan akan dimaklumkan terlebih dahulu kepada
pihak pentadbir sekolah dan guru kelas untuk tindakan mereka sebelum dan selepas
aktiviti dijalankan.
Borang soal selidik yang digunakan akan dihantar ke pihak pentadbir sekolah
dan diselia oleh pihak pentadbir sekolah. Borang soal selidik akan dihantar, diteliti dan
dianalisis oleh saya sendiri.
TATACARA KUTIPAN DATA

12

Untuk aktiviti kajian lapangan, data awal menerusi set soalan dikutip dan diteliti.
Ini dilakukan pada sejurus selepas aktiviti kajian lapangan ini dilakukan. Tujuannya
untuk membanding beza data awal dan data akhir selepas kajian dilakukan.
Kemudian mengenai set soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),
perbandingan jawapan adalah berdasarkan jawapan pada pengajaran biasa dan
disusuli dengan pengajaran akhir selepas aktiviti dijalankan. Ini untuk mengkaji data
data berdasarkan pemahaman mereka dalam menjawab soalan berdasarkan soalan
aplikasi Kemahiran Proses Sains iaitu pada Bahagian B.
Borang soal selidik akan diedarkan kepada pelajar. Ia tidak akan dipos tetapi
dikendalikan sendiri oleh pengkaji. Guru kelas tersebut akan membantu untuk
menjawab soalan soal selidik namun pilihan jawapan adalah terletak pada pelajar itu
sendiri. Pelajar akan menjawab dalam tempoh masa 40 minit dengan 30 soalan.

TATACARA ANALISIS DATA


Analisis data untuk aktiviti Kajian lapangan: (Markah Dari .8)
Jenis Soalan

Tarikh Yang Diperolehi


Tajuk:....................................................................
Pengajaran Biasa
Kajian Lapangan

Hipotesis yang dikemukakan


Hasil keputusan yang
dikemukakan
KPS 1 : Memerhati
KPS 2 : Mengelas
KPS 3 : Membuat inferen
KPS 4 : Mengawal
pembolehubah
KPS 5 : Meramal
KPS 6 : Membuat kesimpulan
MARKAH PENUH

13

Analisis data untuk aktiviti 2:


Perbandingan set soalan yang dikemukakan (Markah Dari ..5)

Jenis Soalan

Tarikh Yang Diperolehi


Tajuk:....................................................................

Pengajaran Biasa
Soalan 1

Soalan 2

Soalan 3

Soalan 4

Soalan 5

MARKAH PENUH

14

Kajian Lapangan

Analisis data untuk aktiviti 3:


Perbandingan set soalan yang dikemukakan (Markah Dari ..5)

ASPEK
Pengetahuan Konsep Pelajaran

ITEM

PECAHAN PERSEPSI

Tidak Setuju = .......... orang


Kurang setuju = ...........orang
Bersetuju = ........... orang
Sangat setuju = ........... orang
INDEKS PERSEPSI = ............

Tidak Setuju = .......... orang


Kurang setuju = ...........orang
Bersetuju = ........... orang
Sangat setuju = ........... orang
INDEKS PERSEPSI = ............

Tidak Setuju = .......... orang


Kurang setuju = ...........orang
Bersetuju = ........... orang
Sangat setuju = ........... orang
INDEKS PERSEPSI = ............

Tidak Setuju = .......... orang


Kurang setuju = ...........orang
Bersetuju = ........... orang
Sangat setuju = ........... orang
INDEKS PERSEPSI = ............

Tidak Setuju = .......... orang


Kurang setuju = ...........orang
Bersetuju = ........... orang
Sangat setuju = ........... orang
INDEKS PERSEPSI = ............

Tidak Setuju = .......... orang


Kurang setuju = ...........orang
Bersetuju = ........... orang

15

Sangat setuju = ........... orang


INDEKS PERSEPSI = ............

Tidak Setuju = .......... orang


Kurang setuju = ...........orang
Bersetuju = ........... orang
Sangat setuju = ........... orang
INDEKS PERSEPSI = ............

RUMUSAN
Terdapat beberapa prosedur tertentu dalam membuat kajian ini. Pertama, aktiviti
kajian lapangan harus disediakan terlebih dahulu untuk memastikan pelajar dapat
mengikut secara prosedur prosedur yang termaktub dalam aktiviti. Kemudian, soalan
set yang sama akan diedarkan kepada pelajar untuk menentukan pemahaman mereka
dalam konsep pelajaran sejurus sebelum dan selepas aktiviti dijalankan supaya satu
variabel dapat terhasil. Kemudian pelajar akan dibimbing untuk menjawab instrumen
soal selidik. Ini untuk mengenalpasti kefahaman mereka selepas semua aktiviti
dijalankan dan mengenalpasti pandangan pelajar sejauh mana aktiviti kajian lapangan
ini mempengaruhi pemahaman mereka. Ini akan mencetuskan variabel kedua dalam
aspek pemahaman pelajar terhadap Tema Bumi dan Alam Semesta.

16

Anda mungkin juga menyukai