Anda di halaman 1dari 5

Betulkan ayat-ayat yang salah.

1. Chin Mei sedang padam papan hitam di dalam kelas.


2. Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu sama padam.
3. Abang Din sedap memandu kereta yang baru dibelinya itu.
4. Min Wai telah sedap daripada pengsan.
5. Ibu dan Puan Lee berehat di atas pangkin itu malahan berbual.
6. Mata Soon Kit pedas kerana terkena air sabun.
7. Wak Suparjo adalah datuk kepada Tukiman.
8. Burung merpati itu hinggap ke dahan pokok sena.
9. Tutur kata Hamidah yang lemah itu berjaya menambat hati Hadi.
10. Bunga mawar itu lemah kerana sudah dua hari tidak disiram oleh
kakak.
11. Banyak orang sesak di pasar raya yang mengadakan jualan murah
itu.
12. Encik Wong sesak ketika meredah Hutan Lipur.
13. Kami sekeluarga akan bercuti pada Pulau Langkawi selama
seminggu.
14. Tolong jangan makan semasa di dalam makmal Sains.
15. Shamsudin terpaksa menonton basikalnya yang pancit ke kedai
basikal.
16. Ayah bercadang memperbesarkan bahagian dapur rumah nenek.
17. Pasu hiasan itu terjatuh di lantai.
18. Mereka menemui jalan batu untuk menyelesaikan masalah itu.
19. Dia tetap batu walaupun sudah banyak kali dimarahi.
20. Puan Siti campur sos tiram ke dalam masakannya.
21. Jus buah itu terhasil daripada campur buah mangga dan susu segar.
22. Kamu tidak sama bagai insan yang aku kenal selama ini.
23. Dia tidak pernah hadir ke sesi latihan itu kerana dia mengalami sakit
perut.
24. Aku sedar siapa diriku di sebelahmu, kata Bala kepada Seri.
25. Kim Seng membeli burger ayam sebiji di pasar malam.
26. Berat badannya kian menyusut walaupun dia selalu bersenam.
27. Tania berasa terang ketika berada di kampung.
28. Cikgu Lee memberi terang tentang atur cara program itu.
29. Zin lalu tanpa berpaling ke arah Fuad.
30. Kavita sudah lalu dengan perangai buruk John.
31. Sekiranya kalau mahu berjaya, kita mestilah rajin mengulang kaji
pelajaran.
http://hendakbelajar.blogspot.com/

32.

Pendapat Sulaiman sebulan tidak cukup untuk menampung

perbelanjaan hariannya.
33. Setiap-tiap manusia mempunyai akal fikiran.
34. Su Mei menyanyikan lagu itu dengan cantik sekali.
35. Mardina amat tidak menyangka sekali terpilih dalam pasukan hoki
sekolah.
36. Kok Wai hidup bau gas di bahagian dapur rumahnya.
37. Gelak tawa Gina hidup suasana di dalam rumah itu.
38. Setiap pesalah tidak akan melepaskan daripada hukuman.
39. Beberapa orang mahasiswa melepaskan universiti bekerja di syarikat
ayah saya.
40. Azmi memohon maaf dengan ibunya di pagi raya.
41. Puan Maria membeli sebuah tembikai di gerai Pak Mail.
42. Mak Cik Suria menerima sepucuk surat dari anaknya yang belajar di
luar negara.
43. Pagi-pagi lagi semua orang nelayan sudah turun ke laut.
44. Pulau Bayu merupakan pulau yang paling indah sekali.
45. Shelina telah membeli dua baju tidur di pasar raya itu.
46. Bahan bukti itu diserahkan oleh Encik Roger ke pihak polis.
47. Di dalam mesyuarat tadi, Chris dilantik sebagai setiausaha.
48. Semua ahli-ahli Persatuan Pengakap sekolah menyertai
perkhemahan itu.
49. Lok Meng membeli goreng pisang di kedai Mak Lina.
50. Pihak polis telah berjaya bekas penculik kanak-kanak itu.
51. Lim pulang ke rumahnya sambil memikul dua bekas kayu api.
52. Isu-isu semasa telah hangat perdebatan itu.
53. Badannya berbau hangat kerana sudah beberapa hari dia tidak
mandi.
54. Berguni-guni tepung telah musnah di dalam kebakaran itu.
55. Kami sekeluarga tiada di rumah di masa kejadian itu berlaku.
56. Udang-udang di dalam kolam itu besar-besar belaka.
57. Di antara tetamu kehormat yang hadir dalam majlis itu ialah isteri
Perdana Menteri.
58. Bungkusan hadiah itu bagi Lisa.
59. Grace mengirimi sepucuk surat kepada ibunya yang berada di
kampung.
http://hendakbelajar.blogspot.com/

60.

Dari kita melancong ke luar negara, lebih baik kita melancong di

dalam negara.
61. Adik menangis bila kereta mainan itu terjatuh ke dalam longkang.
62. Encik Lim bekerja kuat demi untuk menyara keluarganya di
kampung.
63. Yi Ling telah menyerahkan ke cikgu buku itu.
(Jawapan) Betulkan ayat-ayat yang salah.
1. Chin Mei sedang memadam papan hitam di dalam kelas.
2. Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu sama padan.
3. Abang Din selesa memandu kereta yang baru dibelinya itu.
4. Min Wai telah sedar daripada pengsan.
5. Ibu dan Puan Lee berehat di atas pangkin itu sambil berbual.
6. Mata Soon Kit pedih kerana terkena air sabun.
7. Wak Suparjo ialah datuk kepada Tukiman.
8. Burung merpati itu hinggap di dahan pokok sena.
9. Tutur kata Hamidah yang lembut itu berjaya menambat hati Hadi.
10.
Bunga mawar itu layu kerana sudah dua hari tidak disiram oleh
kakak.
11.
Banyak orang bersesak di pasar raya yang mengadakan jualan
murah itu.
12.
Encik Wong sesat ketika meredah Hutan Lipur.
13.
Kami sekeluarga akan bercuti di Pulau Langkawi selama
seminggu.
14.
Jangan makan semasa di dalam makmal Sains.
15.
Shamsudin terpaksa menuntun basikalnya yang pancit ke kedai
basikal.
16.
Ayah bercadang memperbesar bahagian dapur rumah nenek.
17.
Pasu hiasan itu terjatuh ke lantai.
18.
Mereka menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah
itu.
19.
20.
21.

Dia tetap membatu walaupun sudah banyak kali dimarahi.


Puan Siti memasukkan sos tiram ke dalam masakannya.
Jus buah itu terhasil daripada campuran buah mangga dan

susu segar.
22.
Kamu tidak sama seperti insan yang aku kenal selama ini.
http://hendakbelajar.blogspot.com/

23.

Dia tidak dapat hadir ke sesi latihan itu kerana dia mengalami

sakit perut.
24.
Aku sedar siapa diriku di sisimu, kata Bala kepada Seri.
25.
Kim Seng membeli sebiji burger ayam sebiji di pasar malam.
26.
Berat badannya kian bertambah walaupun dia selalu
bersenam.
27.
Tania berasa tenang ketika berada di kampung.
28.
Cikgu Lee memberi penerangan tentang atur cara program itu.
29.
Zin berlalu tanpa berpaling ke arah Fuad.
30.
Kavita sudah lali dengan perangai buruk John.
31.
Sekiranya mahu berjaya, kita mestilah rajin mengulang kaji
pelajaran.
32.
Pendapatan Sulaiman sebulan tidak cukup untuk menampung
perbelanjaan hariannya.
33.
Setiap manusia mempunyai akal fikiran.
34.
Su Mei menyanyikan lagu itu dengan merdu sekali.
35.
Mardina amat tidak menyangka terpilih dalam pasukan hoki
sekolah.
36.
Kok Wai terhidur bau gas di bahagian dapur rumahnya.
37.
Gelak tawa Gina menghidupkan suasana di dalam rumah itu.
38.
Setiap pesalah tidak akan terlepas daripada hukuman.
39.
Beberapa orang mahasiswa lepasan universiti bekerja di
syarikat ayah saya.
40.
Azmi memohon maaf dengan ibunya pada pagi raya.
41.
Puan Maria membeli sebiji tembikai di gerai Pak Mail.
42.
Mak Cik Suria menerima sepucuk surat daripada anaknya yang
belajar
43.
44.
45.
46.
polis.
47.
48.

di luar negara.
Pagi-pagi lagi semua nelayan sudah turun ke laut.
Pulau Bayu merupakan pulau yang indah sekali.
Shelina telah membeli dua helai baju tidur di pasar raya itu.
Bahan bukti itu diserahkan oleh Encik Roger kepada pihak
Dalam mesyuarat tadi, Chris dilantik sebagai setiausaha.
Semua ahli Persatuan Pengakap sekolah menyertai

perkhemahan itu.
49.
Lok Meng membeli pisang goreng di kedai Mak Lina.
http://hendakbelajar.blogspot.com/

50.
51.
52.
53.

Pihak polis telah berjaya memberkas penculik kanak-kanak itu.


Lim pulang ke rumahnya sambil memikul dua berkas kayu api.
Isu-isu semasa telah menghangatkan perdebatan itu.
Badannya berbau hangit kerana sudah beberapa hari dia tidak

mandi.
54.
Berguni-guni tepung telah musnah di dalam kebakaran itu.
55.
Kami sekeluarga tiada di rumah semasa kejadian itu berlaku.
56.
Udang di dalam kolam itu besar-besar belaka.
57.Antara tetamu kehormat yang hadir dalam majlis itu ialah isteri
Perdana Menteri.
58.
Bungkusan hadiah itu untuk Lisa.
59.
Grace mengirimkan sepucuk surat kepada ibunya yang berada
di kampung.
60.
Daripada kita melancong ke luar negara, lebih baik kita
melancong di dalam negara.
61.
Adik menangis apabila kereta mainan itu terjatuh ke dalam
longkang.
62.
Encik Lim bekerja kuat untuk menyara keluarganya di
kampung.
63.
Yi Ling telah menyerahkan buku itu kepada cikgu.

http://hendakbelajar.blogspot.com/