Anda di halaman 1dari 9

Majlis khatam Al-Quran & Penutupan Program Ihya Ramadhan,

1435H/2014M
SK Taman Prima Selayang
MC

Ucapan
Yang berbahagia
Ustaz Sufian bin Jasimani
Penolong Pengarah Pengurusan,
Institut Pendidikan Agama,
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Sabah
Yang dihormati
Tn Hj Ahmad Syah Bin Hj Hassan,
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa & Guru,
SMK Agama Tun Sakaran
Yang Berusaha
Puan Hajah Hasnah bte Hj Tahir,
Pengetua SMK Agama Tun Sakaran, Semporna
yang turut berusaha
Ustaz Eshak Bin Hj Ibrahim,
Penolong Kanan pentadbiran
SMKA Tun Sakaran,
Ustaz Muhaimin bin Mobin,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Ustaz Norsyam bin Abdul Rahman,
Penolong Kanan Ko-kurikulum,
Guru-guru ketua bidang,

Catatan

Rakan-rakan guru,
dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Tema diberi Barakahnya Ramadhan ,


Bulan dituntut untuk berpuasa,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara

Assalamualaikum.
dan salam sejahtera
Kita mulakan majlis kita ada hari ini dengan Ummul KitabAl-Fatihah
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan ke hadrat
Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa, kerana dalam kita
meniti Ramadhonul Kareem yang penuh keberkatan ini,
dapat kita dipertemukan dalam Program Perdana Ihya
Ramadhan dan Ifthor Jamaie, SMK Agama Tun
Sakaran, Semporna tahun 2011 Masihi bersamaan
1432 hijrah.
Ramadhan merupakan bulan yang dikurniakan ribuan kali
ganda pahala ibadah yang tidak terdapat pada bulan-bulan
yang lain. Bulan ini juga bulan doa hambanya diterima,
bulan diterima keampunan dan taubat, bulan penuh
keredhaan Allah.
Allah telah berfirman.
Ya aiyuhallazi naamanu kutibaalaikumussiam
Kama kutiba alallazi naminkoblikum laallakum tattakun
(surah al-baqarah ayat 183)

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu


berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang
sebelum kamu agar kamu bertakwa,

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian


Rasulullah s.a.w bersabda yang maknanya: Diam orang
yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan
ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan
Hadist riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn
Umar dan al-Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa
Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis
dengan segala hormatnya, menjemput
_____________________________________
untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan ini mempersilakan

Terima kasih diucapkan kepada


____________________________________
di atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Semua
amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali
ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda,
Allah Azza Wajalla berkata: Melainkan puasa, kerana ia
untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka
meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi
orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan;
kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa
menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang

berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah


daripada bau kasturi. Riwayat Bukhari & Muslim
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian
Majlis diteruskan lagi dengan mempersila Yang Berusaha,
Pn Hjh Hasnah bte Hj Tahir, Pengetua SMK Agama
Tun Sakaran untuk menyampaikan ucapannya.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih majlis ucapkan kepada Yang Berusaha Pn


Hjh Hasnah Bte Hj Tahir, Pengetua SMK Agama Tun
Sakaran atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


jkghkghjk
Majlis diteruskan lagi dengan mempersila Yang Berusaha,
Tn Hj Ahmad Syah Bin Hj Hassan, Pengerusi PIBG
SMK Agama Tun Sakaran untuk menyampaikan
ucapannya.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Syukran Jazilan diucapkan kepada


________________________________________________________
atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


jkghkghjk
Majlis diteruskan lagi dengan mempersila Yang Dihormati,
Ustaz Sufian bin Jasimani untuk menyampaikan
ucapannya.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan


atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
Hadist riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim daripada
Sahl bin Sad. Rasulullah s.a.w bersabda yang maknanya:
Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang
dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat
dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang
berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya.
Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak
memasukinya

Majlis seterusnya menjemput Pn Hjh Hasnah bte Hj


Tahir, Pengetua SMK Agama Tun Sakaran naik ke
pentas dengan diiringi Ustaz Abdul Azid.Penolong
Kanan Kokurikulum SMK Agama Tun Sakaran untuk
menyampaikan
Agihan Sumbangan Fuqaha Wal Masakin kepada

murid-murid.

Terima kasih kepada Pn Hjh Hasnah bte Hj Tahir dan


Ustaz Azid, atas penyampaian sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput Tn Hj Ahmad Syah Bin Hj


Hassan, Pengerusi PIBG SMK Agama Tun Sakaran
naik ke pentas dengan diiringi Ustaz Muhaimin bin
Mobin.Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK
Agama Tun Sakaran untuk menyampaikan
Agihan Sumbangan Fuqaha Wal Masakin kepada
murid-murid.

Terima kasih kepada Tn Hj Ahmad Syah Bin Hj Hassan


dan Ustaz Muhaimin bin Mobin, atas penyampaian
sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput Ustaz Sufian bin Jasimani


naik ke pentas dengan diiringi Pn Hj Hasnah bte Hj
Tahir.Pengetua SMK Agama Tun Sakaran untuk
menyampaikan
Agihan Sumbangan Fuqaha Wal Masakin kepada
murid-murid.

Terima kasih kepada yang berbahagia


Ustaz Sufian bin Jasimani dan Pn Hj Hasnah bte Hj
Tahir,
atas penyampaian sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cendera
kenangan kepada tetamu jemputan. Majlis menjemput Pn
Hjh Hasnah bte Hj Tahir naik ke pentas untuk menyerahkan
cendera kenangan
Dijemput
Yang berbahagia Ustaz Sufian bin Jasimani
Naik ke pentas untuk menerima cendera kenangan
sebagai tanda ingatan daripada pihak sekolah.
Terima kasih kepada Pn Hjh Hasnah bte Hj Tahir, atas
penyampaian sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian

Lagu: 10

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada

minit

kumpulan Zabarjad
Yang akan didendangkan oleh pelajar-pelajar SMKA Tun
Sakaran
Dipersilakan

Hadist riwayat Ibn Majah dan al-Hakim, daripada Ibn Umar,


Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa
ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak
ditolak.
Dengan ini dijemput
Untuk memimpin bacaan doa berbuka puasa

Dijemput kepada hadirin menjamu selera

Alhamdulillah.. Dengan berakhirnya persembahan


sebentar tadi maka Program Perdana Ihya Ramadhan,
SMK Agama Tun Sakaran, Semporna tahun 2011
Masihi bersamaan 1432 hijrah pada kali ini sampai ke
penghujungnya.
Saya mewakili Majlis pada hari ini, ingin mengucapkan
ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini
samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua
akan beroleh keberkatan daripada-Nya.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan
andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis
ini.

Bulan Ramadan bakal menjelang,


Berpuasa sebulan di siang hari,
Diberi Allah umur panjang,
Kalau sudi datang lagi.

hadirin diminta berdiri untuk mengalunkan bacaan Asma


ul Husna.

Akhir kalam, Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada


hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al`Asr.
Sekian.

WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM


W.RT.