Anda di halaman 1dari 8

Hadis Shahih Lighairihi

Definisi






Adalah hadis hasan lidzatihi apabila diriwayatkan dari jalan lain yang setingkat atau
lebih kuat darinya. Dan dinamakan hadis shahih lighairihi, karena keshahihannya
tidak datang dari sanadnya sendiri, tetapi karena bergabung dengan sanad yang
lain.

Penjelasan Definisi
Diriwayatkan dari jalan lain yang setingkat; Maksudnya adalah ada riwayat dengan
sanad lain yang menyamai kekuatan dlabthnya.
Sedangkan yang lebih kuat; yaitu hadis sahih lidzatihi.
Dinamakan hadis shahih lighairihi; menjadi hadis sahih karena bergabungnya dua
jalan.
Keshahihannya tidak datang dari sanadnya sendiri; Maksudnya ketetapan-nya
sebagai hadis sahih tidak didasarkan pada satu sanad saja, melainkan karena
digabungkannya dengan sanad yang lain yang sama atau lebih kuat.
http://pba-upsi.blogspot.com/2008/09/hadis-shahih-lighairihi.html
Hadith Sahih & Hadis Hasan
Posted by MRO at 7:41 AM
Selasa, 26 Rabiulawal 1432H: Hadis Sahih ialah hadis yang
berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayatperiwayat tersebut bersifat berikut:
Adil
Kuat Ingatannya
Sejahtera dari keganjilan
Sejahtera dari kecederaan yang memburukkan
Hadis Sahih perlu cukup sanadnya dari awal sampai akhir dan oleh orang-orang
yang sempurna hafalannya.Syarat hadis sahih, iaitu:
Sanadnya bersambung
Perawinya sudah baligh
Berakal
Tidak mengerjakan dosa

Sempurna hafalannya
Perawi yang ada dalam sanad itu hams adil dan hadis yang diriwayatkannya tidak
bertentangan dengan hadis Mutawatir atau dengan ayat al-Quran.
Hadis Sahih terbagi menjadi dua:
Sahih Lizatihi, yakni hadis yang sahih dengan sendirinya tanpa diperkuat dengan
keterangan lain. Contoh, "Tangan di atas {memberi} lebih baik dari tangan di
bawah {menerima}." (H.R Bukhari dan Muslim).
Sahih Lighairihi, yakni hadis yang sahihnya kerana diperkuat dengan keterangan
lain. Contohnya, "Kalau sekiranya tidak terlalu menyusahkan umatku untuk
mengerjakannya, maka aku perintahkan mereka bersugi {siwak} setiap akan solat.
" (H.R Hasan).
Dilihat dari sanadnya, semata-mata hadis Hasan Lizatihi, namun kerana dikuatkan
oleh riwayat Bukhari, maka jadilah ia sahih Lighairihi.
Hadis Hasan ialah hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan
hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat seperti Hadis Sahih, tetapi
mereka tidak mempunyai ingatan yang kuat.
Hadis Hasan, adalah hadis yang dari segi hafalannya kurang dari hadis sahih. Hadis
Hasan dibahagi dua:
Hasan Lizatihi, yakni hadis yang dengan sendirinya dikatakan Hasan, Hadis ini ada
yang sampai tingkat sahih lighairihi.
Hasan Lighairihi, yakni hadis yang Hasannya dibantu keterangan lain. Contohnya,
"Sembelihan bagi bayi haiwan yang ada dalam perut ibunya {janin} cukuplah
dengan sembelihan ibunya saja." (H.R beberapa Imam, antara lain Tirmizi, Hakim
dan Darimi).
Hadis di atas jika kita ambil dari sanad Imam Darimi, ialah Darimi menerima
dari
1. Ishak bin Ibrahim,
dari
2. Itab bin Basir,
dari
3. Ubaidillah bin Abu Ziyad,
dari

4. Abu Zubair,
dari
5. Jabir,
dari
Nabi Muhammad s.a.w.
Nama yang tercela dalam sanad di atas ialah nomor 3 (Ubaidillah bin Abu Ziyad)
sebab ia bukan seorang yang kuat dan teguh menurut Abu Yatim.
http://razipothman.blogspot.com/2011/03/hadith-sahih-hadis-hasan.html
Hadis
Assalamualaikum.
Dalam menentukan martabat hadis haruslah ditinjau dari sudut perawinya, ianya
terbahagi kepada 3 bahagian:
1.HADIS SAHIH
2.HADIS HASSAN
3.HADIS DHOIF
1. HADIS SAHIH
Maksud = hadis yang diriwayatkn oleh perawi-perawi yang adil & dhabit iaitu tepat
& kuat ingatan. Sanadnya pula bersambung-sambung serta tidak cacat & tidak Syaz
( janggal ) yang bermula dari awal hingga akhirnya.
SYARAT HADIS SAHIH
1. Perawinya bersifat adil. Maksud adil di sini ialah seseorang soleh & bertaqwa iaitu
mempunyai ciri berikut:
mengerjakan suruhan & taat kepada ALLAH
tidak melakukan dosa-dosa besar
menjauhi perkara-perkara yang boleh menjatuhkan iman
tidak mengikut mana-mana hadis yang bertentangan dengan syarak
menjaga maruah, baik dari segi syarak mahupun adat
konteks lain bersifat adil juga termasuk ia tidak difitnah atau tidak dituduh dengan
lima perkara :
berdusta, fasiq, jahil dan bidah

bergaul dengan sahabat-sahabat yang tidak bermaruah


keterlaluan dalam bergurau senda
membuang air kecil di jalan-jalan
makan di jalanan.
2. Dhabit atau penjagaannya baik.
Maksunya perawi yang kuat daya ingatan, cerdik dan faham sama ada berbentuk
hafalan atau tulisan. Perawi itu dapat menjaga tulisan-tulisannya daripada sebarang
penambahan, pengurangan atau perubahan dengan sebab terlupa atau cuai.
3. Hadis diterima daripada perawi-perawi yang sama sifatnya. Jika ada di antara
perawi yang tiada sifat-sifat yang boleh diterima, maka hadisnya ditolak.
4. Sanadnya bersambung dari awal hingga akhir.
Iaitu tidak terputus-putus pada mana-mana tabaqat @ peringkat hingga sampai
kepada Rasulullah s.a.w. Menurut pendapat Imam al-Bukhari, seseorang yang
hendak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w mestilah pernah hidup
sezaman dengan Baginda dan berjumpa dengan Baginda walaupun sekali.
5. Tidak terdapat kejanggalan @ syaz.
Menurut Imam al Shafie, hadis syaz ialah hadis diriwayatkan oleh seorang perawi
yang thiqah, tetapi menyalahi riwayat ramai. Maksudnya, hadis tersebut berbeza
dengan hadis-hadis lain yang lebih kuat daripadanya.
6. Tidak terdapat sebarang kecacatan yang merosakkan.
HADIS SAHIH BOLEH DIBAHAGIKAN KEPADA 2 JENIS:
1.SAHIH LIZATIHI
Sahih Lizatihi, iaitu hadis yang sahih dengan sendirinya tanpa diperkuat dengan
keterangan lain. Contoh, "Tangan di atas {memberi} lebih baik dari tangan di
bawah {menerima}." (H.R Bukhari dan Muslim).
2.SAHIH LIGHAIRIHI
Sahih Lighairihi, yakni hadis yang sahihnya kerana diperkuat dengan keterangan
lain. Contohnya, "Kalau sekiranya tidak terlalu menyusahkan umatku untuk
mengerjakannya, maka aku perintahkan mereka bersugi {siwak} setiap akan solat.
" (H.R Hasan).Dilihat dari sanadnya, semata-mata hadis Hasan Lizatihi, namun
kerana dikuatkan oleh riwayat Bukhari, maka jadilah ia sahih Lighairihi.
HUKUM BERAMAL DENGAN HADIS SAHIH
hukumnya adalah wajib.

2. HADIS HASAN
Maksud = Hadis Hasan ialah hadis yang bersambung sanadnya dari awal hingga
akhir, perawinya juga bersifat adil dan tidak terdapat cacat serta tidak syaz, cuma
ia kurang kuat sifat dhabitnya.
Hadis Hasan juga mempunyai syarat-syarat yang cukup untuk sampai ke darjat
SAHIH.
SYARAT HADIS HASAN
perawinya bersifat adil
perawinya bersifat dhabit
sanadnya bersambung dari awal hingga akhir riwayat
tidak berlaku sebarang syaz atau kejanggalan
tidak ada sebarang illah padanya iaitu tidak cacat.
KEDUDUKAN HADIS HASAN
Menurut pendapat majoriti ulama dan ahli hadis, mereka bersepakat mengatakan
wajib beramal dengan Hadis Hasan. Antara lain juga berhujah dengan Hadis Hasan
Lizath dan Hasan Lighairih sama dengan Hadis Sohih.
Menurut pendapat majoriti ahli hadis seperti : Ibn Hibban, al-Hakim, Ibn Khazimah,
kedudukan Hadis Hasan adalah setaraf dengan Hadis Sahih. Walau bagaimanapun,
mereka ini juga tetap meletakkan darjat HADIS SAHIH lebih tinggi dan mestilah DI
UTAMAKAN terlebih dahulu apabila berlqaku pertentangan di antara keduanya.
PEMBAHAGIAN HADIS HASAN
1.HASAN LIZATIHI
Hasan Lizatihi, iaitu hadis yang dengan sendirinya dikatakan Hasan, Hadis ini ada
yang sampai tingkat sahih lighairihi.
2.HASAN LIGHAIRIHI
Hasan Lighairihi, yakni hadis yang Hasannya dibantu keterangan lain. Contohnya,
"Sembelihan bagi bayi haiwan yang ada dalam perut ibunya {janin} cukuplah
dengan sembelihan ibunya saja." (H.R beberapa Imam, antara lain Tirmizi, Hakim
dan Darimi).
Hadis di atas jika kita ambil dari sanad Imam Darimi, ialah Darimi menerima dari
1. Ishak bin Ibrahim, dari
2. Itab bin Basir, dari

3. Ubaidillah bin Abu Ziyad, dari


4. Abu Zubair, dari
5. Jabir,dari Nabi Muhammad s.a.w.
Nama yang tercela dalam sanad di atas ialah nombor 3 (Ubaidillah bin Abu Ziyad)
sebab ia bukan seorang yang kuat dan teguh menurut Abu Yatim.
3. HADIS DHOIF
Maksud = hadis yang tidak mencukupi syarat-syarat untuk menjadi SAHIH atau
HASAN.
Iaitu sesebuah hadis yang tidak memenuhi syarat untuk diterima atau tidak
mencapai taraf hadis SAHIH dan HASAN.
SEBAB HADIS DHOIF LEMAH DARI SUDUT HUJAH.
TIDAK CUKUP SYARAT-SYARAT SAHIH
TERDAPAT KECACATAN ATAU ILLAT
PERIWAYATANNYA KURANG DHABIT
SANADNYA TIDAK BERSAMBUNG
TERDAPAT KEJANGGALAN ATAU SYAZ
Contohnya, "Barangsiapa yang berkata kepada orang miskin, 'bergembiralah', maka
wajib baginya surga." (H.R. Ibnu 'Adi). Di antara perawi hadis tersebut ialah Abdu
Mali bin Harun. Menurut Imam Yahya, ia pendusta, sedangkan Ibnu Hiban
mengatakannya sebagai pemalsu hadis.
"..Dalam madzhab SyafiI Hadits dhaif tidak dipakai untuk dalil bagi penegak
hukum, tetapi dipakai untuk dalil bagi fadhailul amal. Fadhailul Amal maksudnya
ialah amal ibadat yang sunat-sunat, yang tidak bersangkut dengan orang lain,
seperti zikir, doa, tasbih, wirid dan lain- lain.Hadits Mursal tidak dipakai juga bagi
penegak hukum dalam madzhab Syafie kerana Hadits Mursal juga Hadits dhaif.
Tetapi dikecualikan mursalnya seorang Thabiin bernama Said Ibnul Musayyab.
Dalam madzhab Hambali lebih longgar. Hadits dhaif bukan saja dipakai dalam
Fadhailul Amal, tetapi juga bagi penegak hukum, dengan syarat dhaifnya itu tidak
keterlaluan.
Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad memakai Hadits yang dhaif
kerana Mursal, baik untuk Fadhailul Amal mahupun bagi penegak hukum.
Imam-imam Mujtahid memakai Hadits-hadits dhaif untuk dalil kerana Hadits itu
bukanlah Hadits yang dibuat-buat, tetapi hanya lemah saja sifatnya. Kerana itu

tidaklah tepat kalau amal-amal ibadat yang berdasarkan kepada Hadits dhaif
dikatakan bidah, apalagi kalau dikatakan bidah dhalalah..."
PEMBAHAGIAN HADIS DAIF
1.HADIS DAIF PADA SANAD
terbahagi kepada 2 ::
* sanad tidak bersambung
* kecacatan perawi, sama ada kelayakan atau dhabit.
2.HADIS DHOIF PADA MATAN
-hadis mauquf
-hadis maqtu

SYARAT BERAMAL DENGAN HADIS DAIF


daif yang ada pada hadis itu adalah tidak keterlaluan
maksud yang terkandung didalam Hadis daif tidak bercanggah dengan kaedah
umum agama Islam.
Hendaklah berhati-hati ataupun Ihtiyat dari sudut pegangan ketika beramal
dengannya. Hal itu supaya kita tidak tersalah menyandarkan hadis tersebut kepada
Rasulullah, sedangkan hakikatnya ia bukan hadis atau bukan perkataan nabi.
Hadis daif tidak boleh dijadikan hukum syarak, tetapi boleh beramal untuk
perkara-perkara KECIL sahaja. TIDAK boleh digunakan sebagai DALIL dalam perkaraperkara HUKUM.. lebih-lebih lagi AQIDAH.
JENIS-JENIS HADIS
A.HADIS MUTAWATIR
-mutawatir lafzi
-mutawatir amali
-mutawatir maknawi
B.HADIS AHAD
Terdapat 47 jenis.. antaranya..
1. hadis masyhur
2. hadis sahih
3. hadis hasan
4. hadis aziz
5. hadis gharib
6. hadis dahif
7. hadis maudu

8. hadis mutabi
9. hadis syahid
10. hadis marfu
Bersambung...
http://bulanterang670.blogspot.com/2013/06/hadis.html
http://www.slideshare.net/angahrahim1/592012-hadis-sohih-hasan-dhoif-hikmahcomplete