Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT

TUARAN, SABAH

KERTAS KERJA
LAWATAN ILMIAH PENDIDIKAN PRASEKOLAH
KE BANDUNG DAN JAKARTA

ANJURAN
PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2012
INSTITUT PENDIDIKAN KAMPUS KENT,

TARIKH
24 OKTOBER HINGGA 29 OKTOBER 2015

1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini dikemukan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan
daripada pihak Pentadbiran dan Pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
terhadap cadangan menganjurkan Lawatan Ilmiah ke Universitas Negeri Jakarta,
Jakarta Indonesia dan Universiti Pendidikan Nasional, Bandung Indonesia oleh
pelatih-pelatih Kursus PISMP Prasekolah Ambilan Januari 2012, Institut Pendidikan
Guru Kampus Kent.

2.0 PENGENALAN
Lawatan ilmiah bertujuan memberi peluang dan kesempatan kepada pelajar-pelajar
untuk melihat senario yang berlaku di luar negara khususnya berkaitan Pendidikan
Prasekolah agar dapat dijadikan aspirasi dalam melaksanakna tugas di Malaysia.
Program ilmiah ini juga berhasrat memberi pendedahan dari aspek organisasi dan
kepimpinan kepada para peserta agar dapat dijadikan bekalan apabila bertugas di
realiti sebenar di sekolah. Di samping itu, lawatan ilmiah ini juga bertujuan memberi
peluang pengalaman penganjuran program apabila bertugas di sekolah kelak.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


3.1 Mengenal pasti amalan terbaik program Pendidikan Prasekolah di Indonesia.
3.2 Membanding beza kurikulum Pendidikan Prasekolah di Bandung dan Jakarta
dengan kurikulum di Malaysia.
3.3 Menganalisis kesesuaian pelaksanaan program Pendidikan Prasekolah di
Malaysia
4.0 ASAS PERTIMBANGAN
4.1 Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kriteria menjadi seorang
pemimpin yang baik.

4.2 Memberi pendedahan kepada para peserta cara-cara menguruskan sebuah


organisasi.
4.3 Menyemai keyakinan diri dalam diri para peserta.
4.4 Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan peserta
4.5 Memperoleh pengalaman dalam mengurus dan mengendalikan sesuatu
program serta mengaplikasikan ilmu yang dipelajari.
4.6 Meningkatkan pengetahuan Pendidikan Prasekolah

pelatih-pelatih

IPG

Kampus Kent.
4.7 Membina keseimbangan intelek, jasmani, emosi, sosial dan rohani semasa
lawatan.

5.0 CADANGAN
Untuk mencapai dan merealisasikan hasrat di atas, pelajar-pelajar PISMP
Prasekolah Ambilan Januari 2012, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,
bercadang

untuk

mengadakan

Lawatan

Ilmiah

Pendidikan

Prasekolah

ke

Universitas Negeri Jakarta, Jakarta Indonesia dan universitas Pendidikan Nasional,


Bandung Indonesia mengikut ketetapan berikut :
Tarikh
: 24 Oktober 2015 hingga 29 Oktober 2015
Tempat
: Universitas Negeri Jakarta, Jakarta Indonesia dan
Universitas Pendidikan Nasional, Bandung Indonesia.
Kumpulan sasaran
: 19 orang pelatih Major Pendidikan Prasekolah
Pensyarah Pengiring : (Rujuk Lampiran A)

6.0 ANJURAN
Guru Pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Prasekolah Ambilan Januari 2012.
7.0 BILANGAN PESERTA

19 pelatih dan 4 orang pensyarah ( 23 orang )


8.0 PENGANGKUTAN
8.1 Bas IPG Kampus Kent Tuaran ( ke lapangan terbang )
8.2 Kapal Terbang Air asia
8.3 Bas Pelancongan Indonesia
9.0 AHLI JAWATANKUASA DAN PELAKSANA
JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG
TUAN ROMLI BIN DARUS
PENGARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT
PENASIHAT
ENCIK DOTI ASING
TIMBALAN PENGARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT
PENGERUSI
PUAN JULIANA DUMPIL
KETUA JABATAN
JABATAN PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT
PENYELARAS PROGRAM
PUAN JASLINAH MAKANTAL
MENTOR UNIT PISMP PRASEKOLAH JANUARI 2012
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT
PENSYARAH PENGIRING/FASILITATOR

HAJAH NANCY LOO KASON


HAJAH DAYANG MAYANG BIN AWANG ABAS
ENCIK DATU RAIMAN BIN DATU KAUMAN
PENSYARAH PRASEKOLAH IPG KAMPUS KENT
JAWATANKUASA PELAKSANA
PENGARAH PROGRAM
DAYANG NURSHAFIQA BINTI ABANG AHMAD
TIMBALAN PENGARAH PROGRAM
LYDORA BINTI PATRICK
SETIAUSAHA
ELLYCHIA ASON
BENDAHARI
SITI ZULAIKHA BINTI ABDU RAHIM
AJK PENGANGKUTAN BAS
FARAHATUN NAILAH BINTI MANSOR
AJK PENGANGKUTAN KAPAL TERBANG
MOHD FAIZOL BIN AMAT
AJK PERHUBUNGAN DAN PENEMPATAN
ABIDIN BIN MADDE
NOR QAYUUM BINTI RUSLIN
AJK HADIAH DAN CENDERAHATI
HAFIZAH BINTI OTHMAN

NOR AIZATI BINTI DAWI


AJK KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN
ALVAYSLEOPOLD BIN ANTHONY
JOHN ANAK HARIP
AJK DOKUMENTASI DAN MULTIMEDIA
PAUL DING LAH
SITI HALIZAH BINTI MOHD SADING
AJK DISIPLIN DAN KEROHANIAN
ABDUL RAHIM BIN AGUS
AJK MAKANAN
PRINCETON ANAK JACK
PENGURUS AKTIVITI
ASLY MAJUBI
ANYLINE BINTI LUNTAK

10.0

TENTATIF PROGRAM
TENTATIF PROGRAM LAWATAN ILMIAH
24 OKTOBER HINGGA 29 OKTOBER 2015

TARIKH

MASA

24 OKT
2015
(SABTU)

AKTIVITI

KK/JAKARTA
9.00 MALAM - Pelajar berkumpul
- Taklimat dan bertolak ke KKIA dari IPG Kampus Kent
- Tiba di Jakarta
BANDUNG
9.00 PAGI - Lawatan ke tempat-tempat menarik di Bandung.

25 OKT
2015
(AHAD)

26 OKT
2015
(ISNIN)

9.00 PAGI
-5.00 PTG

27 OKT
2015
(SELASA)
28 OKT
2015
(RABU)

9.00 PAGI
5.00 PTG

8.00 PAGI
11.00 PAGI

29 OKT
2015
(KHAMIS)

BANDUNG
- Melapor Diri di Universitas Pendidikan Nasional,
Bandung, Indonesia.
- Lawatan ke Fakulti Pendidikan, Universitas
Pendidikan Nasional, Bandung Indonesia.
- Sesi dialog dengan pihak pengurusan fakulti.
JAKARTA
- Persiapan diri dan Sarapan Pagi
- Taklimat/Lawatan ke Universitas Negeri Jakarta
- Perjumpaan dengan pelajar-pelajar Malaysia
di Kedutaan Pelajar Malaysia Jakarta.
JAKARTA
- Lawatan ke salah sebuah sekolah rendah di Jakarta
bagi melihat pelaksanaan Program Pendidikan
Prasekolah

8.00 PAGI

JAKARTA
- Lawatan ke tempat-tempat menarik di Jakarta

9.00 MLM

Perjalanan pulang ke Kota Kinabalu(dari Jakarta)

# Sebarang pindaan / perubahan adalah tertakluk pada keadaan semasa Program


dilaksanakan.
# Sebarang masalah / Pertanyaan semasa lawatan boleh di maklumkan kepada
Ketua Rombongan.

11.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN PERBELANJAAN
LAWATAN ILMIAH KE JAKARTA BANDUNG INDONESIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT 2015


a. Tiket Kapal Terbang Air Asia
(KK-JKT & JKT-KK)
b. Penginapan
(RM50 seorang X 4 malam)
c. Makanan
(RM30 X 5 hari)
d. Pengangkutan
(RM30 sehari x 5 hari)
e. Insurans Berkelompok

RM500 x 19 orang

= RM 9 500.00

RM 200 x 19 orang

= RM 3 800.00

RM 150 x 19 orang

= RM 2 850.00

RM 150 x 19 orang

= RM 2 850.00

RM 36 x 19 orang

= RM

684.00

= RM

100.00

f. Hadiah/ Cenderamata
g. Pasport

RM200 X 19 orang

h. Banner

= RM 3 800.00
= RM

350.00

Anggaran Perbelanjaan Keseluruhan

= RM 23 934.00

Anggaran kos untuk seorang peserta ( RM 23 934 19 )

= RM 1 260.00

12.0 SENARAI NAMA PESERTA


Rujuk lampiran A

13.0 PENUTUP
Pihak pelatih PISMP Prasekolah Ambilan Januari 2012, memohon agar pihak
Pentadbiran dan Pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, dapat
mempertimbangkan permohonan ini agar program ini akan berjalan dengan jayanya
serta mencapai matlamat dan objektif yang digariskan. Segala jasa baik dan

sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Disediakan oleh ,

(ELLYCHIA ASON)
Setiausaha Lawatan Ilmiah Pendidikan Prasekolah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran.

14.0

RUANGAN PENGESAHAN

Disemak oleh,

(PUAN JASLINAH MAKANTAL)


Mentor PISMP Prasekolah Ambilan Januari 2012
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran.

Disahkan oleh,

(PUAN JULIANA DUMPIL)


Ketua Jabatan,
Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus, Kent.

Disokong oleh,

(PUAN NANCY LOO KASON)


Ketua Jabatan,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran.

Diluluskan oleh,

(TUAN ROMLI BIN DARUS)


Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran.