Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

KELANTAN

KERTAS KERJA
BENGKEL APLIKASI DAN PERSEMBAHAN DIKIR BARAT DAN
WAYANG KULIT
PADA
7 MAC HINGGA 8 MAC 2014

JABATAN KAJIAN SOSIAL


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU
KELANTAN

PISMP PENDIDIKAN MUZIK SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI


2012
1.0

TAJUK
BENGKEL APLIKASI DAN PERSEMBAHAN DIKIR BARAT DAN
WAYANG KULIT

2.0

PENGENALAN
Bagi menyahut seruan kerajaan, pelajar PISMP PENDIKAN MUZIK
IPGKKB (ambilan JANUARI 2012) telah merancang pelbagai kaedah bagi
memenuhi sukatan pembelajaran yang telah dinyatakan.

Salah satu

kaedah untuk memantapkan serta mengukuhkan lagi pemahaman pelajar


mengenai kurikulum kursus tersebut ialah melalui program Bengkel
aplikasi dan persembahan Dikir barat dan Wayang Kulit.
Para pelajar berpeluang melawat tempat - tempat yang dapat
menambahkan

ilmu

pengetahuan

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran. Bengkel ini amatlah berguna kepada para pelajar PISMP


Pendidikan Muzik sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran dalam
profesion keguruan ini pada masa hadapan.

Malah, para pelajar dan

juga pensyarah berpeluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi


mengenai konsep muzik yang terdapat dalam persembahan Dikir Barat
dan Wayang Kulit.
Pelbagai aktiviti bakal dilaksanakan sepanjang bengkel tersebut
seperti mengetahui lebih lanjut tentang pembuatan alat muzik traditional
Dikir Barat, mempelajari tentang teknik dan cara mengendalikan
persembahan Wayang Kulit dan selari dengan pembelajaran muzik
Malaysia untuk semester ini. Lawatan ini disertai oleh 3 orang pensyarah
dan 17 orang guru pelatih.

3.0

RASIONAL
Bengkel ini bertujuan untuk menambahkan maklumat dan pengetahuan di
samping memenuhi sukatan dalam subjek Pendidikan Muzik semester
lima. Bengkel ini merupakan satu aktiviti luar bilik darjah yang merupakan
satu teras dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Muzik.
Melalui bengkel ini, ia akan dapat memberi peluang kepada pelajar agar
lebih memahami tentang persembahan hasil ciptaan, pengaplikasian
dalam memimpin persembahan nyanyian dan mengamalkan nilai nilai
etika persembahan. Pelajar juga dapat menghayati dan memahami
kebudayaan tradisional dalam konsep ekspresi.

4.0

PENGANJUR
PISMP Muzik IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan Ambilan JANUARI
2012.

5.0

OBJEKTIF
5.1

Mencapai matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP),

i)

Teras 1 : Membangunkan Modal Insan


Memupuk kerjasama dan menimba pengalaman di kalangan
pelajar mengenai pengurusan sesuatu aktiviti di luar institut dan
juga menambah ilmu pengetahuan serta berkongsi pengalaman.

ii)

Teras 2 : Memartabatkan Profesion Keguruan


Melahirkan perasaan bangga terhadap profesion ini dan dapat
menaikkan

semangat

untuk

berdedikasi pada masa depan.

menjadi

seorang

guru

yang

iii)

Teras 3 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan


Meluaskan cara pembelajaran dengan belajar di luar kelas selain
menambahkan

ilmu

pengetahuan

melalui

pemerhatian

dan

praktikal serta menambahkan minat pelajar-pelajar mengenai


konsep-konsep dalam pendidikan muzik.
5.2

Menimba pengalaman belajar dalam suasana pembelajaran yang


berlainan dan memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali
maklumat sebenar mengenai penghayatan dalam 7 konsep asas
dalam Pendidikan Muzik secara lebih teliti.

6.0

BUTIRAN BENGKEL
6.1

Tarikh dan masa


- Bertolak

: 7 Mac 2014 (Jumaat)

- Pulang

: 8 Mac 2014 (Sabtu)

6.2 Tempat

Pentas Kelab Kesenian Harmoni (KESENI) Kelantan

7.0

PESERTA
Pensyarah pengiring

Bil.

NAMA PENSYARAH

DESKRIPSI

1.

HJH. ROKIAH BT. HJ. AHMAD

KETUA JABATAN

2.

PN. NOOR RAZANA BT. MOHD. PENSYARAH PENDIDIKAN MUZIK


NORDDIN

3.

EN. KAMARUDDIN B. YUSOFF


Pelajar :

TUTOR

17 orang pelajar PISMP Muzik Semester 5

(Rujuk Lampiran A)

8.0

PENGANGKUTAN
8.1 Bas IPG Kampus Kota Bharu

9.0

JADUAL AKTIVITI

(Rujuk Lampiran B)

10.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

(Rujuk Lampiran C)

11.0

AHLI JAWATANKUASA

(Rujuk Lampiran D)

12.0

SENARAI ALATAN

(Rujuk Lampiran E)

13.0

PENUTUP
Sehubungan itu, kami beryakinan tinggi dapat merealisasikan setiap
objektif yang dinyatakan dengan adanya komitmen dan kerjasama
daripada semua pihak baik pihak pentadbiran institut mahupun di
kalangan pelajar PISMP Muzik Semester 5 sendiri. Kami juga berharap
agar dapat merealisasikan impian negara dengan mengenali budaya dan
khazanah yang terdapat di tempat sedemikian. Semoga bengkel ini dapat
dimanfaatkan untuk kepentingan bersama.

Disediakan oleh,
........................................................
(BORROMEO SOUJI @ SOUBIN)
Setiausaha,
Bengkel Aplikasi dan Persembahan ke Pentas Kelab
Kesenian Harmoni (KESENI) Kelantan.
Disemak oleh,
...............................................................................
(PN. NOOR RAZANA BT. MOHD. NORDDIN)
Pengurus Projek,
Bengkel Aplikasi dan Persembahan ke Pentas Kelab
Kesenian Harmoni (KESENI) Kelantan.
Disahkan oleh,
......................................................
(PN.HJH ROKIAH BINTI HJ AHMAD)
Ketua Jabatan Kajian Sosial,
IPG Kampus Kota Bharu.

Diluluskan oleh,
....................................................
(HAJI HASHIM BIN DERAMAN)
Pengarah,
IPG Kampus Kota Bharu,

Kelantan.