Anda di halaman 1dari 11

TEORI PELAZIMAN OPERAN

Teori Pelaziman Operan


Thorndike
TEORI PELAZIMAN
OPERAN
Teori Pelaziman Operan
Skinner

Teori Pelaziman Operan Thorndike


Mengikut Thorndike, pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat iatu
pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf d antara situasi dengan gerak balas.
Ransangan mempengaruhi organism maka itu sesuatu gerak balas bolak dijangkakan
berlaku. Ikatan R-G boleh dianggap sama ada sebagai keadaan fizikal atau sebgai
perhubungan yang wujud di antara satu situasi tertentu dengan kebolehan individu
untuk bergerak balas kepadanya. Hokum pembelajaran Thorndike adalah dinyatakan
dalam bentuk mudah-pindaan saraf dan rangkaian saraf. Keterangan R-G mengenai
pembelajaran meliputi sebarang jenis pembelajaran. Dalam erti kata teori ini, beberapa
faktor penting dalam pembelajaran ialah kesediaan saraf, ketertiban masa, rasa milik
dan memuaskan pengalaman.
Eksperimen Cuba-Ralat (1911)

Kucing yang lapar dimasukkan ke dalam sangkar dan di luar sangkar


diletakkan dengan semangkuk makanan.

Kucing yang lapar cuba untuk keluar dari sangkar.

Kucing tersebut terpijak tuil dan keluar daripada sangkar tersebut dan makan
makanan yang terdapat di luar.

Kucing tersebut mengulangi perkara yang sama untuk mendapatkan


makanan di luar sangkar.

Kesilapan yang dilakukan semakin berkurangan.

3 Hukum Asas Thorndike


i) Hukum kesediaan, latihan dan kesan. Prinsip kesediaan yang dinyatakan oleh
Thorndike sebagai:
a) Apabila satu unit pengaliran sudah sedia untuk mengalir, maka
pengalirannya adalah memuaskan, tiada suatu yang dibuat untuk
mengubah tindakkannya itu.
b) Bagi sesuatu unit pengaliran yang sudahh sedia ada untuk mengalir dan
kalau tidak mengaliradalah menyusahkan, dan meransang apa jua
gerak balas yang disediakan oleh alam semula jadi yang berkaitan
dengan kekurangan yang menyusahkan tadi.
c) Apabila satu unit pengaliran tidak bersedia untuk pengaliran, dan
dipaksa mengalir, maka pengalirannya adalah menyusahkan.
ii) Hukum latihan melibatkan pertalian antara ransangan dengan gerak balan dan akan
bertambah kukuh jika latihan diadakan. Sebaliknya, (iiatu tindakan mengulang) tidak

dijalankan, maka pertalian antara ransangan dengan gerak balas akan bertambah
lemah.
iii) Hukum kesan pula menyatakan bahawa pertalian antara ransangan dengan gerak
balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas
terhasilnya tindak balas. Kesan yang menyakitkan pula akan melemahkan pertalian
antara ransangan dan gerak balas.

Namun demikian, teori ini mempunyai banyak kelemahan. Pertama, konsep tentang
perkara yang memuaskan atau menyakitkan amat subjektif dansusah diukur. Kedua,
sukar untuk menetapkan jenis ikatan dan gerak balas yang hendak dibentuk atau
dihapuskan. Ciri-ciri setiap ikatan perlu diketahui sejak awal lagi. Yang terakhir ialah,
teori ini sukar dikaitkan dengan pengajaran perkara yang abstark dan kreativiti,
imaginasi atau keindahan bahasa.
Implikasi Thorndike
Implikasi yang pertama ialah untuk mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu
diwujudkan. Guru perlu menyediakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran
yang menarik dan mengagumkan agar proses pembelajaran yang berkesan boleh
berlaku. Contohnya dengan menggunakan ICT dan juga audio atau video yang menarik
agar murid dapat menjalani proses pembelajaran dengan berkesan.
Implikasi yang kedua ialah konsep hukum kesediaan boleh diperluas untuk digunakan
di dalam bilik darjah. Seseorang murid perlu bersedia dari segi mental, minat dan sikap
serta psikomotor sebelum pembelajaran berkesan dapat berlaku tetapi jika murid
tersebut dipaksa belajar, pembelajaran tidak akan berkesan.
Implikasi yang ketiga ialah latihan dan pengulangan akan meningkatkan keberkesanan
pembelajaran. Ia juga boleh meningkatkan kemahiran dan ingatan murid. Contohnya
dengan memberi latih tubi, kuiz atau soal jawab yang kerap kepada murid.
Teori Pelaziman Operan Burrhus F.Skinner (1904 1990)

Skinner memfokuskan penelitian tentang perilaku dan menghabiskan kariernya untuk


mengembangkan teori tentang Reinforcement. Dia percaya bahawa perkembangan
keperibadian seseorang, atau perilaku yang terjadi adalah sebagai akibat dari respond
terhadap adanya kejadian eksternal. Dengan kata lain, kita menjadi seperti apa yang
kita inginkan kerana mendapatkan ganjaran dari apa yang kita inginkan. Bagi Skinner,
hal yang paling penting untuk membentuk keperibadian seseorang adalah melalui
Reward and Punishment. Pendapat ini tentu saja amat mengabaikan unsur-unsur
seperti emosi, fikiran dan kebebasan untuk memilih sehingga Skinner menerima banyak
kritikan.

Eksperimen Skinner
Penemuan dalam pembelajaran yang diperolehi oleh Thorndike telah digunakan oleh
seorang ahli psikologi Amerika bernama Burrhus Frederic Skinner dalam kajian sama
bidang. Beliau juga bersependapat dengan dengan Pavlov, tetapi menyatakan bahawa
perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk
perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah. Skinner hanya menjalankan
kajian dengan menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau juga
telah menghasilkan Skinner Box di mana tingkah laku binatang dalam kotak tersebut
boleh dikawal dan gerak balasnya boleh diperhatiakan serta direkod. Kajian ini telah
diguna pakai sebagai teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.
Antara eksperimen beliau ialah beliau telah membina sebuah kotak khas dimana
di dalam kotak khas tersebut terdapat sebatang tuas yang disambung kepada sebuah
bekas makanan yang terlekat pada dinding kotak itu. Sebuah mangkuk diletakkan di
bawah tuas. Apabila tuas ditekan, makanan dari bekas itu akan masuk ke dalam
mangkuk. Seekor tikus lapar telah dimasukkan ke dalam kotak itu. Tikus itu mundarmandir di dalam kotak untuk mencari makanan. Selepas beberapa ketika dengan tidak
sengaja tikus itu menekan tuas dan terkeluarlah makanan ke dalam mangkuk. Tikus itu
mendapat makanan setiap kali ia menekan tuas. Proses ini berlaku berulang kali dan

akhirnya tikus itu terus menekan tuas apabila ia hendak mendapatkan makanan. Tikus
ini telah mempelajari satu cara mendapatkan makanan.
Untuk kajian seterusnya, Skinner telah memutuskan sambungan antara bekas
makanan dengan tuas. Selepas itu, tikus itu tidak lagi mendapat makanan walaupun
tuas itu ditekan. Setelah berapa kali mencuba, tikus itu berhenti menekan tuas kerana
ia tahu usahanya itu sia-sia sahaja. Skinner kemudiannya meletakkan sebuah lampu
dalam kotak itu. Apabila lampu itu menyala dan tuas itu pula ditekan makanan akan
terkeluar.
Eksperimen ini dijalankan berulang kali hingga tikus itu sedar bahawa ia hanya
akan mendapat makanan jika tuas itu ditekan pada masa lampu menyala. Tindakan
tikus menekan tuas untuk mendapatkan makanan itu disebut pelaziman operan.
Cahaya lampu dalam eksperimen ini tidak menyebabkan tikus itu menekan tuas. Ia
hanya bertindak sebagai salah satu keadaan untuk membolehkan sesuatu tingkah laku
itu (menekan tuas) berlaku.
Menurut Skinner (1953), kajiannya menunjukkan kelaziman operan organisma
bertindak balas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran. Tingkah laku begini
bukan semata-mata gerak balas automatik yang dikeluarkan mengikut naluri terhadap
sesuatu

rangsangan

kebarangkalian

(pelaziman

pengulangan

klasik).

sesuatu

Pelaziman

gerak balas.

operan

meningkatkan

Peneguhan

menambahkan

kekerapan gerak balas itu. Peneguhan biasanya ditakrifkan sebagai sebarang


rangsangan yang menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku.
Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu
perlakuan

itu

diulangi.

Menurut

Rachlin(1991),

penenguhan

diberikan

untuk

memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan


meransangkan otak. Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis iaitu
peneguhan positif dan peneguhan negatif.

JENIS

Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu peneguhan
positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip premack dan pelupusan.
i) Peneguhan Positif
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu
ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam
bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah
adalah seperti memberikan katakata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja
atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi
hadiah dan sebagainya.

Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat

mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi
juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang
perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan.
Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah
memuji secara ikhlas, memuji dengan cepat, memuji tanpa memilih kasih, memuji
usaha dan cuba jaya, memuji tingkah laku yang spesifik, memuji jawapan atau respon
yang spontan.
ii) Peneguhan Negatif
Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan
yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa
memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh
kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi menyiapkan kerja
sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada
rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa). Jadual menunjukkan satu lagi contoh
peneguhan negatif.
Tingkah laku
Kesan / Akibat

Tingkah laku masa hadapan


Pelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunya.
Guru menegur pelajar
Pelajar akan menyiapkan tugasan yang seterusnya tepat pada waktunya
iii) Dendaan
Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan
berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan
negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah
laku tersebut.
Tingkah laku
Kesan / Akibat
Tingkah laku masa hadapan
Pelajar membuat bising dala kelas.
Guru membuat amaran kepada pelajar.
Pelajar berhenti membuat bising dalam kelas
Dendaan boleh dibahagi kepada 2 bentuk iaitu yang pertama ialah dendaan
persembahan dan kedua dendaan penyingkiran.

DENDAAN

DENDAAN PERSEMBAHAN
Dendaan persembahan
(presentation punishment),
berlaku apabila sesuatu
ransangan menyebabkan
berlakunya perubahan dalam
tingkah laku diri pelajar tersebut.
Dendaan bentuk ini tidak
melibatkan fizikal tetapi dapat
menakutkan pelajar. Contohnya,
larian padang, sistem dimerit atau
guru memberi kerja tambahan.

DENDAAN PENYINGKIRAN
Dendaan penyingkiran (removel
punishment), berkaitan dengan
penyingkiran ransangan.
Contohnya, ibu bapa atau guruguru tidak memberi kemudahan
apabila seseorang pelajar tidak
berkelakuan betul. Contoh
mengenakan dendaan
penyingkiran ialah seperti tidak
membenarkan mereka menonton
televisyen dalam tempoh
seminggu sebab mereka tidak
membuat kerja rumah Sains.

Untuk menjadikan dendaan lebih efektif, beberapa peringkatan perlu diambil kira.
Antaranya ialah dendaan perlu dilakukan dengan segera, sebaik sahaja perlakuan
tidak diingini dipamerkan. Seterusnya orang yang menerima dendaan mesti tahu
mengapa dia dihukum. Dendaan juga dilakukan atas dasar untuk mengubah
kelakuan bukan sebagai balasan perlakuan dan yang terakhir hukuman mestilah
tekal iaitu si A kena 3 rotan si B juga kena 3 rotan.
Ada setengah pendapat mengatakan denda boleh menghasilkan gangguan
emosi serta persoalan etika. Dendaan yang keterlaluan boleh dianggap deraan serta
menyebabkan berlakunya tingkah laku yang negatif, seperti pengasingan diri, rasa
rendah diri, serta mengganggu perkembangan emosi dalam jangka masa yang
panjang.

iv) Prinsip Premack

Prinsip premack ialah mengaitkan aktiviti kurang diminati dengan aktiviti yang lebih
diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang di minati.
Prinsip Premack juga dikenali sebagai Grandmas Rule yang berasaskan
kenyataan, kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayursayuran. Sebagai guru, kita boleh menyelangkan aktiviti yang menarik dengan
aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar
pembelajaran murid.
v) Pelupusan
Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan
sendirinya. Keadaan ini boleh diatasi dengan adanya peneguhan untuk sesuatu
perlakuan itu dapat dikenal pasti, peneguhan itu tidak lagi digunakan serta guru perlu
sabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan
serta merta.
Implikasi Teori Pelaziman Skinner
Pemberian peneguhan yang positif seperti pujian, wang, kata-kata perangsang, hadiah,
token dan bintang bagi meneguhkan tingkah laku yang dikehendaki. Sebagai contoh,
guru memberikan Rahimah lima bintang kerana berjaya menghasilkan lukisan tercantik
dalam bilik darjah. Pemberian peneguhan mesti diberikan secara tekal bagi menjamin
berulangnya tingkah laku yang positif. Objektif tingkah laku yang realistik dan
penguasaan kemahiran secara berperingkat. Guru memastikan objektif pengajaran
yang ditetapkan realistik dan tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah arasnya. Ia mesti
sejajar dengan kebolehan pelajar. Guru juga perlu mengajar sesuatu kemahiran seperti
bermain bola sepak secara berperingkat-peringkat ( seperti burung merpati bermain
ping-pong ) supaya pelajar menguasai permainan tersebut dengan lebih berkesan.
Mengajar pelajar membezakan persamaan dan perbezaan di antara dua situasi
yang berlainan, supaya mereka dapat membuat generalisasi dan diskriminasi dengan
betul. Guru perlu mengamalkan prinsip generalisasi dalam bilik darjah. Pemindahan
pembelajaran berlaku dari situasi A kepada situasi B. Generalisasi membawa maksud
melakukan tingkah laku yang sama dalam situasi yang berlainan. Contohnya,

sesetengah pelajar takut untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Guru boleh


menasihatkan pelajar tersebut dan memberitahunya bahawa dia akan menduduki
peperiksaan yang hampir sama dengan ujian bulanan. Oleh itu, pelajar tidak akan
berasa begitu takut kerana dia sudah biasa membuat ujian bulanan. Bagi diskriminasi
rangsangan pula, guru perlu memastikan bahawa pelajar memberi fokus kepada
rangsangan yang betul dan dapat membezakan rangsangan-rangsangan yang lebih
penting dalam proses P&P. Sebagai contoh, guru boleh memberitahu pelajar objektif
spesifik yang perlu dikuasai dalam sesuatu pelajaran. Maka pelajar akan memberi
perhatian yang lebih kepada maklumat penting yang berkaitan dengan objektif
pelajaran. Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat membuat diskriminasi antara
maklumat penting dan kurang relevan.
Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan antara rangsangan dan gerak
balas. Ini bermakna tingkah laku pelajar boleh dilazimkan untuk gerak balas yang
diingini atau tidak diingini oleh guru. Sebagai contoh, apabila guru masuk ke kelas
( rangsangan ) pelajar berdiri dan mengucapkan Selamat Pagi ( gerak balas ). Guru
pun memuji pelajar. Tanpa arahan guru, pelajar akan terus melakukan tingkah laku ini
setiap kali seorang guru masuk ke dalam bilik darjah. Rangsangan dan gerak balas
diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan dikaitkan dengan gerak
balas semakin kukuh gerak balas terlazim. Sebagai contoh, seorang pelajar diberi
peneguhan positif dalam bentuk pujian untuk kerjanya yang kemas. Kerja yang kemas
akan berterusan, walaupun tiada pujian daripada guru. Guru juga dapat meningkatkan
tingkah laku pembelajaran yang positif dengan mengadakan perbincangan, projek dan
aktiviti kumpulan di kalangan pelajar.
Motivasi membangkitkan tingkah laku positif. Guru perlu memotivasikan pelajar
dengan ganjaran yang sesuai sebelum mereka dapat mengawal tingkah laku
pembelajaran yang dikehendaki dalam P&P. Sebagai contoh, guru perlu memberi
motivasi seperti dalam bentuk pujian, hadiah, kata-kata perangsang dan sebagainya
untuk menbentuk tingkah laku yang diingini. Guru juga boleh meningkatkan motivasi
pelajar

dengan

menyediakan

suasana

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

menyeronokkan. Bagi maksud penghapusan pula, jika sesuatu tingka laku tidak diberi

peneguhan ia boleh dikikiskan secara perlahan-lahan. Sebagai contoh, guru boleh


mengikiskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar dalam situasi P&P. Sebagai
contoh, jika perlu takut untuk membuat pembentangan di hadapan kelas, guru perlu
meningkatkan keyakinannya secara berperingkat. Pertama sekali, guru membiarkan
pelajar itu membaca kepada kumpulan yang lebih kecil semasa dia duduk, kemudian
semasa dia berdiri. Akhir sekali, baru pelajar itu diberi peluang membaca di hadapan
kelas. Ini dapat menghapuskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar tersebut.

Anda mungkin juga menyukai