Anda di halaman 1dari 28

Pertolongan Cemas

Patah, Melecur dan Pitam

PATAH
Merupakan kecederaan yang
melibatkan mana-mana bahagian
tulang, sama ada ianya retak,
putus, pecah, remok, serpihan
atau sebagainya.

Punca-punca patah

Boleh terjadi secara langsung atau tidak langsung


a) Secara Langsung
Patah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kena
tembakan, pukulan, tendangan atau kemalangan.
b) Secara Tidak Langsung
Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan.
Contohnya, berlaku kecutan otot atau pergerakan otot yang secara
tiba-tiba, menyebabkan tulang patah.

Jenis-jenis patah

a) Patah tebu/tertutup (simple fracture)


Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian
patah.
b) Patah riok (Compound fracture)
Terdapat luka di tempat patah di mana hujung
tulang yang patah tertonjol keluar di bahagian
luar kulit.
c) Patah melarat (Complicated fracture)
Patah yang menyebabkan organ lain turut
mendapat kecederaan.

d) Patah Remok (Comminuted fracture)


Patah yang berkeping-keping atau beberapa
bahagian.

e) Patah Terenyok (Impacted fracture)


Tulang patah kepada dua bahagian dan salah
satunya terbenam ke dalam tulang yang patah
itu.
f) Patah Rebung (Green Stick fracture)
Patah secara menyungkap dan tidak terus putus.
Biasanya terjadi kepada tulang kanak-kanak dan
bayi.
g) Pecah Remok (Depressed fracture)
Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan
menghimpit organ lain. Contohnya, tengkorak

Tanda-tanda dan gejala patah

a) Sakit pada bahagian patah atau kawasan


berhampiran.
b) Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera.
c) Sukar atau tidak dapat bergerak atau
mengangkat bahagian tercedera.
d) Terdapat kecatatan bahagian patah seperti
bengkok ataupun anggota menjadi lebih pendek.
e) Dapat merasa geselan tulang bila dipegang
bahagian patah.

Rawatan Am Patah

a) Letak pesakit dalam keadaan selesa.


Rawatan patah hendaklah dilakukan di tempat
kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ.
b) Tenangkan mangsa sekiranya mangsa
dalam keadaan sedar.
c) Sekiranya mangsa pengsan, periksa
pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR
sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.

d)Apabila mangsa pulih, rawatan


7
pendarahan hendaklah dilakukan.
Hentikan pendarahan secara kaedah
langsung atau tidak langsung mengikut
kesesuaian.
e) Ampu bahagian yang patah dengan
menggunakan tuap atau anduh mengikut
keadaan dan tempat yang patah.
g) Dapatkan bantuan perubatan segera.

Patah-patah Tertentu

Pecah Tengkorak Kepala


Kemungkinan pecah tulang kranium atau tulang
pangkal tengkorak.
Tanda-tanda dan gejala
a) Mengalami pengsan sebentar atau
berterusan.
b) Keluar darah dari hidung, tekak atau telinga.
c) Muntah.
d) Mangsa berkeadaan gelisah.
e) Anak mata membesar dan tidak seimbang
antara satu dengan lain.
h) Nafas berbunyi kuat.

Rawatan

a) Baringkan mangsa dalam keadaan mengiring.

b) Betulkan saluran pernafasan dengan


mendongakkan kepala mangsa. Keluarkan
bendasing sekiranya terdapat di dalam mulut
mangsa.
c) Periksa pernafasan gerak nadi, lakukan CPR jika
sekiranya pernafasan dan nadi tidak berfungsi.
d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
e) Dapatkan bantuan perubatan segera.

Patah Tulang Rahang

10

Tanda-tanda dan gejala


a) Sakit pada bahagian dagu atau rahang.
b) Tidak boleh menggerakkan atau membuka mulut.
c) Bengkak dan lebam di bahagian belakang.
d) Air liur meleleh keluar dari mulut pesakit.
e) Gigi mangsa berselisih.

Rawatan

11

a) Tenangkan mangsa dan tentukan saluran


pernafasan berada di dalam keadaan baik.
b) Ampu bahagian dagu dengan kain yang
lembut dan ikat dengan balutan dagu.
c) Hentikan pendarahan dan rawat
kecederaan.
d) Dapatkan bantuan perubatan.

Patah Tulang Belakang

12

Tanda-tanda dan gejala


a) Sakit di bahagian yang mengalami kecederaan.
b) Tidak berupaya menggerakkan anggota badan.
c) Merasa kebas atau hilang rasa anggota bawah.
d) Terdapat kecacatan atau lebam pada bahagian
tulang yang patah.

Rawatan

13

a) Jangan mengangkat atau mengubah pesakit dari


tempat kejadian.
b) Tenangkan mangsa.
c) Kenakan tuap pada bahagian badan pesakit bagi
mengurangkan pergerakan pesakit.
d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
e) Angkat dengan menggunakan usungan yang rata dan
tegang.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Rusuk

14

Tanda-tanda dan gejala


a) Sakit yang kuat semasa bergerak atau
menarik nafas.
b) Bengkak dan lebam di tempat cedera.
c) Susah bernafas.

Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.

15

b) Tentukan mangsa daapat bernafas. Periksa


pernafasan mangsa dan beri bantuan pernafasan
jika perlu.
c) Ampu anggota atas mangsa dengan
menggunakan anduh.
d) Jika terdapat kecederaan di bahagian dada, alas
dengan kain yang lembut dan bersih.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Selangka (Klavikal)


Tanda-tanda dan gejala.
a) Sakit pada bahagian bahu.
b) Hilang upaya mengangkat atau
mengerakkan anggota atas.
c) Bengkak, lebam dan terdapat kecacatan di
bahagian bahu.

16

Rawatan

17

a) Tenangkan mangsa.
b) Ampu anggota atasa yang terlibat
dengan menggunakan anduh.
c) Rawat kecederaan yang terdapat.
d) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Paha

18

Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tenagkan mangsa.
c) Hentikan pendarahan dan rawat tempat tercedera.
d) Tuapkan anggota bawah dengan menggunakan
tuap panjang.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

Melecur

19

Kecederaan yang disebabkan oleh


benda panas yang yang lembab atau
basah. Contohnya wap, stim, air
panas, minyak panas, tar panas dan
lain-lain.

Tanda-tanda dan gejala.

20

a) Sakit yang kuat.


b) ) Kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan
panas.
c) Terjadi gelembung air pada kulit.
d) Kulit mengelupas dan berwarna
kehitaman terutama sekiranya terbakar
oleh asid atau alkali.
e) Tisu yang terdedah berwarna merah dan
berair.
f) Terjadi tanda-tanda gejala am renjatan.

Rawatan Am Terbakar dan Melecur 21


a) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara.
b) Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa
ketika bagi tujuan menyejuk atau mengurangkan kepekatan
asid atau alkali yang terkena.
c) Tenangkan mangsa.
d) Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai
oleh mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang dan
sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak dan
sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut.
e) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan
renjatan mangsa terlebih dahulu.

22

f) Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat


cedera. Contohnya pakaian yang melekat.
g) Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup
bagi mengelakkan jangkitan.
h) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.
i) Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan
jangkitan.

j) Jika pesakit dalam keadaan stabil beri minum air yang


banyak bagi menggantikan kehilangan cecair yang
hilang.
k) Dapatkan rawatan perubatan segera.

PITAM

23

Pitam berlaku akibat kekurangan


pengaliran darah ke bahagian otak
yang menyebabkan terganggu fungsi
tubuh badan sementara waktu. Ini
menyebabkan mangsa tidak
sedarkan diri buat sementara.

Punca-punca pitam

24

a) Mendapat perkhabaran buruk, sedih atau


menakutkan.
b) Keletihan akibat dari berdiri terlalu lama
atau terdedah kepada kepanasan.
c) Kesakitan kuat akibat kecederaan.
d) Kelaparan atau terlalu dahaga.
e) Keadaan lemah selepas baru sembuh dari
penyakit

Tanda-tanda dan gejala


a) Mangsa mengadu pening
b) Badan sejuk dan mangsa
berkeadaan lemah
c) Muka dan tangan jadi pucat
d) Berpeluh dengan banyak
e) Meloya dan kadang-kadang
disertai muntah
f) Mangsa seperti mengantuk dan
menguap-nguap
g) Hilang kesedaran.

25

Rawatan am pitam
a) Bawa mangsa ke tempat yang teduh
dan berudara.
b) Baringkan mangsa dan tinggikan
bahagian kaki atau dudukkan dan
tundukkan kepala mangsa ke bawah.
c) Longgarkan pakaian mangsa.
d) Tenangkan mangsa.

e) Dongakkan kepala mangsa dan betulkan


saluran pernafasan jika sekiranyan
mangsa telah pengsan.
f) Apabila mangsa telah pulih , berikan
minuman.
g) Rawat kecederaan jika mangsa
mengalami kecederaan.
h) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

Anda mungkin juga menyukai