Anda di halaman 1dari 2

Nama

: Nurul Hanani Binti Ahmad Fuad

Nombor giliran

: 2014121050033

Nombor kad pengenalan :901023-01-5634

Implikasi Motivasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Di Bilik Darjah


Kejayaan atau kegagalan objektif dan hasil-hasil pembelajaran adalah bergantung
sejauh mana murid-murid mempunyai motivasi untuk bertindak. Sekiranya guru dapat
mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif, murid akan berasa diri dihargai secara
tidak langsung mereka mempunyai motivasi yang secukupnya untuk mencapai prestasi
yang tinggi dalam aktiviti kokurikulum dan kurikulum.
Melalui program modifikasi tingkah laku, motivasi intrinsik murid-murid juga dapat
dipertingkatkan di mana mereka tidak mengharapkan lagi ganjaran kebendaan untuk
menunjukkan tangkah laku yang positif. Oleh itu, dengan mengawal bilik darjah termasuk
mengurus tingkah laku bermasalah akan menjamin keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Jika ia tidak diambil dengan serius walaupun persediaan dibuat dengan baik
objektif pengajaran dan pembelajaran tidak akan tercapai. Guru harus bertanggungjawab
mengenalpasti tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh murid semasa pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Dengan ini sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan
lebih lancar dan apa yang ingin disampaikan pada hari tersebut mencapai objektifnya.
Pengawalan

bilik

darjah

adalah

penting

semasa

proses

pengajaran

dan

pembelajaran dijalankan. Oleh itu, guru harus mempunyai ilmu dalam pengurusan tingkah
laku bermasalah bagi murid-murid sekolah rendah supaya tidak menimbulkan sebarang
masalah semasa guru mengajar. Menggunakan pelbagai teknik yang telah disebut, guru
boleh memilih jenis teknik yang ingin digunakan sama ada peneguhan, dendaan, reverse
psychology, shaping, kawalan kendiri, pengurusan kendiri dan sebagainya bersesuaian
dengan masalah murid tersebut. Dengan ini pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.
Motivasi juga dapat menghasilkan perubahan sikap daripada sikap negatif kepada
sikap yang positif. Murid-murid yang mempamerkan sikap yang tidak diingini dapat
menunjukkan perubahan sikap mereka sekiranya mereka diberikan dorongan melalui teknikteknik peneguhan positif oleh guru mereka. Peneguhan-peneguhan positif seperti kata-kata
perangsang, pujian, nasihat serta penggunaan kata-kata motivasi peribadi yang positif dapat
membantu murid-murid yang nakal untuk membuang sikap negatif mereka ke arah usaha
mencapai kejayaan.

Perasaan ingin tahu juga boleh ditimbulkan melalui motivasi. Contohnya, apabila
guru-guru menggunakan peristiwa-peristiwa, bahan nyata ataupun persembahan slaid
sewaktu mengajar, akan menimbulkan perasaan ingin tahu murid-murid untuk belajar
dengan lebih lanjut bagi mengikuti pengajaran guru dengan lebih teliti. Di samping itu, guru
juga boleh menggunakan kemahiran penyoalan yang tinggi, perasaan ingin tahu muridmurid akan tercetus dengan sendirinya.
Selain itu, guru-guru dapat memotivasikan murid-murid yang berputus asa agar lebih
berusaha untuk mencapai kejayaan akademik. Tahap motivasi akan menurun apabila
mereka gagal mencapai kejayaan. Para guru perlu memberikan motivasi kepada para murid
bahawa kegagalan mereka merupakan satu cabaran untuk mencapai kejayaan yang lebih
baik. Guru-guru juga boleh menggunakan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik untuk
menggalakkan murid mencuba lagi dan tidak mudah mengaku kalah. Oleh itu,, para guru
perlu mempunyai kesabaran dan ketabahan dalam memotivasikan murid serta melihat
kegagalan akademik sebagai satu peluang untuk memperbaiki diri dengan mengikis semua
kelemahan yang ada dalam diri mereka
Program modifikasi tingkah laku juga boleh menambah minat pelajar tersebut
terhadap subjek yang dipelajari. Contohnya, penglibatan murid dalam aktiviti-aktiviti kecil
seperti mengumpulkan bahan-bahan keratan-keratan akhbar atau membawa barang dari
rumah, secara tidak langsung dapat memupuk rasa tanggungjawab serta minat dalam
kalangan mereka. Sebelum memulakan sesi pelajaran, guru-guru boleh menimbulkan rasa
minat dalam kalangan murid-murid mengenai topik yang ingin dipelajari. Contohnya, guru
boleh menggunakan set induksi yang menarik seperti membawa arnab ke dalam bilik darjah
semasa mengajar mata pelajaran Sains.
Justeru itu, program modifikasi tingkah laku dapat menolong menukar persekitaran
sekolah, dengan menggantikan tingkah laku negatif kepada positif. Pada masa yang sama,
ia juga menolong meningkatkan kepuasan intrinsik murid-murid serta menolong guru-guru
mencapai tingkah laku yang dikehendaki daripada murid-murid mereka dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.