Hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:
• menyatakan pihak yang bertanggungjawab atas
penyediaan Penyata Kewangan
i) Akauntan
• Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan sistem
belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;
• Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk
dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan
berkanun dan badan-badan lain.
Hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:
• Menerangkan perkembangan sistem dan falsafah perakaunan
berasaskan kebertanggungjawaban (accountability), amanah dan
integriti.
• Membezakan falsafah perakaunan Islam dan konvensional
berasaskan konsep pendedahan dan konsep penemuan
(disclosure vs discovery).
• Menerangkan falsafah kos sejarah dan pelaporan nilai saksama
(historical and fair value reporting) dalam sistem perakaunan.
• Menerangkan perkembangan proses perakaunan secara
berkomputer.
• Menjelaskan maksud profesional.
• Mengenal pasti ciri-ciri akauntan sebagai pemimpin.
• Menyenaraikan tanggungjawab akauntan sebagai pemimpin.
• Mengenal pasti kewujudan kod etika profesion perakaunan.
M l ik l k d ik f i k
Info:
2. Zaman Kemerosotan
(a) Pertengahan abad ke-5 Hijrah, perpecahan empayar dan umat Islam.
Ulamak dan pemimpin berebut kuasa untuk memerintah dan saling menjatuhkan
antara satu sama lain.
Masing-masing hanya mementingkan harta sedangkan ajaran Islam sudah tidak
diambil perhatian, menyebabkan terputusnya prinsip-prinsip Islam termasuklah
perakaunan dan perekonomian.
(b) Lewat abad 18 -19M, pengaruh barat terhadap dunia Islam
Empayar Osmaniah di bawah pemerintahan Kamal Atartuk dipengaruhi Barat.
Barat melakukan perluasan kuasa khususnya ke negara-negara Islam
Barat mahu mengaut keuntungan ekonomi di negara yang dijajah.
kepada nilai perniagaan secara keseluruhan biasanya dibuat dalam nota kepada
Penyata Kewangan (notes to the account). Antara perkara yang didedahkan dalam
nota kepada Penyata Kewangan ialah kaedah-kaedah perakaunan yang digunakan
bagi menilai inventori, mengira susut nilai dan mengiktiraf hasil.
Kos sejarah
Kos sejarah ialah kos sebenar, iaitu kos yang telah benar-benar berlaku. Sebarang
kos selain kos sejarah adalah subjektif dan maklumat perakaunan menjadi butir
anggaran semata-mata. Bagi tujuan membuat keputusan tentang rancangan dan
tindakan pada masa hadapan, pihak pengurusan perlu terlebih dahulu mengetahui
prestasi masa lalu yang sebenar. Untuk mengukur prestasi masa lalu, angka
pengukurnya tidak lain dan tidak bukan ialah kos sejarah.
Nilai Saksama
Nilai Saksama merupakan anggaran nilai terhadap harga pasaran yang realistik dan
munasabah. Dalam perakaunan, nilai saksama digunakan sebagai anggaran
kepada harga pasaran bagi aset (atau liabiliti) sekiranya (apabila) nilai pasaran
sebenar tidak dapat ditentukan. Sungguhpun begitu, persetujuan di antara kedua-
dua belah pihak yang berurusniaga hendaklah dicapai.
Hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:
• Menyenaraikan ciri-ciri koperasi.
• Membanding dan membezakan ciri-ciri setiap organisasi
perniagaan dari segi milikan, sumber modal dan liabiliti.
(iv) Koperasi
Koperasi merupakan badan atau pertubuhan yang dibentuk bersama oleh
sekumpulan individu untuk menggalakkan kepentingan sosial dan ekonomi ahli-
ahlinya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Ciri-ciri koperasi ialah seperti berikut:
1. Tujuan
Sebuah organisasi yang menjalankan perniagaan untuk memperoleh
keuntungan tetapi matlamat utamanya adalah untuk memberi kebajikan
kepada anggota. Koperasi menjaga kepentingan anggota-anggota dan
memberi perkhidmatan ekonomi kepada mereka untuk meningkatkan taraf
hidup dan kebajikan anggota-anggotanya.
Contoh : Koperasi Sekolah – menyediakan perkhidmatan jualan alat tulis dan
jualan pakaian unit beruniform.
2. Penubuhan
Koperasi didaftarkan dengan Ketua Pendaftar Koperasi di bawah Ordinan
Koperasi Malaysia 1984 (Pindaan 1995). Yuran pendaftaran penubuhan
tidak dikenakan. Perkataan ”Koperasi” dan ”Berhad” mesti menjadi
sebahagian daripada namanya.
3. Liabiliti
Koperasi dan para ahlinya menanggung liabiliti terhad. Koperasi mempunyai
taraf perundangan sendiri dan terpisah daripada anggotanya. Koperasi boleh
membeli aset, mengikat perjanjian, mendakwa dan didakwa atas namanya.
4. Modal
Koperasi mendapat modal melalui sumbangan saham oleh setiap anggota.
Harga saham adalah tetap seperti yang telah dinyatakan dalam Undang-
Undang Kecil Koperasi.
(b) Perbezaan diantara (i) Milikan Tunggal, (ii) Perkongsian, (iii) Syarikat Berhad
dan (iv) Koperasi.
Jadual berikut menunjukkan perbandingan ciri-ciri organisasi perniagaan dari segi
milikan, sumber modal dan liabiliti.
Hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:
• Membezakan perakaunan kewangan dan perakaunan
pengurusan dengan tepat.
• Membezakan perakaunan dengan pengauditan serta percukaian
dengan tepat.
• Menghubungkaitkan perakaunan dengan pengauditan serta
percukaian dengan betul.
• Menyenaraikan kepentingan sistem maklumat perakaunan
dengan tepat dan betul.
(iii) Audit
Audit ialah satu proses sistematik untuk memperoleh dan menilai bukti secara
objektif mengenai pernyataan tentang kegiatan kewangan. Tujuannya adalah
untuk menentukan kesesuaian antara pernyataan tersebut dengan kriteria
yang ditetapkan (pematuhan) serta menyampaikan kepada pengguna yang
berkepentingan.
Pengauditan melibatkan aktiviti pemeriksaan dokumen-dokumen
perniagaan bagi mengesahkan urus niaga yang direkod itu sebenarnya telah
berlaku. Di samping itu, pengauditan juga bertujuan untuk mengesahkan
rekod perakaunan yang telah disediakan itu mengikut piawaian dan peraturan
perakaunan yang diterima umum. Biasanya, pengauditan ini dilakukan oleh
juruaudit bertauliah. Pada akhir kerja-kerja pengauditan, juruaudit perlu
mengeluarkan laporan dan memberi pendapat ke atas akaun-akaun yang
telah diperiksa dengan menyatakan laporan kewangan yang diterbitkan
kepada umum itu adalah memberi gambaran yang benar dan saksama (true
and fair view).
(iv) Percukaian
Bidang perakaunan yang melibatkan perundingan percukaian, perancangan
percukaian dan penyediaan penyata cukai (retan cukai). Mereka yang terlibat
dalam bidang ini mestilah mahir dalam bidang perakaunan.
Hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:
Menerangkan konsep dan prinsip perakaunan.
Menjelaskan dengan contoh konsep dan prinsip perakaunan.
• Menyenaraikan ciri-ciri kualitatif Penyata Kewangan.
(a) Konsep, Prinsip dan Andaian Perakaunan serta Ciri Kualitatif Penyata
Kewangan:
(vi) Konservatisme
Prinsip ini adalah berkait rapat dengan polisi berhati-hati yang diamalkan
untuk melindungi perniagaan daripada segala kerugian yang mungkin
berlaku. Sehubungan dengan prinsip ini, segala kerugian yang dijangkakan
hendaklah diambil kira sebagai belanja dalam Penyata Pendapatan tetapi
segala keuntungan yang dijangkakan tidak boleh diiktiraf sebagai pendapatan
sehingga keuntungan ini telah diperoleh. Penggunaan konsep ini bagi
memastikan:
• aset dan hasil tidak terlebih nyata,
• liabiliti dan belanja tidak terkurang nyata,
• kerugian mesti direkod walaupun belum berlaku,
• keuntungan hanya direkod bila telah berlaku.
Contohnya, pihak pengurusan biasanya terlalu optimis mengenai
masa hadapan perniagaannya. Keadaan ini mungkin akan
memberikan keyakinan kepada mereka bahawa kedudukan kredit
pelanggan mereka yang tertentu adalah sentiasa baik. Keadaan ini
akan menyebabkan untung terlebih nyata kerana peruntukan hutang
ragu yang rendah disediakan. Oleh itu, dalam keadaan ini konsep
konservatisme perlu digunakan. Peruntukan hutang ragu perlu
diwujudkan untuk meminimakan daripada berlakunya untung yang
terlebih nyata.
(i) Kebolehfahaman
Pengguna-pengguna maklumat harus dapat memahami kandungan
maklumat yang disampaikan kepada mereka. Melalui cara ini, maklumat
tersebut dapat digunakan dengan sebaik-baiknya mengikut keperluan
masing-masing.
(ii) Relevan
Maklumat perakaunan mesti relevan dengan tujuan maklumat tersebut diberi
atau disediakan. Pemerolehan maklumat yang tidak relevan akan
menyebabkan keputusan yang tidak tepat diambil semasa membuat
perancangan. Oleh itu, maklumat-maklumat dalam penyata kewangan yang
berkaitan dengan peristiwa lalu selalunya tidak begitu relevan kerana
akauntan pengurusan lebih mementingkan aktiviti-aktiviti pada masa kini dan
masa hadapan.
(iii) Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan merujuk kepada maklumat yang bebas daripada ralat dan
kesilapan. Oleh itu, semua fakta perlu didedahkan berserta bukti yang kukuh.
Selain itu, sesuatu maklumat mesti bebas daripada sebarang
pengaruh dan tidak boleh disediakan bagi tujuan memenuhi kepentingan
pihak tertentu sahaja. Maklumat yang diperoleh mesti neutral, iaitu tidak
memihak kepada sesiapa pun dan disahkan oleh pihak lain, terutama pihak
luar seperti juruaudit.
(iv) Kebolehbandingan
Ciri ini penting kerana maklumat perakaunan akan digunakan sebagai asas
sesuatu perbandingan, misalnya maklumat dan data dalam laporan prestasi
jabatan-jabatan akan dibandingkan antara dua tempoh yang berlainan.
LATIHAN
4. Berikan perbezaan antara konsep kos sejarah dengan konsep nilai saksama.
6. Nyatakan kepentingan kod etika profesion perakaunan dalam amalan harian seorang
akauntan.
8. Bidang tugas seorang akauntan kewangan berbeza dengan bidang tugas seorang
akauntan pengurusan. Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan
tersebut?
9. Perakaunan, pengauditan dan percukaian adalah tiga bidang yang berbeza, tetapi
ketiga-tiga bidang ini masih ada persamaan. Bincangkan.
10. Penyata kewangan sepatutnya mudah difahami, relevan, boleh dipercayai dan boleh
dibandingkan. Senaraikan kepentingan ciri-ciri ini dalam penyediaan penyata
kewangan.