Anda di halaman 1dari 20

APA ITU DADAH ?

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia


yang amat merbahaya kepada individu yang
meng-gunakannya kerana ia mengubah cara
minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal
yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi
bahan dalam berita.
Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita
akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti
ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat
beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang
digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia
untuk pelbagai tujuan.

Jenis-jenis Dadah
Opiat
Bahan perubatan untuk menidur/
melegakan kesakitan.
Mempunyai potensi yang tinggi
ketagihan.

Kanabis
Semua bentuk dadah diperolehi dari pokok
genus cannabis.
THC(Tetra Hydrocannibol

Depresen
Bahan perubatan ubat penenang,
untuk menukarkan system saraf
pusat.

Psikotrapik
Adalah dadah yang bertindak
kepada otak dan merangsang
fizikal

Stimulan

PHETAMINE KOKAIN
Daun koka
Paste koka
Kokain freebase
Crack kokain

Halusinogen
Dadah asli dan sintatik, mengubah
pandangan visual - susah untuk
membezakan yang benar atau tidak

Inhalant
Tidak ditakrifkan sebagai dadah.
Walau bagaimana pun banyak
persamaan dengan dadah dari segi
kesannya.

Tanda - tanda Penagihan


Dadah

Simptom atau tanda yang perlu diberi perhatian.


Setengah dari simptom ini boleh berdiri berasingan dan
setengahnya pula berkombinasi dengan simptom
simptom yang lain.
Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi
mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di sekolah/tempat
kerja.
Marah marah atau meradang tak tentu sebab.
Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya.
Hilang selera makan atau selera bertambah.
Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair dan
kuyu.

Apabila bercakap tidak bertentang mata.


Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka
menjadi pucat.
Parut atau bekas suntikan di lengan.
Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi.
Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan.
Selalu menggaru terutamanya dibahagian hidung dan kelakuan
aneh.
Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong,
masuk di dalam semak dan tempat dimana tiada orang.
Tidak mahu makan bersama sama keluarga dan suka makan
di tengah malam berseorangan.
Hilang minat terhadap sukan, muzik dan sebagainya.
Suka menyembunyikan barang-barang persendirian, tidak suka
akan pertanyaan dari orang lain, bertanyakan apa yang
dilakukan, menjadi seorang pendiam dan kuat berahsia.
Menjadi rajin, agresif, tersengih-sengih atau terlalu gembira
secara tiba-tiba

Suka berkawan dengan orang lain tanpa kebenaran, kerap


meminta atau meminjam wang tanpa membayar balik.
Melakukan kegiatan mencuri di sekolah, rumah, tempat kerja,
rumah jiran, kawan dan saudara mara. Suka berbohong,
menipu dan berpura-pura berlagak baik atau main wayang.
Menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dan selalu
menyalahkan orang lain.
Hilang tumpuan terhadap kerja atau tugasan dan tidak dapat
menyudahkan kerja yang diberi (kerja separuh jalan atau kerja
tidak pernah siap).
Keluar rumah pada masa tertentu, mungkin untuk berjumpa
pengedar.
Meminta wang berlebihan daripada Ibu Bapa.
Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa
lapang. Berdampingan dengan mereka yang diketahui penagih.

Kesan Kepada Keluarga


Menjatuhkan maruah dan nama baik
keluarga
Membebankan keluarga penagih kerana
menghabiskan masa, tenaga dan wang
yang banyak untuk merawatnya.
Rumah tangga menjadi porak peranda.
berlaku perceraian dan keganasan rumah
tangga di kalangan anggota keluarga.

Kesan Kepada Masyarakat


mengancam ketenteraman awam
dengan kejadian jenayah seperti
rompakan dan pembunuhan.
Perpaduan, pembangunan dan
kemajuan masyarakat boleh terjejas
akibat penglibatan remaja dan belia
dengan dadah.
Persengketaan dan perselisihan antara
masyarakat berlaku akibat penglibatan
anggota masyarakat dengan dadah.

Kesan Kepada Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang


tinggi akibat daripan masalah penyalahgunaan dadah
yang berterusan. Kos tersebut termasuklah :
Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya
pengeluaran ekonomi.
Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan
penagih dadah
Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang
berlaku
Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti
menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan
penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
Kos kerugian tenaga dan modal insan yang kebanyakkan
terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan
remaja dan belia.

Kesan Kepada Penagih


Penagihan akan menjauhkan diri daripada
masyarakat umum dan bergaul hanya dengan
kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
Tidak bertanggungjawap kepada persekolahan
dan prestasi kerja.
Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus,
lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti
dalam khayalan.
Pitam, pengsan, berperasan ganas, rase
ketagihan berlebihan.
Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan
mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis,
Tibi, HIV/Aids dan maut

Kematian