Anda di halaman 1dari 3

KATA NAMA AM

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang
umum sifatnya. Contohnya:

benda: alam,dunia,cakerawala,pohon,orang
perkara: iklim,cahaya,roh,udara,hisapan
konsep: kedamaian,perpindahan,keadilan

Kata nama am boleh pula dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan hidup atau


tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit
atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, seperti yang berikut ini:

Berikut dibincangkan secara terperinci golongan kata nama am tersebut:


Kata nama am hidup manusia
Kata nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk manusia, iaitu bersifat hidup
dan mendukung makna nama am. Contoh kata nama daripada jenis ini adalah
seperti yang berikut:
guru

murid

bayi

ibu

penoreh

jutawan

Kata nama am hidup bukan manusia


Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda hidup
jenis bukan manusia dan mendukung makna nama am. Contohnya:
gajah

hantu

burung

syaitan

pokok

bidadari

Kata nama am tak hidup institusi


Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk badan atau institusi
yang bersifat tidak hidup tetapi mendukung makna nama am. Kata nama
institusi ini boleh dikenal pasti melalui kehadiran
perkataan kepada dan daripada sebelum kata nama institusi demikian.
Contohnya:

Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit


Kata nama jenis ini merujuk benda-benda yang bukan institusi tetapi konkrit
sifatnya. Kebanyakan kata nama dalam golongan ini merujuk tempat. Perkataan
demikian tidak dapat didahului oleh sendi nama kepada dan daripada, tetapi
sebaliknya didahului oleh ke dan dari.Contohnya:

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang


Kata nama jenis ini merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang tidak hidup,
bukan institusi dan abstrak sifatnya tetapi boleh dibilang, yakni dapat disertai
oleh kata bilangan. Contohnya:

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang


Kata nama jenis ini merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang bukan jenis
hidup, bukan institusi, abstrak sifatnya dan tidak dapat dibilang. Contohnya
adalah seperti yang berikut:
roh

ketibaan

hawa

kemunculan

iklim

ajaran

kecantikan

ganjaran

keadilan

kehendak