Anda di halaman 1dari 24

NABI : Lelaki pilihan Allah yang diberikan

wahyu untuk dirinya sahaja, tanpa disuruh


menyampaikan kepada orang lain.
Rasul : Lelaki pilihan Allah yang diberikan
wahyu untuk dirinya dan disuruh untuk
menyampaikan kepada orang lain.





( 285 : )

Rasul telah beriman kpd Al-Quran yg diturunkan kpdnya drpd


Tuhannya. Demikian pula orang yg beriman, semua beriman
kpd Allah & malaikatNya, kitabNya & rasulNya. (Mereka
mengatakan) : Kami tidak membezakan seseorang pun
(dengan yang lain) drpd rasulNya. Dan mereka mengatakan ;
Kami mendengar & kami taat. Mereka berdoa ; Ampunilah
kami ya Tuhan kami dan kepada Engkau tempat kami kembali.

Rasul adalah utusan Allah. Oleh itu mentaati


Rasul bererti mentaati perintah Allah. Begitu
sebaliknya.
Setiap mukmin wajib mentaati perintah rasul dan
meninggalkan larangannya.
Orang yang tidak mentaati perintah rasul bererti
dia tidak beriman kepada rasul. Orang tidak
beriman kepada rasul bererti dia tidak beriman
kepada Allah. Tidak beriman kepada Allah
balasannya akan masuk ke dalam neraka.

CIRI-CIRI ORANG YANG BERIMAN


DENGAN AJARAN RASUL
1. Yakin bahawa ajaran Rasul adalah
benar.
2. Mentaati semua perintah Rasul &
meninggalkan segala larangannya.
3. Mencontohi akhlak, peribadi Rasul.
4. Menjadi ajaran Rasul sebagai rujukan
utama.
5. Sentiasa memuliakan Rasul.

a. Menyeru manusia mentauhidkan Allah.


b. Membawa ajaran agama yg benar & diredai
Allah ; iaitu Islam.
c. Memberi petunjuk & rahmat kpd orang
beriman.
d. Menyampaikan wahyu Allah kpd manusia.
e. Menyampaikan berita gembira & amaran.
f. Menjelaskan perkara yang menjadi
perselisihan manusia.
g. Memberi tunjuk ajar & contoh akhlak
terpuji.

1. Adam. 2. Idris. 3. Nuh. 4. Hud.


5. Salleh. 6. Ibrahim. 7. Lut. 8. Ismail.
9. Ishak. 10. Yaakob. 11. Yusuf.
12. Ayub. 13. Zulkifli. 14. Syuib.
15. Musa. 16. Harun. 17. Daud.
18. Sulaiman. 19. Ilyas. 20. Ilyasak.
21. Yunus. 22. Zakaria. 23. Yahya.
24. Isa. 25. Muhammad saw.

RASUL ULUL AZMI


Pengertian : Rasul-rasul yang
tinggi tahap ketabahan,
kecekalan dan kesabarannya
serta banyak menghadapi ujian ,
tentangan dan penderitaan
ketika menyeru manusia kepada
agama Allah swt.

RASUL ULUL AZMI

NABI MUHAMMAD SAW


NABI NOH A.S
NABI IBRAHIM A.S
NABI MUSA A.S
NABI ISA A.S

RASUL ULUL AZMI


NABI MUHAMMAD
SAW :
Menerima tentangan
daripada kafir
Quraisy dan
keluarga sendiri
sehingga sampai ke
peringkat hendak
dibunuh.

RASUL ULUL AZMI


NABI NOH A.S :
Menerima tentangan
hebat daripada
kaumnya termasuk
anak dan isterinya.
Allah tenggelamkan
penentangnya
dengan banjir besar.

RASUL ULUL AZMI


NABI IBRAHIM A.S :
Ditentang oleh kaum
dan ayahnya.
Baginda dibakar
hidup-hidup oleh Raja
Namrud tetapi
terselamat.

RASUL ULUL AZMI


NABI MUSA A.S :
Menerima tentangan
daripada kaumnya
dan Raja Firaun.
Baginda terselamat
daripada buruan
Firaun dan
tenteranya.

RASUL ULUL AZMI


NABI ISA A.S :
Menerima tentangan
hebat daripada kaum
Bani Israil. Baginda
diburu untuk dibunuh
tetapi terselamat.
Allah SWT
mengangkat baginda
ke langit.

SIFAT-SIFAT RASUL
SIFAT-SIFAT RASUL

SIFAT WAJIB

1.
2.
3.
4.

Siddiq (benar)
Amanah (jujur)
Tabligh (menyampaikan)
Fatanah (bijaksana)

SIFAT MUSTAHIL

1.
2.
3.
4.

Kizbun (pembohong)
Khianat (pecah amanah)
Kitman (menyembunyi)
Baladah (bodoh)

SIFAT HARUS

HARUS bagi Rasul bersifat


Seperti manusia biasa spt :
Makan, minum, sakit dll.
TIDAK ADA sifat-sifat yang
Boleh menjatuhkan martabat
Kerasulannya spt gila, sakit
Kusta dan melakukan
Maksiat.

CIRI-CIRI KEPIMPINAN RASUL

Beriman
Dan
Bertaqwa
Amanah
Dan
Tanggung
jawab
&Al-Quran
Hadith
Rujukan
utama

Berakhlak
Mulia

Taat kpd
Allah

CIRI-CIRI
KEPIMPINAN
RASUL

Utamakan
Islam
Drpd
Diri

Bijaksana

Berdakwah
Dgn
Hikmah

Amal
Makruf
Nahi
Mungkar

Sabar
Dan
Tabah

KESAN BERIMAN KEPADA


RASUL
KESAN BERIMAN KEPADA RASUL
KEPADA
DIRI

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Akan suci aqidah.


Yakin kpd Allah
Berakhlak mulia.
Taat kpd Allah
Dapat hidayah
Cinta ilmu
Beramanah
Kuat beribadah
Buat kebaikan

KEPADA
KELUARGA

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Kukuh keluarga.
Berkasih sayang
Hormat menghormati
Tolong menolong
Amal cara Islam
Dapat keredaan
Keluarga bahagia

KEPADA
MASYARAKAT

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Hidup aman.
Tiada kemungkaran
Masyarakat bahagia
Kegiatan berfaedah
Masjid berfungsi
Amar makruf
Nahi mungkar

KEPADA
NEGARA

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Negara aman
Negara maju
Dapat rahmat
Rakyat berpadu
Tiada kejahatan
Islam tertegak

AKIBAT MENOLAK SUNNAH


RASUL
AKIBAT MENOLAK SUNNAH RASUL
KEPADA DIRI
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Batal Aqidah.
Masuk neraka jahanam.
Amal kebajikan jadi sia-sia.
Kehidupan tidak tenteram.
Mudah melakukan maksiat.
Tiada dapat hidayah.
Dapat Dosa besar.

MASYARAKAT & NEGARA


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Maksiat berleluasa.
Banyak kes-kes jenayah.
Kezaliman berlaku.
Masyarakat @ negara mundur.
Khurafat menjadi amalan.
Dimurkai Allah.
Negara tidak aman.

RASUL BERSIFAT MAKSUM

MAKSUM BERMAKSUD : Rasulrasul terpelihara daripada


melakukan dosa sama ada dosa
kecil atau dosa besar.
Sekiranya Rasul tidak bersifat
maksum, iaitu melakukan dosa
seperti manusia lain atau
mereka melakukan perkara
yang boleh menjatuhkan
martabatnya sudah pasti orang
ramai tidak percaya dengan
ajarannya.

SEBAB RASUL PERLU


BERSIFAT MAKSUM :

1.

Untuk menjamin
kewibawaannya sebagai
manusia pilihan Allah.
Rasul menjadi contoh teladan
terbaik kepada manusia dari
segi akhlak, percakapan dan
tingkahlaku.
Rasul diutuskan dengan
tanggungjawab yang sangat
besar dan mulia untuk
menyampaikan ajaran dan
hukum-hukum Allah SWT.

2.

3.

MUKJIZAT RASUL
MUKJIZAT BERMAKSUD : Perkara luar biasa yang
menyalahi adat, dikurniakan oleh Allah SWT kepada Nabi dan
Rasul dan tidak boleh ditandingi oleh manusia.

BAHAGIAN MUKJIZAT

MUKJIZAT HISSI

Mukjizat yang dapat dilihat dan dirasai


oleh pancaindera, seperti mukjizat
Nabi Ibrahim tidak hangus dibakar.

MUKJIZAT MAKNAWI

Mukjizat yang tidak dapat dilihat dan dirasai


oleh pancaindera tetapi memerlukan fikiran
yang tajam Seperti Al-Quran

TUJUAN RASUL DIKURNIAKAN


MUKJIZAT
1.

Untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa dirinya


adalah Rasul atau Nabi pilihan Allah SWT.

2.

Menjadi bukti bahawa ajaran yang disampaikan adalah


benar.

3.

Menyakinkan kepada orang ramai dengan ajaran yang


disampaikan oleh rasul-rasul.

4.

Mengukuh dan memantapkan orang yang telah menerima


ajaran Rasul.

PERKARA LUAR BIASA YANG


LAIN DARI MUKJIZAT

KERAMAT :
Perkara luar biasa yang
dikurniakan Allah SWT kepada
wali Allah atau orang soleh
kerana taat dan tekunnya
melaksanakan perintah Allah
dan menjauhi perkara mungkar.
Contohnya : Saidina Omar AlKhattab ketika berkhutbah
ditunjukkan keadaan tentera
Islam sedang dikepung oleh
tentera musuh, lantas beliau
berkata Naiklah ke atas bukit.
Kata-kata ini didengar dan
dipatuhi oleh tentera Islam.

MAUNAH :
Pertolongan Allah SWT kepada
orang yang tidak jelas
keadaannya sama ada baik atau
jahat.

IRHAS :
Tanda permulaan kerasulan seperti
awan melindungi Rasulullah
SAW daripada cahaya panas
sebelum dilantik menjadi rasul.

PERKARA LUAR BIASA SELAIN


DARI MUKJIZAT

SIHIR :
Perkara luar biasa dilakukan dengan cara mempelajari sebab
musababnya seperti menggunakan tangkal, jampi dan lainnya.
Ia boleh ditandingi dan dikalahkan oleh orang yang mengetahui
cara-cara mengalahkannya.

ISTIDRAJ :
Sebagai pendorong kepada orang-orang yang fasiq supaya
bertambah lagi kefasiqannya.

!HABIS DAH

BELAJARLAH DENGAN TEKUN


DAN
BERSUNGGUH-SUNGGUH

Anda mungkin juga menyukai