Anda di halaman 1dari 29

Tajuk 13

Kemahiran Mengarang
Mencari Isi Menggunakan Bahan

Rangsangan
Mengaitkan Isi dengan Tajuk,
Kohesi, Koheren, dan
Pemerengganan
Kemahiran Kosa Kata, Gaya
Persembahan, Mengedit dan
Mengembangkan Idea Peta Minda

Objektif Mengarang
Objektif mengarang bagi sekolah rendah
adalah seperti yang terdapat di dalam
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah. Objektif ini disesuaikan dengan
kemahiran-kemahiran yang hendak dikuasai
oleh murid-murid pada sesuatu tahap
tertentu. Namun begitu, objektif mengarang
pada umumnya adalah untuk:
1. Melatih murid-murid melahirkan idea
2. Melatih murid-murid menghujah dan
mengembangkan idea

3. Melatih murid-murid

mengembangkan karangan dalam


bentuk pemerengganan yang betul
4. Melatih murid-murid menggunakan
bentuk penggunaan bahasa yang
betul berdasarkan sesuatu jenis
karangan tertentu.
5. Melatih murid-murid menggunakan
format karangan yang betul
6. Menggunakan pengalaman menulis
karangan ke dalam situasi sebenar
sehari-hari

Peringkat Pengajaran
Peringkat pengajaran mengarang melibatkan aktivit-

aktiviti pramengarang, semasa mengarang dan


pasca mengarang.
Pramengarang
(i) Berbincang untuk menentukan format
(ii) Berbincang untuk menentukan isi
(iii) Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak,
internet dan bahan elektronik yang lain
(iv) Membuat peta minda atau carta alir cerita
(v) Menentukan watak
(vi) Menyaring bahan
(vii) Menulis draf

Semasa mengarang
(i)Mentransformasikan perancangan kepada bentuk
karangan
(ii) Menentukan format
(iii) Mengambil kira aspek penghuraian yang
melibatkan
kosa kata, sistem bahasa, gaya bahasa, tanda
baca, ejaan
(termasuk bentuk huruf) dan wacana.
(iv) Mengambil kira aspek kohesi dan koherens
Pasca mengarang
(i) Menyemak karangan
(ii) Melakukan pembetulan
(iii) Membuat penambahan sekiranya perlu
(iv) Menghantar karangan

BINAAN KARANGAN

PENDAHULUAN
ISI
PENUTUP

PENDAHULUAN
Komponen pengenalan atau

pendahuluan karangan biasanya


mengandungi maklumat umum
tentang topik karangan.
Penulisannya tidak terlalu
panjang.. Pernyataan yang ditulis
hendaklah ringkas dan padat
bertujuan untuk menarik
pembaca membaca karangan

PENDAHULUAN KARANGAN
Terdapat pelbagai cara. Antarnya adalah
dengan menggunakan;
1.
2.
3.
4.
5.

isu semasa
unsur sejarah
kata-kata tokoh terkenal
unsur soalan
gabungan

ISI KARANGAN
Setiap isi karangan hendaklah ditulis dalam satu

perenggan.
Setiap perenggan itu harus mengandungai pernyataan
umum dan pernyataaan khusus.
Pernyataaan umum ialah ayat topik / isi utama dan diikuti
dengan pernyataan khusus / huraian / isi sampingan.
Biasanya, ayat topik berada dalam ayat pertama dalam
sesuatu perenggan.
Contoh;
Fesyen wanita sekarangan telah banyak berubah. Seluar
jean semakin popular dalam kalangan wanita. Malah
potongan rambut sudah menjadi ala-ala seorang lelaki.

Menurut Kamarudin Hj.Husin (1997 : 100)

pemerengganan yang baik harus mempunyai


ciri-ciri kesatuan, pertautan dan penekanan.
Kesatuan (Unity)
Bermaksud tumpuan atau pemusatan
keseluruhan penulisan kepad judul dominan
yang merupakan fokus perbincangan itu.
Penulis perlu menyusun dengankemas, rapi
dan berkesinambungan bahan-bahan yang
ditulisnya dalam satu kesatuan yang mantap
dan jitu.
Isi yang dikemukakan berfokus kepada tajuk.
Semakin tepat dan mantap setiap isi
menyentuh tajuk maka semakin kukuhlah sifat
kesatuan penulis tersebut.

Contoh 1 karangan tentang Sambutan

Kemerdekaan
Bangun awal, bersiap untuk ke bandar.
Mengayuh basikal ke bandar.
Sampai awal, orang masih tidak ramai.
Majlis bermula, penganjur, ucapan
perasmia oleh menteri.
5. Pertunjukan bunga api, kereta berhias.
6. Aktiviti menjamu selera.
7. Pulang dengan hati terhibur.
1.
2.
3.
4.

Contoh 2 karangan tentang

Sambutan Kemerdekaan
1. Bangun awal, bersiap untuk ke
2.
3.
4.
5.
6.
7.

bandar
Mengayuh basikal ke bandar
Jumpa kawan pergi mandi di sungai.
Bapa datang bawa ke rumah nenek
Main congkak dengan sepupu.
Menjamu selera. di rumah kawan
Tidur di rumah nenek.

Pertautan (kohesi)
iaitu pertalian antara satu unsur

dengan unsur lain yang terdapat


dalam sesuatu penulisan itu.
Setiap ayat mesti mempunyai
hubungan erat dengan ayat yang
lain dan setiap perenggan
dengan perenggan yang lain.

Contoh;
Ali, Ahmad dan Omar ke masjid pada awal

pagi.

Mereka ke sana untuk sembahyang sunat

duha.

Terdapat empat jenis pertautan yang

lazim terdapat dalam sesuatu penulisan;


1. Pertautan dari segi logik hubungan
yang munasabah dari segi logik fikiran
antara unsur dengan unsur yang lain.
Hubungan itu mungkin berbentuk
sebab dan akibat, bukti dan
kesimpulan, fakta dan ulasan dan
sebagainya. Penanda wacana yang
sesuai digunakan seperti, oleh yang
demikian,walau bagaimanapun, namun
begitu, berhubungan dengan itu.

2. Pertautan waktu

memperlihatkan
kesinambungan antara
peristiwa dari segi masa.
Pertautan ini dapat
dihasilkan melalui
penggunaan , pada masa
dahulu,sebelum itu, kini,
lantas, selepas itu,
kemudian, sejak zaman dan

3. Pertautan ruang

memperlihatkan pertalian
kedudukan benda-benda yang
terdapat dalam ruang alam ini.
Lazimnya terdapat dalam
penulisan bentuk penceritaan.
Penggunaan bahasa di dalam, di
atas, di belakang, di kiri, ke
kanan, di samping, ke sana, ke
hujung, di belakang.

4. Pertautan emosi

memperlihatkan hubungan
perasaan terhadap sesuatu
peristiwa yang
dialami.Pertautan ini juga
lazimnya terdapat dalam
karangan penceritaan.
Penggunaan bahasa; dengan
perasaan marah, terlal geram,
amat sedih, begitu jemu.

Penekanan
Penyusunan semua unsur dalam

sesebuah penulisan dengan cara


yang paling sesuai, yang difikirkan
dapat mencapai matlamat penulisan
tersebut.
Penekan oleh penulis pada bahagian
tertentu yang ingin ditonjolkan
penulis. Cth; Karangan Dadah - kesan
dadah, punca, cara mengatasi ?

Runtutan (Koheren)
Merupakan kesinambungan idea

yang terdapat dalam sesebuah


wacana sehingga menjadikan
sesebuah teks itu bermakna.
Contoh;
Penyakti kurang daya tahan atau
AIDS bukanlah gejala yang baharu.
Penyakit ini telah lama dikesan di
beberapa buah negara di Eropah.
Walaupun bidang sains berkembang
maju , tetapi masalah ini masih tidak

Kesinambungan idea dapat dikesan melalui

perkataan AIDS, gegala, penyakit dan


masalah tidak dapat diatasi.
Teks yang bertaut tidak semestinya runtut.
Contoh;
Wanita itu membeli baju baharu berwarna

biru. Warna biru ialah warna kegemasan


muda-muda kini. Muda-mudi kini banyak
yang terlibat dalam masalah sosial.

PENUTUP

Bahagian ini

merupakan
kesimpulan, rumusan
atau pandangan
penulis.

Kemahiran Kosa
Kata, Gaya
Persembahan,
Mengedit dan
Mengembangkan
Idea Peta Minda

Kosa Kata
Kebolehan menggunakan perkataan / diksi / kosa

kata/ leksikal yang beragam dan luas dengan tepat


dan berkesan.
Pengajaran hendaklah dibuat secara tak formal tetapi

terancang. tentang undang-undang bahasa yang


merangkumi aspek morfologi dan sintaksis supaya
murid-murid boleh;
Menggunakannya dengan tepat dan berkesan dalam

menulis.
Menggunakan berbagai-bagai jenis kata dalam
pelbagai konteks
Membina frasa dan ayat dengan tepat, indah dan jelas
dalam pelbagai konteks penulisan.

Contoh perkataan yang perlu diajar kepada

murid-murid;

Sofistikated
Canggih
Releven
Domestik
Marabahaya
Enteng
Bersekongkol
Berkarisma

Gaya
Kebolehan mengunakan ayat dan ungkapan

dalam bentuk yang menarik dan dengan


bahasa yang berkesan.
Murid menguasai format pelbagai jenis
karangan.
Murid dapat menyusun isi dan membuat
huraian.

Menurut Watkins, (dalam Kamarudin

Hj. Husin, 1997 : 57), gaya


menununjukan unsur-unsur penting
yang seharusnya menjadi tupuan
para guru bahahasa bagi membina
aspek gaya penulisan pellajar-pelajar.
unsur-unsur tersebut ialah;
a) Pemilihan perkataan dan ekspresif
b) Susunan perkataan dalam ayat-ayat
c) Keragaman dalam pola-pola ayat.

Mengedit
Dalam penulisan sesebuah karangan kerja

mengedit sangat penting.


Biasanya kerja mengedit dilakukan sebanyak
dua kali;
1. Kali pertama - murid menyemak sendiri draf
yang telah siap dan cuba memperkemaskan
dari segi isi, tatabahasa adan
pemerengganan.
2. Kali kedua Draf yang telah diedit sendiri
diberi kepada rakan atau guru untuk
mendapatkan maklum balas tentan
gpenulisan tersebut. Semua pandangan
daripada mereka akan digunakan untuk

sekian, terima kasih