Anda di halaman 1dari 6

Disediakan oleh : Nik Norhafizan bt Mohamed Sekolah kebangsaan Bangi, 43000 kajang Selangor.

TAJUK BERCERITA KISAH AL-QURAN 2014 KEMUNGKARAN KAUM NABI ISA

Cerita

Isi

Assalamu’alaikum w.b.t Terima kasih pengerusi majlis, barisan hakim dan seterusnya hadirin yang dihormati.

Salutasi

Kemungkaran kaum Nabi Isa tajuk cerita, Marilah kita hayati bersama

Pantun

Hadirin sekalian,

Hadirin sekalian,

Isi 1

Sajak

Nabi Isa alaihissalam, Lahirmu luar biasa tanpa ayah, Maryam ibumu wanita solehah Kerabatmu Nabi Zakaria yang mulia

Huraian

Ya kawan-kawan, Kelahiran Nabi Isa sungguh ajaib dan luar biasa, tanpa ayah, menyebabkan kaum Bani Israel menuduh Maryam melakukan zina. Ketika para pembesar Yahudi mendesak dengan pertanyaan dan tuduhan, dengan tenang Maryam menunjuk ke arah anaknya, lalu mereka berkata’

Dalil

“Bagaimana kami akan berbicara dengan anak kecil yang masih dalam buaian?

Pengajaran

Maka Nabi Isa yang masih bayi berbicara dari dalam buaian:

Isu.

Isu.

Surah Maryam ayat 30

Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Dia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil) dan Dia telah menjadikan daku seorang Nabi. (30)

Masya Allah, hebatnya Allah. Allah maha berkuasa untuk menjadikan sesuatu yang tidak terjangka oleh akal. Insiden kehilangan pesawat MH370 merupakan satu peristiwa yang menunjukkan betapa kerdilnya manusia walaupun dengan kecanggihan teknologi.

Di mana berakhirnya sains, di situ bermula kudrat Allah.

Isi 2

Isi 2

Kawan-kawan sekalian,

Sebelum Nabi Isa dilahirkan, Bani Israel cuba menyeleweng ajaran yang terkandung dalam kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. Antara penyelewengannya adalah menghalalkan apa yang telah diharamkan dan menokok tambah hukum-hukum yang telah ditetapkan. Mereka telah menjadikan matlamat menghalalkan cara akibat hawa nafsu dan kesombongan mereka.

Apabila nafsu sudah menguasai, akidah syariat tidak dipeduli, Agama Islam dihina dan dikeji, Bukan orang kafir sahaja malah orang Islam sendiri.

Lihatlah kes-kes mutaakhhirin ini, orang kafir menghina Nabi melalui kartun, video dan isu penggunaan kalimah Allah. Orang kita pula ada yang anti-hadis, ajaran sesat dan syirik khurafat.

Ayuh bangkitlah wahai pejuang Islam. Jangan. Jangan. Jangan biarkan mereka mempersendakan agama Islam.

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (2) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. / (4)

(3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. / (4) Para hadirin sekalian, Jahatnya Bani Israel,

Para hadirin sekalian,

Jahatnya Bani Israel, Menukar syariat asal sesuka hati, Ibadah hari Sabtu menjadi hari pesta, Zakat dan sedekah tidak diendah,

Gejala murtad berleluasa, Golongan munafik kian bertambah, Pendita yang soleh rupanya kaki maksiat. Diutuskan Nabi Isa menyeru umat.

Isi Ketiga

Lihatlah kemungkaran umat terdahulu, masih diamalkan umat hari ini. Perkara yang diharamkan oleh Allah mereka halalkan contohnya riba. Mujurlah ada usaha alim ulama dalam bidang muamalat yang memperjuangkan system perbankan Islam di Malaysia.

Perintah zakat dan amalan sedekah janganlah diabaikan. Anak-anak jangan abaikan nafkah kepada orang tuamu. Sesungguhnya setiap hari para malaikat berdoa: Ya Allah, hancurkan harta orang-orang yang kedekut. Ya Allah, tambahkan harta orang yang bersedkah.

 
Isi Keempat

Isi Keempat

Kawan-kawan,

Apabila mendengar tentang dakwah Nabi Isa, golongan pendita Yahudi yang munafik menjadi marah. Mereka bimbang rahsia mereka yang berpura-pura baik akan terbogkar. Lalu mereka mengadakan mesyuarat untuk menentang Nabi Isa.

Mereka menghasut rakyat dengan menuduh Nabi Isa sebagai pendusta. Kemudian mereka berkumpul beramai-ramai dan meminta bukti kenabian daripada Nabi Isa.

Buta dan sopak, buta dan sopak boleh diubati, Burung dari tanah bisa terebang, Orang yang mati bisa dihidupkan, Begitulah mukjizat kurniaan tuhan.

Bukan sahaja, bukan saja Nabi didusta, Mereka berpakat, mereka berpakat membunuh nabi.

Oleh kerana pengikut Nabi Isa semakin ramai, akhirnya musuh-musuh Nabi Isa menyebarkan fitnah bahawa Nabi Isa a.s adalah nabi palsu dan perlu dijatuhkan hukuman bunuh.

Bahayanya perbuatan fitnah. Sebab itulah Allah menyatakan dalam al-quran dalam surah Al-Baqarah ayat 217:

menyatakan dalam al-quran dalam surah Al-Baqarah ayat 217: Dan angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada

Dan angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan

Isi Kelima

Isi Kelima

Hadirin sekalian,

Wamakaru Wamakarallah wallahu khairul makirin,

Sekali lagi kuasa Allah mengatasi perancangan manusia.

Ketika penangkapan Nabi Isa as. terjadi, semua pengikut Nabi Isa as. melarikan diri.

Tetapi Allah SWT melindungi dan menyelamatkan Nabi Isa as. Nabi Isa diangkat ke langit dan mengganti wajah serupa oleh seorang pengikutnya yang pembelot.

Sesungguhnya Nabi Isa tidak disalib wahai kawan-kawan. Ikutilah hujah dan debat oleh Almarhum Syeikh Ahmad Deedat mahupun Dr Zakir Naik. Ternyata hujah bahawa Nabi Isa tidak disalib dan di bawah perlindungan Allah tidak mampu dipatahkan oleh para cendekiawan Kristian dengan berpandukan dalil al-quran.

Subhanallah. Maha Suci Allah. Allah maha pelindung.

Pengajaran kisah nabi jelas sekali Kudrat Allah mengatasi segala Sekian wabillahi taufiq wal hidayah, Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Penutup

BERCERITA LELAKI KISAH NABI ISA

KEMUNGKARAN KAUM NABI ISA

SOALAN 1

MARIAM IBU NABI ISA TELAH DITUDUH DAN DIFITNAH. APAKAH KESAN FITNAH TERHADAP MASYARAKAT SEKIRANYA DIBIARKAN BERLELUASA?

JAWAPAN

SOALAN 2

BANI ISRAEL TERKENAL DENGAN SIKAP SOMBONG DAN DEGIL.MENGAPAKAH KITA WAJIB MENINGGALKAN SIKAP SOMBONG?

JAWAPAN

SOALAN 3

NABI ISA DIANGGAP SEBAGAI ANAK TUHAN OLEH KAUM BANI ISRAEL.KESESATAN INI JUGA TELAH MENULAR DI DALAM MASYARAKAT MALAYSIA.APAKAH BAHAYA AJARAN SESAT DALAM MASYARAKAT HARI INI?

JAWAPAN