Anda di halaman 1dari 5

Khazanah Bendahara Seri Maharaja

Sejarah Perjuangan Kemerdekaan III:


Gagasan Bangsa Malayan Bersatu: Agenda Tersirat British

Kesan daripada Perang Dunia Pertama, politik Tanah Melayu adalah berada pada keadaan
bula rasa yang membuka peluang bagi kerajaan British untuk membatalkan segala pe
rjanjian-perjanjian lama dengan Raja-raja Melayu dan membentuk pentadbiran yang b
aru. Kebetulan pada waktu itu British baru selesai menandatangani Piagam Atlantik
yang mengikatnya kepada perjanjian membebaskan negeri-negeri taklukannya, maka
ia mempunyai pilihan untuk mengembalikan pentadbiran negeri-negeri Melayu samada
yang bersekutu mahupun yang tidak bersekutu kepada Raja-raja Melayu di negeri ma
sing-masing.

Apatah lagi mengikut undang-undang antarabangsa, negeri-negeri Melayu bukanlah jaja


an British, tetapi semata-mata merupakan negeri-negeri bawah perlindungannya, da
n sembilan Raja-raja Melayu adalah diiktiraf sebagai pemerintah-pemerintah yang
masih berdaulat yang terikat dengan kuasa British hanya melalui triti-triti yang
berbeza diantara satu negeri Melayu dengan yang lain, namun tidak sampai menyera
hkan kedaulatan kesultanan-kesultanan Melayu mahupun Raja-rajanya.
Jadi atas alasan apakah British enggan berbuat demikian?
Apa yang pasti mulai abad ke 20 Masihi telah wujud tiga kelompok baru dalam masy
arakat Tanah Melayu yang memberikan anjakan paradigma yang besar kepada lanskap s
osio-politik di negeri-negeri Melayu ini. Kelompok yang dimaksudkan itu adalah :
1. Golongan pemerintah dan pentadbir yang berorientasikan Barat kerana telah dided
ahkan dengan pendidikan tersebut. Walaupun dari satu segi ianya mendatangkan fae
dah kepada masyarakat Melayu dari aspek pentadbiran masayarakat yeng lebih kemas
, teratur dan efisien, tetapi dari segi yang lain, mereka tidak sabar untuk memb
aratkan Tanah Melayu dengan harga pengorbanan sistem-sistem tradisional Melayu da
n aspek-aspek keIslaman
Dalam buku Ikhtisar Perkembangan Islam, 1982, halaman 551, Hj Dusuki telah menye
but tentang golongan ini:

Golongan yang kedua pula adalah dari mereka yang menerima pendidikan Barat. Mer
mengambil sikap tidak sabar untukmembaratkan masyarakat demimencapai kemajuan y
ang diidamkan. Bagi mereka modenisasi hanya semata-mata dengan menurut apa yang
dilakukan oleh orang-orang barat, dan menurut nilai-nilai, pemikiran dan cara hi
dup mereka. Secara sedar atau tidak golongan ini sedang berusaha sedaya upaya un
tuk mencapai cita-cita itu. Mereka mendapat saluran yang kuat dari kedudukan mer
eka yang berpengaruh dalam masayarakat. Usaha-usaha mereka diperkuatkan oleh str
uktur masyarakat Malaysia berbilang bangsa dan susunan feudal yang anggotanya mend
apat didikan barat serta golongan birokrasi yang juga menerima didikan barat.Leb
ih-lebih lagi peradaban Barat ini telah ditakhtakanoleh kekuatan pengaruhnya di
seluruh dunia.
2. Kewujudan kaum imigran dengan jumlah yang ramai, dibawa oleh kerajaan British b
agi membangunkan ekonomi negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu yang member
i keuntungan besar kepada golongan kapitalis. Walaupun pada awalnya kedatangan k
aum imigran ini adalah berdasarkan status sementara, dan mereka hanya diberi tar
af orang-orang perlindungan British di negeri-negeri Melayu, namun pada masa-mas
a kemudian mereka telah bersedia dan menuntut untuk menjadi pemastatutin tetap t
anpa meninggalan adat resam, budaya dan bahasa ibunda.
3. Kewujudan orang-orang Melayu yang telah didedahkan dengan pengalaman mempelajar
i ilmu-ilmu Agama Islam di Timur Tengah, khususnya di Mesir sehingga terpengaruh
dengan corak pemikiran pelopor-pelopor Muktazilah moden seperti Muhammad Abduh d

an Jamaluddin al-Afghani. Golongan ini terpengaruh dengan revolusi anti monarki


di Eropah dan telah cair dalam kepercayaan mereka kepada Institusi Raja-raja Melay
u sebagai tonggak pelindung bangsa dan agama.
Keadaan ini diperkuatkan dengan hakikat bahawa yang mejadi Raja-raja Melayu dan bang
sawan birokrasi ramai yang berorientasikan Barat sehingga memberikan impak negat
if kepada golongan ini.
Kewujudan tiga kelompok ini di Tanah Melayu telah memberikan kelebihan kepada kuasa
British untuk memanipulasikan keadaan dengan menggunakan golongan-golongan terse
but sebagai alat yang berkesan untuk mendapatkan cita-citanya.
Dan cita-cita British yang tersirat adalah sebenarnya sesekali tidak mahu negeri-neg
eri Melayu kembali kepada sistem-sistem asal, terutamanya dari aspek politik kera
na mereka amat arif bahawa kesultanan-kesultanan Melayu lama adalah hakikatnya r
antaian-rantaian daripada sistem KHILAFAH ISLAMIYYAH yang beribu bejabat di Istan
bul dalam kerajaan Othmaniyyah.
Hasrat ini dipertegaskan oleh Lord Cromer, seorang Yahudi yang pernah menjadi ga
benor British di Mesir :

England bersedia untuk memberikan kemerdekaan kepada kesemua jajahannya selepas wuju
nya suatu generasi yang mengamalkan budaya Inggeris (secular dan liberal) yang b
ersedia untuk mengambil alih (dari Britain) tetapi tidak sekali-kali Britain hat
ta sesaat pun berhasrat membiarkan wujudnya kerajaan Islam yang merdeka.[1]
Hal ini seterusnya diperkukuhkan melalui kenyataan seorang penulis Barat bernama A.
Milner mengenai gerakan-gerakan nasionalis menuntut kemerdekaan seperti berikut
:

Akhirnya, dengan galakan pengaruh Inggeris, perlahan-lahan wujud di Malaya GERAKAN


SIONALISME SEKULAR.. Gerakan-gerakan ini menyebarkan Fahaman Kenegaraan dan undan
g-undang (sekular) yang menolak bukan hanya sistem kerajaan BERAJA (tradisi), te
tapi juga idealisme pemikiran Syariah dalam masyarakat yang (selama ini) diperint
ah oleh undang-undang Allah.
Perlu diingat, British pernah menjadi kuasa imperialis dunia yang gah, amat berpenga
laman dan digeruni suatu masa dahulu[2]. Dan kuasa ini juga banyak melibatkan di
ri dalam politik negara-negara Islam khususnya di Mesir dan Palestin.

Di Palestin sendiri, dasar kerajaan British amat cenderung untuk membantu Yahudi Zio
is membentuk sebuah negara Yahudi di tengah-tengah bumi Islam di Timur Tengah, y
ang dikatakan boleh menjadi pengkalan penting bagi kuasa-kuasa imperialis Eropah
untuk meluaskan pengaruh mereka di wilayah-wilayah Islam di Timur Tengah yang m
empunyai kepentingan strategik itu. Malahan pihak atasan negara Britain melihat
kerjasamanya dengan Yahudi Zionis sebagai persekutuan yang boleh menguntungkan k
edua belah pihak[3].

Kelahiran Liga Bangsa-Bangsa setelah hampir selesai Perang Dunia Pertama pada tahun
1917M telah memberi mandat kepada kuasa British untuk menguasai Palestin sebaga
i persediaan melahirkan negara haram Israel.
Dengan keberhasilan kuasa British menakluki Palestin, tokoh-tokoh Zionis di England
bersegera mencaplok peluang emas ini untuk mempengaruhi kerajaan Inggeris menyok
ong cita-cita mereka menduduki wilayah tersebut.
Mereka tidak perlu menunggu lama kerana pada bulan September tahun yang sama, Lord A
rthur James Balfour, Setiausaha Luar Negeri Britain telah mengutus surat kepada
seorang pemodal elit Yahudi Eropah yang amat berpengaruh, iaitu Lord Rothschild,
menyatakan bahawa kerajaannya menyokong penubuhan tanahair Yahudi di Palestin.

Pengisytiharan ini kemudian dilulus dan iktiraf oleh majlis Liga Bangsa-Bangsa[4
] pada bulan Julai 1922M.

Semenjak pengiktirafan tersebut, Gerakan Zionisme yang mendapat nafas baru telah mem
ercepatkan proses penempatan semula orang-orang Yahudi dari merata tempat ke Pal
estin. Asakan demi asakan yang datang dari pendatang-pendatang haram Yahudi seca
ra beramai-ramai dengan tidak mempedulikan hak turun temurun dan sensitiviti golo
ngan pribumi Palestin (Islam dan Kristian)[5] telah mencetuskan konflik-konflik
yang hebat.
Rusuhan terjadi berulang-kali diantara masyarakat pribumi dengan pendatang-pendatang
haram Yahudi pada tahun 1929M, 1933M, 1936-1938M. Konflik serta pertempuran ant
ara masyarakat pribumi Palestin dengan pendatang haram Yahudi telah menerbitkan
Suruhanjaya Peel yang mencadangkan supaya Palestin dibahagikan kepada dua bahagi
an; wilayah Arab dan wilayah Zionis Yahudi. Sebaik sahaja Perang Dunia Kedua tama
t, cadangan tersebut telah dibentangkan kepada Bangsa-Bangsa Bersatu yang terus
meluluskan penubuhan Negara Israel di Palestin berdasarkan syarat pembahagian se
perti yang dicadangkan serta berbagai syarat lain. Maka pada 14hb Mei 1948M lahi
rlah sebuah negara haram Israel di bumi Palestin,
Kebetulan Persekutuan Tanah Melayu dilahirkan pada 1hb Februari tahun yang sama, iai
tu 1948 Masihi, suatu perjanjian yang meresmikan persetujuan-persetujuan bersama
antara kuasa British dengan berbagai pihak di Tanah Melayu yang terhasil daripa
da proses tawar-menawar politik. Realitinya, dalam tempuh perbincangan dan pence
tusan ida-idea untuk pembentukan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, di sebali
knya kuasa British telahpun mendapat banyak pengalaman yang terlalu berharga dal
am kerjasamanya dengan gerakan Yahudi Zionis di bumi Palestin yang juga sedang gi
at membuat berbagai-bagai strategi demi mencapai impian membentuk negara haram I
srael di itu.
Apakah segala pengalaman berharga tersebut diketepikan sama sekali dalam agihan jual
beli politiknya dengan orang-orang Melayu?
Sudah tentu tidak, dan British telahpun mempunyai objek-objek pertaruhan dalam tanga
nnya, iaitu kewujudan golongan bangsawan berorientasikan barat dan kaum pendatan
g di Tanah Melayu yang boleh dijadikan percaturan. Terutamanya kaum pendatang, y
ang mana pengalaman British menyokong agenda Zionis dalam penubuhan tanahair Yah
udi di Palestin serta kemasukan pendatang-pendatang haram Yahudi secara beramairamai di sana mampu dijadikan iktibar, dan di fine tune mana-mana yang perlu untuk
menyesuaikannya dengan agenda British yang tersirat di Tanah Melayu ini.
Hasilnya, sejurus selesai masa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, kuasa British denga
n tergopoh-gapah telah melaksanakan perjanjian MacMicheal dengan Raja-raja Melay
u dengan menggunakan kaedah arm twisting dan dibuat semasa negeri ini masih dalam
pentadbiran tentera British.
Lalu terbentuklah Malayan Union pada 1 April 1946 dengan satu matlamat, iaitu memeca
hkan dominasi politik orang-orang Melayu. Pada gagasan Malayan Union tersirat ha
srat British untuk mewujudkan bangsa Malayan bersatu, iaitu melahirkan kesatuan n
egara bangsa Malayan, yang mana komposisnya adalah semua orang-orang Melayu dan
bukan Melayu, Islam dan bukan Islam yang memiliki taraf kerakyatan umum dengan s
yarat-syarat tertentu, dan asas paling penting di sebalik gagasan bangsa Malayan
bersatu adalah kesetiaan pada tanahair iaitu Malayan Union, iaitu suatu konsep ya
ng sangat asing bagi orang-orang Melayu yang secara tradisinya berpegang pada ko
nsep kesetiaan kapada raja dan agama.
Dalam gagasan Malayan Union, British juga memberikan hak sama taraf kepada semua rak
yat Malayan Union sehingga menyamakan kedudukan bukan Melayu dengan Melayu, mala
han melalui peralihan kuasa-kuasa penting Raja-raja Melayu kepada Gabenor Britis
h dan residen-residennya bukan sahaja telah membasmi pertuanan Raja-raja Melayu,

malahan turut mengancam ketuanan Islam yang selama ini utuh kedudukannya di neg
eri-negeri Melayu dengan kuasa alim-ulama tradisional yang besar sebagai pembimbi
ng raja dan rakyat.
Walaupun umur Malayan Union tidak panjang kerana bantahan secara besar-besaran dari
emua lapisan masyarakat Melayu, ironisnya teras induk kepada gagasan Malayan Uni
on tidak terkubur, malahan telah mendapat nyawa baru dan terjelma semula dalam b
entuk penganugerahan kerakyatan kepada kaum imigran dalam perlembagaan Persekutu
an Tanah Melayu, malahan diperkukuhkan semangatnya melalui cadangan-cadangan yang d
ianjurkan oleh Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum yang dibentuk dalam tahun 1949
demi merealisasikan maksud sebenar di sebalik gagasan bangsa Malayan bersatu itu
.
Pada tahap ini, British berminat untuk menjaga imejnya yang telah pulih di kalangan
orang-orang Melayu, yang sebelumnya tercalar dengan sebab penubuhan Malayan Unio
n. Justeru kuasa tersebut mengambil pendirian untuk bersikap sensitif pada tuntu
tan orang-orang Melayu yang meminta hak mereka sebagai pribumi tidak dikorbankan
.
Namun British sekali-kali tidak akan meminggirkan tuntutan-tuntutan masyarakat bukan
Melayu, bukan semata-mata kerana bersimpati pada kedudukan mereka, tetapi yang
lebih penting kerana ariff bahawa kaum imigran adalah instrumen yang paling berk
esan untuk mendapatkan cita-cita British memecahkan dominasi sosio-politik orang
-orang Melayu yang sudah tentunya beragama Islam.

Hakikatnya British never lost the bigger picture apabila mensyaratkan apa jua penda
, perbincangan dan input yang diberikan oleh mana-mana pihak samada dalam pemben
tukan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun kepada sebarang pengubahsuai
an sehingga terbentuknya Perlembagaan Malaysia, iaitu mestilah mengikut garis pa
nduan yang awal-awal telah ditetapkan kerajaan British dalam kerangka gagasan ban
gsa Malayan bersatu.
Kuasa British juga memastikan apa jua rundingan yang dibuat adalah hanya kepada piha
k-pihak yang sedia menerima garis panduan yang telah ditetapkan itu, sedangkan m
ana-mana pihak yang engkar akan diketepi dan disingkirkan samada melalui jalan t
ekanan, ugutan mahupun pengharaman. Ini jelas dapat dilihat apabila British meng
isytiharkan darurat dari tahun 1948-1960, yang walaupun realitinya memang suatu
tindakan yang wajar berdasarkan wujudnya ancaman sirius dari pihak Komunis Malay
a, namun British juga mengambil kesempatan tersebut untuk membasmi semua penenta
ng-penentang agendanya yang tersirat, iaitu melalui pengharaman parti, gerakan at
aupun persatuan yang dianggap radikal dan kepimpinan mereka dipenjarakan.
Secara zahirnya, gagasan bangsa Malayan bersatu nampak murni dan muluk, kerana berda
sarkan persamaan hak dan peluang kepada semua rakyat Malayan dan tiada unsur-unsu
r diskriminasi yang sejajar dengan konsep humanisma sejagat.
Namun apakah kepentingan Islam diambil kira ataupun telah dikompromi? Kalau dahulu,
iaitu zaman kesultanan-kesultanan Melayu yang mutlak, Agama Islam dijadikan pand
uan dan idealisme yang sentiasa diusahakan dalam penggubalan Hukum Adat dan Huku
m Syariat sebagai teras perundangan dan perlembagaan negeri-negeri Melayu, namun
adakah status quo dikekalkan dengan terbentuknya perlembagaan Persekutuan Tanah M
elayu dan kemudiannya Perlembagaan Malaysia?
British meracuni sosio-politik Tanah Melayu, kemudian menjelma sebagai doktor yang
berikan penawarnya, walhal yang diberikan adalah virus yang sedikit demi sedikit
telah membarahi roh, kejiwaan dan zahiriyyahnya sehingga lahirlah apa yang dika
takan sebuah negara bangsa yang cacat sehingga menerbitkan sebesar-besar dilema
Melayu sampai hari ini.

[1] Cromer, Modern Egypt,jld 11 (London & New York:Macmillan, 1908), hlm 565
[2]Dalam abad ke 19M, negara-negara Eropah telah menjadikan imperialisme dasar p
emerintahan mereka. Golongan imperialis ini merasa bertanggungjawab untuk mentamad
unkan bangsa-bangsa timur termasuklah di wilayah-wilayah umat Islam, yang ditudu
h mereka sebagai puak-puak yang liar dan gasar.
[3] Dalam Kongres Zionis ke 19 pada tahun 1935M, David Ben Gurion (1886-1973), Pe
rdana Meneri Israel yang pertama telah membuat deklarasi bahawa: Sesiapa yang men
gkhianati Great Britain mengkhianati Zionisme. Pada masa yang lain, beliau menyat
akan bahawa: Tanah Yahudi itu mampu menjadi pertahanan laut dan darat kepada empa
yar tersebut (British).
[4] Menjadi Bangsa-Bangsa Bersatu selepas Perang Dunia Kedua
[5] Mereka adalah dari keturunan Arab Mesir, Syria, Iraq dan Romawi yang pernah
menakluki Jerusalem di zaman-zaman Sebelum Masihi. Kebanyakan mereka telah memel
uk Islam, terutamanya di zaman penguasaan khalifah-khalifah Islam selama hampir
1200 tahun lamanya, dan menjadi penduduk pribumi Palestin sehingga ke hari ini.
Sumber: Realiti Perjuangan Kemerdekaan dan Kontrak Sosial, Buku-e (Tun Suzana)
Version: Mobile | Web