Anda di halaman 1dari 32

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

TAJUK 2

PENDIDIK DAN PENDIDIKAN DALAM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

2.0 SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang pendidik dan pendidikan dalam al-Quran dan
al-Sunnah. Perbincangan tajuk ini akan merujuk kepada nas-nas al-Quran dan alSunnah yang berkaitan dengan tugas dan peranan pendidik dalam bidang pendidikan.

2.1 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah membaca tajuk ini pelajar akan dapat :

1. Menjelaskan konsep pendidik dan pendidikan dalam al-Quran dan al-Sunah.


2. Menjelaskan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah berkaitan pendidik dan pendidikan.
3. Menganalis dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah yang berkaitan dengan tugas
sebagai pendidik dalam bidang pendidikan

2.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

PENDIDIK DAN
PENDIDIKAN DALAM
AL-QURAN DAN ALSUNNAH

KONSEP PENDIDIK DAN


PENDIDIKAN DALAM
AL-QURAN DAN ALSUNNAH

ANALISIS DALIL
BERKAITAN PENDIDIK
DAN PENDIDIKAN
DALAM AL-QURAN

23

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

2.3 KONSEP PENDIDIK DAN PENDIDIKAN DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

2.3.1 MUQADDIMAH

Para Nabi a.s adalah sebaik baik makhluk di sisi Allah s.w.t dan diikuti oleh Ulama kerana
Ulama adalah pewaris para Nabi. Para Nabi a.s tidak mewariskan mereka dengan dinar
atau dirham, tetapi dengan ilmu. Rasulullah s.a.w adalah pendidik yang teragung. Baginda
mendidik umatnya melalui Al-Quran dan As-Sunnah. Allah s.w.t berfirman:


"Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri,
Yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi
kandungan Kitab (Al-Quran) serta al-hikmah kebijaksanaan (al-Sunnah) dan membersihkan
(hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
(Surah Al-Baqarah : 129)
Oleh itu adalah menjadi kewajipan kepada para ulama untuk meneruskan tugas mendidik
ummah. Allah s.w.t berfirman:


Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa
keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah kami menerangkannya kepada
manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua
(makhluk) yang dapat melaknati
(Surah Al-Baqarah: 159)

24

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

Pada umumnya orang memahami bahawa seorang pendidik itu ialah seorang yang terlibat
dengan kerja-kerja pendidikan atau pengajaran. Dengan ertikata lain seseorang yang
terlibat dengan kerja-kerja pengajaran ilmu pengetahuan sama ada di sekolah, maktab,
universiti, surau, masjid, pondok atau madrasah. Pengertian seperti ini lebih khususiah.
Walau bagaimanapun proses pendidikan itu juga berlaku di mana-mana seperti di rumah,
tempat permainan dan sebagainya. Oleh yang demikian tugas mendidik itu bukan hanya
menjadi taggungjawab guru di sekolah malah mereka yang terlibat sama ada secara formal
atau tidak formal, terutama sekali ibu bapa atau penjaga murid itu sendiri.

2.3.2 DEFINISI PENDIDIK

Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, pendidik ialah guru, pengasuh, wali,
pemimpin pengelola, pelatih, penyelenggara, pengajar dan pemelihara. Mengikut istilah
yang digunakan oleh sarjana-sarjana Islam guru atau pendidik ialah murabbi, muallim,
muaddib, ustaz, mudarris, mursyid atau

ulama. Semua istilah-istilah yang digunakan

berasal dari Bahasa Arab dan pada dasarnya istilah-istilah tersebut mempunyai maksud
yang sama iaitu memberi pengajaran atau pendidikan.

Namun terdapat beberapa pandangan yang bebeza mengenai penggunaan istilah tersebut.
Ini tergantung kepada bidang ilmu yang dipelajari. Seperti istilah Ustaz dan Mudarris, dalam
masyarakat Melayu, Ustaz dan Mudarris dikhususkan kepada mereka yang mengajar
pelajaran agama Islam di sekolah, madrasah, masjid, pondok dan sebagainya. Istilah
Muallim juga bermaksud pengajar, lebih menjurus kepada seorang pengajar (tidak terhad
kepada guru sekolah) yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya, dan
kadang kala digunakan dalam ertikata pemimpin. Berbeza dengan

Murabbi, seorang

Muallim lebih menumpukan kepada ilmu akal. Sementara Murabbi membawa maksud yang
luas, melebihi tahap Muallim.

Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu
tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani dan mental anak didiknya
untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Justeru, Murabbi lebih
menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekaligus membentuk keperibadian, sikap dan
tabiat anak didiknya.

Istilah mursyid bermaksud memberi tunjuk ajar. Mursyid secara

istilahnya (menurut kaum sufi), merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin

25

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

murid dan membimbing perjalanan 3 rohani murid untuk sampai kepada Allah s.w.t dalam
proses tarbiah yang teratur, dalam bentuk tarekat sufiyah. Para Mursyid dianggap golongan
pewaris Nabi s.a.w. dalam bidang pentarbiah umat dan pemurnian jiwa mereka (tazkiyah
an-nafs), yang mendapat izin irsyad (izin untuk memberi bimbingan kepada manusia) dari
para mursyid mereka sebelum mereka, yang mana mereka juga mendapat izin irsyad dari
mursyid sebelum mereka dan seterusnya, sehinggalah silsilah izin irsyad tersebut sampai
kepada Rasulullah s.a.w. (tanpa terputus turutannya). Oleh itu pada kebiasaannya, ia
daripada keturunan Ulama.

Guru-guru pada zaman Abbasiyah digolongkan kepada tiga kategori:


i.

Muallim - Golongan guru sekolah rendah yang diberi tugas mendidik ilmu-ilmu asas
Islam seperti Al-Quran, Ibadah, Akidah dan Ilmu Akhlak.

ii. Muaddib - Guru khas yang bertanggungjawab mengajar sekolah khas. (Istana
Khalifah)
iii. Ustaz

- Pensyarah di sekolah tinggi (maktab). (Ghazali Darussalam, 2001) Guru

ialah segolongan orang yang menjalankan tugas ikhtisas sebagai pendidik dan
pemimpin. Mereka boleh mencorakkan masa depan masyarakat dan dapat
menentukan untung nasib sesebuah bangsa. (Ahmad Mohd.Salleh.2003).

Guru adalah salah satu faktor yang sangat penting dalam pendidikan dan pengajaran,
kerana gurulah yang akan bertanggungjawab dalam membentuk peribadi seorang murid
(H Syamsul Bahri Tanrere, 1993) Oleh itu para guru atau pendidik mestilah sedar akan
tanggungjawab mereka dan sentiasa menjaga nama baik mereka sebagai pendidik dan
pemimpin masyarakat dengan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab secara ikhlas
dan jujur.
2.3.3 PENDIDIK DALAM ISLAM

Pendidik di dalam Islam adalah meliputi hal keduniaan dan akhirat sama ada pendidik itu
menyampaikan Ilmu Fardhu Ain atau Ilmu Fardhu Kifayah. Sebagaimana menurut Imam
Ghazali bahawa ilmu itu dibahagikan kepada Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Sistem
pendidikan Islam memperimbangkan

tawazun

antara kepentingan individu dengan

kepentingan ummah melalui konsep Ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Demikian juga
dalam kaedah fiqh terdapat konsep

maslahah ummah

26

(kepentingan ummah) dan

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

maslahah ammah (kepentingan awam) di samping pengakuan Islam terhadap maslahah


fardi atau

khassah (kepentinan individu). (Ghazali Basri, Jurnal Pendidikan Islam,

Desember 1987).

Hal ini juga dapat dilihat di dalam kitab Adab Al Mu`allimin di mana Ibnu Sahnun telah
membahagikan kurikulum pendidikan di
kurikulum pilihan

Al-Kuttab kepada kurikulum wajib (ijbari) dan

(ikhtiyari). Bagi kurikulum wajib para pendidik akan mengajarkan al-

Quran, Hadis Nabi dan Fiqh, sementara bagi kurikulum pilihan pelajaran yang diajarkan
ialah; Ilmu Hitung, Syair, al-Gharib (kata-kata sulit), Bahasa Arab dasar dan Kaligrafi serta
Ilmu Nahu.

Menurut Imam Ghazali illmu Fardhu Kifayah itu terbahagi kepada ilmu Syar`iyyahah dan
bukan Syar`iyyah. Ilmu Syar`iyyah ialah ilmu-ilmu yang diperolehi dari Nabi s.a.w.
Sementara ilmu bukan Syar`iyyah pula ialah ilmu-ilmu yang terpuji, iaitu ilmu-ilmu yang ada
hubungan dengan kepentingan duniawi dan untuk kemaslahatan ummah, seperti ilmu
kedoktoran dan sebagainya yang mana ilmu berkenaan menjadi keperluan bagi sesebuah
negara.

Seorang pendidik haruslah memahami bahawa Islam adalah ad-Din bukan sekadar aqidah
dan peribadatan seperti sembahyang puasa menunaikan zakat dan naik haji tetapi suatu
sistem hidup lima nizam al-hayat yang serba mencakup sama ada dari segi hubungan
manusia sesama manusia atau di antara manusia dengan tuhannya dan hubungan manusia
dengan alam sekelilingnya sama ada yang berbentuk spiritual atau material. Pendidik bukan
sahaja berperanan untuk memberi kesedaran kepada diri sendiri, malahan juga untuk
masyarakat tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan hukum Allah s.w.t.
Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada ahli-ahli ilmu. Allah berfirman;


Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hambanya ialah ulama.
(surah Faathir: 28).

27

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

Dan Rasulullah s.a.w bersabda:


Dan sesungguhnya Ulama itu ialah pewaris para nabi.

Kedua-dua nas di atas jelas membuktikan bahawa Islam memberi penghormatan kepada
ahli ilmu. Mereka mempunyai sifat ketaqwaan kepada Allah s.w.t hasil daripada ilmu yang
diwarisi daripada para nabi a.s. Tugas menyampaikan amalan keilmuan ini terletak pada
pendidik. Melalui ilmu sahajalah kita dapat menimbulkan kesedaran manusia terhadap Allah
dan dapat membezakan sesuatu yang hak dan batil.

Mendidik adalah amanah Allah s.w.t. Nabi Muhammad s.a.w selalu menganjurkan para
sahabatnya untuk menyampaikan apa yang pernah mereka dengar, supaya dimanfaatkan
oleh

generasi-generasi

berikutnya

di

mana

sahaja.

(Dr.Yusuf

Qardhawi,

1996).

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

Sampaikanlah olehmu yang datang dariku meskipun hanya satu ayat.

Dinulhayatul Islam adalah sebagai cara hidup yang lengkap dan sempurna dan Islam
adalah

agama

untuk

pendidikan

hidup.

Oleh

itu

orang

yang

pertama

sekali

bertanggungjawab dalam mendidik ialah ibu bapa atau penjaga anak-anak. Kedudukan dan
peranan ibu bapa adalah soal yang paling utama dalam Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda:

semua kanak-kanak dilahirkan suci, tetapi ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi,
Nasrani atau Majusi.

Hadis ini menjelaskan bahawa ibu bapa berkewajipan dan berperanan mengasuh,
membentuk mendidik dan memimpin anak-anak menjadi orang yang mulia di sisi Allah
S.W.T, bangsa dan Negara.

28

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan adalah proses yang berterusan seumur hidup. Pendidikan tidak akan terjejas
atau tergugat oleh batas-batas masa, tempat dan nilai-nilai kemasyarakatan. Sejak dari
kelahiran kita ke dunia, hinggalah kita kembali menemui Tuhan, proses pendidikan tetap
berterusan dan diperlukan. (Tajul Ariffin Noordin. 1990).

Setelah ibu bapa, orang kedua yang bertanggungjawab dalam mendidik adalah guru. Walau
bagaimanapun ibu bapa tidak boleh meletakkan tugas mendidik anak-anak kepada guru
semata-mata. Islam sendiri meletakan setatus ibu bapa itu lebih tinggi daripada guru-guru
dalam urusan mendidik anak.

Para pendidik harus sedar bahawa tugas menyampaikan ilmu adalah amanah Allah dan
bukan suatu tugas yang ringan. Ia merupakan satu tanggungjawab besar dalam membina
perkembangan manusia. Oleh itu, mereka perlu berhati-hati dalam menjalankan tugas.
Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesiapa yang mengasaskan jalan yang baik dalam Islam, maka diamalkan orang, dicatat
baginya pahala sebagaimana pahala orang yang mengikutinya, dengan tidak dikurangkan
sedikitpun pahalanya. Dan sesiapa yang mengasaskan jalan tidak baik dalam Islam, maka
diamalkan orang, dicatatkan baginya dosa sebagaimana dosa orang yang melakukannya
dengan tidak dikurangkan sedikit pun dosanya.

Hadis ini menjelaskan mengenai tanggungjawab dan kedudukan pendidik atau guru dalam
konteks keagamaan. Mereka bertanggungjawab di hadapan Allah s.w.t terhadap ilmu yang
disampaikan dan kesan daripada penyampaian itu terhadap orang lain pada hari kiamat.
Jika kesedaran keagamaan seumpama ini wujud dalam setiap diri pendidik, maka sudah
tentu pendidik itu akan berhati-hati dalam merancang kurikulum dan bidang keilmuan. Ini
kerana usaha itu bukan berakhir di situ sahaja, tetapi dipertanggungjawabkan di hadapan
Allah s.w.t pada hari kemudiannya.

29

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

Pendidik haruslah berkemampuan membina keunggulan sahsiah pelajar-pelajarnya dan


keunggulan suasana pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai keseimbangan antara
pengahayatan agama dan moral, dengan kemahiran dalam pengurusan hidupnya.
2.3.4 BIDANG PERGURUAN PADA PANDANGAN ISLAM

Untuk mengetahui sejauhmana pentingnya profesion tersebut dalam Islam, Al-Quran dan
hadis ada menjelaskan antaranya, Allah s.w.t berfirman:


Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat
pengajaran yang baik.
(Surah an-Nahl: 125)

Dan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :


Bahwasanya jika kamu mengajar seseorang, lalu dia mendapat kebajikan yang lebih
berharga daripada dunia dan segala isinya.
Jika diteliti maksud ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w yang diutarakan di atas,
menunjukkan dengan jelas akan keutamaan-keutamaan mengajar khususnya dalam
profesion perguruan.

Seorang pendidik mestilah menyedari hakikat bahawa pengajaran itu merupakan


tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Ia hendaklahlah meletakkan tanggungjawab ini di
atas dasar pahala dan dosa. Kerja pengajaran adalah sebahagian amal soleh manakala
enggan menyampaikannya dosa yakni siksaan api neraka. (Ghazali Basri, Jurnal
Pendidikan Islam, Desimber 1987).

Jika dilihat dari sudut sejarah dan budaya, guru atau pendidik adalah dianggap sebagai
profesion yang mulia. Sejarah menunjukkan hubungan di antara istana dengan tuan guru.
Ulama dan guru adalah rapat dan dimuliakan berbanding dengan jawatan-jawatan lain. Dari
segi budaya, konsep berguru amat diutamakan. Belajar bukan setakat untuk mendapatkan

30

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

ilmu, apa yang lebih penting ialah berguru untuk membina akhlak dan adab
berilmu.(Dr.Tajul Ariffin Noordin & Dr.Nor Aini in Noordin & Dr.Nor Aini Dan, 2002)
2.3.5 SIFAT-SIFAT PENDIDIK MENURUT ISLAM

Pendidik dalam pendidikan Islam adalah sebagai mediator bagi anak-anak untuk mengikuti
gaya Islami yang tercermin pada diri Nabi Muhammad s.a.w (Dr. Gamal Zakaria, 2002)
Para pendidik wajiblah membentuk keperibadiannya yang luhur. Pendidik adalah qudwah
(kepemimpinan) dan juga uswah (model) yang baik yang sering ditonton oleh anak-anak
didiknya maka seorang pendidik tidak akan menganjurkan sesuatu jika ia sendiri tidak
melaksanakannya kerana ia menyedari tentang kemurkaan Allah (dosa) jika ia sendiri tidak
melaksanakan apa yang ia ucapkan.

Oleh itu para pendidik perlulah menghiasi diri dengan sifat-sifat yang terpuji sesuai dengan
sifatnya yang paling mulia di dalam Islam. Dr. Abdul Halim al Muhammady menyenaraikan
lapan sifat yang wajib dimiliki oleh pendidik, iaitu:

1. Sifat Zuhud (mendidik kerana mencari keredaan Allah). Sifat Zuhud bermakna
menyampaikan pelajaran bukan kerana belasan kebendaan atau penghormatan
masyarakat, tetapi kerana mencari keredhaan Allah. Namun Ini bukan bermakna kita
tidak boleh menerima ganjaran dari usaha itu. Kemuncak matlamat kerja yang
dilakukan seharusnya tidak diukur dengan pencapaian kebendaan kerana itu akan
membahayakan peningkatan diri dan pencapaian orang yang berada di bawah
didikannya.

2. Kebersihan diri. Sebagai pendidik hendaklah menjauhkan diri dari kekotoran sifatsifat mazmumah seperti bersifat angkuh, riak, hasad, pemarah dan dari kekotoran
syara yakni melakukan perkara-perkara dosa besar dan yang diharamkan oleh
Islam.

3. Keikhlasan dalam bekerja, termasuklah juga sifat dedikasi.

4. Mempunyai sifat halim, iaitu sifat lemah lembut, sopan santun, tidak lekas berang.

31

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

5. Menjaga kehebatan dan kehormatan diri, yakni tidak melibatkan diri dengan suasana
yang boleh menjatuhkan peribadi dan maruahnya sama ada dari segi pakaian ,
perbuatan dan percakapan.
6. Perlu merasa dirinya sebagai bapa dalam menghadapi muridnya.

7. Hendaklah memahami tabiat murid-muridnya dan.

8. Mempunyai ilmu pengetahuan yang luas (Dr.Abdul Halim Al-Muhammady, Jurnal


Pendidikan, Disember 1986).
2.3.6 PENDIDIK YANG EFEKTIF

Imam Ghazali telah menyatakan tujuh ciri pendidik yang efektif, merangkumi aspek kualiti
dan tugas pendidik yang cemerlang:

1. Mempunyai rasa belas kasihan kepada murid-murid dan memperlakukan mereka


sebagai anak sendiri. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku ini bagimu
adalah seumpama seorang ayah bagi anaknya.

Rasa belas kasihan seperti ini

hanya akan wujud jika pendidik melaksanakan tugas dengan tujuan akhirat.
2. Mengikut tingkahlaku dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan tidak minta imbuhan
atas perkhidmatan yang diberinya.
3. Tidak menasihati atau membenarkan muridnya melaksanakan sesuatu tugas atau
mempelajari suatu tingkat sebelum berhak pada tingkat itu.
4. Menasihati murid-muridnya supaya meninggalkan kelakuan buruk secara lembut
atau kasih sayang, bukan memarahi mereka atau mengejek.
5. Tidak sesekali merendahkan mata pelajaran atau ilmu yang lain di hadapan
muridnya.
6. Hendaklah pembelajaran bersesuaian dengan tahap pemahaman murid dan tidak
sesekali memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan.
7. Menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian
dengan tahap perkembangan akal murid khususnya murid yang kurang pintar.

Ciri-ciri di atas jelas menunjuk bahawa pendidik yang efektif itu perlulah mempunyai disiplin
yang tinggi dalam pendidikan sama ada dari segi sahsiahnya, ilmu pengetahuannya dan

32

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

pedagogi pendidikannya. Salah satu ciri yang dinyatakannya ialah seorang pendidik itu
perlu mengajar sesuatu secara berperingkat. Hal ini adalah berkaitan dengan metod atau
kaedah pengajaran.

Sehubungan itu Ibnu Khaldun ada mengungkapkan tiga langkah metod pengajaran:

1. Hendaklah diajarkan kepada murid pengetahuan yang bersifat umum dan


sederhana, khusus berkenaan dengan pokok bahasan yang dipelajari. Pengetahuan
ini hendaklah disesuaikan dengan taraf kemampuan intelektual murid, sehingga
tidak berada di luar kemampuannya untuk memahami. Hendaklah murid belajar
pada tingkatan pertama atau paling sederhana. Sebagaimana yang dikatakan oleh
Ibnu Khaldun Ketika itu tercapailah suatu malakah baginya di dalam ilmu itu,
meskipun bersifat lemah. Ibnu Khaldun memandang langkah ini sebagai langkah
pendahuluan bagi langkah kedua.
2. Pendidik kembali mengajarkan pengetahuan tersebut kepada anak didiknya dalam
taraf yang lebih tinggi dengan memetik intisari pelajaran, keterangan dan penjelasan
yang lebih khusus. Dengan demikian pendidik dapat mengantarkan anak didiknya
kepada taraf pemahaman yang lebih tinggi, sebagaimana dikatakan oleh Ibnu
Khaldun maka menjadi baiklah malakahnya.
3. Pendidik mengajarkan pokok bahasan tersebut secara lebih terperinci dalam konteks
yang

menyeluruh,

sambil memperdalam

aspek-aspeknya dan menajamkan

pembahasannya. Tidak ada lagi yang sulit dan penting yang tidak diterangkan.
Begitu suatu ilmu selesai dipelajari, maka ilmu itu telah menjadi malakahnya. Walau
bagaimanapun Ibnu Khaldun mengatakan sebahagian anak didik yang cerdas
kadangkala hanya memerlukan dua langkah sahaja di dalam mengajar mereka,
terutama jika pendidik berkemampuan tinggi. Di sini jelas bahawa pendidikan Islam
itu hendaklah diajarkan secara berperingkat. Oleh itu sukatan pelajaran yang
disediakan haruslah mengambil kira tahap dan kemampuan murid agar setiap
pelajaran yang diajarkan dapat dikuasai oleh murid dengan baik.

33

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

2.3.7 KESIMPULAN

Kedudukan pendidik menurut Islam adalah mulia kerana mereka adalah penerus tugas Nabi
s.a.w dalam menyampaikan ilmu dengan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnahnya. Oleh
yang demikian para pendidik wajiblah membentuk keperibadian yang luhur dan memiliki
sifat-sifat yang terpuji sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam kerana pendidik adalah
qudwah dan juga uswah yang baik bagi anak-anak didik.

Islam menjelaskan bahawa ibu bapa atau penjaga berperanan penting dalam mendidik
anak-anak mereka, kerana merekalah yang mencorakkan kehidupan anak-anak mereka.
Ibu bapa berkewajipan dan berperanan mengasuh, membentuk mendidik dan memimpin
anak-anak menjadi orang yang mulia di sisi Allah S.W.T, bangsa dan Negara. Peranan guru
sebagai pendidik juga tidak kurang pentingnya, mereka diamanahkan oleh ibu bapa untuk
mendidik, mengajar, membimbing dan mengembangkan fitrah (malakah) anak didik mereka.
Oleh yang demikian pada umumnya tugas mendidik itu adalah menjadi tanggungjawab
bersama, sama ada secara formal atau tidak formal khusnya bagi ahli-ahli ilmu, kerana
tugas ini juga merupakan amanah Allah s.w.t.

2.4 ANALISIS NAS-NAS BERKAITAN

PENDIDIK DAN PENDIDIKAN DALAM AL-

QURAN

2.4.1 MUQADDIMAH

Al-Quran menduduki tempat pertama di dalam sumber perundangan Islam. Tiada siapa di
kalangan kaum muslimin yang mempertikaikan kesahihannya atau menolaknya sebagai
hujah, baik dalam masalah akidah atau hukum. Isi kandungan Al-Quran meliputi segala
aspek kehidupan, dari yang sebesar ajaran sehinggalah sekecil-kecilnya. ia meliputi hukumhukum, penerangan, petunjuk, nasihat, cerita-cerita, perkhabaran baik bagi mereka yang
taat dan khabar buruk bagi yang melakukan maksiat dan syirik kepada Allah, aspek
ekenomi, sosial, politik, perkahwinan, muamalat dan termasuk juga bidang pendidikan.

Manakala Hadis pula, jumhur ulamak sepakat mengatakan ia menduduki tempat kedua
selepas Al-Quran sebagai sumber rujukan.

34

Kehujahan hadis dalam syariat dan

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

perundangan juga berdasarkan dalil yang termaktub secara jelas di dalam Al-Quran, Hadis,
ijmak ulamak dan pendapat fuqaha yang menyuruh orang-orang beriman mentaati Allah
s.w.t. dan juga rasulNya. Antara dalil ayat Al-Quran yang menyuruh kaum muslimin supaya
merujuk kepada Hadis ialah dalam surah al-Hasyr ayat 7:


Maksudnya:
Apa Yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri,
bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi
Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang
miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan Yang demikian) supaya
harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. dan apa jua
perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan,
dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan
bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi
orang-orang Yang melanggar perintahNya).

Dari sini dapatlah difahami bahawa pengiktirafan Al-Quran sebagai sumber hukum dan
diikuti hadis sebagai tempat kedua adalah atas beberapa sebab, antaranya:

Setiap perkataan yang terkandung di dalam Al-Quran pasti datangnya daripada


Allah.

Al-Quran adalah dalil yang meyakinkan dan dipindahkan atau disampaikan kepada
kitamelalui jalan yang mutawatir

Al-Quran sentiasa terpelihara oleh Allah sendiri dan selamat daripada segala
penyelewengan dan perubahan mana-mana makhluk. Ia dijamin selamat dari mula
ia diturunkan hinggalah kepada hari akhirat.

35

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

Berikut antara perincian Al-Quran dan As-Sunnah terhadap pendidik dan pendidikan yang
meliputi aspek;

Tujuan pendidikan

Institusi pendidikan

Bidang pendidikan

Prinsip pendidikan

Metodologi pendidikan

2.4.1 TUJUAN PENDIDIKAN

1.

Mengabdikan

Az-Zariyat: 56

diri kepada Allah

56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu
2.

Menjauhi syirik

Al-Haj:31


31. (Amalkanlah perkara-perkara itu) Dengan tulus ikhlas kepada
Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun dengannya; dan
sesiapa Yang mempersekutukan sesuatu Yang lain Dengan Allah
maka seolah-olah Dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau
dihumbankan oleh angin ke tempat Yang jauh (yang membinasakan)

3.

Mensyukuri

Al-Baqarah: 172

nikmat



172. Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda
Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan
bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat
kepadaNya.

4.

Bertaqwa

Ali-Imran: 102

102. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada
Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati
melainkan Dalam keadaan Islam.

36

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

5.

Bertawakkal

Ali-Imran: 159



159. maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah
(kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut
kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah
Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari
kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang
mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka,
dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan
dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam
(Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah
kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang
bertawakal kepadaNya.

6.

Melakukan amar

Ali-Imran: 110

makruf nahi

munkar



110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang
dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh
berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala
perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada
Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi
dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah
(iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada
Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

7.

Membentuk

Al-Araf: 205

insan soleh



205. dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu Dalam hatimu, Dengan
merendah diri serta Dengan perasaan takut (melanggar perintahNya),
dan Dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan
petang dan janganlah Engkau menjadi dari orang-orang Yang lalai.

8.

Memakmurkan

Al-Nahl:89

bumi Allah

37

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM



89. dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan Dalam kalangan
tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka
sendiri; dan Kami datangkanmu (Wahai Muhammad) untuk menjadi
saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu
Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk,
serta membawa rahmat dan berita Yang mengembirakan, bagi orangorang Islam.
9.

Mewujudkan

Al-Naml:77

kebahagiaan
hidup

77. dan Sesungguhnya Al-Quran itu menjadi hidayah petunjuk dan


rahmat bagi orang-orang Yang beriman.

2.4.2 PRINSIP PENDIDIKAN

Bersikap adil

Al-Nahl:90


90. Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan,
serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada
melakukan perbuatan-perbuatan Yang keji dan mungkar serta
kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini),
supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.

Lemah lembut

Ali-Imran: 159



159. maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah
(kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut
kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah
Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari
kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang

38

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka,


dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan
dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam
(Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah
kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang
bertawakal kepadaNya.
3

Kasih sayang

Al-Fath: 29





29. Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang Yang
bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang
kafir Yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang
serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau
melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, Dengan
mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta
mengharapkan keredaanNya. tanda Yang menunjukkan mereka
(sebagai orang-orang Yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan
sujud (dan Ibadat mereka Yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka
Yang tersebut di Dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di Dalam Kitab
Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman
Yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu
menyuburkannya, sehingga ia menjadi Kuat, lalu ia tegap berdiri di
atas (pangkal) batangnya Dengan keadaan Yang mengkagumkan
orang-orang Yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat
Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta
kuat gagah sedemikian itu) kerana ia hendak menjadikan orang-orang
kafir merana Dengan perasaan marah dan hasad dengki - Dengan
kembang biaknya umat Islam itu. (dan selain itu) Allah telah
menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari
mereka, keampunan dan pahala Yang besar.

Persamaan

Al-Baqarah: 213



39

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

213. pada mulanya manusia itu ialah umat Yang satu (menurut ugama
Allah Yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah
mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada
orang-orang Yang beriman Dengan balasan syurga, dan pemberi
amaran (kepada orang-orang Yang ingkar Dengan balasan azab
neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab
suci Yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk
menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa Yang mereka
perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada Yang melakukan perselisihan
melainkan orang-orang Yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab
suci itu, Iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan
Yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad
dengki sesama sendiri. maka Allah memberikan petunjuk kepada
orang-orang Yang beriman ke arah kebenaran Yang diperselisihkan
oleh mereka (yang derhaka itu), Dengan izinNya. dan Allah sentiasa
memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya
ke jalan Yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).
5

Musyawarah-

As-Syura: 38


38. dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang
menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan
sembahyang Dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara
bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan
sebahagian dari apa Yang Kami beri kepadanya.

Persaudaraan

Al-Hujurat: 10

10. sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara,
maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu;
dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Berdisiplin

Al-Israk: 23


23. dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah
melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat
baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau keduaduanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan
peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka
(sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah
Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada
mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).

40

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

Memudahkan

Al-Baqarah: 286




286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya
olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia
juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka
berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau
mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai
Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan
Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orangorang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah
Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya
memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa
kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami;
oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaumkaum Yang kafir".

Melihat ke

Al-Qasas: 77

hadapan



7. dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia; Dalam pada
itu, jika Engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara
Firaun), maka (letakkanlah Dia di Dalam peti dan) lepaskanlah Dia ke
laut; dan janganlah Engkau merasa bimbang dan jangan pula
berdukacita; Sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadaMu,
dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul
kami.

10 Kejelasan

An-Nur: 31




41

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM



31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya
menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak
mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak
bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara
mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hambahamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan
tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum
mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari
perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai
orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

2.4.3 METODOLOGI PENDIDIKAN

Pengajaran dan

Ali-Imran: 138

nasihat

(mauizah)

138. (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia,


dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang Yang (hendak)
bertaqwa.

Penceritaan

Yusuf: 3


3. Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) seindah-indah kisah
Dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal
sebenarnya Engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orangorang Yang tidak pernah menyedari akan halnya.

Soal

Al-Nahl: 125

jawab/diskusi

42

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

125. serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat


kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah
Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih
baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui
akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih
mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.
4

Perbandingan

Al-Ankabut: 43

43. dan misal-misal Perbandingan Yang demikian itu Kami
kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang Yang
berilmu Yang dapat memahaminya.

Ancaman dan

Al-Fatir: 5

janji



5. Wahai umat manusia, Sesungguhnya janji Allah (membalas amal
kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh
kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan Yang menjadi
sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya
Dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).

Teladan

Al-Ahzab: 21


21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu
contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa
mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta
ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa
susah dan senang)

Amar makruf

Ali-Imran: 110

dan nahi munkar




110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang
dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh
berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala
perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada
Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi
dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah

43

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

(iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada
Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.
8

Perumpamaan

Al-Hasyr: 21

Seruan jihad

21. sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung,


nescaya Engkau melihat Gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana
takut kepada Allah. dan (ingatlah), misal-misal Perbandingan ini Kami
kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
An-Nisa: 84


84. oleh itu, berperanglah (Wahai Muhammad) pada jalan Allah
(untuk membela Islam dari pencerobohan musuh); Engkau tidak
diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. dan berilah peransang
kepada orang-orang Yang beriman (supaya turut berjuang Dengan
gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan
orang-orang Yang kafir itu. dan (ingatlah) Allah amatlah besar
kekuatanNya dan amatlah berat azab seksaNya.

2.4.4. BIDANG-BIDANG PENDIDIKAN

Akidah

Al-Baqarah: 285





85. kemudian kamu ini (Wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama
sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya;
kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang
mereka Dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka
datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang
perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. sesudah itu maka
Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan
mengingkari akan sebahagian Yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang
Yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika

44

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke Dalam azab
seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa
Yang kamu lakukan.

Ibadah

Al-Baqarah: 21



21. Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu Yang telah
menciptakan kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya
kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

Akal

Al-anfal: 22


22. Sesungguhnya Sejahat-jahat makhluk Yang melata, pada sisi (Hukum dan
ketetapan) Allah, ialah orang-orang Yang pekak lagi bisu, Yang tidak mahu
memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).

Akhlak

Al-Nahl: 23

23. sebenarnya, Bahawa Allah mengetahui akan apa Yang mereka


sembunyikan dan apa Yang mereka zahirkan; Sesungguhnya ia tidak
suka kepada orang-orang Yang sombong takbur.

Jasmani

Al-Baqarah: 172


172. Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda
Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan
bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat
kepadaNya.

Ketrampilan

Al-Ahqaf: 19

19. dan bagi mereka masing-masing (dari puak jin dan manusia - Yang
berbuat baik dan Yang berbuat jahat) disediakan berbagai peringkat
(balasan) Yang sesuai Dengan apa Yang mereka telah kerjakan, dan

45

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

(Ketetapan Yang demikian ialah) supaya Allah menyempurnakan bagi


mereka balasan amal-amal mereka, sedang mereka tidak dirugikan
(sedikitpun).
7

Kemasyarakatan

Al-Maidah:2





2. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu ingat halal
membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai
bulan-bulan Yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang Yang
dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong
binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang Yang menuju ke
Baitullah Al-Haraam, Yang bertujuan mencari limpah kurnia dari
Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya
(dengan mengerjakan Ibadat Haji di tanah Suci); dan apabila kamu
telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. dan jangan
sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah
menghalangi kamu dari Masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu
menceroboh. dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat
kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada
melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada
Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi
sesiapa Yang melanggar perintahNya).

46

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

2.4.5 INSTITUSI PENDIDIKAN:


1

Ibu bapa

At-Tahrim: 7

7. malaikat itu akan berkata kepada orang-orang Yang dimasukkan ke
Dalam neraka): "Hai orang-orang Yang kufur ingkar! janganlah kamu
menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana
masanya telah terlambat). kamu hanyalah dibalas Dengan balasan apa
Yang kamu telah kerjakan".

Diri sendiri

Al-Alaq: 1-5


1. Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang
menciptakan (sekalian makhluk),
2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku,
3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan,
5. Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.

Masjid

At-Taubah: 18


18. Hanyasanya Yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjidmasjid Allah itu ialah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan
tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang
tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan Yang
mendapat petunjuk.

Institusi
pendidikan

At-Taubah: 122


122. dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang beriman keluar
semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian
sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang
tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang dituntut di
Dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang
keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka;
Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan
Allah).

47

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

Masyarakat

Al-Nahl: 125


125. serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah
Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih
baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui
akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih
mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.

Pemerintah

Al-Hijr: 94

94. oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa Yang
diperintahkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan janganlah Engkau
hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.

2.4.6 KESIMPULAN

Dapat dirumuskan bahawa pendidikan menurut Al-Quran dan As-Sunnah memberi tiga
dimensi penting untuk dilaksanakan, iaitu:

1 Memberi petunjuk dan motivasi yang mengarahkan kepada pemantapan akidah,


membentuk akhlak mulia dan membersihkan rohani dan jasmani untuk mencapai
martabat insan soleh dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.
2 Memberi penekanan tentang aspek-aspek pendidikan yang perlu dilaksanakan
dalam proses membimbing dan membentuk nilai-nilai keperibadian yang luhur serta
dapat mengangkat martabat dan peradaban ummah yang dirahmati Allah.
3 Memberi penekanan pendekatan yang efektif dan efisien untuk mendidik dan
membimbing manusia ke arah mencapai kegemilangan dan kecemerlangan dalam

48

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

BIBLIOGRAFI

1) Al-Quran dan Terjemahannya (Indonesia) . Madinah Al-Munawwarah. Kerajaan Arab


Saudi.
2) Ahmad Mohd. Salleh (2003),

Pendidikan Islam, Falsafah dan Kaedah Pengajaran

Pembelajaran. Oxford Fajar. Selangor Darul Ehsan, Malaysia.


3) Dr Abdul Halim Muhammady (Tahun 1 Bil. 4. Disember,1986)., Peranan Guru Dalam
Pendidikan Islam, Jurnal Pendidikan Islam, Biro Pendidikan , Angkatan Belia Islam
Malaysia. Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
4) Dr. Gamal Zakaria (2002). Ibnu Sahnun, Mutiara Pendidik Muslim. Pusat Penyelidikan
dan Pembangunan Akademik, Kolej Islam Darul Ehsan. Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
5) Dr. Yussuf Qardhawi (1996). Keutamaan Ilmu dan Kemuliaan Para Ulama. Terjemahan
M. Junaidi Al-Hashim. Perniagaan Jahabersa. Johor Baharu, Malaysia.
6) Ghazali Basri, (Tahun 2 Bil 6 Disember 1987). Peranan Pendidik, Peranan Pendidik
Dalam Pembentukan Ummah, Jurnal Pendidikan Islam, Biro Pendidikan , Angkatan Belia
Islam Malaysia. Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
7) Ghazali Darusalam (2001). Pedagogi Pedidikan Islam. Utusan Publication & Distributors.
Kuala Lumpur, Malaysia.
8) Imam Al-Ghazali (1990). IhyaUlumiddin Juz 1. Darul Khair.
9) Imam Al-Ghazali (1980). Ihya Ulumiddin Jelid 1. Terjemahan TK. H.Ismail Yakub. Perc.
Menara Kudus. Indonesia.
10) Prof. Fathiyyah Hasan Sulaiman (1987). Pandangan Ibnu Khaldun Tentang Ilmu dan
Pendidikan. Universiti Ain Syams Mesir. Maktabah Nahdlah Mesir,
11) Prof. Madya. Dr. Tajul Ariffin Noordin (1990). Pendidikan Suatu Pemikira Semula.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
12) Prof. Madya. Dr. Tajul Ariffin Noordin dan Prof. Madya. Dr Nor Aini Dan (2002).
Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Pendekatan Bersepadu,

As-Syabab Media,

Selangor Bangi Darul Ehsan, Malaysia.


13) Syamsul Bahri Tanrere (1993). Bimbingan Mengajar Bagi Calon Guru Ugama. Universiti
Brunei Darussalam.
14) Haji Zainal Abidin Safarwan (1995). Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd. Perpstakaan Negara Malaysia.sebahagian anak didik
yang cerdas kadangkala hanya memerlukan dua langkah sahaja di dalam mengajar
mereka, terutama jika pendidik berkemampuan tinggi.

49

Di sini jelas bahawa pendidikan

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

Islam itu hendaklah diajarkan secara berperingkat. Oleh itu sukatan pelajaran yang
disediakan haruslah mengambil kira tahap dan kemampuan murid agar setiap pelajaran
yang diajarkan dapat dikuasai oleh murid dengan baik.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini


dengan jayanya!

Tamat.

Selamat berjaya

50

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

Para pelajar..!
Sebelum membaca nota seterusnya..pastikan anda membuat catatan
isi penting

51

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

TUGASAN TUTORIAL

i.

sisihan lazim dan memberi kesan kepada kebolehpercayaan ujian.


Tajuk ini agak sukar difahami
Sila hubungi pensyarah/pembimbing anda jika menghadapi masalah

Sekiranya anda masih kurang jelas, sila rujuk semula nota yang
disediakan

TUGASAN TUTORIAL
Selepas membaca nota, selesaikan tugasan di bawah !
Tahniah !
Kerana berjaya menyempurnakan tugasan anda.
SELAMAT MAJU JAYA !

52

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

Sila rujuk buku panduan PAFA untuk maklumat lanjut mengenai


perincian kod di atas.. bersabarlah dalam menuntut ilmu!

Tahniah !
Kerana berjaya menyempurnakan tugasan anda.
SELAMAT MAJU JAYA !

TUTORIAL

1. Nyatakan tujuan utama penilaian PAFA.


2. Bincangkan dengan pensyarah anda bagaimana prosedur penilaian PAFA
dijalankan.

BIBLIOGRAFI

1) Al-Quran dan Terjemahannya (Indonesia) . Madinah Al-Munawwarah. Kerajaan Arab


Saudi.

2) Ahmad Mohd. Salleh (2003), Pendidikan Islam, Falsafah dan Kaedah Pengajaran
Pembelajaran. Oxford Fajar. Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
3) Dr Abdul Halim Muhammady (Tahun 1 Bil. 4. Disember,1986)., Peranan Guru Dalam
Pendidikan Islam, Jurnal Pendidikan Islam, Biro Pendidikan , Angkatan Belia Islam
Malaysia. Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
4) Dr. Gamal Zakaria (2002). Ibnu Sahnun, Mutiara Pendidik Muslim. Pusat Penyelidikan
dan
Pembangunan Akademik, Kolej Islam Darul Ehsan. Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

53

PIM 3111- PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

5) Dr. Yussuf Qardhawi (1996). Keutamaan Ilmu dan Kemuliaan Para Ulama. Terjemahan
M.
Junaidi Al-Hashim. Perniagaan Jahabersa. Johor Baharu, Malaysia.
6) Ghazali Basri, (Tahun 2 Bil 6 Disember 1987). Peranan Pendidik, Peranan Pendidik
Dalam
Pembentukan Ummah, Jurnal Pendidikan Islam, Biro Pendidikan , Angkatan Belia Islam
Malaysia. Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
7) Ghazali Darusalam (2001). Pedagogi Pedidikan Islam. Utusan Publication & Distributors.
Kuala Lumpur, Malaysia.
8) Imam Al-Ghazali (1990). IhyaUlumiddin Juz 1. Darul Khair.
9) Imam Al-Ghazali (1980). Ihya Ulumiddin Jelid 1. Terjemahan TK. H.Ismail Yakub. Perc.
Menara Kudus. Indonesia.
10) Prof. Fathiyyah Hasan Sulaiman (1987). Pandangan Ibnu Khaldun Tentang Ilmu dan
Pendidikan. Universiti Ain Syams Mesir. Maktabah Nahdlah Mesir,
11) Prof. Madya. Dr. Tajul Ariffin Noordin (1990). Pendidikan Suatu Pemikira Semula.
Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. 14

12) Prof. Madya. Dr. Tajul Ariffin Noordin dan Prof. Madya. Dr Nor Aini Dan (2002).
Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Pendekatan Bersepadu, As-Syabab Media,
Selangor Bangi Darul Ehsan, Malaysia.
13) Syamsul Bahri Tanrere (1993). Bimbingan Mengajar Bagi Calon Guru Ugama. Universiti
Brunei Darussalam.
14) Haji Zainal Abidin Safarwan (1995). Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd. Perpstakaan Negara Malaysia.
Sahih Bukhari

54

Anda mungkin juga menyukai