Anda di halaman 1dari 8

PIDATO RAYA

Assalamualaikum pembuka bicara,


Kepada hakim yang arif bijaksana,
Tak lupa juga penonton dan pengacara,
Di majlis ini kita bersua.
Yang dihormati barisan guru-guru, barisan panel hakim yang adil dan
saksama, penjaga masa yang setia, dan rakan-rakan yang dirahmati Allah
s.w.t.
Assalamualaikum dan salam intelektual, berdirinya saya pada pagi yang
indah ini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk
SAMBUTAN AIDILFITRI SAYA
Sidang hadirin yang dimuliakan,
Hari Raya merupakan perayaan penganut agama Islam. Sambutan Hari
Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa pada bulan Ramadhan.
Sepanjang bulan Ramadhan kita berpuasa pada siang hari dan
mengerjakan solat terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib
dikeluarkan sebelum 1 Syawal. Hari Raya disambut dengan penuh
kesyukuran. Kita saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk
mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi
mempersilakan tetamu yang datang.
Para hadirin yang saya hormati,
Saya ingin bertanya. Siapakah golongan yang paling gembira sekali
dengan kedatangan Syawal? Haaa mestilah kita, golongan kanak-kanak.
Baju baharu, kasut baharu, makanan yang sedap-sedap belaka, bermain
bunga api bersama saudara-mara dan rakan, dan aktiviti yang paling tidak
sabar ditunggu ialah sesi mengutip duit raya.
Kesemua perkara tersebut adalah normal kerana setiap generasi sebelum
kita sudah pun melalui zaman kanak-kanak yang penuh kegembiraan,
malah mungkin ada yang berkata zaman dahulu mereka memusing satu
kampung hingga ke kampung lain semata-mata mahu mengutip duit raya.
Namun dikala girang dan asyik menyambut musim lebaran yang penuh
rezeki ini, terdapat beberapa perkara yang kita harus sentiasa ingat.
Berikut adalah beberapa pendekatan terbaik bagi kita meraikan Hari
Raya:
1. Sentiasa mengucapkan terima kasih selepas menerima
pemberian tuan
rumah/saudara-mara.
Perkara ini mungkin dilihat remeh, namun inilah sifat yang perlu sentiasa
kita amalkan. Ini adalah sebagai tanda menghargai pemberian tuan

rumah. Jangan lupa berikan senyuman kerana itulah tanda ikhlas kita
ber'manis mulut' menyebutnya.

2. Sentiasa bersyukur dengan apa yang diterima.


Hal ini juga merupakan suatu perkara yang penting kerana ketika inilah
masa yang terbaik untuk kita menghayati erti bersyukur biar sebesar atau
sekecil mana pun duit raya yang kita dapat. Jangan menarik muka atau
bersungut apabila menerima sedikit sahaja duit raya, ingatlah semua itu
rezeki yang datang dari Allah s.w.t, dan kita haruslah redha dan bersyukur.
3. Terus menyimpan sebaik sahaja menerima duit raya.
Aktiviti meronda sambal mengumpul duit raya memang
menguntungkan. Tapi ingat! Jangan membelanjakan duit itu sesuka hati.
Menyimpanlah untuk masa hadapan.
4. Ingat tujuan asal bertandang ialah ziarah-menziarahi.
Satu amalan yang baik yang kerap dilakukan pada bulan yang mulia ini
ialah saling ziarah-menziarahi. Selain dapat merapatkan tali
persaudaraan, berziarah juga membawa rahmat kepada tuan rumah dan
membawa keluar dosa ahli rumah. Malah, daripada Abu Hurairah r.a,
bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Sesiapa yang menziarahi orang sakit, ataupun menziarahi saudaranya
kerana Allah S.W.T. maka berserulah penyeru di langit, engkau telah
melakukan kebaikan dan baik sungguh perjalananmu itu dan engkau telah
menduduki tempat di dalam syurga. (riwayat Imam Tarmizi)
Maka, ingatkanlah kawan-kawan untuk meletakkan niat berziarah adalah
untuk mendapatkan pahala berbanding duit raya. Berziarah juga perlu
mengikut adab, seperti berziarah pada masa yang sesuai dan tidak
menganggu tuan rumah, tidak berbual terlalu lama, serta tidak merungut
jika terdapat kekurangan yang tidak mampu disediakan tuan rumah.
5. Bersederhana dalam merayakan Hari Raya dengan bersyukur.
Paling penting sekali, pada saat-saat kebahagiaan hari raya, sebenarnya
ada insan di luar sana yang menyambut lebaran dalam keadaan daif,
sedih atau sengsara. Bagi anak-anak yatim, mereka menyambut tanpa ibu
bapa atau keluarga. Begitu juga yang miskin, tiada baju baharu atau
makanan yang lazat. Jika di Palestin, Mesir, Syria dan sebahagian tempat
lain, hari raya disambut dalam keadaan yang tidak menentu dan penuh
ketakutan.
Para hadirin yang dirahmati Allah s.w.t.

Kita perlulah sentiasa bersyukur kerana masih berada dalam keamanan


dan kesejahteraan, dan bersederhanalah, yakni tidak terlalu alpa
menyambut hari raya. Di samping itu, jangan lupa kirimkan doa buat
mereka yang tidak bernasib baik pada bulan yang mulia ini.
Akhir kata sebelum saya mengundur diri, izinkan saya sudahi pidato saya
ini dengan serangkap pantun buat semua
Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tiada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada terguris jiwa.
Wabillah hi taufiq walhidayah Wassalamualaikum warahmatullah
hiwabarokatuh.

HARI RAYA DAN CARA MERAIKANNYA BUAT KANAK-KANAK

Hari kebesaran umat Islam , yakni Hari Raya Aidilfitri kini telah mula dirasai bahangnya. Siapakah golongan
yang paling gembira sekali dengan kedatangan Syawal? Semestinya kanak-kanak. Baju baharu, kasut baharu,
makanan yang sedap-sedap belaka, bermain bunga api bersama saudara-mara dan rakan, dan aktiviti yang
paling tidak sabar ditunggu oleh kanak-kanak bahkan remaja ialah sesi mengutip duit raya.
Kesemua perkara tersebut adalah normal kerana setiap generasi di atas mereka sudahpun melalui zaman
kanak-kanak yang penuh kegembiraan, malah mungkin ada yang berkata zaman dahulu mereka memusing satu
kampung hingga ke kampung lain untuk semata-mata mahu mengutip duit raya.
Namun di kala girang dan asyik menyambut musim lebaran yang penuh rezeki buat si anak-anak, terdapat
beberapa perkara yang mereka harus sentiasa ingat dan perlu dipantau oleh ibu bapa. Berikut adalah
beberapa pendekatan terbaik bagi kanak-kanak meraikan Hari Raya nanti:

1. Sentiasa mengucapkan terima kasih


selepas menerima pemberian tuan
rumah/saudara-mara.
Perkara ini mungkin dilihat remeh, namun inilah sifat yang perlu sentiasa diingatkan kepada anak-anak
supaya sentiasa berterima kasih tanda menghargai pemberian tuan rumah. Jangan lupa berikan senyuman
kerana itulah tanda ikhlas kita ber'manis mulut' menyebutnya.

2. Sentiasa bersyukur dengan apa


yang diterima.
Hal ini juga merupakan suatu perkara yang penting untuk dipantau, kerana ketika inilah masa yang terbaik
untuk ibu bapa mendidik anak-anak erti bersyukur biar sebesar atau sekecil manapun duit raya diperolehi.
Jangan biarkan mereka menarik muka atau bersungut apabila menerima sedikit sahaja duit raya, ingatkan
mereka semua itu rezeki yang datang dari Allah s.w.t, dan kita haruslah redha dan bersyukur.

3. Terus menyimpan sebaik sahaja


menerima duit raya.
Ada ibu bapa yang mungkin sebaik sahaja anak-anak pulang ke rumah dari aktiviti 'meronda' atau sejurus
menerima duit raya, meminta si anak menyerahkan duit terkumpul untuk disimpan. Ianya satu cara yang
betul untuk mengelakkan anak membelanjakan wang tersebut sesuka hati, apatah lagi ketika inilah mereka
berasa teruja dengan poket yang 'berisi'. Selain daripada itu, boleh juga membiarkan anak menyimpan wang
buat sementara waktu namun ajarlah mereka untuk mencatat wang terkumpul, dan tetapkan masa untuk
membawa mereka menyimpan di bank, atau terus ke dalam tabung.
Satu cara lain ialah menetapkan peratus untuk disimpan terlebih dahulu, dan selebihnya barulah untuk
dibelanjakan. Ianya satu cara yang baik untuk mengajar mereka mengurus kewangan secara berhemah.
(Ada juga yang memperuntukkan peratus untuk wang derma, juga cara terbaik mendidik anak dari sudut
kedermawanan)

4. Ingatkan anak-anak tujuan asal


bertandang ialah ziarah-menziarahi.
Satu amalan yang baik yang kerap dilakukan di bulan yang mulia ini ialah saling ziarah-menziarahi. Selain
dapat merapatkan tali persaudaraan, berziarah juga membawa rahmat kepada tuan rumah dan membawa
keluar dosa ahli rumah. Malah, daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Sesiapa yang menziarahi orang sakit, ataupun menziarahi saudaranya kerana Allah S.W.T. maka berserulah
penyeru di langit, engkau telah melakukan kebaikan dan baik sungguh perjalananmu itu dan engkau telah
menduduki tempat di dalam syurga. (riwayat Imam Tarmizi)
Maka, ingatkanlah anak-anak untuk meletakkan niat berziarah di tempat yang utama untuk beroleh pahala
berbanding duit raya sebagai satu perkara sampingan. Berziarah juga perlu mengikut adab, seperti
berziarah di masa yang sesuai dan tidak menganggu tuan rumah, tidak berbual terlalu lama, serta tidak

merungut jika terdapat kekurangan yang tidak mampu disediakan tuan rumah. Ia sebenarnya bukan sahaja
peringatan untuk anak-anak, namun untuk kita bersama.

5. Bersederhana dalam merayakan


Hari Raya dengan bersyukur
berbanding mereka yang tidak
bernasib baik.
Paling penting sekali, di saat-saat kebahagiaan hari raya,sebenarnya ada insan di luar sana yang menyambut
lebaran dalam keadaan daif, sedih atau huru-hara. Bagi anak-anak yatim, mereka menyambut tanpa ibu bapa
atau keluarga. Begitu juga yang miskin, tiada baju baharu atau makanan yang lazat. Jika di Palestin, Mesir,
Syria dan sebahagian tempat lain, hari raya disambut dalam keadaan yang tidak menentu dan penuh
ketakutan.
Oleh itu, ingatkan anak-anak dan diri supaya sentiasa bersyukur kerana masih berada dalam keamanan dan
kesejahteraan, dan besederhana yakni tidak telalu alpa menyambut hari raya. Di samping itu, jangan lupa
kirimkan doa buat mereka yang tidak bernasib baik di bulan yang mulia ini.

Ada mata pandanglah keindahan,


Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan.
Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.
Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tiada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada terguris jiwa.
Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
Anak harimau berlari-lari,
Sambil berlari memakan roti,
SMS dikirim pengganti diri,

Memohon maaf seikhlas hati.

Koleksi ucapan selamat hari raya terbaik 2014


Sungguh cantik si rama-rama,
Hinggap seekor di depan mata,
Kini syawal telah menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf kupinta.
Tok Dalang pergi ke dusun,
Gadis India memakai sari,
Seikhlas hati jari disusun,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah di AIDIL Fitri,
Hantar kad raya posmen dah cuti,
SMS sahaja penggganti diri.
Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Pergi ke kedai bersama rakan,
Negara jepun dilanda taufan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.

Koleksi ucapan selamat hari raya terbaik 2014


Biar amarah disunting senyum,
Ibarat pekerti disulam kasih,
Diharap dihalal makan dan minum,
Ibarat rezeki tidak disisih
ANaK CiNa SungGuH LaW
JD PelKS diBWH PHN,
Nd KTK MNSK JW
JR dSSN MaF KPHN.
Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.
Sungguh rendang pohon rumbia,
Tempat persinggahan si anak kera,
Ketupat rendang sudah tersedia,

Jemputlah semua menjamu selera.


Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.

Koleksi ucapan selamat hari raya terbaik 2014


Adik tersayang segak bergaya,
Memanjat kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.
Menyeberang laut melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.
Gua Niah pintunya lebar,
Dayak dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak tersabar,
Kuih tersusun di atas meja.
Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!)
Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai.