Anda di halaman 1dari 10

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS ULASAN NILAI-NILAI MURNI DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 RASIONAL MENGGUNAKAN TEKNIK AKROSTIK

Oleh:

Nurul Aina binti Mohd Azmi & Nordin bin Shaari Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail miszeyena_90@yahoo.com & pemwira@gmail.com

ABSTRAK

Kajian Tindakan dijalankan bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan Teknik Akrostik sebagai bahan yang boleh meningkatkan kemahiran murid Tahun Empat Rasional dalam menulis karangan bahagian C. Seramai lima orang murid yang terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua perempuan dari Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu terlibat sebagai peserta kajian ini. Analisis data menunjukkan berlakunya peningkatan dari segi pencapaian murid apabila Teknik Akrostik digunakan dalam proses pengajaran karangan bahagian C ini. Peningkatan kemahiran peserta kajian dapat diperhati secara visual pada bab Analisis Data 6.0.

Kata Kunci : Kajian Tindakan, Teknik Akrostik

PENDAHULUAN

Sejak akhir-akhir ini banyak berlaku gejala salah laku dalam kalangan remaja termasuklah pelajar-pelajar sekolah. Apa yang membimbangkan adalah apabila gejala salah laku ini sudah menular dalam kalangan anak-anak yang masih berada di sekolah rendah. Gejala Black Metal, seks oral, budaya samseng dalam kalangan pelajar merupakan kes yang serius dan perlu diberikan perhatian. Persoalannya, mengapakah boleh terjadi demikian? Adakah kita gagal memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada mereka atau adakah kurikulum yang sedia ada tidak memadai?

Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr Mahathir Mohammad juga menegaskan bahawa peranan guru bukan sekadar menyampaikan pengetahuan kepada murid sahaja, tetapi termasuk juga menanam nilai-nilai positif dalam kalangan generasi muda untuk pembangunan negara. ( New Straits Times, 10 Jun 1990 ). Nyata sekali, nilai-nilai murni adalah satu aspek penting yang harus ditekankan dalam sistem pendidikan hari ini.

Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran ( PdP ) yang lalu, pengkaji telah mendapati bahawa pelaksanaan pengajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu berjalan dengan lancar. Namun, ketika sesi PdP yang lepas, pengkaji telah menghadapi satu masalah ketika mengajar murid-murid di kelas Tahun Empat Rasional. Masalah yang pengkaji hadapi ialah murid- murid lemah atau sukar untuk menguasai kemahiran menulis ulasan nilai-nilai murni.

11

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Pengkaji bersoal jawab dengan murid-murid tentang nilai-nilai murni yang berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka. Sebilangan besar daripada murid-murid dapat menyatakan nilai-nilai murni berdasarkan pengetahuan sedia ada dengan baik. Untuk langkah yang seterusnya, pengkaji memberikan latihan menulis ulasan kepada murid. Namun, setelah pengkaji menyemak buku latihan mereka, terdapat beberapa orang murid tidak mahir atau tidak tahu cara untuk menulis ulasan nilai-nilai murni dengan baik.

Menurut Simah Mamat ( 2008 ) proses menulis karangan merupakan kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai berbanding kemahiran bahasa yang lain. Menurut Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abd. Aziz ( 1997 ) melalui aktiviti menulis, pelajar akan dapat merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk lisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri.

Magdalena Pulung Widyasanti ( 2012 ) dalam kajiannya tentang „Pembelajaran Menulis Puisi Dengan Menggunakan Teknik Akrostik Tematik‟ di Sekolah Tinggi Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Bandung Indonesia. Tujuan pengkaji menjalankan kajian ini adalah kerana guru mengalami kesukaran melatih keterampilan pelajar di kelas V SDN Bakti Kencana dalam menulis puisi bebas dengan menggunakan pilihan kata yang sesuai.

Pelajar belum mampu mewujudkan idea-idea tersebut dalam kata yang puitis. Hasilnya, dari 30 orang pelajar, pelajar yang mendapat skor yang tertinggi iaitu 9.4 hanya 1 orang, mendapat nilai 8.7 seramai 2 orang sedangkan yang mendapat nilai 8.0 seramai 12 orang. Oleh yang demikian, pengkaji menggunakan teknik akrostik ini untuk membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai-nilai murni.

Dengan menggunakan teknik ini, pengkaji mengharapkan peserta kajian dapat mengalami suatu proses pembelajaran yang terarah dan menyenangkan dalam pembelajaran. Hal ini kerana, peserta kajian akan dibimbing untuk memilih nilai murni yang tepat dan mempunyai hubungan rapat dengan dirinya iaitu tentang pengalaman peribadi.

FOKUS KAJIAN

Walaupun pengkaji mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh peserta kajian, pengkaji hanya akan fokuskan kajian ini terhadap menulis ulasan nilai-nilai murni yang merupakan salah satu daripada kemahiran menulis. Peserta kajian mempunyai pengetahuan nilai murni yang sangat terhad. Mereka hanya mampu menggunakan nilai murni yang biasa mereka temui dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini menyebabkan, mereka menggunakan nilai murni yang berulang-ulang dalam satu perenggan.

Selain itu, mereka juga tidak dapat membuat perkaitan antara nilai murni dengan ayat yang diberikan. Masalah ini berpunca kerana murid tidak mengetahui teknik dan strategi menjawab soalan menulis ulasan nilai murni dengan betul. Impaknya, mereka melakukan banyak kesilapan apabila menulis ulasan nilai-nilai murni dan menyebabkan ayat mereka terpesong. Hal ini menyebabkan mereka mendapat purata markah antara 6-11 markah. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ( PdP ), pengkaji memerhati murid kurang berminat dalam membuat ulasan nilai murni. Mereka sering mengganggu rakan yang ingin

12

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

belajar dan membuat bising. Tingkah laku ini disebabkan mereka tidak berminat untuk belajar dalam menulis ulasan. Hal ini kerana, teknik atau kaedah yang digunakan oleh guru kurang sesuai dengan aras murid.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum meningkatkan pencapaian murid dalam Kertas 2 Bahasa Melayu Penulisan dengan menggunakan Teknik Akrostik

Objektif khusus bagi kajian ini adalah supaya pelajar dapat :

i. Meningkatkan kemahiran membuat ulasan dengan tepat dan gramatis menggunakan Teknik Akrostik

ii. Membantu murid mengenal nilai murni yang terdapat dalam bahan rangsangan.

iii. Meningkatkan kemahiran menghafal serta mengukuhkan ingatan murid menggunakan Teknik Arkostik.

Terdapat beberapa persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini iaitu :

i. Adakah Teknik Akrostik dapat membantu meningkatkan kebolehan murid membuat ulasan dengan tepat dan gramatis?

ii. Apakah Teknik Akrostik dapat meningkatkan kemahiran murid untuk mengenal nilai murni dalam bahan rangsangan?

iii. Bagaimanakah kemahiran menghafal serta mengukuhkan ingatan murid dapat ditingkatkan menggunakan Teknik Akrostik?

iv. Adakah berlaku perubahan tingkah laku murid semasa penggunaan Teknik Akrostik?

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan lima orang peserta kajian yang akan menjadi sampel kajian ini. Peserta kajian terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan daripada Tahun Empat Rasional, Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu. Pengkaji telah mendapat butiran maklumat peribadi peserta kajian melalui borang profil murid daripada guru kelas mereka. Analisis latar belakang keluarga, peserta kajian terdiri daripada keluarga yang sederhana dan golongan berada. Kebanyakan ibu bapa mereka bekerja dengan pihak kerajaan dan ada juga bekerja sendiri. Dari segi latar belakang, hampir kesemuanya tinggal jauh dengan persekitaran sekolah. Kebanyakan daripada mereka datang ke sekolah dengan dihantar oleh ibu bapa mereka dengan kenderaan.

Pengkaji juga mendapati salah seorang peserta kajian mengalami masalah penglihatan rabun jauh. Namun, pengkaji akan cuba menggunakan pendekatan yang sesuai agar peserta kajian tersebut dapat dibantu dalam proses intervensi kelak. Mudah-mudahan kajian yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada peserta kajian agar mereka lebih mantap dari segi penguasaan menulis ulasan nilai-nilai murni.

13

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

TINDAKAN

Pengkaji bercadang untuk menggunakan model Kemmis & Mc Taggard (1988) dalam menjalankan kajian tindakan ini.

REFLEKSI REFLEKSI Lingkaran Lingkaran PENILAIAN PERANCANGAN kedua PENILAIAN PERANCANGAN pertama PELAKSANAAN
REFLEKSI
REFLEKSI
Lingkaran
Lingkaran
PENILAIAN
PERANCANGAN
kedua
PENILAIAN
PERANCANGAN
pertama
PELAKSANAAN
PELAKSANAAN

Rajah 1: Lingkaran penyelidikan tindakan yang dijalankan (model penyelidikan tindakan Kemmis & Mc Taggard)

Refleksi

Pada peringkat refleksi ini, pengumpulan data akan dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang wujud. Pengkaji akan menjalankan pemerhatian di bilik darjah, menyemak buku latihan murid, melihat markah pencapaian murid di dalam rekod ujian TOV dan OTI 1 dan temu bual dengan guru Bahasa Melayu. Pada peringkat ini juga, pengkaji akan menjalankan ujian pra untuk mendapatkan data-data bagi mendapatkan gambaran awal tentang masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 4 Rasional.

Perancangan

Pada peringkat ini, pengkaji akan merancang pelan tindakan untuk mengatasi masalah yang telah dikenal pasti. Oleh itu, teknik menghafal semua nilai murni menggunakan kad nilai murni, peneguhan terhadap konsep nilai murni dan latihan terancang menulis ulasan akan disediakan untuk meningkatkan kemahiran peserta kajian.

Pelaksanaan

Pada peringkat ketiga ialah peringkat pelaksanaan. Pada peringkat ini, pengkaji akan melaksanakan pelan tindakan yang telah dirancang. Di dalam pelan tindakan ini pengkaji akan menyediakan pelbagai jenis aktiviti yang mudah dan menarik untuk membantu peserta

14

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

kajian meningkatkan kemahiran mereka dalam menulis ulasan nilai murni. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dirangkumkan dalam satu teknik yang dinamakan Teknik Akrostik

Penilaian

Pada fasa ini, pengkaji akan menerangkan sama ada kajian ini berjaya atau tidak. Kajian yang berjaya akan menunjukkan peningkatan kefahaman responden serta perubahan tingkah laku responden. Sekiranya kajian ini gagal atau tidak mencapai sasaran, pengkaji perlu mengenalpasti punca kegagalan dan mengadakan kajian semula dengan penambahbaikkan.

Lingkaran kedua

Dalam kajian ini, pengkaji mendapati kajian ini kurang mencapai sasaran yang dikehendaki. Pengkaji mendapati masalah utama yang membawa kepada keadaan ini adalah alat intervensi itu sendiri. Keadaan ini membawa pengkaji kepada lingkaran kedua dalam kajian ini.

Perancangan kedua

Dalam lingkaran kedua, pengkaji memulakan semula kajian daripada peringkat perancangan. Pada masa ini, pengkaji merancang untuk menghasilkan satu latihan interaktif yang telah ditambahbaik dalam kajian. Pada peringkat perancangan, kaedah dan cara yang digunakan masih lagi sama dengan sebelum ini. Namun begitu, terdapat suatu penambahbaikkan pada alat intervensi yang diharap dapat memberikan kesan yang berbeza kepada responden.

Tindakan kedua

Pada peringkat tindakan, intervensi kedua dilaksanakan dengan penambahbaikkan yang telah dilakukan. Ujian pos 2 juga akan dilakukan pada masa ini. Setelah selesai, satu temu bual akan dilaksanakan kepada peserta kajian bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai Teknik Akrostik.

Pemerhatian kedua

Pada fasa pemerhatian kedua ini, pengkaji akan mendapatkan maklumat tentang kajian yang dijalankan melalui ujian pos 2. Dapatan daripada ujian pos 2 ini akan dibandingkan dengan ujian pos 1. Pengkaji juga akan menilai pandangan temu bual.

Refleksi kedua

Pada peringkat ini, pengkaji menentukan sama ada kajian berjaya atau tidak berdasarkan kesemua dapatan hasil kajian yang diperoleh. Pada lingkaran kedua ini, pengkaji berasa amat berpuas hati dengan dapatan yang diperoleh. Oleh itu, lingkaran seterusnya tidak dijalankan.

15

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Adakah Teknik Arkostik dapat membantu meningkatkan kebolehan murid membuat ulasan dengan tepat dan gramatis?

18

16

14

12

10

8

6

4

2

0

18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian
18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian
18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian
18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian
18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian

Ujian Pra18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 Ujian Pos 1 Ujian Pos 2

Ujian Pos 118 16 14 12 10 8 6 4 2 0 Ujian Pra Ujian Pos 2 Peserta

Ujian Pos 218 16 14 12 10 8 6 4 2 0 Ujian Pra Ujian Pos 1 Peserta

Peserta Kajian 1Peserta Kajian 2Peserta Kajian 3Peserta Kajian 4Peserta Kajian 5

Rajah 2: Perbandingan pencapaian murid

Berdasarkan graf bar di atas, amat jelas sekali telah berlaku peningkatan pencapaian markah peserta kajian setelah Teknik Akrostik diperkenalkan kepada peserta kajian terlibat. Pada peringkat awal, markah peserta kajian dalam ujian pra bagi kesemua peserta kajian adalah pada tahap memuaskan iaitu berada dalam lingkungan 5 7 markah berdasarkan kriteria pemarkahan penulisan bahagian C UPSR. Markah peserta kajian 1 berjaya ditingkatkan daripada 7 markah dalam ujian pra kepada 16 dalam ujian pos 2. Markah pelajar ini telah meningkat sebanyak 9 markah. Keadaan yang sama juga berlaku kepada peserta kajian 3 dan peserta kajian 5.

Bagi peserta kajian 2 pula, telah berlaku peningkatan amat tinggi iaitu sebanyak 10 markah setelah ujian pos 2 dijalankan iaitu daripada 5 markah kepada 15 markah. Akhir sekali bagi peserta kajian 4 markah beliau telah meningkat sebanyak 8 markah iaitu bermula dengan markah 7 dalam ujian pra kepada markah 15 dalam ujian pos 2. Berdasarkan kriteria pemarkahan penulisan bahagian C UPSR, markah peserta kajian ini berada dalam lingkungan baik ( 12 hingga 17 ).

16

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Apakah Teknik Akrostik dapat meningkatkan kemahiran murid untuk mengenal nilai murni dalam bahan rangsangan.

Bil

Senarai Semak

Ya

Tidak

1.

Peserta kajian akan menggariskan arahan atau tugasan soalan

2

3

2.

Peserta kajian akan mengisi tiga petak yang pertama dengan tepat

5

0

3.

Peserta kajian akan menggariskan frasa atau ayat yang ada nilai

3

2

4.

Peserta kajian dapat menukar pernyataan nilai kepada nilai yang tersirat

3

2

5.

Peserta kajian dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga nilai yang terdapat dalam bahan rangsangan.

4

1

6.

Peserta kajian dapat membuat ulasan dengan tepat dan gramatis

2

3

 

Jumlah

18

12

Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. Pengkaji menggunakan kertas ujian serta set latihan yang diberikan kepada peserta kajian. Pengkaji menggunakan senarai semak untuk memudahkan proses analisis dan interpretasi data secara individu sebagaimana lampiran . Berikut ialah hasil analisis dokumen yang ditukar kepada senarai semak yang mengkaji aspek penulisan peserta kajian yang terlibat dalam set latihan mereka.

Bagaimanakah kemahiran menghafal serta mengukuhkan ingatan murid dapat ditingkatkan menggunakan Teknik Arkostik?

Perbualan daripada temu bual telah ditranskripsikan iaitu ditaip dengan lengkap supaya memudahkan proses menganalisis data tersebut seperti di Lampiran (). Analisis data temu bual ini dilakukan secara manual iaitu keseluruhan transkrip temu bual ini dibaca bagi mendapatkan gambaran yang menyeluruh tentang apa yang dikatakan oleh peserta kajian.

Dapatan temu bual telah berjaya mengasah pengetahuan peserta kajian dan meningkatkan kemahiran menghafal selepas pengajaran menggunakan teknik akrostik (bahan rangsangan) dilaksanakan. Dapatan ini menjelaskan tentang pengukuhan ingatan murid terhadap penulisan karangan bahagian C dengan pelaksanaan teknik akrostik (bahan rangsangan) dalam proses PdP. Peserta kajian kelihatan begitu gembira dan seronok mengikuti sesi pembelajaran tersebut. Ini dikukuhkan dengan pandangan dan maklum balas yang positif yang diterima daripada peserta kajian selepas teknik ini digunakan :

17

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Jadual 1 : Rumusan Transkripsi Temu Bual

Apa perasaan awak belajar menggunakan Teknik Akrostik ini?

PK 1 : “seronok ngat”

PK 2 : “ best cikgu”

PK 3 : “ suka

sebab

senang nok hafal”

PK 4 : “ mudoh je cikgu”

PK 5 : “seronok

lagi-lagi

cikgu hok ngajar”

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

Hasil dapatan kajian yang diperoleh daripada instrumen ujian pra dan pos, analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual telah berupaya menjawab objektif-objektif kajian ini. Selain itu, dapatan-dapatan tersebut juga dapat dikaitkan dengan teori dan dapatan kajian-kajian yang lepas.

Meningkatkan kemahiran membuat ulasan dengan tepat dan gramatis.

Membuat ulasan dengan tepat dan gramatis merupakan tugasan atau kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid apabila menjawab soalan Bahagian C. Dapatan kajian yang telah dianalisis telah berjaya meningkatkan kemahiran membuat ulasan dengan tepat dan gramatis selepas pelaksanaan Teknik Akrostik. Sebelum teknik ini dilaksanakan, peserta kajian menghadapi kesukaran untuk membuat ulasan nilai murni dengan tepat dan gramatis namun masalah ini dapat diatasi selepas pelaksanaan Teknik Akrostik.

Hal ini demikian dapat dibuktikan dengan jumlah peningkatan markah dalam ujian pra dan ujian pos. Kesemua peserta kajian menunjukkan respon positif iaitu kesemuanya menunjukkan peningkatan markah berbanding ujian pra. Peningkatan skor yang semakin meningkat dalam bahagian C telah membantu mereka lulus dalam Bahasa Melayu Penulisan. Malah terdapat seorang peserta kajian yang telah mendapat gred B dalam ujian pos. Apabila mereka telah dapat membuat ulasan dengan tepat dan gramatis, bermakna mereka telah menjawab tugasan soalan dan seterusnya mereka akan mendapat markah yang baik dalam penulisan khususnya bahagian C.

Membantu murid mengenal nilai murni yang terdapat dalam bahan rangsangan.

Berdasarkan analisis dan interpretasi data, pengkaji mendapati penggunaan bahan rangsangan dalam program intervenssi yang telah dijalankan dapat membantu peserta kajian mengenal dan mengesan frasa atau ayat yang ada nilai dalam bahan rangsangan yang disediakan. Melalui hasil analisis dokumen , kesemua peserta kajian telah mengikuti arahan yang sepatutnya dilaksanan di mana keseluruhan bilangan „ya‟ ialah 18 atau 60 % sedangkan bilangan „tidak‟ hanya 12 atau 40% sahaja. Hal ini bermakna peserta kajian telah dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti ditetapkan secara kronologi semasa menggunakan bahan rangsangan.

18

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Berdasarkan pemeriksaan pengkaji ke atas set latihan, didapati hampir kesemua peserta kajian telah melaksanakan kemahiran berikut yang dijadikan ke dalam bentuk senarai semak iaitu :

i. Menggariskan arahan atau tugasan soalan.

ii. Mengisi tigak petak pertama dengan tepat.

iii. Menggariskan frasa atau ayat yang terdapat nilai murni.

iv. Menukar pernyataan kepada nilai yang tersirat.

v. Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga nilai yang terdapat dalam bahan rangsangan.

vi. Membuat ulasan dengan tepat dan gramatis.

Dapatan kajian ini juga selari dengan kajian Mohd Ruslee bin Mohd Salleh (2012) yang memfokuskan tentang cara-cara untuk menghafal, mengesan dan mengingat nilai-nilai murni yang telah ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Sekurang-kurangnya, murid dapat mengingat nilai-nilai murni yang telah dipelajari. Oleh sebab itu, program yang dijalankan oleh pengkaji selaras dengan pendapat Mohd Ruslee bin Mohd Salleh iaitu mengandungi aktiviti seperti menghafal, mengesan dan menulis nilai-nilai murni.

Dapatan kajian ini menyokong kajian yang telah dijalankan oleh Rohani binti Din ( 2006) menjalankan kajian tentang „ Teknik Mnemonik dan Kaedah Peta Minda : Mengingat Fakta Dalam Mata Pelajaran Ekonomi Asas‟ di Sekolah Menengah Kebangsaan Putra, Kangar, Perlis. Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kebolehan para pelajar dalam menghafal dan mengingati fakta ekonomi dan seterusnya dapat membantu para pelajar untuk menjawab soalan dengan baik bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Teknik pengajaran menggunakan bahan rangsangan juga dapat melatih peserta kajian menjadi lebih teliti dan mematuhi arahan. Antaranya membaca dengan teliti, menulis kata kunci yang dihafal pada tiga petak yang pertama, menggariskan frasa yang terdapat nilai, menukar kepada nilai dan seterusnya membuat ulasan dengan tepat dan gramatis. Peserta kajian juga tidak merasa bosan semasa melakukan set latihan dan tidak hanya menjadi pendengar semata-mata, tetapi mereka melakukan aktiviti secara individu mengikut langkah- langkah yang disediakan.Selain itu, hasil dapatan kajian telah membuktikan bahawa pelaksanaan pengajaran tradisional semasa guru mengajar ternyata telah membantutkan minat murid dalam membuat ulasan.

Namun, hasil dapatan selepas pelaksanaan pengajaran Teknik Akrostik mendapati murid-murid lebih berminat untuk membuat ulasan bahagian C. Hasil dapatan senarai semak ini telah memberikan jawapan kepada pengkaji tentang sejauh manakah minat mereka di dalam pembelajaran membuat ulasan.

Hal ini adalah kerana pengajaran yang digunakan oleh guru iaitu pengajaran tradisional tidak berjaya menarik perhatian murid-murid sekaligus menyebabkan murid hilang minat untuk membuat ulasan bahagian C ini. Dapatan kajian ini selari dengan teori Eee Ah Ming ( 1997 ) yang menyatakan murid merasa bosan untuk belajar sekiranya guru mengamalkan pengajaran tradisional bertunjangkan kepada kaedah kuliah dalam bentuk penyampaian maklumat atau prinsip secara lisan dan abstrak oleh guru kepada murid melalui

19

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

komunikasi satu hala semasa guru mengajar keranan peranan murid dalam kelas adalah pasif dan keadaan ini menyebabkan murid hilang minat untuk belajar.

Ini bermakna proses pengajaran tidak akan berjalan dengan lancar sekiranya guru tidak mempunyai kaedah pengajaran yang dapat menimbulkan minat murid terhadap pengajaran sesuatu subjek tersebut. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa penggunaan Teknik Akrostik ini didapati telah membantu peserta kajian untuk mengingati maklumat penting yang telah dipelajari dalam membuat ulasan sekaligus membantu mereka menjawab soalan ujian yang diberikan dengan baik untuk mencapai prestasi yang memberansangkan.

Meningkatkan kemahiran menghafal serta mengukuhkan ingatan murid menggunakan Teknik Arkostik. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan kemahiran menghafal kata kunci dalam kalangan peserta kajian dapat ditingkatkan melalui intervensi Teknik Arkostik. Penggunaan kata kunci ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian murid semasa menjawab soalan yang diberikan. Hal ini dapat dibuktikan melalui sesi temu bual pengkaji bersama kesemua peserta kajian.

Dapatan temu bual telah berjaya mengasah pengetahuan peserta kajian dan meningkatkan kemahiran menghafal selepas pengajaran menggunakan teknik akrostik ( bahan rangsangan ) dilaksanakan. Dapatan ini menjelaskan tentang pengukuhan ingatan murid terhadap penulisan karangan bahagian C dengan pelaksanaan teknik akrostik ( bahan rangsangan ) dalam proses PdP. Peserta kajian kelihatan begitu gembira dan seronok mengikuti sesi pembelajaran tersebut. Ini dikukuhkan dengan pandangan dan maklum balas yang positif yang diterima daripada peserta kajian selepas teknik ini digunakan antaranya „seronok cikgu ajar‟, „ sangat seronok‟, „ senang paham‟ dan sebagainya. Dapatan ini juga disetujui oleh guru-guru Bahasa Melayu.

RUJUKAN

Ee Ah Meng. (2000).Pedagogi 1 : Kurikulum Bilik Darjah. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Kamarudin Hj.Husin, Siti hajar Abd Aziz. ( 1997 ). Penguasaan Kemahiran Menulis. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Kamus dewan edisi keempat (2007 ), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Roslan Baki. ( 2003 ). Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu. Shah Alam : Karisma Publications Sdn.Bhd

Simah Mamat. (2008 ). Keberkesanan Kaedah Koperatif Dalam Pengajaran Menulis Karangan Fakta dan Naratif Dalam Kalangan Pelajar Bukan Melayu. Universiti Putra Malaysia. Serdang

20