Anda di halaman 1dari 2

Kuih donut

Dah ada versi donut standed saya kat SINI . Sajalah dalam dok
senyum-senyum
ni
saya
taiplah
resepi.
:)
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis kering (mauripan)
1
1/2
sudu
besar
shortening
2 sudu besar susu tepung
1
sudu
besar
bread
softener
1 sudu kecil donut improver
2 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam halus
1 cawan air (tambah atau kurangkan sedikit jika perlu)

Cara-cara:
Campurkan semua bahan kecuali garam dan air.
Gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit.
Bila sudah mendapat adunan yang tidak melekat pada tangan,
masukkan garam.
Uli hingga menjadi doh yang kenyal dan agak elastik.
Untuk menentukan doh yang ok, tekstur tepungnya menjadi
halus dan tidak menggerutu. Gula juga akan hancur sepenuhnya.
Tutup doh dengan plastik dan rehatkan hingga naik dua kali
ganda.
Untuk mempercepatkan proses yis bertindak balas, masukkan air
panas dalam mangkuk dan letakkan dalam rak yang paling bawah
dalam oven. Manakala doh tadi letakkan di rak yang paling atas. Ini
kerana proses pengembangan yis akan menjadi aktif dalam suhu
yang suam dan lembab. Cara lain : panaskan oven sebentar hingga
mencapai suhu 37-38 darjah C (suam) Tutup api oven dan rehatkan
doh di dalam oven tersebut.
Bila doh sudah mengembang, tumbukkan udara yang
terkandung di dalamnya dan bentukkan mengikut paten kesukaan.
Rehatkan lagi hingga naik sekali ganda.
Goreng dengan api yang sederhana hingga garing di luar dan
gebu di dalam.

Salut dengan gula atau sebarang topping kesukaan.


Saya sapukan dengan sedikit ganache coklat dan tabur dengan
rice bubble berwarna dark pink.
* Jika menggunakan Bread Maker/Mixer- ikut kaedah pada
BM/mixer masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai