Anda di halaman 1dari 26

14

DOKUMENTASI PROSES PENGHASILAN MODUL / RPH


PENGENALAN
Dalam penghasilan Modul / RPH perlu ada reka bentuk pengajaran. Reka bentuk
pengajaran (RP) sering dikaitkan dengan pembinaan pengajaran (PP). Kedua-dua
aspek ini sebenarnya telah menjadi amalan harian guru-guru di sekolah. Guru-guru
perlu membuat RP dan PP sebagai persediaan untuk menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Kepentingan RP dan PP kepada
guru amat ketara kerana dapat menentukan hala tuju mereka dalam menjalankan
tugas mendidik dan melahirkan modal insan yang berkualiti.
Reka bentuk pengajaran merupakan satu proses untuk membina bahan pengajaran
seperti modul bercetak, video pengajaran, perisian komputer pengajaran dan
bahan multimedia. Reka bentuk pengajaran ini sebenarnya bermula daripada
proses reka bentuk sehingga proses membina bahan pengajaran.
Kebanyakan model RP yang diberikan oleh tokoh-tokoh akademik secara umumnya
terdapat enam perkara asas yang merangkumi keseluruhan proses pengajaran
iaitu:
1. Menentukan keperluan murid
2. Menentukan matlamat dan objektif
3. Membina prosedur penilaian
4. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
5. Mencuba sistem pengajaran
6. Menilai keseluruhan system

Gustafson (1990), mendefinisikan istilah reka bentuk pengajaran mencakupi


seluruh proses pengajaran. Reka bentuk pengajaran ialah suatu proses yang
dibuat secara sistematik untuk mereka bentuk, membina aktiviti dan
bahan, menilai dan menggunakan seluruh proses pengajaran.
Reka bentuk
Pembinaan
Penilaian
Penggunaan

15

Rajah 1 : Proses Reka Bentuk Pengajaran


Reka bentuk pengajaran sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Proses
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat mencapai objektif
pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorang guru perlu
mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses
pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan.
Banyak model reka bentuk pengajaran dibina untuk mrnghasilkan pengajaran yang
berkesan. Antaranya model Assure yang mengandungi enam langkah iaitu:
A Analisis Murid
S Nyatakan Objektif
S Pemilihan media dan bahan
U Penggunaan Media dan bahan
R Penglibatan Murid dalam Pembelajaran
E Penilaian / Semak Semula Bahan

Model reka bentuk sistem pengajaran bersepadu menyatukan elemen system reka bentuk
pengajaran dan pembelajaran dan pembinaan bahan untuk memudahkan guru atau pelaksana
pengajaran

merancang

dan

melaksanakan

pengajaran. Terdapat

lima

peringkat

pelaksanaannya:

1. Menentukan isi pelajaran yang akan diajar


Dalam perancangan pengajaran, guru akan memilih topik pengajaran daripada
sukatan pelajaran dan menggunakan sumber rujukan daripada pelbagai sumber
seperti buku teks, internet dan perisian.
2. Membina bahan pengajaran
Guru memahami dan menganalisis isi kandungan yang hendak diajar untuk
membina atau memilih media pengajaran yang sesuai menggunakan pendekatan
system yang melibatkan prinsip prinsip reka bentuk dan pengembangan

16

pengajaran. Pendekatan system akan menghuraikan prosedur pembinaan bahan


dan menentukan proses dan urutan langkah pengajaran.
3. Menyediakan rancangan pengajaran
Persediaan mengajar perlu dirancang untuk memastikan berlakunya integrasi
media pengajaran dalam pengajaran dan penggunaan kaedah dalam
pengajaran. Persediaan mengajar mengandungi perancangan pengajaran dan
pelaksaanaan pengajaran. Persediaan mengajar menerangkan secara
sistematik elemen elemen perancangan pengajaran, perkara yang perlu
dilakukan oleh guru, penggunaan media, kaedah pengajaran dan cara murid
memberi maklum balas kepada guru. Semasa menyediakan perancangan
mengajar, guru lebih banyak memilih media sedia ada daripada membina media.
4. Melaksanakan pengajaran
Peringkat yang paling penting kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang dilaksanakan oleh guru. Peranan guru, penggunaan kaedah pengajaran
dan media digunakan berdasarkan perancangan yang dibuat bagi memastikan
maklumat disampaikan dengan lebih berkesan.

5. Proses pembelajaran
Proses pembelajaran yang berjaya akan dapat dilihat jika objektif pembelajaran
tercapai
hasil
dariada
perancangan
sistematik
dalam
kaedah
pengajaran, pembinaan media dan pengintegrasian media dalam pengajaran. Jika
objektif pembelajaran tidak tercapai, kaedah pengajaran dan penggunaan media
harus dikaji semula.

BAB 2

17

KAJIAN LITERATUR

2.1.

Pengenalan
Dalam bab 2, pengkaji akan membincangkan tentang pendekatan dalam
pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer.

2.2.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer


Komputer bukan sahaja berfungsi sebagai alat untuk merekod
data, menyimpan maklumat atau kegunaan peribadi, malah hari ini
komputer sudah digunakan secara meluas terutamanya dalam bidang
pendidikan. Oleh kerana komputer mempunyai pelbagai fungsi, komputer
dapat digunakan dalam bilik darjah untuk membantu proses pengajaran
dan pembelajaran yang disebut Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK).
Disebabkan penggunaan komputer berkombinasi dengan pelbagai
sistem media lain termasuk teks, grafik, animasi, bunyi dan video, bidang
pendidikan kini melibatkan multimedia. Multimedia merupakan satu cara
bagaimana komputer dijadikan lebih bersesuaian dengan proses kognitif
manusia di mana pelbagai maklumat disampaikan dalam pelbagai format.
Menurut Azmims (2002), terdapat lima jenis PPBK yang utama
iatu latih tubi, tutorial, simulasi, permainan dan penyelesaian masalah.
Setiap jenis PBBK ini mempunyai kelebihan masing-masing dan sesuai
digunakan dalam mata pelajaran peringkat rendah, menengah dan tinggi.
Dalam pembinaan perisian dan kajian ini, tumpuan hanya diberikan
kepada jenis pendekatan tutorial.

2.3.

Definisi Multimedia

18

Galbreath (1992) menyatakan multimedia merupakan penyatuan


dua atau lebih komunikasi seperti teks, grafik, imej, animasi, video dan
suara dengan ciri-ciri interaktif komputer untuk menghasilkan satu
persembahan yang menarik. Feldman (1994) pula mendefinisikan
multimedia ialah manipulasi dan integrasi pelbagai media seperti data,
teks grafik, imej, video dan bunyi dalam suatu persekitaran digital.
Multimedia merupakan kesepaduan di antara pelbagai media seperti teks,
numerik, imej, video, animasi dan suara dalam suatu persekitaran digital,
di samping mempunyai keupayaan interktiviti bagi membolehkan
pengguna mencapai maklumat keperluan mengikut urutan
(Halimah, 1996).

2.4.

Kelebihan Multimedia
Kepelbagaian kebolehan multimedia yang berikut mampu menampung
kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pengajaran biasa:

2.4.1

Tahap interaktif yang tinggi


Melalui komputer, perisian multimedia boleh diprogramkan

supaya pelajar-pelajar dilibatkan secara aktif dengan cara memilih


berbagai menu yang disediakan atau menjawab soalan-soalan tertentu.
Komputer akan bertindak balas dengan memaparkan maklumat tertentu
berdasarkan topik yang dipilih atau ditaipkan oleh pelajar tersebut.

2.4.2 Pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar

19

Multimedia yang digunakan juga berkebolehan untuk melayan


setiap individu berdasarkan kebolehan pelajar. Pelajar akan mengalami
pengalaman pembelajaran yang berbeza berdasarkan prestasinya dalam
sesuatu konsep atau isi pelajaran. Pelajar tersebut perlulah menguasai
terlebih dahulu konsep atau isi pelajaran tertentu sebelum dibenarkan
mempelajari konsep atau isi pelajaran pada tahap yang lebih tinggi.
Pelajar berpeluang untuk mengulangi sesuatu konsep atau isi pelajaran
pada bila-bila masa atau sebanyak mana sekalipun tanpa perlu merasa
bimbang komputer akan menimbulkan rasa jemu dalam kalangan
penggunanya. Ditambah dengan penggunaan animasi yang menarik
menyebabkan pelajar tidak merasa bosan.

2.4.3 Pelajar mengawal sendiri pembelajarannya


Perisian multimedia yang bermutu tinggi seharusnya
membenarkan pelajar mengawal kadar dan aliran pelajaran yang hendak
dipelajarinya. Juga pelajar perlulah dibenarkan untuk bermain dengan
melihat kesan perubahan tersebut. Ini juga dikenali sebagai simulasi
komputer.

2.4.4

Menarik dan mengekalkan minat terhadap pelajaran


Perisian pendidikan multimedia menggabungjalinkan elemen-

elemen seperti teks, grafik, animasi, bunyi dan video sebagai rangsangan
bagi menarik perhatian dan minat pelajar terhadap isi pelajaran yang
disampaikan. Pendekatan yang berunsur permainan mampu
menggalakkan pelajar untuk terus menggunakan perisian
pendidikan itu di samping mengekalkan minat pelajar terhadap isi
pelajaran yang dipelajari.

20

Berdasarkan fakta yang dikemukakan, jelas menunjukkan peranan


multimedia dalam pengajaran sains, matematik dan teknikal dalam
bahasa Inggeris adalah praktikal. Ini disokong oleh Gasiorowski (1988)
yang menyatakan,Research has shown that the use of technology in
classroom at all levels has resulted in improved achievement and
attitude. In schools adding computers, attendence rates improved and
sudents are more engaged in learning. Increased computer use may,
howeveer, require teacheers to change their approaches from that of
instillers of knowledge to that of a manages or coordinators.
Menurut Pickersgill (1997), ICT membolehkan guru to do things
better then they can be done without ICT. Kajian Pisapia (1994)
menunjukkan guru yang pengajarannya technology based, mereka
cenderung menjadi coordinator of learning recourse daripada seorang
presenter of knowledge. Johnson (1996) telah menyenaraikan tiga
kegunaan komputer dalam sektor pendidikan, iaitu : Untuk meningkatkan
aktiviti-aktiviti serta kualiti pengajaran dan pembelajaran; Untuk
mengautomasikan proses pengajaran dan pembelajaran dan sebagai alat
untuk memproses maklumat untuk tujuan meningkatkan produktiviti.
Menurut Tengku Azman dalam Wan Azlinda dan Nor Hashimah
(2001), terdapat tiga sebab utama, komputer diperlukan dalam
pendidikan, iaitu: Banyak maklumat yang boleh dicapai oleh komputer
tidak boleh dilakukan oleh manusia; Kemampuan mengumpul dan
menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat dikelolakan dengan
cekap oleh komputer dan maklumat dan pengetahuan menjadi kunci
untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia.

2.5.

Konsep Dan Definisi Teknologi Dan ICT

21

Terdapat beberapa istilah dan konsep penting yang mempunyai hubungan


yang rapat dengan pengertian ICT (Teknologi Maklumat Dan Komunikasi) yang
diberikan tumpuan di dalam perbincangan ini. Antara yang menjadi fokus utama
termasuk istilah dan konsep teknologi dan teknologi pendidikan. Mengikut
'Technology-Report of the project 2061, Phase I Technology Panel". American
Association for Advancement of Science (1989) mengatakan bahawa
"Technology is the application of knowledge, tool and skills to solve practical
problems and extend human capabilities". Ternyata pendapat ini adalah selari
dengan kehendak semasa yang menganggapkan bahawa teknologi itu merupakan
alat yang boleh digunakan melalui kemahiran dan kepakaran pengetahuan yang
ada bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi di samping dapat memberikan
kemudahan dan keselesaan melalui penciptaan pelbagai jenis peralatan untuk
memenuhi keperluan pengguna. Daripada kepentingan peranan teknologi yang
amat luas ini bukan sahaja mampu memperkembangkan keupayaan rutin
pengurusan seharian, tetapi juga dapat melakukan pengawalan dan semakan
terhadap kualiti dan kecekapan serta keberkesanan sesuatu tugasan termasuk
proses pengajaran dan pembelajaran.
Sehubungan ini terdapat satu lagi istilah penting yang mempunyai kaitan
dengan ICT iaitu teknologi pendidikan. Teknologi Pendidikan merupakan bidang
pangajian yang melibatkan perkembangan, penggunaan peralatan teknologi
pendidikan, penilaian sistem, teknik dan bantuan teknikal dalam proses
pembelajaran manusia. Teknologi Pendidikan juga secara khususnya merupakan
aplikasi penggunaan peralatan teknologi pendidikan untuk meningkatkan
keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran. Untuk mencapai
tahap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan sistem
teknologi pendidikan biasanya melibatkan lima komponen utama yang dikenali
dengan `Lima M (5M). Antaranya termasuk:2.5.1

Machine (mesin )

2.5.2

Materials (bahan-bahan )

2.5.3

Media (media )

22

2.5.4

Men (orang )

2.5.5

Method ( kaedah )

Kelima-lima komponen utama di atas adalah saling berkaitan dan saling


bantu membantu di antara satu sama lain bagi memenuhi objektif di sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran. Machine (Mesin) merupakan peralatan
teknologi pendidikan yang membantu dalam menyampaikan mesej dan
maklumat kepada pengguna. Materials (bahan-bahan) pula merupakan maklumat
dan sumber ilmu yang ingin disampaikan oleh pengajar melalui mesin yakni
peralatan teknologi pendidikan. Media pula berperanan sebagai perantara dalam
menyampaikan maklumat kepada pelajar. Begitu juga men (orang) yakni
manusia yang terdiri daripada tenaga pengajar dan pelajar yang melangsungkan
proses pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya method (kaedah) merupakan cara
pengajaran yang digunakan oleh pengajar untuk menyampaikan maklumat dan
pengajaran kepada pelajar melalui interaksi perubahan konsep dan teknikteknik
pengajaran yang bersesuaian.

2.6.

Definisi dan Konsep ICT


Daripada kedua-dua konsep utama di atas dapat disesuaikan dengan
pengertian ICT (Information and Comunication Technology) terjemahan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang merupakan suatu sistem komunikasi
dan perolehan data dan maklumat melalui peralatan teknologi secara interaktif
daripada skala yang sekecil-kecilnya kepada skala yang sebesar-besarnya di
peringkat global. Secara ringkasnya pemahaman maksud ICT dapat ditunjukkan
di dalam Rajah 2 di bawah.

23

Rajah 2 : Pertalian Konsep ICT


Pada keseluruhannya, ICT dapat dirumuskan sebagai suatu sistem yang
kompleks dan menyeluruh dengan melibatkan pelbagai rangkaian di peringkat
global dan mengalami proses perkembangan yang dinamik selaras dengan
penciptaan teknologi terkini. Kepantasan dan penjimatan waktu dapat dibezakan
berdasarkan penciptaan teknologi sezaman yang dipertingkatkan kemajuan
teknologinya dari semasa ke semasa. Proses perkembangan ICT ternyata telah
sekian lama mendapat perhatian sejak tahun 1950-an lagi dan dipertingkatkan
dari semasa ke semasa sehinggalah dapat digunakan di dalam dunia pendidikan
seperti yang dapat kita nikmati pada hari ini. Proses pembangunan ICT ini secara
ringkasnya dapat digariskan sebagaimana berikut.
2.7. Sejarah YouTube
YouTube ialah laman web perkongsian video yang popular dan yang
membenarkan penggunanya memuat naik, menonton dan berkongsi klip video
(Wikipedia, 18 Ogos 2012). Berdasarkan rekod YouTube pada tahun 2006 sahaja
sebanyak 65,000 video dimuat naik dan 100 juta video ditonton setiap hari di
YouTube (USA Today, 2006) dan pada 17 May 2010, bilangan video yang
ditonton meningkat sehingga mencecah 2 bilion setiap hari (Lewin, 2010). Ini
jelas menunjukkan bahawa laman web YouTube sangat popular dalam kalangan
masyarakat global. YouTube merangkumi animasi, video klip, TV klip, musik
video, iklan dan sebagainya yang dimuat naik oleh individu individu yang telah
mendaftar keahlian (Clifton & Mann, 2010) yang berumur 18 tahun ke atas.
Selain itu, YouTube membolehkan pengguna untuk menyiarkan dan memberikan
tag kepada video, menonton video yang disiarkan oleh individu lain dan
memberi komen. Keunikan yang ada pada laman web YouTube ini adalah

24

membolehkan orang ramai dapat menonton dan memuat turun video video
yang terdapat dalam YouTube secara percuma (Komal et. al, 2012) . Menurut
Mohamed Amin Embi (2011), YouTube juga boleh dihubungkan dengan aplikasi
rangkaian laman web lain seperti blogs, wiki dan sebagainya. Ini memberi
pengguna satu cara pantas untuk membuat blog misalnya, mengenai sesuatu
video dengan menyertakan sahaja pautan kepadanya. Tambahnya lagi, pengguna
boleh membaca profil individu yang menyiarkan atau memberi komen kepada
sesuatu video, menonton video kegemaran mereka dan menghubungi individu
tersebut. Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim merupakan pengasas
kepada laman web YouTube pada tahun 2005. Ketiga tiga individu ini
merupakan bekas pekerja di talian dagang laman PayPal (Wikipedia, 18 Ogos
2012).
Menurut Burgess & Green (2009), idea awal terciptanya laman web
YouTube berlaku apabila mereka ingin berkongsi video pesta makan malam yang
mereka hasilkan dengan menghantar melalui email. Tetapi gagal kerana lampiran
video tersebut mempunyai memori yang terlalu besar dan tidak dapat
dimasukkan ke dalam email. Oleh itu, mereka membuat keputusan untuk
mencipta satu laman web video sederhana yang membolehkan video tersebut
dimuat naik di internet dan ditonton oleh orang ramai.
Tambahnya lagi, laman web YouTube mendapat sambutan yang
menggalakkan dan menjadi salah satu laman perkongsian web yang popular di
internet. Pada bulan Oktober 2006, Google Inc. telah membeli laman web
YouTube sebanyak $ 1.65 billion (Komal et. al, 2012). Pada bulan November
2007, YouTube menjadi laman web hiburan paling popular di Britain, diikuti
dengan laman web BBC. Awal tahun 2008 pula, berdasarkan pelbagai
perkhidmatan web metriks, laman web YouTube konsisten berada di tempat
sepuluh teratas yang sering dilawati di peringkat global.
Secara umumnya, terdapat banyak jenis video yang boleh didapati dalam
laman sosial YouTube seperti filem, TV, klip klip video dan sebagainya yang
dimuat turun oleh pengguna YouTube itu sendiri. Kategori video yang terdapat

25

dalam YouTube juga adalah pelbagai iaitu sama ada berbentuk hiburan semata
mata seperti muzik atau lagu, animasi kartun dan filem serta yang berbentuk
ilmiah seperti perubatan, perniagaan dan pendidikan.
Sebagai contoh, video kategori muzik atau lagu mengandungi pelbagai
jenis muzik seperti pop rock, balada dan sebagainya. Manakala, video kategori
filem pula adalah seperti yang berkisarkan tentang persahabatan, percintaan,
komedi dan sebagainya. Terdapat juga filem yang dimuat turun memberikan
pengajaran dan keinsafan kepada penonton seperti kejadian tsunami, banjir kilat,
tanah runtuh dan sebagainya. Video kategori pendidikan pula adalah seperti cara
belajar mengaji, mengira, membaca dan sebagainya.
Menurut Mohamad Amin Embi (2010), video boleh menjadi satu alat
pendidikan dan motivasi yang amat berpengaruh. Namun, sebahagian besar
kekuatannya bukan terletak pada video itu sendiri tetapi pada cara video itu
digunakan. Video itu sendiri bukanlah satu sasaran atau kesudahan tetapi
merupakan satu cara ke arah mencapai objektif dan matlamat pembelajaran.
Video pendidikan yang efektif bukanlah pengajaran yang berbentuk televisyen
kepada pelajar tetapi pengajaran guru kepada pelajar dengan video sebagai satu
alat untuk penzahiran (Duff, 2008).
YouTube semakin banyak digunakan oleh pendidik sebagai satu sumber
pedagogi untuk segala perkara, daripada acara menarik yang bernilai berita di
serata dunia hinggalah kepada secebis kisah kehidupan. Penggunaanya
merangkumi video pendidikan hinggalah kepada ruang dalam talian dan
perkongsian kandungan yang dikarang oleh pelajar. Berikut merupakan beberapa
panduan umum yang telah diketengahkan oleh Clark & Mayer (2002) dalam
mempertimbangkan penggunaan sebarang media yang sesuai:
2.7.1

Selaras dengan hasil pembelajaran atau prestasi yang dikehendaki

2.7.2

Mengurangkan beban kognitif

2.7.3

Mengandungi teks atau grafik yang bermakna

2.7.4

Sesuai dengan tahap kecelikan pembelajaran pelajar

26

2.7.5

Pendidik dan pelajar akan mendapati bahawa video ialah satu


mangkin dan pemudah cara kepada perbincangan dan analisis
dalam kelas

2.8.

Strategi Penggunaan YouTube Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan video YouTube
sebagai BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran, beberapa
panduan telah digariskan oleh Mohamed Amin Embin (2011) untuk
menggalakkan tontonan secara aktif dalam kalangan pelajar dan
memaksimumkan pembelajaran, seperti yang berikut (Jadual 1):

Jad

ual 1 :

Panduan
Penggunaan

2.9.

Peranan Video Dalam Pendidikan

Video

27

Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberi satu


pengalaman baru kepada pelajar. Media video dan televisyen dapat membawa
pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau peristiwa yang
ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati atau merbahaya. Dengan penayangan
video, pelajar dapat merasakan seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam
suasana yang digambarkan.
Sebagai contoh, proses penjanaan elektrik dapat ditunjukkan kepada
pelajar melalui video. Ianya dapat membantu pelajar membayangkan cara kerja
stesen janakuasa elektrik di samping memberi pengalaman kepada pelajar secara
visual. Menurut Norizan(2002) di dalam Norhaziana(2005), beliau menyatakan
bahawa sesuatu media berbentuk simulasi adalah perisian yang memberi
gambaran situasi sesuatu keadaan. Pengguna akan seolah-olah berada di tempat
kejadian dan boleh bertindak balas terhadap keadaan tersebut.
Video juga dapat membantu dalam mengubah sikap seseorang pelajar.
Seringkali video digunakan sebagai agen pemujuk dan ianya lebih berkesan jika
dibandingkan dengan kaedah syarahan. Sebagai contoh dalam menyampaikan
maklumat kepada pelajar mengenai gula dalam diet. Contoh yang menunjukkan
kesan daripada mengambil makanan yang mempunyai terlalu banyak kandungan
gula dapat membantu pelajar mengubah sikap untuk mengurangkan pengambilan
gula dalam diet mereka.

2.10.

Isu Isu Aplikasi Video Dalam Pendidikan


Seiring dengan perkembangan multimedia dalam pendidikan, video telah
menjadi salah satu media yang popular di kalangan pendidik. Gabungan elemen
multimedia seperti teks, grafik dan audio terbukti dapat menarik minat dan
perhatian pelajar. Antara isu yang berkaitan dengan aplikasi video dalam
pendidikan ialah kebaikan penggunaan video dalam pengajaran dan

28

pembelajaran, di mana ianya dapat merangsang deria penglihatan dan


pendengaran. Selain daripada itu, pengukuhan pembelajaran dapat dilakukan
melalui gerak perlahan dan pegun. Pengalaman luar yang sukar juga boleh
dibawa masuk ke dalam kelas.
Masalah utama dalam aplikasi video di sekolah juga menjadi salah satu
isu berkaitan media ini. Antaranya ialah masalah peralatan yang tidak mencukupi
kerana kos pengurusan dan kewangan sekolah yang kurang. Masa juga menjadi
salah satu masalah yang dibangkitkan di mana peruntukannya untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran terhad. Masalah guru kurang kemahiran
mengendalikan video semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga menjadi
salah satu isu aplikasi media ini.
Isu seterusnya ialah kaedah penggunaan video secara efektif untuk
memastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai. Sesebuah video perlulah
dipratontonkan oleh guru sebelum digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Guru perlulah mengadakan aktiviti sebelum, semasa dan selepas
tayangan. Sebelum tayangan bermula, guru boleh berbincang dengan murid
tentang pengalaman yang lepas di samping menerangkan istilah atau perkataan
baru dan menerangkan kandungan rancangan.
Semasa tayangan ianya perlulah dijalankan tanpa gangguan suara atau
perlakuan guru kecuali jika perlu. Guru juga harus menonton bersama-sama
murid serta menunjukkan minat terhadap apa yang ditayangkan. Selepas
tayangan, guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya di samping
mengemukakan soalan ringkas kepada kelas. Guru juga perlu membuat ulangan
terhadap butiran-butiran yang penting.

2.11.

Ciri Ciri Video Pembelajaran Yang Berkesan Dalam Proses Pengajaran


Dan Pembelajaran

29

Menurut Mok Soon Sang(1996), peranan utama sesuatu bahan dapat


membantu guru untuk menyalurkan ilmu pengetahuan dan menggerakkan aktiviti
yang dirancangkan. Manakala pelajar menggunakan bahan pelajaran secara
kendiri atau berkumpulan tanpa kehadiran pensyarah. Dalam pembangunan
sesebuah video dokumentari pembelajaran yang berkesan, penekanan terhadap
beberapa aspek haruslah diberi perhatian yang khusus bagi membolehkan pelajar
melakukan aktiviti pembelajaran yang boleh meningkatkan lagi kefahaman
pelajar dalam memahami sesuatu konsep yang ingin disampaikan. Oleh itu,
interaksi wujud di antara bahan pembelajaran dengan guru serta di antara bahan
pembelajaran dengan pelajar. Ciri ciri video pendidikan yang berkesan iaitu :

2.11.1 Matlamat/Objektif
Objektif tercapai apabila pengguna dapat menerima aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan video tanpa perasaan
prejudis. Menurut Abdul Rahim(2000), bahan media mestilah mengikuti
perkembangan teknologi pendidikan terutama penggunaan media
elektronik dalam pengajaran. Menurut Ee Ah Meng(1999), media
tersebut dapat memperlihatkan penerokaan teknik-teknik pengajaran yang
berkesan dari aspek teknologi pendidikan itu sendiri. Seterusnya
pengguna dapat menggunakan teknologi tersebut dengan mudah. Selain
itu, penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran perlu peka latar
belakang dari aspek kebolehan pelajar yang pelbagai.

2.11.2 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP)

30

Dengan menggunakan media pembelajaran juga, ianya dapat


membantu meningkatkan proses pembelajaran pelajar dari aspek kesan
bunyi, penggunaan grafik, penggunaan animasi dan penggunaan warna.
Sesuatu media mampu membantu proses pembelajaran dan mudah
dikawal oleh guru.latihan yang diberikan mencukupi dan berkaitan
dengan isi kandungan yang digunakan.
Menurut Ee Ah Meng(1999), media dapat meningkatkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dilihat daripada aspek daya penarik bahan
yang kuat untuk pelajar yang dapat mengelakkan kebosanan pelajar.
Media yang baik melibatkan pelajar secara maksimum. Ia dapat
menggalakkan penyelidikan serta pembacaan sendiri di kalangan pelajarpelajar kerana perasaan ingin tahu dapat ditimbulkan. Ia dapat
menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan
serta menyeronokkan. Seterusnya menggalakkan penyertaan dan
penglibatan pelajar dalam pembelajaran.
Media yang digunakan dala proses pengajaran dan pembelajaran
dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam
seterusnya mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. Yusup dan Sharifah
Alwiah (1999), penggunaan media dapat menunjukkan secara konkrit
kepada pelajar yang lemah sesuatu konsep yang hendak disampaikan.

2.11.3 Kandungan
Kandungan mestilah sesuai dengan pembelajaran kendiri oleh
pelajar dan seterusnya dapat dijadikan bahan rujukan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Pengenalan dan kandungan mudah
difahami dan mencapai objektif yang ditetapkan. Kandungan sesuatu
media yang digunakan sebagai alat bahan bantu mengajar mestilah

31

mengikut urutan iaitu dari topik yang mudah kepada topik yang lebih
sukar.
Kandungan yang baik mengandungi maklumat yang terkini dan
seterusnya membantu meningkatkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Begitu juga dengan bahasa penyampaian mestilah
sesuai. Pengolahan kandungan sesuai dan terdapat integrasi maklumat
yang tepat dan dikemaskini. Kesimpulan atau penutup mestilah
bersesuaian dengan isi yang telah disampaikan. Seterusnya media
tersebut perlu mengandungi pengukuhan yang sesuai.
Menurut Ee Ah Meng (1999), media pembelajaran dapat
menambahkan dan memperkayakan perbendaharaan kata pelajar. Media
pembelajaran yang digunakan mestilah berkaitan dengan isi pembelajaran
yang diajar seperti fakta dan konsep-konsepnya. Media yang bersesuaian
dapat memenuhi kehendak-kehendak isi dan objektif pelajar.

2.11.4 Penggunaan
Pemilihan media mestilah bersesuaian dengan kos alatan dan
tidak membebankan. Pengendalian bahan media pengajaran memerlukan
latihan penggunaan yang minimum dan lebih mudah diubah suai dari segi
penggunaan serta senang dipindah dari satu tempat ke tempat yang lain.
Menurut Ee Ah Meng (1999), sesuatu media memudahkan pengajaran
dan meningkatkan keberkesanannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Ia mestilah bersesuaian kerana memudahkan kefahaman pelajar.
Pemilihan alat bantu mengajar ini mestilah selamat digunakan oleh
pelajar. Selain itu, media tersebut dapat menjimatkan masa pembelajaran

32

dan dapat meningkatkan lagi pemahaman pelajar terhadap suatu konsep


dengan lebih mudah dan cepat.
Menurut Semrau, P dan Boyer B.A, (1994), video dokumentari
pembelajaran lebih mudah digunakan kerana memerlukan pemain CD
ROM atau computer. Yusup dan Sharifah Alwiah (1999), penggunaan
video juga dapat disaksikan berkali-kali sehingga mencapai tahap
penguasaan. Menurut Baharuddin, et al. (2000), terdapat beberapa
kebaikan menggunakan video. Di antara kebaikannya ialah video senang
dirakamdan dimainkan semula serta tidak memerlukan bilik gelap untuk
tayangan.
2.11.5 Persembahan
Menurut Yusup dan Sharifah Alwiah (2000), penggunaan video
berupaya menunjukkan konsep kemahiran motor melibatkan pergerakan.
Menurut Semrau, P dan Boyer B.A, (1994), pelajar dapat mempelajari
sesuatu konsep dari video pembelajaran yang difokuskan dalam pelbagai
kesan bunyi, penceritaan dan muzik. Penggunaan video boleh
menunjukkan tiap-tiap langkah dapat diperhatikan melalui media
bergerak. Persembahan yang menarik perlu menitik beratkan susunan
teks yang jelas dan berkesan, warna grafik dan animasi yang sesuai.
Kesan bunyi mestilah berfaedah dan bermakna. Akhir sekali terdapat
maklum balas menarik dan membina minda dengan berfikiran kreatif.

2.11.6 Pemformatan Skrin


Reka bentuk skrin paparan yang sesuai dapat meningkatkan minat
pelajar. Warna latar belakang yang digunakan juga perlulah sesuai.
Menurut Semrau, P dan Boyer B.A, (1994), pelajar berfikiran kritikal

33

untuk melihat maklumat dari pelbagai format. Media yang baik


menawarkan kualiti dan ketajaman paparan visual dalam televisyen.

2.11.7 Kreativiti
Integrasi teks bermaklumat, integrasi grafik yang menarik
perhatian, integrasi animasi berilmu, integrasi audio menarik
perhatiandan integrasi video tepat dan sesuai mampu menarik minat
pelajar. Yusup dan Alwiah (1999), penggunaan video boleh
menggalakkan perkembangan kreatif dan kritikal.
2.11.8 Nilai pendidikan
Bahan pembelajaran berkesan dapat menggalakkan pemindahan
pembelajaran kerana konsep-konsep dapat difahami dengan lebih jelas
lagi. Ia dapat mengembangkan kebolehan komunikasi kerana melalui alat
bahan bantu mengajar, interaksi antara pelajar-pelajar dapat ditimbulkan.
Topic yang dipaparkan oleh media mestilah relevan dan memnuhi
sukatan. Ini membolehkan pelajar berupaya mencerna fikiran.
Perkembangan fikiran sesuai dan latihan mencabar serta kritis perlu
dititik beratkan.
Menurut Ee Ah Meng (1999), media pembelajaran yang berkesan
dapat membantu pelajar membentuk konsep yang lebih mudah dan jelas
serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna dan lebih kekal.
Media pembelajaran dapat memupuk daya cipta, pemikiran analitis,
pemikiran kritis dan dapat memupuk perkembangan nilai-nilai murni
seperti bertanggungjawab, jujur, bertolak ansur, bertimbang rasa dan
bersikap positif.

34

Selain itu, ia dapat memupuk perkembangan koordinasi mata,


otak dan kemahiran motor. Ia dapat menyediakan pengalaman sebenar
bagi pelajar seterusnya mendorong pelajar menjalankan aktiviti lanjutan
hasil dari pendedahan kepada suatu alat bantu mengajar. Misalnya
menggalakkan aktiviti susulan seperti perbincangan atau menjawab
soalan-soalan yang berdasarkan tayangan tersebut.

2.11.9 Aspek motivasi


Aktiviti pembelajaran dilakukan dengan melakukan pelbagai
aktiviti sebelum, semasa dan selepas media yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pelajar mempunyai sikap positif terhadap
pembelajaran mereka dengan penggunaan video. Sesuatu media mestilah
diselitkan dengan unsur pujian. Pujian yang diberikan juga haruslah
bersesuaian. Menurut Semrau, P dan Boyer B.A, (1994), video digemari
dan menyeronokkan bagi pelajar untuk mempelajarinya. Sesuatu media
yang berkesan memaparkan persembahan visual menarik dan diselitkan
penerapan nilai murni sesuai.

2.11.10 Menarik perhatian


Penggunaan grafik mestilah menarik dengan penggunaan warna
yang menarik serta animasi yang menarik. Seliain itu, jenis bunyi
mestilah sesuai dan menarik. Menurut Semrau, P dan Boyer B.A, (1994),
video menarik minat pelajar dari aspek saiz, jenis teks menarik yang
digunakan, warna teks sesuai, kebolehbacaan teks dan margin teks yang
sesuai.

35

2.11.11 Kognitif
Video juga boleh digunakan untuk mengajar prinsip dan
peraturan, pencapaian terutamanya dalam situasi yang memerlukan
interaksi manusia dan menyediakan tindak balas serta merta untuk
pelajar mengenai pencapaian mereka. Selain itu, video boleh digunakan
untuk mengajar mengiktiraf dan membezakan dorongan gerakan yang
berkaitan, misalnya kelajuan relatif objek yang bergerak, gerakan
penyimpangan dan interaksi antara objek dan dunia sebenar.

2.11.12 Psikomotor
Video berguna untuk menunjukkan tindak balas serta merta
terhadap pelajar mengenai kebolehan mereka. Guru atau coordinator
boleh menyelaraskan gerakan untuk mengajar pelajar tentang sesuatu
perkara dan pelajar dapat memahami apabila dapat melihat dengan jelas
setiap peringkat yang ditayangkan. Video boleh digunakan untuk
menunjukkan gerakan. Gerakan ini boleh dipercepatkan atau
diperlahankan untuk menunjukkan sesuatu perkara atau keadaan
dengan lebih jelas

36

2.12.

Aplikasi Video dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Dalam proses pembelajaran murid, sudah pasti suatu pengalaman yang
menyeronokkan akan di alami oleh murid apabila sesuatu topic pembelajaran itu
dapat difahami melalui pelbagai elemen yang terdapat dalam tayangan video.
Walaubagaimanapun, tayangan video yang digunakan sebagai media
pengajaran dalam proses pembelajaran yang melalui beberapa pemeringkatan
perancangan yang akan bertindak sebagai strategi dalam proses pembelajaran
murid.
Terdapat tiga pemeringkatan perancangan yang perlu diberikan
penekanan sebelum sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu menggunakan
video sebagai alat bahan bantu mengajar iaitu pra tontonan, semasa tontonan dan
pasca tontonan.

2.12.1.

Pra tontonan
Pada peringkat ini, murid terlebih dahulu harus mendapatkan
maklumat awal tentang isi kandungan video tersebut. Sebagai contoh,
jika video ini berkaitan dengan binatang seperti harimau, pelajar harus
mencari pelbagai jenis harimau yang terdapat di pelbagai lokasi di
seluruh dunia. Murid boleh melakukan aktiviti ini dengan cara melayari
internet, membaca akhbar, majalah atau melalui pelbagai pengalaman
sama ada melalui teks, grafik atau melalui video klip. Ini bertujuan
untuk memberi satu pengenalan serta gambaran umum terhadap isi
kandungan video yang belum ditonton itu.

37

2.12.2.

Semasa tontonan
Murid harus menonton tayangan tersebut serta mencatat perkaraperkara yang penting mengikut kehendak dan panduan yang diberikan
oleh guru masing-masing. Kebiasaannya murid akan mencatat
mengikut klasifikasi yang diberikan seperti alam dan benda, aktiviti
manusia, persekitaran, cuaca, dan sebagainya. Cara ini membolehkan
murid membuatkan perkaitan antara satu klasifikasi dengan klasifikasi
yang lain. Sebagai contoh, cuaca hujan mugkin dapat dikaitkan dengan
banjir, kejadian tanah runtuh serta juga hubung kaitnya dengan aktiviti
manusia di lokasi tersebut.

2.12.3.

Pasca tontonan
Dengan bantuan guru, catatan yang dilakukan oleh murid akan
dijadikan perbincangan. Perbincangan akan menjadi lebih menarik
apabila guru menyediakan beberapa soalan tambahan berlandaskan apa
yang ditonton tetapi dalam masa yang sama mampu memberi
penerangan dan bimbingan kepada murid terhadap topik yang dipelajari
pada ketika itu.
Dengan lain perkataan, ketiga-tiga peringkat dalam proses
pembelajaran melalui tontonan video tadi bukan sahaja memperluaskan
lagi sudut pandangan dan pengalaman mereka tetapi juga mampu
mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.

38

2.13.

Kaedah pengajaran

Menurut Meng, E.A.(2002), kaedah pengajaran adalah satu cara mendekati sesuatu
objektif dengan langkah-langkah yang tersusun dan teratur. Menurut Sang, M.S.(2001),
kaedah pengajaran ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkahlangkah penyampaian yang tersusun. Secara kesimpulannya, terdapat pelbagai kaedah
pegajaran. Kaedah pengajaran seseorang pelajar perlu dipilih berdasarkan suatu
pendekatan. Kaedah pengajaran bengkel atau makmal salah satu kaedah yang biasa
digunakan bagi mata pelajaran teknikal dan sains.

2.13.1 Kaedah bengkel


Menurut Zol Azlan (1990) dalam Zakaria, M.L. (1992), kaedah amali atau bengkel
didefinisikan sebagai setiap pelajar, atau sepasang atau sekumpulan kecil pelajar
dibekalkan dengan alatan untuk menjalankan amali atau makmal. Tujuan kaedah ini
adalah untuk membentuk sikap dan pemikiran kreatif pelajar mengalami secara terus
sesuatu kerja amali atau makmal. Dalam kaedah ini guru bertindak sebagai fasilitator.
Konsep bengkel adalah merupakan medium selain dari bilik kuliah untuk menambah
pengetahuan dan melatih pelajar dalam kemahiran.
Dalam kajian ini, kaedah bengkel digunakan sebagai salah satu syarat mata
pelajaran Teknologi Kimpalan subjek Kimpalan Arka Gas Logam bagi pelajar tahun dua
Kolej Vokasional Kerian. Kerja bengkel yang dijalankan adalah persiapan peralatan dan
sambungan asas bagi proses Kimpalan Arka Logam Gas.
Secara asasnya, tahap penguasaan kemahiran bagi pelajar Kolej Vokasional
adalah terhad kerana pelajar perlu menguasai kemahiran bagi setiap modul dalam setiap
semester. Selain itu, kekangan masa bagi setiap semester juga menyebabkan penguasaan
kemahiran pelajar berada pada tahap minimum.

39

Oleh itu, video pengajaran yang akan dihasilkan ini mengandungi pemasangan
mesin kimpalan dan prosedur kerja amali kimpalan arka gas logam.

2.14.

Rumusan

Dalam bab ini, semua perkara yang berkaitan dengan pengajaran yang berasaskan
multimedia dalam bentuk video dan kebaikannya telah diterangkan dan kajian-kajian
berkaitan pengajaran tersebut telah membuktikan bahawa terdapat banyak faedah yang
diperoleh daripada penggunaan video sebagai alat bahan bantu mengajar. Walau
bagaimanapun, media pengajaran bukanlah bahan utama untuk menentukan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Media pengajaran hanya berfungsi sebagai
pembantu dalam pencapaian pengajaran tetapi tidak dapat mempengaruhi secara
langsung pencapaian pelajar. Pembelajaran lebih dipengaruhi isi pengajaran yang diajar
oleh guru tersebut.
Oleh itu alat bahan bantu mengajar atau media pengajaran sama ada yang sedia ada atau
yang akan dihasilkan dalam bentuk video pengajaran perlulah disediakan dengan syarat
dan kaedah yang teliti mengikut panduan penyediaan alat bahan bantu mengajar
berdasarkan ciri-ciri yang telah ditetapkan.