Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

PKE3043(
E)

REFLEKSI
AG MUSLIMAN ABDULLAH
770708-12-5855
UNIT PJK 1
PPG AMBILAN FEBRUARI 2014

Program Kesihatan Sekolah (PKE 3043E) adalah merupakan salah satu kursus yang
wajib diambil oleh peserta Program Pensiswazahan Guru (PPG) major Pendidikan Jasmani,
Justeru bagi memenuhi sukatan kursus ini, kami diberikan tugasan secara berkumpulan, yang
mana tugasan tersebut memerlukan kami merancang program yang berkaitan dengan Promosi
Program Kesihatan Sekolah seterusnya kami harus mengelola dan melaksanakan program
tersebut.
Program yang telah kami pilih dan laksanakan adalah kempen Saya Warga Sihat (I
WANT). Kempen ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para peserta
betapa pentingnya menjaga kesihatan diri serta mengamalkan gaya hidup yang sihat. Konsep
sihat bukan setakat sihat tubuh badan tetapi ia juga melibatkan hubungan sosial yang sihat,
persekitaran sihat, pemakanan yang sihat dan seimbang serta menekankan perlunya
mengamalkan senaman secara konsisten. Dengan adanya kesedaran tentang kesihatan ini,
adalah diharapkan akan wujud dan menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera.
Pelaksanaan program ini juga adalah bagi menyokong hasrat Program Bersepadu
Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif
melalui amalan Hidup Sihat. Program ini telah kami laksanakan pada 21 Ogos 2014, bertempat
di Sekolah Kebangsaan Astana Raja, Rembau Golongan sasaran program ini
melibatkan

selain

warga SK Astana Raja yang terdiri daripada pentadbir, guru-guru ,kakitangan

sokongan serta murid-murid, program ini juga menyasarkan penglibatan murid sekolah yang
berdekatan serta komuniti setempat. Program ini berlangsung selama sehari bermula seawal
jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan
sepanjang program ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti senamrobik,
pameran kesihatan, ceramah dan sidang video anti rokok,pertandingan mewarna, pertandingan
1

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

PKE3043(
E)

mencari harta karun minda, melukis poster, demonstrasi masakan, kuiz kesihatan, pertandingan
snek sihat, dan tunjuk cara pemeriksaan kesihatan kendiri.
Pameran kesihatan dan kuiz kesihatan dijayakan oleh Pejabat

Kesihatan Daerah

Rembau. Manakala ceramah berkaitan anti rokok kami telah berjaya mendapatkan khidmat
daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Rembau. Secara peribadinya, saya
amat bersyukur kehadrat Illahi, kerana dengan izin Nya program yang kami rancang telah
berjalan dengan lancar dengan jayanya. Melalui pelaksanaan tugasan ini, ianya memberikan
saya pengetahuan serta

pengalaman bagaimana hendak melaksanakan sesuatu program.

Sesungguhnya ilmu yang saya perolehi ini amat berharga dan berguna kepada diri saya
sebagai seorang pendidik. Kerana ianya akan dapat membantu saya dalam merancang dan
melaksanakan program di sekolah tempat saya mengajar. Saya turut bersyukur dan berterima
kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung
mahupun tidak. Kerana tanpa kerjasama pelbagai pihak yang terlibat, program ini tidak akan
dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya seperti yang direncana dan diharapkan. Setinggitinggi ucapan terima kasih juga saya ucapakan kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik
Razak bin Sulong dan Encik Ahmad Latfi bin Latif yang banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat
serta bimbingan bagi melaksanakan program ini. Tidak lupa juga buat rakan sekumpulan iaitu
Saudara Hamiza bin Zaini yang menjadi tulang belakang dan penggerak program ini

dan

Saudari Salina binti Hamdan yang juga merupakan orang kuat serta berkerja keras memastikan
program ini berjalan dengan lancar..
Sepanjang program berlangsung, saya dapat mengenalpasti beberapa kekuatan serta
kelemahan sewaktu program dijalankan Kelemahan yang dikenalpasti akan cuba dibaiki
dengan cadangan penambahbaikan demi kelancaran pelaksanaan program pada masa akan
datang. Berikut merupakan kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan yang dapat
saya senaraikan sepanjang program ini berlangsung :

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

PKE3043(
E)

Kekuatan
1. Kerjasama yang baik daripada pihak sekolah, Pejabat kesihatan Daerah Rembau, Agensi
Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan masyarakat setempat.
Program kesihatan ini telah mendapat persetujuan daripada pihak pengurusan sekolah yang
membenarkan kami mengadakan program ini sebagai tugasan projek Pendidikan Kesihatan
(PKE3043E). Selain itu, sokongon yang diberikan oleh guru -guru di SK Astana Raja juga telah
banyak membantu kami sepanjang program ini berlangsung. Mereka telah memberikan
kerjasama yang baik sewaktu proses menyiapkan tempat

bagi tujuan program. Pihak

pentadbir, guru-guru , kakitangan sokongan, murid-murid , ibu bapa serta masyarakat setempat
yang turut serta menjayakan program ini. Selain itu kerjasama yang baik dari pihak Pejabat
Kesihatan Daerah Rembau dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) juga menjadi tonggak
kejayaan program ini.
2. Prasarana yang baik
Program ini telah berjalan dengan lancar disebabkan oleh prasarana yang diberikan pihak
sekolah amat baik. Dewan yang digunakan amat sesuai kerana tertutup dan tidak panas
bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung. LCD, sistem
siaraya dan juga layar skrin juga dalam keadaan yang amat baik dan tidak menghadapi
masalah dalam urusan mengendalikannya.
Kelemahan
1. Tempat yang agak terhad menyebabkan sistem pengudaran tidak baik
Keadaan tempat yang agak sempit dan terhad untuk aktiviti ceramah menyebabkan para
peserta kurang selesa. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh sambutan yang amat
menggalakan daripada para peserta.
Cadangan penambahbaikan
1. Membuat senarai semak peralatan
Sebelum sesuatu program berlangsung, senarai semak peralatan perlu dibuat bagi menjamin
kelancaran sesuatu program. Ia bertujuan bagi mengelakkan daripada terdapat alatan yang
3

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

PKE3043(
E)

terlepas pandang untuk dipinjam. Selan itu, alatan juga perlu dipinjam sehari sebelum program
berlangsung bagi mengelakkan berlaku kelewatan semasa menyediakannya.
2. Menyediakan kipas lebih banyak
Perlu menyediakan lebih banyak kipas di dewan bagi mewujudkan sistem pengudaraan yang
lebih selesa. Pihak sekolah perlu menambah bilangan kipas di bahagian tengah dewan bagi
memastikan dewan lebih sejuk dan nyaman.

Disediakan oleh,

.
(AG MUSLIMAN ABDULLAH)