Anda di halaman 1dari 2

Definisi Dari Segi Takrifan

Menurut Haji Wan Azmi Ramli di dalam bukunya Pengurusan Terkini Pentadbiran
adalah satu cara untuk menjayakan dasar-dasar kerajaan melalui penyelarasan serta
penyeliaan segala pekerjaan yang dibuat disamping tindakan yang diambil.
Haji Wan Azmi Ramli turut menyatakan bahawa pentadbiran ialah sesuatu yang
ditadbirkan dan ini merangkumi bidang batasan yang amat luas seperti menelah
(meramal), merancang, mengelola, mengawal, menasihat, menyelaras, menyelia,
melatih dan kadangkala ,meniru dan menurut. Segala ini diuruskan, secara sedar atau
tidak sedar mengikut dasar tertentu agar matlamatnya tercapai dan kerja berjalan
lancar yang boleh dimanfaat oleh semua.
Para sarjana Barat mempunyai takrifan yang tersendiri mengenai definisi pentadbiran
dari sudut takrifan. Sebagai contohnya Mayo (1954) mendefinisikan pentadbiran
adalah satu fungsi untuk menetapkan, menentukan, dan memperjelaskan sesuatu,
menggubal dasar dan peraturan serta memberikan kepercayaan kepada kakitangan
untuk menyelesaikan penugasan terutama penugasan yang berprestij tinggi..Selain
daripada penekanan turut diberikan agar pentadbir diberikan autonomi untuk membuat
sebarang pilihan, penyediaan dan pengelolaan ke atas segala kemudahan yang
bersesuaian.
Bagi Newman (1963) pula, beliau mentakrifkan pentadbiran sebagai satu garis panduan
yang berpandukan gaya kepimpinan yang mampu menyelia dan mengawal segala
usaha yang dijalankan bersama oleh individu di dalam sesebuah organisasi yang
mempunyai matlamat yang sama. Menurut pendapatnya lagi kerja-kerja pentadbiran
mempunyai perkara-perkara asas seperti perancangan, pengelolaan, mengatur,
mengumpul, membuat penyeliaan dan membuat pengawalan.
Definisi Dari Segi Konsep
Woodrow Wilson melalui bukunya The Study Of Administration menyatakan konsep
dan pemahaman tentang pentadbiran dapat dipelajari dengan lebih mudah sekiranya
seseorang itu mempelajari dan memahami sepenuhnya konsep sains politik.
Menurutnya terdapat dua persoalan yang utama apabila memperkatakan tentang
konsep pentadbiran iaitu :1.
Siapakah yang paling sesuai menggubal undang-undang dan apakah rasional
disebalik penggubalan undang-undang tersebut?
1.
Bagaimanakah kaedah yang terbaik untuk melaksanakan undang-undang yang
digubal dengan jelas, nyata dan tanpa meninggalkan apa-apa fakta penting yang
berkaitan?

Charles A. Beard berpandangan bahawa pentadbiran adalah satu dari cabang ilmu
sains. Melalui kajian beliau yang dijalankan melalui The Bureau Of Municipal
Research, beliau dikatakan dapat mengggariskan perbezaan yang nyata konsep
pentadbiran dalam sektor kerajaan dan sektor swasta. Beliau juga berpendapat bahawa
terdapat elemen hubungan manusia dalam pentadbiran.
Sumber : Konsep Asas Pentadbiran Awam
K. Ramanathan