Anda di halaman 1dari 5

2.

0 Pengenalan
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya
membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dengan
itu, pentaksiran juga adalah proses pengumpulan maklumat tentang
perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah.
la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak
formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara
keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenal pasti kecerdasan dan
potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan
mereka.
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episode dalam
proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil
pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu Hasil pentaksiran
membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan
seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap
optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Akhirnya, pentaksiran adalah untuk membantu guru dalam perkara
mengesan perkembangan murid secara menyeluruh, mengenal pasti pelbagai
potensi murid secara menyeluruh, mengenal pasti kelebihan dan kekurangan
murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa, merangsang aktiviti
mengikut keperluan perkembangan danpertumbuhan murid, mengesan
keberkesanan pengajaran, dan mengesan pertumbuhan murid bersesuaian
dengan peringkat umur.
Salah satu aspek penilaian dalam pendidikan ialah menilai kejayaan
pelajar dari segi kognitif, afektif dan psikomotor. Penilaian dilakukan ke atas
pelajar secara individu atau berkumpulan untuk mendapatkan gambaran awal
tentang kejayaan mereka hasil dari latihan atau pengajaran yang diterima
sepanjang proses pembelajaran yang dilalui di sekolah. Oleh yang demikian,

penilaian ke atas pelajar merupakan suatu proses yang bertujuan untuk


mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran yang dialami
oleh mereka. Nitko (1996), mendefinisikan penilaian ke atas pelajar sebagai
satu proses untuk memberikan nilai yang terbaik terhadap hasil kerja atau
prestasi pelajar tersebut. Penilaian yang dijalankan melalui berbagai jenis alat
pengukuran tertentu akan menghasilkan maklumat, dan maklumat yang
dikumpulkan ini akan digunakan oleh berbagai pihakguru, sekolah dan ibu
bapauntuk

membuat

keputusan-keputusan

dalam

pendidikan

yang

berkaitan dengan masa depan pelajar tersebut.


Secara amnya, Robinson dan Craver (dipetik dari Bowers, 1989)
menyatakan keputusan-keputusan yang akan adalah diambil bertujuan
memenuhi tiga fungsi berikut: (i) fungsi pentadbiran; bertujuan menyediakan
skor untuk membuat perbandingan antara individu berasaskan norma yang
telah ditetapkan, (ii) fungsi bimbingan; bertujuan mengenal pasti kekuatan
dan kelemahan setiap pelajar supaya bimbingan sewajarnya dapat dilakukan
berkaitan jenis pendidikan dan pekerjaan masa hadapan, dan (iii) fungsi
pertanggungjawaban;

bertujuan

menggunakan

skor

pelajar

untuk

menentukan keberkesanan guru, sekolah dan sistem pendidikan secara


keseluruhan.
Untuk mencapai tujuan ini penilaian yang sering dilaksanakan adalah
berbentuk peperiksaan dengan menggunakan ujian terstandard sebagai alat
untuk mengukur, menilai dan membuat keputusan. Ia telah menjadi begitu
popular di kalangan pendidik seluruh dunia termasuk juga dalam sistem
persekolahan di Amerika Syarikat semenjak 1976 (Gilman & McDermott,
1994). Penggunaan ujian terstandard di katakan telah dapat memeringkatkan
sebilangan besar pelajar seperti yang dikehendaki. Masalahnya, apakah
keputusan yang dibuat hanya berdasarkan penilaian tradisional ini adil kerana
seperti yang kerap diperkatakan penilaian bentuk ini adalah terlalu
menumpukan kepada hasil akhir pembelajaran tanpa memberi penekanan
yang sewajarnya kepada perkembangan proses pembelajaran yang dilalui
oleh pelajar. Untuk sesetengah pelajar, kegagalan untuk mempersembahkan
hasil seperti yang ditetapkan tidak bermakna tiada pembelajaran yang berlaku

dalam dirinya. Seterusnya penggunaan satu bentuk alat pengukuran yang


sama untuk mengukur individu yang mempunyai berbagai kelainan hanya
akan

memberikan

gambaran

yang

terhad

kepada

pendidikan

yang

sebenarnya (Worthen & Spandel, 1991). Oleh kerana hasil penilaian


memainkan

peranan

yang

besar

dalam

menentukan

masa

depan

pembelajaran dan pelajar itu sendiri, maka penilaian yang benar-benar


berkesan hendaklah dilakukan supaya sebarang keputusan yang bakal
diambil nanti adalah merupakan suatu keputusan yang terbaik untuk pelajar
berkenaan.
Di antara kegunaan keputusan penilaian di negara kita, adalah untuk
tujuan pemilihan dan pensijilan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982).
Sehubungan itu terdapat dua bentuk penilaian yang dilaksanakan ke atas
semua pelajar sepanjang tempoh persekolahan mereka di peringkat rendah
dan menengah. Pertama ialah penilaian umum berbentuk peperiksaan di
akhir tahun tertentu persekolahan, dan keduanya ialah penilaian yang
dilakukan oleh guru di peringkat sekolah sepanjang tahun. Penilaian dalam
bentuk peperiksaan awam di peringkat yang dikendalikan oleh dua badan di
bawah Kementerian Pendidikan iaitu: (i) Lembaga Peperiksaan; yang
mengendalikan Penilaian Tahap Satu (PTS), dan Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) di peringkat rendah, serta Penilaian Menengah Rendah
(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
(SPMV) di peringkat menengah, dan (ii) Majlis Peperiksaan Malaysia yang
mengendalikan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di tingkatan 6.
Walau bagaimana pun, untuk memastikan bahawa pelajar berada di
landasan yang betul sebelum mereka menduduki peperiksaan awam,
sekolah-sekolah dikehendaki menjalankan berbagai jenis penilaian secara
berterusan dari masa ke semasa. Disebabkan penekanan kepada hasil akhir
pembelajaran, maka bentuk penilaian berterusan yang dijalankan di sekolah
juga adalah mirip kepada bentuk peperiksaan yang menggunakan ujian pencil
dan kertas. Tambahan pula kejayaan pelajar dalam peperiksaan awam juga
merupakan ukuran kepada kejayaan guru, keberkesanan sekolah dan sistem
pendidikan secara keseluruhannya di kalangan masyarakat. Di samping itu
pelaksanaan penilaian juga dipengaruhi oleh pengetahuan dan kepercayaan

guru terhadap proses penilaian itu sendiri di mana pengetahuan guru akan
mempengaruhi bentuk penilaian yang akan digunakan dan kepercayaannya
pula akan menentukan sejauh mana penilaian dilakukan dengan berkesan.
Oleh kerana hasil penilaian memberikan maklumat-maklumat yang akan
digunakan untuk membuat keputusan yang berkaitan dengan masa depan
pelajar maka satu sistem penilaian yang menyeluruh adalah sangat perlu
supaya keputusan yang bakal diambil nanti adalah keputusan yang terbaik.
Telah dijelaskan bahawa penilaian tradisional dengan menggunakan ujian
terstandard tidak mampu untuk mengukur keupayaan pelajar secara
menyeluruh. Pelajar di katakan berjaya dalam penilaian tersebut jika mereka
berupaya mencapai skor tertentu dalam ujian yang diadakan. Tetapi liputan
yang terkandung dalam sesuatu ujian terstandard adalah sangat terbatas dari
segi kebolehan mengukur aspek-aspek lain seperti pencapaian dari segi nilai
dan penguasaan kemahiran psikomotor dalam diri pelajar. Guru sebagai
pelaksana penilaian harus mempunyai kefahaman tentang maksud dan
tujuan penilaian itu diadakan kerana penilaian yang tidak dirancang bukan
sahaja akan menjadi beban kepada guru dan pelajar, malahan lebih dari itu
keputusan yang diperoleh dari sistem penilaian yang sedemikian tidak akan
membawa erti.
Kritikan terhadap kekurangan yang wujud pada penilaian tradisional telah
merangsang para pendidik dan penyelidik di seluruh dunia berusaha untuk
mendapatkan bentuk-bentuk atau format baru dalam penilaian supaya hasil
penilaian yang dijalankan dapat meramal kejayaan pelajar dengan lebih tepat
dan menyeluruh. Perkembangan pesat dalam bidang psikometri dan
pengetahuan yang lebih mendalam tentang fungsi otak telah merangsang
perkembangan yang pesat dalam sistem penilaian ke atas pelajar. Penilaian
sekarang ini cuba menumpukan kepada pengukuran yang merujuk kepada
kriteria di mana kejayaan pelajar ditentukan dengan menguji sejauh mana
kriteria pembelajaran yang telah ditetapkan itu dikuasai oleh pelajar tersebut.
Hasil dari perkembangan ini ialah penggunaan penilaian yang lebih autentik di
mana pelajar tidak lagi hanya bergantung kepada memilih keupayaan memilih
jawapan yang betul dari set jawapan yang diberi tetapi mereka harus
berupaya menunjukkan dan menjelaskan bagaimana jawapan yang diberikan

itu diperoleh bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Penilaian autentik yang


juga dikenali sebagai penilaian alternatif adalah lebih berkaitan dengan
kebolehan pelajar untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan
harian.
Walaupun berbagai cadangan yang berkaitan dengan penilaian yang
menyeluruh telah diberikan namun pelaksanaan penilaian di sekolah adalah
masih bergantung kepada guru. Dalam kajian terhadap kesediaan guru
sekolah rendah melaksanakan penilaian kemajuan berasaskan sekolah
(PKBS), Hamzah (1990) mendapati bahawa guru-guru masih kurang faham
tentang konsep bagai mana penilaian yang berterusan ini harus dijalankan.
Kajian di Amerika Syarikat oleh Senk, Beckmann dan Thompson (1997), juga
mendapati bahawa pelaksanaan penilaian bentuk baru di kalangan guru-guru
sekolah tinggi masih bergantung kepada pengetahuan dan kepercayaan guru
terhadap penilaian itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai