Anda di halaman 1dari 6

1.

KEHADIRAN PARA JEMPUTAN KHAS


Majlis mengalu-alukan ketibaan Yang Berusaha En. Tan Kim Hong AMP, PPT, Pengerusi Lembaga
Pengelola SMJK Yuk Kwan.
>>> Para jemputan telah mengambil tempat <<< ( kata-kata aluan)
Selamat sejahtera diucapkan kepada Yang Berusaha En. Tan Kim Hong ,AMP, PPT, Pengerusi Lembaga
Pengelola SMJK Yuk Kwan dan En. Cheng Heng Chung , Pengerusi PIBG SMJK Yuk Kwan bersama
isteri, Inspektor Nurul Aiza binti Abu Bakar Pegawai Perhubungan Sekolah Ibu Pejabat Polis Daerah.
Yang Berusaha En. Gan Seik Chuan, Pengetua SMJK Yuk Kwan, para wartawan, rakan-rakan guru, ibu
bapa, para pelajar serta para hadirin yang dihormati sekalian.
Selamat Datang ke Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan ke 33 ,SMJK Yuk Kwan sesi 2013
2. UCAPAN LINTAS HORMAT
Pada kejohanan ini, kita akan menyaksikan pasukan unit beruniform dan rumah-rumah sukan yang
mengambil bahagian mempertaruhkan kreativiti masing-masing dalam Pertandingan Kawad Kaki.
Pada pagi ini, majlis dimulakan dengan perbarisan lintas hormat daripada kontijen-kontijen pelbagai unit
beruniform dan rumah-rumah sukan. Perbarisan lintas hormat ini diketuai oleh pasukan Pancaragam
Sekolah.
>>> Lintas hormat bermula <<<
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Pengetua SMJK Yuk Kwan, En Gan Seik Chuan
untuk mengiringi Yang Berusaha En. Tan Kim Hong AMP, PPT Pengerusi Lembaga Pengelola SMK Yuk
Kwan ke podium bagi menerima tabik hormat daripada kontijen-kontijen perbarisan. Dipersilakan..
>>> Lintas hormat bermula <<<
3. Untuk makluman para hadirin yang dihormati sekalian, perbarisan lintas hormat pada pagi ini adalah di
bawah kelolaan En. Maizatul Azmi.
Untuk pengetahuan para hadirin yang dihormati sekalian , keseluruhan kontijen pada hari ini adalah di
bawah arahan perintah saudara Chong Han Seng dari pasukan unit beruniform St John Ambulan.
>>> Kontijen-kontijen berada dekat khemah jemputan <<<
4. Mendahului perarakan ialah Pasukan Pancaragam sekolah. Pasukan ini diketuai oleh Drum Major
saudara Tang Shii Kai beserta En. Chong Kim Foo selaku ketua guru penasihat.
Kontijen berikutnya ialah Pasukan Pengakap yang diketuai oleh saudara Kean Wai Kee dan pembawa
bendera Leong Jing Bang. Ketua Guru Pengakap ialah En Che Mohd Zawawi.
Menyusul di belakang adalah pasukan Pasukan Kadet Remaja Sekolah yang diketuai oleh saudari Low
Choon Sheng dan pembawa bendera Chong Xhen Khor . Pasukan ini adalah di bawah pengawasan En
Maizatul Azmi selaku ketua guru penasihat.
Kontijen unit beruniform yang terakhir ialah St John Ambulan yang diketuai oleh saudari Lau See Min
dan pembawa bendera . Pasukan ini di bawah pimpinan Pn. Sasikala selaku ketua Guru Penasihat.

>>> Giliran rumah-rumah <<<


Sekarang kita menyaksikan pula Lintas Hormat Antara Rumah-rumah Sukan tahun 2013.
Kontijen pertama terdiri daripada Pasukan rumah Biru yang diketuai oleh saudara Diventhiren.
Ketua Penasihat rumah ialah Cik Yee liu Qing.
Tampil merah garang ialah daripada Pasukan rumah Merah yang diketuai oleh saudara Wong
Boon Xuan. Ketua Penasihat rumah merah ialah Puan Athirah.
Tampil bergaya seterusnya kontijen daripada rumah Hijau yang diketuai oleh saudara Ng Wei Jie.
Ketua Penasihat rumah ialah Pn Shashikala.
Menyusul serba kuning, Kontijen yang mengakhiri perbarisan pada pagi ini ialah pasukan rumah
Kuning yang diketuai oleh saudara Chong Woon Keat. Ketua Penasihat rumah ialah Pn Nor Faizah.
>>> Kontijen masuk di tengah Padang <<<
>>> Koman Ketua <<<
5. Majlis berbesar hati merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Tan Kim Hong
, AMP, PPT, Pengerusi Lembaga Pengelola SMJK Yuk Kwan kerana sudi menerima tabik hormat
daripada kontijen-kontijen yang mengambil bahagian.
Seterusnya Majlis mempersilakan Tuan Pengetua En Gan Seik Chuan untuk mengiringi Yang Berusaha
En. Tan Kim Hong, AMP, PPT ke khemah tetamu khas.
6. NYANYIAN LAGU NEGARAKU (BERSAMA PANCARAGAM SEK.)
Untuk memulakan Kejohanan pada kali ini, kita akan bersama-sama menyanyikan Lagu Negaraku dengan
diiringi oleh pasukan pancaragam sekolah. Sebagai menghormati nyanyian lagu Kebangsaan , dengan
segala hormatnya para hadirin diminta berdiri.
>>> Nyanyian Lagu Negaraku <<<
Para hadirin dipersilakan duduk.
>>> Koman Ketua <<<
7. UCAPAN PENGETUA
Seterusnya ialah ucapan alu-aluan daripada Tuan Pengetua SMJK Yuk Kwan En Gan Seik Chuan . Majlis
dengan sukacitanya mempersilakan.
>>> Ucapan <<<
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada En. Gan Seik Chuan atas ucapan beliau sebentar
tadi.
8. UCAPAN PERASMIAN
Sebagai pelengkap bagi majlis kita yang meriah pada pagi ini, majlis dengan berbesar hati mempersilakan
Yang Berusaha En. Tan Kim Hong AMP, PPT Pengerusi Lembaga Pengelola SMJK Yuk Kwan untuk
menyampaikan ucapan serta merasmikan Kejohanan Sukan Olahraga SMJK Yuk Kwan kali ke 33 bagi
tahun 2013. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
2

>>> Ucapan <<<


Demikianlah tadi ucapan perasmian yang disampaikan oleh Yang Berusaha En. Tan Kim Hong AMP, PPT.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.
9. BACAAN IKRAR
Majlis diteruskan dengan bacaan Ikrar Kejohanan yang akan diketuai oleh saudari Bonnie Wong.
>>> Bacaan Ikrar <<<
Demikian tadi tamatnya bacaan Ikrar Kejohanan oleh semua anggota kontijen. Majlis merakamkan
ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Tan Kim Hong AMP, PPT dan pembaca ikrar saudari
Bonnie Wong.
10. PERARAKKAN BENDERA KEJOHANAN
Seterusnya bendera Kejohanan akan diarak masuk oleh empat anggota Pengakap iaitu saudara Kean Wai
Kee, Lee Zhi Jian , Choo Fang Hao, dan Wong Hao Feng untuk mengibarkan bendera bagi menandakan
bermulanya kejohanan kita pada pagi ini.
>>> Bendera dinaikkan dan dikibarkan <<<
Dengan berkibarnya bendera kejohanan, maka lengkaplah sudah upacara perasmian Kejohanan Sukan
Olahraga SMJK Yuk Kwan ke-33 bagi tahun 2013.
Majlis sekali lagi dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Pengetua En. Gan Seik Chuan untuk
mengiringi Yang Berbahagia En. Tan Kim Hong AMP, PPT ke khemah tetamu khas.
11. KONTIJEN KELUAR PADANG
Sekarang kontijen-kontijen akan bergerak keluar padang.
>>> Para kontijen keluar padang <<<
12. PERSEMBAHAN PANCARAGAM SEKOLAH
Hadirin sekalian,
Sekarang kita akan menikmati persembahan dari Pasukan Pancaragam Sekolah dengan mendendangkan
sebuah lagu iaitu Twist and Shout.
>>> Para kontijen keluar padang <<<
Demikianlah tadi persembahan daripada Pasukan Pancaragam Sekolah.

13. PEGAWAI BERTUGAS


3

Sekarang majlis mempersilakan pegawai-pegawai bertugas dan para peserta bersedia kerana acara akan
bermula sebentar lagi.
14. ACARA BERMULA 100 m
Semua pegawai diminta berada di tempat bertugas masing-masing kerana acara olahraga akan dimulakan
sebentar lagi. Para peserta juga diminta bersedia.
Kejohanan olahraga akan dimulakan dengan acara 100m
Peserta bagi acara ini ialah:
1...- rumah Merah.
2..- rumah Biru
3. ... - rumah Hijau
4.- rumah Kuning
PENYAMPAIAN HADIAH
Para hadiri sekalian.
Sekarang acara penyampaian hadiah akan berlangsung. Majlis mempersilakan Pengetua SMJK Yuk
Kwan untuk mengiringi Yang Berusaha En. Tan Kim Hong AMP, PPT bagi menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.
>>> Baca senarai pemenang<<< (acara 100m)
Ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha En. Tan Kim Hong AMP, PPT kerana sudi
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
ACARA 200m
Seterusnya ialah acara 200m.
Peserta bagi acara ini ialah:
1...- rumah Merah.
2..- rumah Biru
3. ... - rumah Hijau
4.- rumah Kuning
PENYAMPAIAN HADIAH
Majlis menjemput dan mempersilakan Tn. Pengetua En. Gan Seik Chuan untuk mengiringi Yang
Berbahagia En Cheng Heng Chung menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
>>> Baca senarai pemenang<<< (acara 200m)
Ribuan terima kasih di atas kesudian En Cheng Heng Chung menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.
ACARA 4 x 100 m
Berikutnya ialah acara 4x100m antara sekolah dan antara rumah.
Peserta bagi acara ini ialah:
1...- rumah Merah.
4

2..- rumah Biru


3. ... - rumah Hijau
4.- rumah Kuning
ACARA TARIK TALI AKHIR
(lelaki A antara rumah Merah dan Kuning)
PENYAMPAIAN HADIAH
Majlis menjemput dan mempersilakan Tn. Pengetua En. Gan Seik Chuan untuk mengiringi Yang
Berbahagia En Yang Berusaha En. Tan Kim Hong AMP, PPT bagi menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.
>>> Baca senarai pemenang<<<( acara 4 x 100 & acara Tarik Tali)
Ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha En. Tan Kim Hong AMP, PPT kerana menyampaikan
hadiah kepada para pemenang.
15. HADIAH PERBARISAN
Majlis menjemput dan mempersilakan En Chee Hon Yaue, Penolong kanan HEM SMJK YUK Kwan
untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Beri hadiah khas perbarisan kepada pasukan pancaragam sekolah
Diumumkan pula keputusan pertandingan perbarisan. Johan pertandingan pada tahun ini ialah
.
Ribuan terima kasih di atas kesudian En Chee Hon Yaue menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
HADIAH KESELURUHAN ANTARA RUMAH
Majlis menjemput dan mempersilakan En. Lee Sai Mun, Penolong kanan Pentadbiran SMJK YUK
Kwan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan..
Sekarang tiba masanya yang dinanti-nantikan iaitu keputusan keseluruhan.
Tempat ke-3 dimenangi oleh ...
Naib Johan dimenangi oleh ..
Johan pada tahun ini adalah .
Ribuan terima kasih di atas kesudian En. Lee Sai Mun menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
PENYAMPAIAN PIALA PUSINGAN OLAHRAGAWAN / OLAHRAGAWATI
Sebelum itu, Majlis menjemput dan mempersilakan Tuan Pengetua SMJK YUK KWAN, EN Gan Seik
Chuan untuk menyampaikan hadiah kepada olahragawan dan olahragawati tahun ini.
Sekarang diumumkan keputusan olahragawan dan olahragawati sekolah bagi sesi 2011
Olahragawan dimenangi oleh dari rumah ...
Olahragawati dimenangi oleh dari rumah ..
Ribuan terima kasih di atas kesudian EN Gan Seik Chuan menyampaikan hadiah kepada olahragawan dan
olahragawati sekolah.

ACARA GURU/PEGAWAI (4 x 25m berganti-ganti)


Kini tibalah giliran para guru dan pegawai untuk menunjukkan aksi masing-masing dalam acara 4x25m.
Diminta para guru yang mengambil bahagian untuk mengambil tempat.
PENYAMPAIAN HADIAH
Majlis menjemput dan mempersilakan Tn. Pengetua En. Gan Seik Chuan untuk mengiringi Yang
Berusaha En. Tan Kim Hong AMP, PPT menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
>>> Baca senarai pemenang<<<( Acara guru 4 x 25m berganti-ganti )
Ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha En. Tan Kim Hong AMP, PPT menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.
16. PENYAMPAIAN CENDERAHATI
Majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha En. Tan Kim Hong AMP, PPT untuk menerima cenderahati
daripada Tuan Pengetua En Gan Seik Chuan.
Sekali lagi ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Tan Kim Hong AMP, PPT dan Tn Pengetua En
Gan Seik Chuan
17. CABUTAN BERTUAH
Tibalah acara yang dinantikan oleh para pegawai dan guru-guru iaitu acara Cabutan Bertuah. Majlis
dengan berbesar hati menjemput
Yang Berusaha En. Tan Kim Hong AMP, PPT
Yang Berusaha En Cheng Heng Chung
En. Gan Seik Chuan Pengetua SMJK Yuk Kwan
En. Lee Sai Mun (PK Pentadbiran)
En. Chee Hon Yaue (PK Hem)
En. Rajendran A/ L Subramaniam (PK Ko-kurikulum)
18. PENUTUP SUKAN TAHUNAN
Dengan ini selesailah sudah Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan Kali ke-33 SMJK Yuk Kwan sesi 2013.
Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.
Sebelum saya mengundurkan diri, ribuan kemaafan dipohon seandainya ada salah dan silap disepanjang
saya mengendalikan majlis ini.
Akhir kata dari warga sekolah ini SMK YUK KWAN BOLEH! PASTI BOLEH!
Sekian Terima Kasih.