Anda di halaman 1dari 3

Cara Mendapatkan Lailatul Qadar Bagi Muslimah Yang Haid dan Nifas

Sabtu, 20 Ogos 2011 06:53


2Share CARA MENDAPATKAN LAILATUL QADAR BAGI MUSLIMAH YANG HAID DAN
NIFAS.
Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan kaum muslimin. Tidak ada
seorangpun ingin melepaskannya tanpa mengisi dengan ibadah. Ramadhan
adalah bulan yang penuh rahmat dan ampunan. Allah menjanjikan pahala yang
berlipat kali ganda sebagai ganjaran ibadah hamba-Nya.
Rasulullah saw bersabda yang ertinya:
Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunnah, maka
akan diberikan pahala sama dengan melaksanakan amalan fardhu di bulan yang
lain. Dan siapa saja yang melaksanakan kewajiban di bulan Ramadhan, maka
akan mendapat pahala 70 kali[1].
Pada bulan Ramadhan, ada malam yang mulia dan istimewa, iaitu satu malam
yang nilainya lebih baik baik dari 1000 bulan. Firman Allah surah al Qadr; 1-3:

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam
kemuliaan[2]
2. dan tahukah kamu Apakah malam kemuliaan itu?
3. malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
Maksud satu malam itu lebih baik dari pada 1000 bulan adalah beramal soleh
pada malam itu lebih baik daripada beramal soleh seribu bulan di bulan yang
lain[3]. Sementara seribu bulan itu setara dengan 83 tahun 4 bulan.
Padahal menurut Rasulullah umur umatnya rata-rata 60 tahun sampai 70
tahun. Dan sedikit yang di atas 70 tahun. Itupun belum tentu kita mampu
menggunakan secara efektif untuk beribadah. Boleh jadi di antara kita ada yang
memulai ibadah secara konsisten sejak umur 15 tahun atau 20 tahun. Bahkan
ada yang terlewati, baru mulai beribadah, iaitu melaksanakan perintah Allah dan
meninggalkan larangan-Nya, setelah sudah tumbuh uban di kepala. Jadi baru
sedar bahawa manusia memerlukan ibadah kepada Allah setelah ada signal
(isyarat) yang senantiasa mengingatkannya bahawa dia sudah tua.
Lailatul Qadar diturunkan Allah pada sepuluh hari terakhir Ramadhan.
Kerananya Rasulullah pada waktu tersebut mengintai dan memburunya. Beliau
semakin menggiatkan ibadahnya untuk mendapatkan Lailatul Qadar.
Mengingat keistimewaan malam Lailatul Qadar yang luar biasa itu, tentu kaum
muslim ingin mendapatkannya. Termasuk muslimah juga tidak mahu
ketinggalan, padahal belum tentu pada sepuluh hari terakhir dia dalam keadaan
suci. Kerananya kita harus mengetahui bagaimana cara mendapatkan Lailatul
Qadar, sementara kita dalam keadaan haid atau nifas.

Secara umum cara untuk memperoleh Lailatul Qadar adalah sebagai berikut:
Menghidupkan malam pada sepuluh hari terakhir. Dari Aisyah, ia berkata:

Bahwa Nabi Saw. Apabila sepuluh hari terakhir sudah masuk, maka beliau
menghidupkan malam itu, membangunkan keluarganya dan mengikat
sarungnya. [ HR Ahmad, Bukhari-Muslim]
Dari hadis tersebut dijelaskan bahawa Rasulullah senantiasa menghidupkan
sepuluh hari terakhir Ramadhan, dan membangunkan keluarganya. Ada
keterangan bahawa Rasulullah membangunkan anggota keluarganya, sekalipun
mereka dalam keadaan haid. Tujuannya adalah untuk menghidupkan malam
Lailatul Qadar dengan ibadah. Tentu saja bagi wanita yang haid hanya
melakukan ibadah yang dibolehkan baginya.
Bagi muslim dan muslimah menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan ibadah
seperti berikut:
1.Itikaf[4]. Diriwayatkan oleh Ahmad, Bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah
beritikaf 10 hari terakhir Ramadhan sampai beliau wafat.
2.Shalat.
3.Membaca Al Quran. Para sahabat biasa mengkhatamkan Al Quran sehari
semalam, di antaranya Ustman bin Affan, Tamim, Said dan Zubair selama
Ramadhan [5].
4.Berzikir, memohon ampun kepada Allah dan berdoa.
Dan doa yang biasa dipanjatkan Rasulullah pada malam Lailatul Qadar[6]
adalah:

Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, dan suka memaafkan, maka
maafkan aku.
Adapun bagi Muslimah yang sedang haid dan nifas, maka menghidupkan malam
Lailatul Qadar dengan cara berzikir, memohon ampun kepada Allah dan berdoa.
Wahai saudaraku, kerana kita muslimah, tentu tidak boleh terus suci sepanjang
Ramadhan. Kerananya jika dalam keadaan suci perbanyakkanlah ibadah yang
mengharuskan ditunaikan dalam keadaan suci.
[1] Ibn Huzaimah at Targhib II/217
[2] Malam kemuliaan dikenal dalam Bahasa Malaysia dengan malam Lailatul
Qadar iaitu suatu malam yang penuh kemuliaan dan kebesaran kerana pada
malam itu permulaan turunnya Al Quran (Nuzul Quran).
[3] Tafsir Jalalain, tafsir surat al Qadr ayat 3
[4] Bagi wanita yang sedang istihadhah (keluar darah penyakit) boleh beritikaf.
Lihat Nailul Author bab itikaf
[5] at Tibyan fi Hamalah Al Quran, an Nawawi hlm. 47-48

[6] HR Ahmad, Ibn Majah dan Turmudzi dalam Fikih sunnah , Sayyid Sabiq, bab
Lailatul Qadar
Sumber : www.hizbut-tahrir.or.id

Anda mungkin juga menyukai