Anda di halaman 1dari 11

Topik

Tarannum
Nahawand

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.
2.
3.

Menjelaskan definisi tarannum Nahawand dan sejarah perkembangannya;


Menghuraikan peranan dan sifat-sifat alunan lagunya serta taqbiqnya;
dan
Mengenal pasti beberapa lagu yang diwaslahkan dengan lagu
Nahawand.

PENGENALAN

Di antara tarannum yang masyhur dan sering dilagukan dalam persembahan


bacaan al-Quran serta mendapat perhatian daripada kalangan Qari dan Qariah
adalah tarannum Nahawand. Perkara ini mungkin disebabkan oleh sifat
kesederhanaan dalam mengalunkan rentak dan irama Nahawand ini mampu
memukau dan menarik minat serta dekat di hati para Qari seterusnya
melembutkan hati mereka apabila mendengarkannya.
Justeru, fokus utama dalam topik perbincangan ini adalah memberi tumpuan
kepada perbincangan berhubung dengan definisi, peranan, sifat-sifat alunan
maqam Nahawand dan sejarah perkembangannya. Di samping itu juga, kaedah
praktikal akan dijelaskan bersandarkan beberapa contoh potongan ayat al-Quran
yang dilagukan dengan tarannum Nahawand.

AKTIVITI 5.1
Berpandukan Surah al-Waqi`ah, sila lagukan bacaan anda melalui
penerapan tarannum Bayyati, Husayni, Nahawand dan Bayyati penutup.

72

5.1
5.1.1

TOPIK 5

TARANNUM NAHAWAND TOPIK 5

TARANNUM NAHAWAND

SEJARAH TARANNUM NAHAWAND


Definisi Nahawand dan Sejarah
Perkembangannya

Tinjauan dari sudut bahasa mendapati bahawa perkataan Nahawand adalah


nama bagi tempat yang terletak di daerah Hamadan, Parsi.
Manakala dari sudut istilahnya pula, Nahawand bermaksud nama khusus bagi
suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari
dari daerah tersebut mengikut citarasa dan sosiobudayanya yang tersendiri.
Menurut sejarah, Nahawand ini adalah merupakan suatu nama tempat di daerah
Hamadan yang terletak di negara Parsi atau sekarang dikenali sebagai Iran.
Sebenarnya daerah Hamadan adalah sebuah kota yang sangat popular suatu
ketika dahulu di mana di sana lahirnya sebuah karya yang terkenal dalam
bidang perubatan iaitu al-Qanun Fi al-Tibb yang ditulis oleh Bapa Perubatan,
iaitu Ibnu Sina atau nama sebenarnya ialah Abu Ali al-Husayn bin Abdullah bin
Hasan bin Ali bin Sina.
Sebagaimana berlaku perubahan dan pengubahsuaian terhadap beberapa
tarannum seperti Husayni dan Kurdi, tarannum Nahawand juga tidak terlepas
daripada perubahan ini. Perkara ini berlaku hasil daripada pengubahsuaian para
Qurra dari Mesir yang mengubahnya mengikut selera budaya mereka. Walau
bagaimanapun identiti asalnya iaitu alunan rentak irama Nahawand masih lagi
dikekalkan.

5.1.2

Sifat-sifat Alunan Nahawand

Rajah 5.1 yang seterusnya menunjukkan sifat-sifat alunan tarannum Nahawand.

72

Rajah 5.1: Sifat-sifat alunan tarannum nahawand

5.1.3

Peranan Nahawand

Setiap tarannum mempunyai misi dan visinya yang tersendiri dalam mewarnai
kepelbagaian kaedah penghayatan menghayati isi kandungan al-Quran.
Jelasnya, kepentingan mengetahui peranan tarannum Nahawand akan
menerangkan dan memberi gambaran jelas serta panduan berhubung dengan
hala tuju dalam sesuatu persembahan bacaan al-Quran.
Di antara peranan dan tugasan tarannum Nahawand adalah seperti yang
dinyatakan dalam Rajah 5.2 berikut.

Rajah 5.2: Peranan dan tugasan tarannum nahawand

AKTIVITI 5.2
Sila rujuk bacaan tarannum Nahawand sama ada dalam bentuk CD atau
Kaset. Perdengarkan bacaan tersebut dan praktikannya dalam kumpulan.

5.2
5.2.1

TATBIQ TARANNUM NAHAWAND


DALAM AL-QURAN
Surah yang BerMad Aridh Lissukun
Surah al-Muminun, 23: 8-13

ijk
$t E= ? / %!# F{ %!#
)9 $#z $ 9# O %!# O9# 79&
3 #% =_ O '#= }# $)=z

5.2.2

Surah yang BerMad Iwad


Surah al-Furqan, 25: 4-6

ijk
) ( z# % = %& 1I# 7) ) # ) #. %!# $%
= ? S $7KG2# 9{# & #9$% # $= %`
?

) 4 {# N9 9# = %!# &!& % & 6/


#
$m # %2

5.2.3

Surah yang Tiada BerMad di Kepala Ayat


Surah al-Qamar, 54: 8-12

ijk
y % =6% M/. # 39# ) ( #$!# <)
G$ >= & / % _# g #9$% $6 #/3
? $9# +G9$ $ {# $f ] $3 $9# >/&
$sF
% % &

AKTIVITI 5.3
Bagaimana anda menilai persembahan tarannum dalam bacaan al-Quran?
Bincangkan.

5.3

TARANNUM YANG DIWASLAH DENGAN


NAHAWAND

Sebagaimana keadaannya dengan tarannum yang diwaslahkan dengan Bayyati,


tarannum Nahawand juga tidak terkecuali daripada berlakunya susunan yang
mempunyai dua tempat sambungan yang bersambung pada satu tempat.
Dalam erti kata lain, mana-mana tarannum yang mempunyai angin yang hampir
sama dengan bacaan Nahawand seperti bacaan `Ajam, Rast, Kurdi dan `Iraqi.
Jelasnya, jika berlaku:
(a)

Ketegangan pada persembahannya, maka ianya boleh diwaslahkan kepada


tarannum Kurdi atau `Iraqi.

(b)

Kelemahan pada persembahannya, maka ianya boleh diwaslahkan kepada


tarannum `Ajam atau Rast.

5.3.1 `Ajam: Pengertian dan Peranannya


Tinjauan dari sudut bahasa menunjukkan bahawa perkataan `Ajam adalah
berasal dari bahasa Arab yang bermaksud diam, senyap atau individu yang
bukan dari kelompok bahasa sesuatu bangsa, kaum atau puak. Ia juga merujuk
kepada dua pengertian utama dalam bahasa Arab iaitu mereka yang terdiri
daripada bukan bangsa Arab dan bangsa Parsi.
Manakala dari sudut istilah ilmu tarannum pula, `Ajam atau `Ajami
bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang
dipopularkan oleh para Qari dari Hijaz (Makkah) dengan sedikit
pengubahsuaian mengikut suasana budayanya. Kini, tarannum ini dipopularkan
oleh kebanyakan Qurra dari Mesir. Namun identiti asalnya (`Ajam iaitu suatu
tempat yang terletak di Parsi) masih lagi dikekalkan.
Rajah 5.3 seterusnya menyatakan sifat-sifat alunan tarannum `Ajam.

Rajah 5.3: Sifat-sifat alunan tarannum `ajam

Rajah 5.4 berikut pula menunjukkan peranan dan tugasan tarannum


`Ajam.

Rajah 5.4: Peranan dan tugasan tarannum `ajam

5.3.2

Nawa Asar dan`Ushshaq: Pengertian dan


Peranannya

Tarannum Nawa Asar dan `Ushshaq juga mempunyai angin yang hampir sama
dengan bacaan Nahawand. Jadual 5.1 seterusnya menerangkan kedua-dua
tarannum ini yang diwaslahkan kepada tarannum Nahawand.

Jadual 5.1: Tarannum Nawa Asar dan `Ushshaq


Bil.

1.

Tarannum

Catatan
BAHASA

Perkataan Nawa berasal dari bahasa Arab yang


bermaksud biji benih kejadian.

ISTILAH

Nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum


atau maqamat yang dipopularkan oleh para
Qari dari Tanah Arab.

CATATAN

Ia diterima daripada Shaykh Taha al-Fashni


(pakar tarannum berasal dari Mesir) dan
diambil oleh Tuan Guru Haji Ahmad bin
Maksum Pergau (suatu tempat di Kelantan).

BAHASA

Perkataan `Ushshaq juga berasal dari bahasa


Arab yang bermaksud rindu atau cinta.

ISTILAH

Nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum


atau maqamat yang dipopularkan oleh para
Qari dari Tanah Arab.

CATATAN

Ia diterima daripada Shaykh Abdul Hamid


Mus`al (seorang profesor muzik Arabi berasal
dari Mesir).

NAWA ASAR

2.

`USHSHAQ

SEMAK KENDIRI 5.1


1.
2.
3.

Terangkan secara ringkas maksud tarannum Bayyati, Husayni,


Kurdi dan `Iraqi.
Huraikan sifat-sifat alunan tarannum Bayyati.
Jelaskan peranan dan tugasan tarannum Bayyati.

Tarannum
Nahawand
mempunyai
sifat
kesederhanaan dalam
mengalunkan rentak dan irama yang mampu memukau dan menarik minat
serta dekat dihati para Qari.

Tarannum Nahawand dari segi bahasa merujuk kepada nama bagi tempat
yang terletak di daerah Hamadan, Parsi (sekarang Iran). Manakala dari
sudut istilahnya pula, Nahawand bermaksud nama khusus bagi suatu
jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari
dari daerah tersebut mengikut citarasa dan sosio-budayanya yang
tersendiri.

Tarannum Nahawand juga tidak terlepas daripada perubahan dalam


rentak dan iramanya yang berlaku hasil daripada pengubahsuaian para
Qurra dari Mesir yang mengubahnya mengikut selera budaya mereka
tanpa menukar identiti asalnya iaitu alunan rentak irama Nahawand.

Sifat-sifat alunan tarannum Bayyati ialah mempunyai gerak ringan dan


berkesan, kelembutan di samping kesopanan, mempunyai unsur
ketenangan yang memikat serta mempunyai kesesuaian tabaqah
sederhana, kesesuaian dengan ayat yang menggambarkan pemohonan dan
penceritaan dan kehalusan seni yang mempersonakan.

Tarannum yang diwaslahkan (susunan yang mempunyai dua tempat


sambungan yang bersambung pada satu tempat) dengan Nahawand
bermaksud mana-mana tarannum yang mempunyai angin yang hampir
sama dengan bacaan Nahawand seperti bacaan `Ajam, Rast, Kurdi dan
`Iraqi.

KATA KUNCI
`Ajam
Iraqi
Kurdi
Maqam Nahawand
Nawa Asar
Peranan `Ajam

Peranan Nahawand
Rast
Tarannum Nahawand
Tatbiq
`Ushshaq
Waslah

Mahdi Muhammad al-Hirazi. (2001). Bughyah al-Murid Min Ahkam al-Tajwid.


Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah.
Manna Khalil Qattan. (1998). Mabahis Fi `Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah alRisalah.
Manna Khalil al-Qattan. (1973). Studi ilmu-ilmu Quran (terj. Drs. Mudzakkir
AS.). Jakarta: Litera AntarNusa.
Muhammad Abdul Azim al-Zalqani. (2001). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran.
Beirut: Al-Maktabah al-Asriyyah.
Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.
Muhammad Rajab Farjani. (1976). Kaifa Nataaddabu Maa al-Mushaf. Qahirah:
Dar al-Itisam.
Muhd. Ali bin Abu Bakar. (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur:
Darul Fikr.
Nik Jaafar bin Nik Ismail. (1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr.
Salah `Abd al-Fattah al-Khalidi. (1994). Mafatih Li al-Ta`amul Ma`a al-Quran.
Dimashq: Dar al-Qalam.