Anda di halaman 1dari 9

Olahraga: Lontar Peluru

1.0

PENGENALAN

Acara lontar peluru adalah satu acara


melibatkan

dari

segi

melontar

olahraga

dalam

iaitu acara padang yang

pergerakan

menolak

satu

bola

logam besi berat sejauh yang boleh. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu
telah

dijadikan

pertandingan

bermula

pada abad

ke-19.

Orang

Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta
acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka
lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima
sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini.
Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah
mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah
negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah
menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi
acara olahraga yang dipertandingkan. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi
acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16
paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah
dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan
ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke
negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan
di Sukan Olimpik moden tahun 1896.
Bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada
tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada
bentuk bulatan yang berdiameter tujuh kaki, dengan bahagian hadapan tempat
melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat
pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada
peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.

2.0

PERALATAN DAN KELENGKAPAN

i.

Peluru
Ia diperbuat daripada besi pejal berbentuk bulat dan licin. Berat peluru untuk
peserta lelaki adalah 7.257 kg dan bagi wanita adalah 4 kg manakala ukuran
diameter adalah antara 110-130 mm dan 95-110 mm. bagi peserta remaja
begantung kepada umur iaitu peringkat umur bawah 17 tahun lelaki dan wanita
adalah 5 kg dan 4 kg manakala bawah 15 tahun lelaki dan wanita adalah 4 kg
dan 3.25 kg. Perbezaan berat peluru perlu bagi memudahkan lontaran dibuat
mengikut keupayaan peserta berdasarkan peringkat umur.

ii.

Gelanggang
Ia terdiri daripada bulatan melontar dan kawasan mendarat. Bulatan melontar
dikelilingi oleh satu garisan bulat meliputi kawasan yang berdiameter 2.135
meter. Di bahagian hadapan kawasan melontar dipasang papan penahan untuk
menentukan sama ada lontaran sah atau batal. Jika peserta memijak atau kaki
melepasi papan penahan, lontaran dikira batal. Kawasan pendaratan peluru
hendaklah bebas daripada halangan dan gangguan. Ia bersudut 400 dari titik
tengah bulatan melontar. Setiap lontaran hendaklah jatuh di dalam kawasan
pendaratan ini, lontaran yang keluar atau mengenai garisan dibatalkan.

iii.

Pita pengukur
Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan yang dibuat oleh seseorang
peserta. Ukuran dibuat dari titik tengah bulatan tetapi bacaan hanya diambil dari
papan penanda hingga kesan tempat peluru mendarat.

iv.

Kasut berpaku (spike)


Kasut berpaku yang sesuai boleh digunakan untuk lontar peluru jika gelanggang
yang digunakan adalah padang berumput. Tetapi jika gelanggang diperbuat
daripada simen konkrit kasut sukan biasa adalah digalakkan dan sesuai untuk
dipakai.

Rajah 1.1: Gelanggang lontar peluru

3.0

KAEDAH PEGANGAN PELURU


Cara memegang peluru perlu diberikan keutamaan oleh peserta. Terdapat dua
cara untuk memegang peluru iaitu;

i.

Menggunakan tiga jari


Cara mudah dan selamat untuk memegang peluru adalah dengan meletakkan
peluru pada tapak tangan iaitu di bawah pangkal jari. Peluru mesti dipegang
pada dasar tiga jari tengah manakala ibu jari dan jari kelengkeng bertindak
sebagai penyokong. Jari kelengkeng boleh dibengkokkan atau diluruskan
berhampiran dengan tiga jari tengah.

ii.

Menggunakan lima jari


Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi kedudukan
peluru. Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah.
Peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. Ini merupakan satu
kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakkan peserta yang baru belajar
melontar peluru.

Rajah 1.2: Cara memegang peluru

4.0

TEKNIK LONTARAN
Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk melontar peluru,
antaranya ialah teknik berdiri, teknik lontaran sisi, teknik O Brien dan teknik
membelakangi kawasan lontaran (step-back).

i.

Teknik berdiri
Untuk mendapat pergerakan tangan dan bahu yang betul, boleh dilakukan
dengan teknik berdiri sebagai satu latihan. Berikut adalah cara lontaran dalam
teknik berdiri;

Berdiri dengan luas kaki lebih kurang 30 cm, tangan memegang peluru di bawah
dagu sehingga bersentuhan dengan tengkuk. Siku tangan yang memegang
peluru hendaklah keluar dan mendatar.

Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke kanan.

Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakala kaki
diluruskan dan peluru di tolak keluar.

Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru manakala tangan kiri


membantu mengimbangkan tangan.

Rajah 1.3: Gerakan dalam teknik berdiri


ii.

Teknik lontaran sisi

Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengan


bulatan lontaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kaki kanan di
angkat.

Letakkan kaki kiri pada gelanggang dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.

Luruskan kaki kiri dan bersedia untuk membuat lontaran.

Pusingkan tapak kaki kanan dan angkat tumit serta tolak peluru keluar.

Rajah 1.4: Gerakan dalam teknik lontaran sisi

iii.

Teknik membelakangi kawasan lontaran


Teknik ini merupakan gaya yang lebih maju dan mempunyai kelebihan jika dapat
dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkah teknik ini adalah;

Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran.

Bongkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.

Kaki kiri diangkat sedikit.

Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan


lontaran.

Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.

Tolak peluru keluar dengan kuat.

Rajah 1.5: Gerakan dalam teknik membelakangi kawasan lontaran

iv.

Teknik pemindahan (OBrien)


Teknik ini merupakan teknik yang digunakan oleh atlit-atlit peringkat tinggi yang
mempunyai kemahiran lontaran yang tinggi serta berpengalaman. Cara
melakukan teknikOBrien adalah seperti berikut;

Berdiri dengan membelakangi arah lontaran dan kaki kanan bersentuh dengan
garisan belakang.

Bongkokkan badan dan angkat kaki kiri serta rapatkan dengan kaki kanan.

Mulakan langkah dengan kaki kanan.

Bengkokkan lutut kanan dan ayunkan tangan kiri keluar.

Pusingkan bahu dan pinggang dan tolak serta lepaskan peluru dengan kuat.

Lakukan lajakan ayunan dengan memindahkan berat badan ke hadapan dan


imbangkan dengan tangan kiri.

Rajah 1.6: Gerakan dalam teknik OBrien


5.0
i.

ASPEK PENTING DALAM LONTAR PELURU


Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan
betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan.

ii.

Gerakan berjingkit (shift) ke belakang jangan dilakukan terlalu tuinggi - iaitu


lakukan seberapa rendah yang boleh.

iii.

Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di


bahu dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Sebelum peluru lepas
daripada bahu pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran.

6.0

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

i.

Peluru hendaklah dipegang dengan tapak tangan dan disokong oleh jari serta
menyentuh rongga tulang selangka berhampiran leher.

ii.

Peluru ditolak dari kedudukan atas bahu.

iii.

Peserta diberikan enam kali percubaan lontaran sekiranya jumlah peserta tidak
melebihi lapan orang.

iv.

Peserta yang melakukan lontaran paling jauh dikira sebagai pemenang.

v.

Lontaran hendaklah dibuat dalam bulatan atau kawasan lontaran dan peluru mesti
mendarat di dalam kawasan mendarat. Lontaran yang keluar dari kawasan
mendarat dikira batal.

Rajah 1.7: Lontaran yang sah dan batal


vi.

Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan lontaran sebelum peluru


mendarat.

vii.

Peserta dibenarkan keluar dari sebelah belakang bulatan lontaran. Sekiranya


peserta keluar dari sebelah hadapan, lontaran itu dibatalkan.

viii.

Peserta tidak dibenarkan memijak atau menyentuh papan penanda semasa


membuat lontaran.

ix.

Terdapat empat orang pengadil yang terlibat iaitu pengadil pertama menentukan
cara dan kedudukan peluru, pengadil kedua mengawasi kedudukan kaki peserta,
pengadil ketiga dan keempat mengawasi tempat peluru mendarat.

Rajah 1.8: Kedudukan pengadil

Anda mungkin juga menyukai