Anda di halaman 1dari 4

BAB 3: IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA MURID


Individu pelajar adalah unik dan berbeza memandangkan latar belakang mereka yang
berlainan. Setiap individu membesar dan terbentuk hasil interaksi dalam persekitaran masingmasing. Budaya merupakan faktor pengaruh yang paling berkesan ke atas perkembangan
individu. Budaya mempengaruhi cara individu berfikir, cara individu bertindak juga
mempengaruhi pandangan, perasaan dan pembawaan.

Terdapat lima corak asas budaya yang membuatkan individu itu unik dan berbeza:

Berbeza dalam gaya


komunikasi

Berbeza sikap terhadap

Berbeza dalam

konflik

pendekatan untuk
mengetahui

Perbezaan
individu

Berbeza sikap terhadap

Berbeza pendekatan

pendedahan pandangan

dalam menyelesaikan
tugasan

Berbeza dalam gaya komunikasi:


Gaya komunikasi merujuk kepada penggunaan bahasa dan komunikasi bukan verbal.
Dua orang yang berlainan latar budaya, malah dalam budaya yang sama boleh
mempunyai penggunaan bahasa yang berbeza. Contohnya, individu melayu utara
bersuara lantang dan bernada tinggi semasa berbual adalah diterima. Rakan karib
menggunakan sapaan aku- hang adalah diterima tetapi bukan dalam perbualan dengan
orang yang lebih tua. Perbualan dialek melayu di pantai timur terdapat kosa kata yang
boleh mengelirukan pemahaman pengguna bahasa standard. Contohnya kosa kata
selalu membawa maksud sekarang.
Berbeza sikap terhadap konflik:
Mereka yang terdidik dalam keluarga yang mengamalkan perbincangan misalnya, akan
lebih bersikap terbuka dalam menghadapi masalah konflik. Sebaliknya kebanyakan
individu berasa tidak selesa membincangkan secara terbuka atas sebab tidak mahu
menjatuhkan air muka.
Berbeza pendekatan dalam menyelesaikan tugasan:
Setiap budaya mempunyai cara/gaya tersendiri dalam pendekatan menyelesaikan
tugasan. Contohnya, terdapat pelajar yang terus berusaha menyiapkan tugasan tanpa
mengambil kira hubungan dengan orang lain, terdapat pelajar yang mendapatkan bahan
sumber rujukan dan berkongsi hanya dengan rakan rapat, terdapat pelajar yang
bersungguh-sungguh dalam tugasan sekiranya ada ganjaran markah atau hadiah.

Berbeza sikap terhadap pendedahan pandangan:


Setiap individu mempunyai pandangan yang bebeza terhadap sikap berterus-terang baik
tentang emosi dan perasaan, sebab musabab perbalahan atau maklumat peribadi.

Berbeza dalam pendekatan mengetahui:


Setiap budaya mempunyai cara tersendiri dalam proses mengetahui ataupun
belajar.contohnya, budaya barat lebih mengutamakan pemikiran kognitif manakala
budaya timur berpegang pada kesahihan maklumat. Terdapat juga budaya yang
memfokuskan aspek afektif, muzik, dan pergerakan. Lantaran itu, guru harus memastikan
gaya belajar pelajar dan menyesuaikan gaya mengajar dengan lebih berkesan.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA SEKOLAH

Komposisi kaum dan etnik warga sekolah menggambarkan kepelbagaian sosiobudaya dalam
masyarakat. Budaya mikro yang menjadi amalan keluarga dan kaum etnik akan dibawa masuk
ke sekolah dan mempengaruhi sosiobudaya sekolah. Bergantung kepada kecekapan
pengurusan sekolah untuk mewujudkan budaya yang sesuai untuk sekolah masing-masing.

Jenis sekolah
PERINGKAT RENDAH
Sekolah Kebangsaan
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

PERINGKAT MENENGAH
Sekolah Menengah Kebangsaan
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan
Sekolah Berasrama Penuh
Sekolah Wawasan
Sekolah Berprestasi Tinggi
Sekolah Bestari
Sekolah Menengah Teknik
Sekolah Menengah Sains
Sekolah Pendidikan Khas

Lokaliti sekolah
Sekolah-sekolah yang terletak di Bandar, kebanyakannya disertai oleh pelbagai latar belakang
sosiobudaya: kelas sosial dan etnik. Sekolah-sekolah luar Bandar dan pendalaman biasanya
merangkumi satu atau dua kaum etnik yang mempunyai taraf sosioekonomi rendah. Sekolahsekolah luar bandar sering menghadapi masalah kekurangan guru, pertukaran guru yang kerap,
dan prestasi pencapaian yang rendah. Justeru budaya sekolah yang dipengaruhi aspek
sosiobudaya setempat yang terbatas.

Kepimpinan sekolah
Sesebuah sekolah atau institusi bergantung kepada gaya kepimpinan pengurus sekolah.
Pengurus yang baik dapat mewujudkan iklim sekolah yang mesra, memotivasikan dan
kerjasama sebagai pasukan.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA KURIKULUM TERSIRAT

Kurikulum tersirat merujuk kepada cara budaya disalurkan dan sikap dibentuk melalui proses
pengajaran pembelajaran dan pengurusan organisasi sekolah ( A Dictionary Of Sociology, 2005
Dipetik Dalam Artikel Hidden Curriculum). Budaya dan sikap yang dimaksudkan termasuk
kepatuhan kepada autoriti, mematuhi peraturan sekolah, menepati masa, penangguhan
ganjaran, bekerjasama, hormat-menghormati dan sebagainya.
Pelajar belajar melalui kurikulum tersirat daripada dua aspek berikut:
1. Struktur organisasi sekolah- termasuk jadual waktu p&p, aktiviti lain di sekolah,
penyediaan kemudahan dan kelengkapan sekolah, bahan sumber pembelajaran ( buku
teks, perisian computer) dan sebagainya.
2. Budaya sekolah- termasuk peraturan sekolah, keceriaan sekolah, paparan maklumat
sekolah, peranan dan hubungan warga sekolah, budaya pelajar, adat resam yang
diamalkan, aspirasi sekolah dan sebagainya.

Kesimpulan
Latar belakang budaya pelajar mempengaruhi pembelajaran pelajar. Latar budaya pelajar
penting dalam menentukan pemilihan strategi penyampaian pengajaran selain keupayaan
mental dan fizikal pelajar. Guru hendaklah memahami latar belakang budaya pelajar dan
menggunakannya secara bermanfaat untuk membina strategi p&p yang efektif.