Anda di halaman 1dari 2

9 Sebab Resume Anda Ditolak

Ramai yang mahukan kerjaya di dalam bidang pemasaran. Namun tidak ramai yang tahu mengapa resume mereka ditolak
mentah-mentah oleh sesetengah majikan. Berikut adalah kesilapan-kesilapan yang perlu dielakkan:
1. Anda menggunakan Hotmail atau emel AOL
Mereka yang mahukan kerjaya di dalam bidang pemasaran mesti sentiasa pandang ke hadapan. Menggunakan Hotmail atau
emel AOL adalah satu kesilapan yang tidak patut dilakukan. Cadangan: gunakan Gmail atau alamat emel domain anda sendiri
kerana ini menunjukkan yang anda tahu tentang web dan teknologi.
2. Anda tidak dapat dicari di Google
Anda tidak perlu jadi sepopular Michael Jackson atau Aaron Aziz, tetapi anda perlu ada kehadiran di dalam web. Bakal
majikan boleh mencari anda di LinkedIn, melalui Twitter atau mungkin melalui laman peribadi yang anda buat sendiri.
3. Tweet terakhir anda adalah pada tahun 2011
Anda perlu menyertai perbualan di dalam web, berkongsi cerita dan sentiasa maju ke hadapan. Beberapa tweet dalam
seminggu sudah cukup tetapi jika selama sebulan anda senyap, bakal majikan mungkin tidak dapat menerima.
4. Foto-foto Facebook anda amat tidak senonoh
Pastikan foto yang anda tinggalkan di Facebook tidak memalukan anda dan keluarga anda!
5. Foto LinkedIn anda adalah selfie
LinkedIn merupakan sebuah rangkaian profesional, bermakna foto anda di laman tersebut perlu kelihatan profesional.
6. Resume tidak menunjukkan pencapaian yang lepas
Anda perlu menunjukkan pencapaian-pencapaian anda untuk melayakkan diri berada di dalam pasukan pemasaran syarikatsyarikat besar.
7. Kali terakhir anda menulis adalah semasa di kolej
Pelbagai cara untuk anda terus menulis; anda boleh menerbitkan penulisan melalui laman sosial profesional atau menulis di
dalam blog dan sentiasa mengemaskinikan blog anda.
8. Anda memohon 15 jawatan sekaligus
Ya, anda sangat teruja untuk menyertai syarikat tersebut, tetapi jika anda memohon 15 jawatan sekaligus ia mencerminkan
betapa terdesaknya anda. Jika anda tidak berapa pasti jawatan apa yang sesuai, hantarkan emel kepada pengurus sumber
manusia syarikat tersebut atau kepada syarikat pencari kerja yang mengiklankan jawatan tersebut bagi mendapatkan maklumat
lanjut mengenai jawatan yang ingin dipohon.
9. Anda lupa fungsi Ctrl + F
Semua sedia maklum, kesalahan ejaan memang sesuatu yang tidak patut ada di dalam resume, tetapi ramai juga dalam
kalangan pemohon kerja yang menghantar surat lampiran salah menamakan syarikat atau menamakan si penerima surat
permohonan kerja.
Tidak rugi jika kita ambil sedikit masa untuk menulis resume yang baik.
Semoga berjaya!

Dipetik dari HubSpot

Anda mungkin juga menyukai