Anda di halaman 1dari 8

Soalan 1 18

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


1

Kerana ________________ yang gering, hamba bersusah-payah mencari ubat


untuk merawat penyakitnya yang ganjil itu, kata tabib istana kepada para
menteri.
A tuan hamba
B tuanku
C biduanda
D datuk

Masnah, Lily dan Alia tinggal berdekatan antara satu sama lain. ______________
selalu pulang ke rumah bersama-sama.
A Kalian
B Kami
C Mereka
D Dia

Siti Marina menjalani latihan _______________ di Pusat Akuatik Negara selama


lima hari dalam seminggu.
A berkayak
B berenang
C berjoging
D bersenam

Puan Karmaliza amat gemar menonton drama Melayu lama. ______________,


drama yang dilakonkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
A dengan itu
B kalau begitu
C oleh sebab itu
D lebih-lebih lagi

Pertandingan reka cipta yang diadakan itu dijangka dapat _____________ bakatbakat baharu.
A melatih
B memupuk
C mengasah
D mencungkil

Pihak polis akan ____________ gerakan bagi menjejaki kumpulan penculik itu.
A menghebati
B memperhebat
C menghebatkan
D memperhebatkan

Sungai di kawasan pedalaman itu hanya sesuai ______________ pada waktu


siang.
A dilalui
B disusuri
C direntasi
D dihubungi
Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah ini.

Azizul dan rakan-rakannya___________________ sampan untuk ke Pulau


Santubong.
A mendayung
B dayungan
C pendayung

Kakak terdengar bunyi seperti orang ____________ mancis api dari luar rumah
pada tengah malam itu.
A mencalit
B mencalar
C mencoret
D mencelup

10

Haziman terpaksa menuntun motosikalnya sejauh dua kilometer kerana


____________ petrol.
A terputus
B keputusan
C pemutusan
D memutuskan

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah ini.

11

Wanita itu _____________ anak kecil menuju ke perhentian bas.


A mengelek
B menjunjung
C mendukung
D menjinjing

12

Bekalan air dan makanan di kawasan peperangan itu semakin ____________


dari sehari ke sehari.
A tenat
B nazak
C tegang
D genting
Ceramah _______________ peredaran orbit itu disampaikan oleh Angkasawan

13

Negara.
A tentang
B dengan
C kepada
D daripada
Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah ini.

14

Harry menerima bungkusan hadiah _______________ guru besar setelah dia


menjuarai pertandingan berpidato.
A daripada
B dari
C kepada
D dengan

15

Cikgu Theyvanboo memberikan _________________ kepada kami tentang


beberapa teknik untuk menangkis tumbukan lawan.
A latih tubi
B tunjuk ajar
C kata nasihat
D panduan hidup

16

Kejayaan yang kita capai ini ternyata amat membanggakan. ________________,


prestasi ini masih perlu kita tingkatkan, kata Guru Besar kepada murid-murid.
A Namun begitu
B Oleh sebab itu
C Tambahan pula
D Bahkan demikian

17

Mak Cik Salamah membeli tiga _____________ rebung dan se_____________


kunyit di pasar tani.
A buku ... biji
B ruas ... ketul
C pucuk ... kerat
D batang ... butir

18

Selepas kematian ibu dan bapanya, Hazim merantau untuk ______________ di


ibu kota.
A mengikut hati
B mengikut jejak
C mengadu untung
D mengadu domba
Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah ini.

19

Budak lelaki itu berusaha mengangkat _______________ batu besar yang telah

20

menghalang laluan perjalanannya.


A sebuah
B seketul
C sebiji
D sebentuk
Pak Cik Hashim termangu apabila melihat padi yang dijemurnya dimakan burungburung.
Pilih perkataan seerti bagi termangu.
A terkedu
B terkejut
C terdiam
D termenung

21

Pandangan nenek kabur pada waktu malam kerana dia rabun malam.
Pilih perkataan berlawan bagi kabur.
A jelas
B nyata
C cerah
D jernih

Soalan 22-23
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
22

I Baju sekolah adik menjadi bersih setelah disuci oleh ibu dengan sabun buku.
II Makanan yang dibuat daripada tepung suci itu biasanya dijual pada bulan
Ramadan.
III Ibu dan ayah selamat pulang dari Tanah Suci setelah empat puluh hari berada
di sana.
IV Niat suci hartawan itu mendermakan sebahagian daripada hartanya kepada
A
B
C
D

anak-anak yatim sangat dihargai.


I dan III sahaja
III dan IV sahaja
I, II, dan III sahaja
II, III, dan IV sahaja

23

I Puan Maziah menggantungkan kain yang masih basah itu di ampaian.


II Mekanik itu menggantungkan basikal Ravichandran semasa membaikinya.
III Ibu bapa menggantungkan harapan yang sangat tinggi kepada anak-anak
mereka.
IV Kehidupan Nek Jah yang sangat daif itu banyak menggantungkan pada belas
A
B
C
D

24

kasihan jiran-jirannya.
I dan IV sahaja
II dan III sahaja
I, II, dan III sahaja
II, III, dan IV sahaja

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah ini.


Siapakah yang mudah terpengaruh oleh apa-apa yang ditayangkan di televisyen?
A Rancangan televisyen banyak mempengaruhi pemikiran penonton.
B Pengaruh televisyen amat besar kepada semua golongan penonton.
C Kanak-kanak mudah terpengaruh oleh rancangan yang disiarkan di televisyen.
D Kanak-kanak gemar sekali menonton televisyen dan meniru aksi yang
dilihatnya.

25

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah ini.


Ya, saya telah terpilih untuk menyertai Program Permata Pintar Negara itu.
A Adakah kamu telah tercalon bagi menyertai Program Permata Pintar Negara
itu?
B Siapakah yang telah terpilih untuk menyertai Program Permata Pintar Negara
itu?
C Mengapakah kamu berminat untuk menyertai Program Permata Pintar Negara
itu?
D Benarkah Program Permata Pintar Negara itu akan dilangsungkan di tempat
kamu?

Soalan 26-27
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
26

Banyak ayam dan itik peliharaan ayah mati kerana termakan makanan yang
dipercayai mengandungi racun.
A Makanan yang mengandungi racun itu diberi makan untuk ayam dan itik
peliharaan ayah menyebabkan banyak yang mati.
B Disebabkan memakan makanan yang dipercayai mengandungi racun, ayam
dan itik peliharaan ayah banyak yang mati.

C Disebabkan diberi makanan yang mengandungi racun hingga banyak kematian


ayam dan itik peliharaan ayah.
D Banyak ayam dan itik peliharaan ayah yang mati kerana diberi makanan yang
mengandungi racun.
27

Lemang dan rendang tok yang dihidangkan oleh Mak Som ini enak sungguh,
kata Aznita kepada Amira.
A Aznita dan Amira menikmati lemang dan rendang tok masakan Mak Som.
B Amira memberitahu Aznita tentang keenakan lemang dan rendang tok Mak
Som.
C Aznita memberitahu Amira tentang keenakan lemang dan rendang tok yang
disajikan oleh Mak Som.
D Amira dan Aznita diberitahu tentang kepandaian Mak Som membuat lemang
dan rendang tok yang sangat enak.

Soalan 28-30
Pilih ayat yang betul.
28

A
B
C
D

Kebanyakan rumah-rumah itu rosak dipukul ribut.


Sebahagian daripada tanaman itu telah dihanyutkan air.
Kelawar suka berterbangan di waktu malam.
Pejabat di mana tempat abang bekerja telah terbakar.

29

I
II
III
IV
A
B
C
D

Lelaki itu terlalu sangat dihormati kawan-kawannya.


Kamal bukan sahaja rajin tetapi sangat pemurah.
Amin ialah seorang pekerja yang tekun dan rajin.
Barang-barang jualan di Kedai Atong sangat mahal.
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV

30

I
II
III
IV
A
B
C
D

Kereta bapa lebih cantik daripada kereta abang.


Cita-cita Mutu semenjak kecil ialah menjadi guru.
Kedua orang tua Rosnah telah meninggal dunia.
Sila jangan merokok di dalam bilik ini.
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV