Anda di halaman 1dari 15

PENDAHULUAN

Pengenalan
Kurikulum sains sekolah rendah memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran
saintifik (kemahiran proses dan manipulatif) dan kemahiran berfikir di samping
pemahaman kepada prinsip asas sains serta pemupukan sikap saintifik dan nilai
murni supaya melahirkan rakyat Malaysia yang progresif dan seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk
memberikan kesedaran kepada murid tentang kepentingan pengetahuan sains dan
teknologi dalam proses pembangunan dan perindustrian.
Dalam Kurikulum Sains Sekolah Rendah (KBSR), kemahiran proses sains
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1993) yang dikenalpasti untuk dinilaikan adalah
disenaraikan seperti memerhati, mengelas, mengelas, membuat inferens, meramal,
berkomunikasi, menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir maklumat,
mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan
mengeksperimen.
Sewaktu pengajaran dan pembelajaran sains di dalam kelas, para guru sains
bukannya setakat mengajar fakta-fakta sains sahaja malahan perlu menekankan
perkembangan kemahiran proses Sains di kalangan murid-muridnya. Mereka perlu
mengalami, mempraktik dan menghayati kemahiran proses sains dengan sendirinya
kerana kemahiran-kemahiran ini tidak dapat dipelajari melalui bacaan semata-mata.
Menurut Wellington,(1989), kedua-dua kemahiran ini penting kerana ia akan kekal
selepas fakta-fakta menjadi lapuk atau dilupai. Jadi kemahiran proses adalah proses-

proses kognitif atau cara pelajar berfikir semasa mereka menjalankan penyiasatan
(membuat melalui pemikiran)
Penerapan kemahiran proses sains dalam pengajaran pembelajaran mata
pelajaran sains boleh dianggap sebagai suatu cabaran kepada guru sains sekolah
rendah. Untuk menjayakan pelaksanaan kurikulum sains ini, tenaga pengajar sains
telah dilatih samada secara berpusat ataupun secara latihan dalaman di peringkat
sekolah untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang
menerapkan kemahiran proses sains. Lebih penekanan adalah diberi kepada
penguasaan kemahiran proses sains berbanding dengan penguasaan fakta-fakta dan
prinsip sains semata-mata. Kemahiran proses sains membolehkan murid mempersoal
sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran proses ini terdiri daripada
kemahiran yang mudah kepada yang kompleks.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Pengkaji merupakan seorang guru, mula bertugas di sebuah sekolah kebangsaan di


daerah Kuala Muda mulai tahun 2009 hingga sekarang. Pengkaji diberi kepercayaan
menjadi guru disiplin dan mengajar mata pelajaran Sains Tahun 4 Kreatif. Pengkaji
mendapati murid Tahun 4 Kreatif menghadapi masalah menjawab soalan berkaitan
Pembolehubah Dimanipulasi dan Pembolehubah Bergerakbalas berdasarkan jadual
dalam kertas bahagian B yang merupakan soalan wajib dijawab dengan tepat
sebagaimana yang dikehendaki oleh soalan peperiksaan. Soalan ini berkehendakkan
murid menjawab Pembolehubah Dimanipulasi (PM) dan Pembolehubah
Bergerakbalas (PB) berdasarkan jadual. Sesetengah murid tidak menjawab langsung
soalan bahagian B. Segelintir murid dari kelas belakang hanya menulis soalan
semula pada ruangan jawapan untuk menutupi kelemahan tersebut agar kertas
jawapan tidak dihantar kosong kepada guru.
Sebenarnya soalan ini merupakan soalan yang mudah untuk dijawab
seandainya murid mampu menunjukkan minat dan fokus, kerana maklumatmaklumat untuk menulis jawapan PM dan PB berada di dalam jadual. Berdasarkan
daripada pengalaman masa lalu dan juga sewaktu pemeriksaan kertas Peperiksaan
Pertengahan dan Peperiksaan Akhir Tahun Kertas Sains Tahun 4 2011, pengkaji
dapati pelajar masih keliru dan tidak mengenalpasti pembolehubah dengan tepat.
Oleh sebab yang demikian kesan dari kekeliruan dan tidak menguasai kemahiran
proses itu menyebabkan murid gagal menjawab dan mendapat keputusan yang baik
dalam peperiksaan tersebut.
Begitu juga berdasarkan perbualan pengkaji dengan penyelaras sains Tahun 4
dan guru-guru sains tahun 4 didapati sebilangan besar pelajar sains sekolah pengkaji

masih kurang jelas tentang konsep kemahiran proses sains ini khususnya PM dan PB.
Salah satu objektif utama pembelajaran sains adalah penguasaan kemahiran proses
sains. Kegagalan para pelajar sains memahami konsep kemahiran proses sains akan
mengakibatkan kegagalan penerapannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
sains. Ini seterusnya akan mengecewakan pencapaian objektif dan kehendak
kurikulum sains Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).
Pengkaji percaya masalah

tidak dapat menjawab soalan pembolehubah

khususnya PM dan PB sering menghantui pelajar-pelajar dan guru. Apabila tidak


dapat mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah maka mereka tidak mendapat
menjawab soalan kemahiran proses yang lain. Ini adalah kerana maklumat
pembolehubah-pembolehubah akan digunakan untuk menjawab soalan tujuan
penyiasatan, pemerhatian, inferens, pembolehubah, hubungan (hipotesis) dan
kesimpulan.
Pelajar tahun 4 2012, sekarang ini berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir
Tahun Tahun 3 2011 adalah pelajar cemerlang dan mendapat markah yang tinggi.
Rata-rata murid mendapat markah 80 % ke atas. Hal yang demikian kerana tajuk atau
sukatan pelajaran adalah senang. Manakala Penilaian Kerja Amali Sains hanya
menguji kemahiran pemerhatian dan inferens sahaja. Secara ringkasnya tahap
kemahiran pelajar adalah rendah dan aras soalan adalah senang. Justeru itu
kebarangkalian pelajar mendapat keputusan adalah tinggi. Oleh yang demikian boleh
dikatakan pengetahuan dan kemahiran proses sains adalah rendah.
Apabila pelajar Tahun 3 melangkahkan kaki ke tahun 4, mereka merasakan
pelajaran semakin susah. Ini adalah pada tahap ini pelajar Tahun 4 akan diuji
bahagian A dan bahagian B. Yang menjadi isu atau masalah adalah bahagian B yang
akan menguji soalan aras tinggi iaitu tujuan penyiasatan, pemerhatian, inferens, pola

(mentafsir

data), mengawal

pemboleh

ubah (Pembolehubah

Dimanipulasi,

Pembolehubah Bergerak balas dan Pembolehubah Dimalarkan), hubungan (hipotesis)


ramalan dan kesimpulan. Dalam Penilaian Kerja Amali pengujian melibatkan 4
kemahiran

proses

sains

iaitu

pemerhatian,

mengelas,

mengukur

dengan

menggunakan nombor dan berkomunikasi. Kemahiran Manipulatif Sains iaitu


menggunakan dan mengendalikan radas dan bahan sains, mengendalikan spesimen
hidup dan bukan hidup, melakar spesimen, radas dan bahan, membersihkan radas
dan menyimpan radas dan bahan dengan betul.
Pengkaji percaya jika masalah ini tidak diatasi sudah pasti murid tidak dapat
menjawab dengan baik dalam kertas bahagian B dan menjejaskan peratusan
kelulusan mata pelajaran Sains.
Oleh sebab yang demikian, pengkaji dan rakan-rakan guru dari Tahun 4
diminta oleh Guru Besar dalam Mesyuarat Kurikulum Pertama 2012 agar mencari
jalan penyelesaian untuk meningkatkan peratus kelulusan dalam mata pelajaran Sains
amnya menjawab bahagian B (Kemahiran Proses Sains) . Guru besar menyatakan
tanggungjawab ini adalah tugas guru tahun 4 di samping menganggap sebagai suatu
cabaran. Ini kerana analisis peperiksaan Ujian dan Peperiksaan Pertengahan dan
Peperiksaan Akhir Tahun pelajar masih lagi rendah.

Sorotan Literatur

Dalam sorotan literatur ini pengkaji telah memaparkan sedutan dapatan


dari pembacaan yang telah dibuat.

Kemahiran Proses Sains


Pelaksanaan kurikulum baru telah bermula sepenuhnya pada tahun 2003
untuk tahun satu dan tahun empat (sekolah rendah), tingkatan satu, tingkatan empat
dan tingkatan enam rendah (sekolah menengah) dan matrikulasi. Perubahan dalam
sistem pendidikan ini telah membawa kepada perubahan di dalam sukatan
matapelajaran.
Kurikulum baru sains ini menekankan tiga aspek major iaitu pemerolehan
ilmu pengetahuan, penguasaan proses sains dan penerapan nilai moral dikalangan
pelajar yang perlu diterapkan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Kebolehan mengaplikasikan kemahiran proses sains amat ditekankan di dalam
kurikulum KBSR untuk subjek sains. Penguasaan kemahiran proses sains akan
membantu pelajar untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan proaktif dalam
menyelesaikan masalah. Oleh itu dapat dinyatakan bahawa kemahiran proses sains
merupakan asas dalam mempelajari sains. Dalam sains sebelum menyatakan
inferens, membuat hipothesis, melakukan ujikaji dan kesimpulan adalah penting
untuk pelajar mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat. Jadi adalah amat penting
bagi guru untuk mengajar pelajar bagaimana caranya untuk mengenal pasti dan
mengawal pembolehubah dengan betul. Hacklinga (1991) menyatakan bahawa
pelajar di semua peringkat sering menunjukkan peningkatan kemahiran seperti
analisis, merancang dan menjalankan ujikaji. Beliau menyatakan bahawa membuat

ujikaji bukan sekadar menggunakan alatan sebaliknya ianya adalah proses untuk
menjana maklumat. Disebabkan itu kemahiran proses sains dan pembelajaran sains
perlu diintergrasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sains boleh dianggap
sebagai logik atau cara untuk menyelesaikan masalah yang diperhatikan (Norris, S.
P, 1984)
Secara umumnya pembolehubah-pembolehubah dalam sesuatu
penyelidikan dapat dikategorikan kepada Pembolehubah Dimanipulasi (PM),
Pembolehubah Bergerakbalas (PB), Pembolehubah Dimalarkan (constant
variables), Pembolehubah Moderatur (moderator variables), dan
Pembolehubah Intervensi (intervening variables).
PM adalah pembolehubah yang dijangka mempengaruhi suatu
pembolehubah lain (bersandar) dan menjadi penyebab sesuatu perkara jadian.
Dalam kajian eksperimen, pembolehubah tidak bersandar merupakan rawatan
ataupun Pembolehubah Dimanipulasi. Misalnya pengkaji ingin mengkaji
kesan dalam kaedah pembelajaran koperatif ke atas pencapaian pelajar.

Kaedah pembelajaran koperatif ------------> pencapaian pelajar


(Pembolehubah Dimanipulasi)

(Pembolehubah Bergerakbalas)

PB ialah pembolehubah yang menerima kesan satu atau lebih


pembolehubah tidak bersandar samada Pembolehubah Dimanipulasi atau
diperhatikan oleh pengkaji. (Jaeger, 1990). Pembolehubah ini juga dikenali
sebagai Pembolehubah Kecil (outcomes variables) atau Pembolehubah
Kriteria (criterion variables).

Pembolehubah dimalarkan (constant variables)


Pembolehubah X

Pembolehubah Y

Pembolehubah Z------------------Nota :
Pembolehubah X

PM

Pembolehubah Y

PB

Pembolehubah Z

= Pembolehubah Dimalarkan

Pembolehubah Dimalarkan ialah pembolehubah lain (tidak bersandar) yang


pengkaji percaya memberi kesan ke atas PM dalam sesuatu penyelidikan.
Pembolehubah ini perlu dikawal daripada mempengaruhi hasil penyelidikan dengan
menjadikan pembolehubah itu sebagai pemalar (constant). Kesan pembolehubah ini
boleh dikawal secara statistik menggunakan analisis kovarians (ANCOVA).
ANCOVA = menyingkirkan sebarang varians dalam skor pembolehubah
bersandar yang berpunca daripada pembolehubah luaran (PS)
Dan menjalankan analisis varians (ANCOVA) yang biasa ke atas skor yang
diperbetulkan.
Pembolehubah Moderator (moderator variables) ialah pembolehubah tidak
bersandar yang tidak dimanipulasi tetapi disedari pengkaji dan diukur dalam kajian.
Contoh umur, budaya, kecekapan bahasa, subjek penyelidikan adalah antara
pembolehubah moderator yang wujud dalam kajian pengajaran TESL.
Pembolehubah X

Pembolehubah Y

Pembolehubah Z
Nota :

Pembolehubah X = PM
Pembolehubah Y = PB
Pembolehubah Z = Pembolehubah Moderator
Pembolehubah ketiga yang memberi kesan ke atas pekali kolenrasi antara PM
dan PB. Contoh kajian bagaimana motivasi mempengaruhi strategi pembelajaran.
Pembolehubah Moderator yang mungkin wujud ialah umur pelajar, kekuatan
hubungan motivasi (x) dan strategi pembelajaran(Y) meningkat mengikut peringkat
umur (Z).
Pembolehubah intervensi (intervening variables) adalah pembolehubah yang
mewujudkan hubungan antara PM dengan PB.

Pembolehubah Z

Pembolehubah X
Pembolehubah Y

Nota :
Pembolehubah X = PM
Pembolehubah Y = PB
Pembolehubah Z = Pembolehubah Intervensi
Pembolehubah ini memainkan peranan penting dalam menjelaskan hubungan
atau proses sebab-akibat yang berlaku antara PM dan PB.
Gay & Airasian, (2000) menyatakan bahawa Pembolehubah (variables) ialah
konsep ataupun konstruk yang merupakan ciri atau faktor dalam sesuatu
penyelidikan; yang berubah-ubah dari segi kuantiti atau kualiti. Penyelidikan
melibatkan hubungkait antara pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam
sesuatu kejadian yang mana setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza.

Teknik menghafal bagi setiap pemboleh ubah dilihat sebagai satu kaedah
konvensional yang digunakan hari ini melalui hafalan biasa. Teknik ini yang
kebanyakannya digunakan oleh guru-guru dilihat sebagai situasi yang lazim dilalui
oleh pelajar. Hasil kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(2000) jelas menunjukkan guru sains masih cenderung dan terikat dengan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru, tanpa berusaha memberi
penekanan terhadap kesepaduan domain kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.
Oleh kerana itu, ia menjadi satu perkara yang kurang menarik, membosankan dan
tidak meransang keinginan pelajar untuk bersungguh-sungguh dalam pembelajaran
mereka dalam menguasai kemahiran proses sains dan mengenalpasti pemboleh ubah.
Oleh yang demikian, pengkaji terpanggil untuk menghasilkan satu kreativiti
dalam P&P dengan menyelitkan unsur imaginasi. Melalui unsur ini, ianya bukan
sahaja dapat menarik minat pelajar untuk belajar malah berimaginasi juga dapat
menguatkan ingatan pelajar terhadap apa yang dipelajari. (Nor Azmi,1998).
Pendapat ini selari dengan Ab. Fatah (1990) yang menyatakan bahawa, pada
kebiasaannya, maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik, lebih
mudah menarik lebih banyak perhatian daripada maklumat yang tidak
menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada diri seseorang, semakin
mudah maklumat itu diingat.
Maka dengan itu, pengkaji merasakan bahawa penggunaan unsur imaginasi
serta diintegrasikan dengan beberapa teori dan kaedah mampu membantu pengkaji
dalam usaha menambahbaikan amalan pengajaran serta meningkatkan kefahaman
pelajar dalam mengenalpasti pemboleh ubah.
Sehubungan dengan itu, pengkaji telah menggunakan Teori Kecerdasan
Pelbagai (TKP) yang diutara oleh Gardner. TKP didefinisikan sebagai keupayaan

10

seseorang untuk menguasai sesuatu perkara atau menawarkan perkhidmatan yang


bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya (Gardner, 1993). Kecerdasan pelbagai
merangkumi lapan jenis iaitu Verbal-Linguistik, Logik-Matematik, Visual-Ruang,
Kinestetik, Muzik, Interpersonel, Intrapersonel dan Naturalis. Namun begitu, dalam
kajian ini, pengkaji telah menitikberatkan dua jenis kecerdasan sahaja untuk
disesuaikan dengan teknik yang dikaji iaitu Logik-Matematik dan Kecerdasan
Visual-Ruang.
Rosniza, Nor Rashidah, Zahani (2000) mendefinisikan Logik-Matematik
adalah kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah komplek, membuat perkaitan,
dapat membuat perbandingan dan cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor.
Kecerdasan ini mengabungkan kedua-dua kebolehan matematik dan saintifik.
KecerdasanVisual-Ruang pula merupakan kebolehan mengesan dan menggambarkan
bentuk, ruang, warna dan garisan termasuklah kebolehan mempersembahkan idea
visual dan ruang secara grafik. Seseorang yang mempunyai kecergasan seperti ini
umumnya mempunyai daya imaginasi yang kuat.
TKP ini amat berperanan dalam kajian memandangkan kajian ini
menggunakan jadual dan gambaran dalam bentuk bulatan untuk mengenalpasti
pemboleh ubah. Teori ini diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia
menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan keperluan pelajar.
Di samping itu, pengkaji yakin bahawa penggunaan TKP dalam pengajaran
amat berguna kerana memandangkan setiap pelajar adalah unik dengan cara
pembelajaran yang berlainan. Selain itu, pengkaji juga yakin akan dapat
meningkatkan kreativiti dan motivasi pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran
yang menyeronokkan.

11

Teknik Mnemonic juga digunakan kerana kajian ini memerlukan pelajar


melalui proses mengingat. Hilgard dan Atkinson (1979) menyatakan ingatan manusia
boleh digolongkan kepada dua jenis utama iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan
jangka panjang. Di dalam kajian ini, ingatan jangka panjang difokuskan bagi
memastikan pelajar mengingat langkah di dalam teknik tersebut seterusnya berjaya
mengenalpasti Pembolehubah Dimanipulasi dan Bergerakbalas di dalam soalan
jadual.
Kajian mengenai meningkatkan kemahiran mengenalpasti pembolehubah di
dalam mata pelajaran Sains telah banyak dilakukan. Antaranya ialah kajian Noraini
(2001) di mana beliau telah memperkenalkan satu kaedah untuk meningkatkan
kemahiran pelajar mengenalpasti pembolehubah. Kajian tersebut telah menggunakan
teknik Mnemonik di mana menggunakan kata kunci BRA untuk mengenalpasti
pembolehubah.
Rosniza, Nor Rashidah dan Zahani (2000) juga telah menjalankan kajian
terhadap sekumpulan pelajar yang lemah dalam mengenalpasti pembolehubah.
Kaedah yang digunakan ialah Mengaplikasikan kaedah My Exp Untuk
Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Mengeksperimen. Kaedah ini turut
menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai serta menggabungjalinkan

unsur

mnemonik di dalam kajiannya. Hasilnya, kumpulan sasaran bagi kajian beliau telah
berjaya dalam mengenalpasti pembolehubah serta dapat menguasai soalan
bereksperimen.
Dalam

kajian

yang

bertajuk

Meningkatkan

Kemahiran

Mengawal

Pembolehubah Dalam Tajuk Pengawetan Bahan Makanan yang dijalankan oleh Che
Juriah (2005) pula membuktikan bahawa aktiviti yang berjaya adalah berpusatkan
murid. Di mana pelajar-pelajar diberi peluang mengendali peralatan dan menjalankan
12

eksperimen mengikut kumpulan di dalam kelas. Melalui eksperimen ini, pelajar


didedahkan dan diajar kemahiran mengawal pembolehubah. Dari maklumbalas dan
ujian pasca responden menunjukkan kaedah ini dapat meningkatkan kemahiran
mengawal pembolehubah pelajar.
Seterusnya, kajian oleh Azmil (2010) yang bertajuk : Meningkatkan
Kebolehan Pelajar tahun 4 Arif untuk Mengenal pasti Pembolehubah dengan
Menggunakan Uji kaji (Fair test), mendapati guru yang mengajar di sekolah rendah
hendaklah melengkapkan diri dengan semua kemahiran proses sains dan
menekankan aktiviti yang bersifat berpusatkan alatan yang disesuaikan dengan
keperluan pelajar. Salah satu daripadanya adalah melalui ujikaji. Jadi adalah amat
penting bagi guru untuk mengajar pelajar bagaimana caranya untuk mengenal pasti
dan mengawal pemboleh ubah dengan betul semasa menjalankan ujikaji untuk
mendapatkan keputusan yang tepat.
Mnemonik adalah berasal daripada perkataan Greek mnemon yang
bermaksud fikiran. Mohd Hafizan (2009) menyatakan teknik mnemonic bermaksud
menyangkutkan fakta yang hendak perlu dihafal dengan sesuatu yang kita senang
mengingatnya. Secara ringkasnya, teknik ini merupakan satu cara untuk mengingat
sesuatu. Terdapat empat jenis mnemonik iaitu Hubungan / rantaian, Kata Gantian,
Anekdot dan lokasi. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan mnemonic jenis
hubungan / rantaian di dalam teknik ini. Ini adalah kerana teknik jenis ini melibatkan
gambaran mental secara aktif. Menurut beliau lagi, juga menyatakan bahawa
penggunaan teknik mnemonic hubungan di dalam proses mengingat dapat membantu
pelajar membayangkan sesuatu objek tersebut secara reguan dan sedang berinteraksi.
Teknik mnemonic bermakna menyangkut fakta yang hendak kita hafal
dengan sesuatu yang kita senang mengingatnya (Mohd Hafizan, 2011). Daripada
13

teknik ini, apa yang difahami ialah apabila ia digunakan untuk mengingat sesuatu
dengan menggunakan alat-alat kebiasaan, maka proses ingatan akan menjadi lebih
mudah. Dalam konteks kajian tindakan ini, pelajar akan mengingat dan
membayangkan sebuah kaca mata semasa menjawab soalan mengenalpasti
pembolehubah. Secara ringkasnya, kaca mata merupakan satu objek yang menjadi
tarikan kepada pelajar-pelajar. Oleh itu, di dalam kajian ini kaca mata memainkan
peranan sebagai sesuatu yang mudah untuk murid mengingat. Secara tidak langsung,
pelajar dapat mengaitkan objek yang dibayangkan dengan perkara yang perlu diingat
oleh pelajar. Situasi ini menunjukkan satu hubungan secara mental telah wujud dan
amat sesuai diaplikasikan di dalam kajian ini.
Mohd Hafizan (2000) menyatakan bahawa pelajar juga mengalami proses
ingatan dengan berimaginasi dan bayangan sesuatu objek atau peristiwa.
Berimaginasi bermaksud membayangkan sesuatu perkara yang dipelajarinya dalam
satu bentuk gambar bergerak yang bermain di kepala samada ianya gambar yang
logik ataupun tidak logik. Menurutnya lagi, cara mengingat ini dipanggil Titian
Memori di mana pelajar mengingat sesuatu maklumat itu dengan perkataan atau
objek tertentu. Di dalam konteks kajian ini, pelajar akan mengikatkan ingatannya
terhadap pembolehubah dengan gambaran model kaca mata.
Dalam kitaran kedua kajian ini, pengkaji telah menambahbaikkan Teknik
Kaca Mata dengan menggunakan kaca mata mainan dan melibatkan pergerakan
pelajar. Pelajar akan memegang kaca mata. Pergerakan yang digunakan adalah unsur
elemen ruang. Elemen ruang melibatkan pergerakan dalam proses P&P. Pergerakan
di peringkat sekolah rendah melibatkan permainan berunsur pendidikan, pergerakan
berunsur pendidikan, sukan dan dan atletik dan kecergasan jasmani. Pergerakanpergerakan ini membolehkan pelajar untuk memperolehi kecekapan menerusi teknik-

14

teknik menyelesaikan masalah dengan menekankan kebebasan ekspresi yang


berteraskan kegiatan-kegiatan seperti penerokaan, penemuan dan kreativiti.
Kajian tentang penglibatan pergerakan pelajar semasa proses P&P dan proses
mengingat telah dilakukan oleh beberapa penyelidik. Antaranya ialah kajian Zulina
dan Ramlah (2010) tentang Keberkesanan Elemen Ruang dan Irama dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Di dalam kajian tersebut telah
menunjukkan cara bagaimana tarian dan nyanyian dapat membantu pelajar untuk
belajar. Di samping itu juga, kajian ini telah berjaya menarik penglibatan 100%
kerana ianya melibatkan pergerakan pelajar. Hasil kajian mereka telah menunjukkan
secara keseluruhan bahawa kumpulan sasarannya telah mencapai objektif kajian di
mana dapat mengingat setiap pembelajaran yang berlaku serta menambah minat
pelajar untuk belajar.

15

Anda mungkin juga menyukai