Anda di halaman 1dari 6

KAUNSELING KELOMPOK

Khairul Imran bin Kamarul Zaman


Muhammad Najmi bin Tajudin

Definisi

Kaunseling kelompok membuka jalan kepada


individu mengubah sikap dan tingkahlakunya,
mengikut nilai dan tanggapan asal sesebuah
kelompok

Semua fungsi ini digunakan dalam sesebuah


kelompok kecil dengan berkongsi masalah peribadi
bersama rakan sebaya.

Matlamat Pelaksanaan

Membantu pertumbuhan pelajar dalam bidang akademik


serta mewujudkan interaksi individu yang lebih sihat.

Mewujudkan program pencegahan yang dapat


mengurangkan krisis dalam diri dan krisis di antara
individu.

Mengurangkan masalah disiplin serta mewujudkan suasana


yang lebih seronok di sekolah

Menyedari dan menerima beberapa persamaan dalam diri


seseorang.

Ciri-Ciri

Memberi fokus kepada pemikiran sedar dan tingkah laku

Penyertaan haruslah secara sukarela. Peserta harus bersedia


berkongsi pengalaman dan bersedia mengubah diri.

Bentuk kelompok yang beraneka jenis ideal jika mempunyai 8


hingga 10 ahli yang berjumpa sekali atau dua kali seminggu selama
1 hingga 1 jam dalam 3 hingga 5 sesi.

Jumlah sesi bergantung kepada keperluan peserta serta


kemampuan kaunselor

Kerahsiaan menjadi etika yang penting dalam kaunseling kelompok

Setiap ahli kelompok boleh mencadangkan sesuatu yang boleh


memberi kebaikan bersama

Kemahiran Yang Diperlukan

Kemahiran Melayan
- hubungan baik kaunselor dengan klien
- kedudukan klien yang selesa
- mengikuti percakapan klien/dorongan yang minimum

Kemahiran Komunikasi Asas


- merumuskan percakapan klien dari semasa ke semasa
- melakukan refleksi untuk mendapatkan penjelasan semula

Kemahiran Pemudahcara
- soalan yang diberikan dapat mewujudkan suasana yang positif
- kurangkan soalan berbentuk tertutup

Soalan Tutorial
Kebiasaannya kaunseling kelompok dikendalikan oleh
kaunselor terlatih.
Adakah guru biasa mempunyai keupayaan untuk
mengendalikan kaunseling kelompok kepada
muridnya.Berikan hujah yang bernas dan kritikal.