Anda di halaman 1dari 3

SNORKELING

Snorkeling adalah aktiviti berenang atau menyelam yang dilakukan di permukaan


laut dengan menggunakan alat bantu pernafasan berupa snorkel (selang berbentuk
J) dan sebuah topeng yang berfungsi untuk melindungi mata serta hidung dari air.
Untuk menambah daya dorong pada kaki, para penyelam biasanya memakai kaki
katak (fins). Bagi yang kurang pandai berenang tidak perlu bimbang kerana anda
boleh memakai pelampung.
1. JANGAN SNORKELING SENDIRI SERTA JAUH DENGAN TEMAN
Sangat asyiknya kadang membuat kita terpisah jauh dari rakan. Jika hal ini
terjadi, segeralah kembali.
Adanya teman disamping anda sangat berguna jika ada kesulitan atau
sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.
Sekurang-kurangnya teman akan
mencari bantuan atau memberitahu
seseorang apabila ada bahaya menimpa anda.
2. MEMBUAT PEMERIKSAAN PERALATAN TERLEBIH DAHULU
Memeriksa peralatan terlebih dahulu sebelum anda menggunakan topeng,
snorkel dan fins. Pakailah topeng yang ukurannya sesuai dan tepat dengan
muka agar tidak mudah kemasukan air.
Menggunakan topeng dan snorkel yang masih bagus serta tidak bocor, retak
atau koyak.
Gunakan kaki katak yang masih lembut dan pas dengan ukuran kaki anda
agar selesa dan tidak terlepas selama digunakan.
3. GUNAKAN TOPENG DENGAN BENAR
Saat memasang topeng, pastikan tidak ada rambut ataupun benda lain yang
terselip diantara getah topeng dengan kulit. Tekanlah topeng sehingga rapat dan
vakum. Pasang tali topeng dengan pas, sebaiknya jangan terlalu kencang
ataupun terlalu longgar. Untuk mencegah timbulnya embun, sapukan sedikit ubat
gigi atau sabun bayi pada topeng.

4. BIASAKAN BERNAFAS DENGAN SNORKEL


Sebelum masuk ke dalam air sebaiknya anda perlu berlatih membiasakan diri
bernafas dengan mulut melalui snorkel. Tarik dan hembuskan udara secara
perlahan-perlahan dan teratur melalui mulut. Pada permulaan kemungkinan
sedikit sukar tetapi lama-kelamaan anda akan biasa.

5. MEMBUAT SEBERAPA SELESA YANG MUNGKIN DI DALAM AIR


Mulakan mengangkat kaki dari dasar dan posisikan badan telungkup
menghadap ke bawah, buka tangan dan kaki sedikit lebar agar anda
mengapung diatas air. Bernafaslah melalui mulut.
Kemudian ayunkan kaki anda dengan teknik flutter kick seperti gerakan
kaki renang gaya bebas.
Bayangkan seakan anda sedang menyatu dengan lautan dan menikmati
semua keindahannya.
6. PERHATIKAN KEADAAN SEKELILING
Keindahan alam bawah laut kadang membuat kita terlena dan membuat
kita kurang berwaspada.
Tetaplah perhatikan kedaan sekitar, perhatikan perubahan arus gelombang
laut untuk mengelakkan arus yang kencang.
Perhatikan rakan anda, jangan sampai terpisah.
Perhatikan tempat berpijak jika kita ingin berhenti sejenak, jangan sampai
menginjak karang atau bulu babi.
7. TOPENG & SNORKEL BERSIH
Semasa snorkeling kadang kala air yang meresap masuk ke dalam topeng, ini
cukup mengganggu. Untuk membersihkannya anda tidak perlu melepas topeng.
Tetaplah berada di dalam air, tarik nafas panjang melalui mulut lalu hembuskan
kuat-kuat melalui hidung sehingga udara bercampur air yang ada dalam topeng
keluar. Jika air masuk ke dalam saluran snorkel, hembuskan nafas sekuat-kuat
melalui mulut agar air keluar melalui penapis snorkel di depan mulut, kemudian
bernafaslah dengan mulut seperti permulaan.
8. Jangan panik
Jangan panik, tetaplah tenang.
Panik hanya akan membuat anda melakukan gerakan-gerakan tidak perlu
yang membuang tenaga dan berbahaya.
Jika topeng atau snorkel anda kemasukan air, lakukanlah teknik clearing
dengan tetap tenang.
Jika anda mengalami kesulitan, tetaplah tenang dan mintalah rakan anda
untuk membantu.
9. Menikmati keindahan bawah laut tetapi jangan merosakkannya.

Semasa

snorkeling, anda jangan melakukan tindakan yang boleh

merosakkan terumbu karang atau biota laut lain tetapi hanya menikamati
keindahannya.
Jika tidak kerana terpaksa, jangan menginjak atau menyentuh terumbu
karang.
Tidak boleh meninggalkan sampah.
Tidak boleh memberi makan ikan kerana akan menganggu keseimbangan
ekosistem. Nikmatilah keindahannya sambil menjaganya.

Anda mungkin juga menyukai